Thursday 19 April 2012

~Terima kasih TUHAN~



















Terima kasih TUHAN..
kerana menyanyangi aku
diberikan aku ujian dan dugaan
sebagai tanda aku masih di pandanganMU
sebagai tanda aku harus bersedia dalam segala rintangan
dalam berusaha mencari rahmatMU

Terima kasih TUHAN
di bekalkan aku dengan seribu kasih sayang
meskipun terkadang sakit mendatang
tapi aku percaya pada hukuman
bagi mematangkan fikiranku
bahawa hidup bukan milikku
mati  juga bukan hak ku..

Terima kasih TUHAN..
jadikan aku setabah dan sekuat ini
selalu ada saat ku sedih dan sepi
selalu setia mendengar rintihan hati
tanpa ada rasa jemu padaku

Terima kasih TUHAN..
kerana bukakan hatiku untuk menilai
luaskan mindaku untuk berfikir
lapangkan dadaku untuk menerima
segala yang engkau turunkan
penuh dengan nikmat yang tak terkata

Aku bersyukur dilahirkan begini
ada perasaan,ada semua yang kau beri
bimbinglah aku moga ada kekuatan diri
terus tabah dengan takdir ilahi
Anugerah dariMU akan aku pelihara
akan aku jaga selagi terdaya
tidak sesekali aku persia
moga aku seorang umatMU yang sejati
meskipun aku tahu, masih banyak kekurangan diri





No comments:

Post a Comment