Friday 18 May 2012

~Aku di uji lagi-bicara piluku~



















Keresahan ini benar-benar menganggu ketenangan
dalam benakku berlegar mencari jawapan
hati pula bergetar mahukan kepastian
merenung kembali apa yang aku lalui
segala suka dan duka kita tempuhi
bertanyalah pada diri sendiri
di manakah lagi kurangnya kasih sayangku ini
telah aku curahkan seikhlas hati
menyanyangimu seperti saudara sendiri..

Semakin aku mengalah walau tidak bersalah
semakin aku di uji dengan sakit sekali
aku cuba pertahankan pertalian ukhwah
tapi egomu mengatasi saat-saat indah
aku simpulkan kemas tali persaudaraan
tapi sekelip mata kau bukakan ikatan kasih sayang
aku cuba bertahan lagi dengan perasaan rindu
tapi kau sirami dengan tuduhan melulu
aku terkedu dalam termanggu
hati ini bagai di guris sembilu

Kau buat aku seperti tiada hati
mencerca diriku dengan penuh benci
kesabaran hatiku kian menipis
tapi aku cuba lagi agar mampu menepis
aku hulurkan tangan demi kedamaian
terkedu aku, bila huluran tak di pedulikan
kau menolak mentah semua ajakkan
aku tunduk mengalah kerana keadaan

Jauh di sudut hati aku menangis
tapi aku berusaha membuang segala tangis
bertanya-tanya dalam keseduan
tidak layakkah aku berteman
dalam hatiku yang paling dalam
aku menharap akan ada kedamaian
duhai sahabatku
meskipun aku kau lemparkan jauh
aku akan berusaha membuang yang keruh
walaupun aku kau keji
tapi aku akan cuba perkuatkan diri
semoga kau temui ketenangan
dalam semua yang telah kau lakukan
aku pasrah namun bukan bererti aku kalah







~Hati~



















HATI...
tempat tersimpan segala rahsia
pelbagai rasa tertulis di dasarnya
sukar di tafsir dengan segala bicara
susah di fahami dengan pelbagai kata
hanya TUHAN saja yang mengetahuinya

HATI
tempat terkumpul segala beban
bahasa di tutur sukar di huraikan
terkadang wajah memainkan peranan
kerana apa yang diluahkan hati
terzahir dari perbuatan diri
oleh itu peliharalah hati
kerana hatilah lambang peribadi
kerana di situlah jatuhnya pandangan ILAHI

Wednesday 16 May 2012

~Matahari oh matahari~













Matahari oh matahari
tebarkan sinarmu pada seluruh alam
agar jiwa yang gelap akan terang
agar lara yang hadir akan terusir
moga hati yang semakin sepi
kembali kuat dan terisi
dengan cahaya yang kau suluh
sebagai tempat untuk bersimpuh

Matahari oh matahari
tanpa sirnamu hilanglah seri
ibarat angin dingin sekali
umpama hujan menghiasi hari
seolah embun cuba menyepi
cerah tapi malap menguasai
bagaikan tiada kuasa umtuk menghindari
berserah pada sang ILAHI

Matahari oh matahari..
hadirlah kau bersemangat wajar
semoga tempiasmu akan memancar
pada naluri insan yang menyaksikan
agar ada ruang keinsafan
dalam menongkah arus kehidupan


Tuesday 15 May 2012

~Derita sepanjang usia~


















Merenung jauh nasibnya diri
cinta yang datang langsung tidak ku fahami
apakah kesudahan bebanan hati
merajuk merintih tiada yang ketahui
cubalah kau renung ke dalam mata ini
walau hanya untuk sekali
agar dapat kau temui
ada seribu rahsia yang tersembunyi
yang aku sendiri tercari-cari
apakah jawapan yang pasti..

Gelisah dalam hati,sukar di mengerti
keluhan di jiwa hanya diri  yang merasa
sukar di lafaz dengan kata-kata
ada derita sepanjang usia....
cuba merawat tapi tidak berdaya
semakin lama menjeruk rasa
ibarat muara kian bergelora
melenyapkan damai bermusim hiba
harmoni ku kini di ragut airmata
yang bertandang tanpaku pinta
aku sengsara dalam bahagia
aku gembira bersulamkan duka







~Cinta bukan milikku~














Terfikir sejenak di jendela waktu
mencari arah menentukan hidupku
termanggu aku di sudut yang sepi
bertanya apakah kesudahan sketsa cinta ini
meraba dalam terang benderang
berfikir di dalam gelap gelita
melangkah longlai di sudut sengsara
terdampar sepi di daerah yang penuh derita
mengapa dunia terlalu kejam
mengapa kejam pada mereka yang bercinta
mengapa mesti ada perpisahan
berpisah tika cinta kian berbunga
ketenanganku di ragut airmata
sakitnya sukar untukku bicara
hatiku remuk hancur tak terkata
berkecai segala harapan di bina
musnah segala impian kita
apakah sudah suratan dari ilahi
cinta kita terhenti di sini..??
dugaan apakah yang aku hadapi
sakitnya sungguh tidak terperi
walau cintaku padamu menggunung tinggi
tapi lurah yang dalam aku lewati
walau kasih sayangku marak berapi
tapi akhirnya titisan hujan menyimbah lagi
melenyapkan segala harapan serta impian
kini ku rasa hidupku suram dan kelam
yang kedengaran hanyalah tangisan
tapi ini hakikat yang perlu aku tempuhi
menerima kenyataan walau sakit tak terperi
bahawa cinta ini bukan milikku lagi..









Saturday 12 May 2012

~Apaka ertinya~



















~Kasih sayang adalah laksana benang sutera
  yang menghubungi hati dengan hati,
  akal dengan akal dan tubuh dengan jiwa
  Apalah ada pada nama kalau tidak seindah maknanya
  apalah ada pada rupa kalau tidak secantik budi pekertinya
  apalah ada pada jiwa kalau tak semurni rohaninya
  apalah ada pada insan kalau miskin segala-galanya
  apalah erti sebuah ikatan andai hanya tika senang mahu bersama
  ikhlaskan hati sejujur-sejujurnya dalam kita bersaudara
  agar segalanya mendapat rahmat dari yang berKUASA~
 
 

~Seribu persoalan~















Melarik mimpi semalam
secarik resah berpanjangan
semusim kasih hadir
sesamudera  sayang terukir
lautan kasih bergelora
di kaki lembayung senja
keluh kesah meratap hiba
sejenak terduduk diam seketika
di kala pungguk mendendangkan lagu
kenari pula berirama sayu
bilakah anganku dapat bersatu
agar terlerai kekusutan seribu
bagai ada suara berbisik
mengalunkan irama penuh asyik
doaku akan kedengaran jawapan
pada pertanyaan yang tak berkesudahan












Wednesday 9 May 2012

~Airmata wanita~














Wanita...
sesekali terluka selamanya terasa
sesekali di sakiti selamanya mengingati
tidak mampu meluahkan kata
hanya titisan airmata mampu bersuara
menahan gelora di jiwa..
sulit untuk di fahami
sukar untuk di tafsir
payah untuk di terjemahkan
senang untuk memaafkan
namun payah untuk melupakan
bukan bermakna ada dendam
bukan juga beerti kejam

Hati seorang wanita..
sabar di jiwanya jangan di cabar
kelembutan hatinya usah di salah tafsir
pasrah dalam sanubari tak perlu di ragu
airmata wanita mudah mengalir
tapi senyuman dibibir sentiasa terukir
itulah wanita yang hebat

Namun..
andai satu masa nanti
tiada lagi titisan airmata
tapi kelihatan bergenang di sudut mata
berhati dan beringatlah
kerana wanita itu sedang menjeruk rasa
memendam segala luka lara
wanita umpama kaca
sekali terjatuh retaklah ia
andai terhantuk pecahlah ia
walau dicantum sekalipun
kesan retak itu tetap ada...





Friday 4 May 2012

~Berilah aku kepastian~



















Menatap wajahmu sungguh aku layu
memandang senyummu benar ku tak mampu
ku pohon padamu genggam erat janjimu
lafazkan cintamu hanya itu yang ku perlu
bisikan rindumu agar resah ini berlalu
jangan biarkan aku berteka-teki akan hatimu
jangan tinggalkan aku dalam keliru
jika sayang luahkanlah
andai benar cinta ucapakanlah
andai ada secebis rindu nyatakanlah
agar hati aku tenang
jangan biarkan aku tak keruan
dalam menanti sebuah jawapan
sesulit apapun keputusan
sesukar apapun jawapan
lafazkanlah,ucapkanlah,ukirkanlah
aku sedia dengan penuh rasa tabah
cuma pintaku..jangan biarkan aku gundah
berikan aku sedikit madah
agar aku tahu apakah kesudahannya
kisah diantara kita
agar aku fahami apakah yang menanti
buat kita berdua








Thursday 3 May 2012

~Ibu~
















Ibu..
restumu amat aku perlu
doamu ibarat nafas hidupku
kaulah penggerak nadiku
tanpa jemu mendidik dan membimbingku
sukar untuk aku melafazkan..
tanpamu siapalah aku...

Ibu..
kasih dan sayangmu tulus dan suci
tutur katamu lembut dan berisi
amarahmu bukan beerti benci
walau sesekali hatimu terluka
namun senyumamu masih terhias di muka
beratnya tanggungan yang kau galas
tapi kau lakukan itu dengan penuh ikhlas

Ibu..
pernahku lihat wajahmu lesu
tapi kau sembunyikan tanpa ragu
pernahku lihat ada titis jernih mengalir
tapi kau sembunyikan dengan senyuman di bibir
pernah aku melihat ada jerih menanggung perit
tapi kau sembunyikan seolah tiada rasa sakit
hebatnya kau ibu..
demi membahagiakan anak-anakmu
kau redah segalanya tanpa kenal erti jemu

Ibu..
kaulah cinta pertamaku
kaulah guru di awal duniaku
kaulah sahabat terbaikku
kaulah wirawati yang bertahta di hatiku
tidak mungkin aku bertemu lagi insan sehebatmu ibu
walau aku kembara ke hujung dunia sekalipun
tidak mungkin akan aku temui wanita seagungmu

Ibu..
jasamu akan aku kenang sepanjang waktu
kasih sayangmu akan aku junjung
cintamu akan aku julang
tiada lagi percintaan didunia ini
tiada lagi kasih sayang di abad ini
seagung cinta dan kasih sayangmu
yang kau berikan buat anak-anakmu

Ibu..
aku berjanji seikhlas hati
akan aku balas jasamu pada diri ini
akan aku jaga dirimu seperti kamu menjaga aku
akan aku doakan untukmu selagi ada nafas ini
walau mungkin tidak mampu melakukan sepertimu dulu
tapi aku akan lakukan sedaya upayaku
kerana kau ibuku
kau jualah jantung hatiku

Ibu..
aku tahu..kasih sayangmu pada anak-anakmu
kasih sayangmu sampai hingga ke syurga
begitulah teguhnya kasih di hatimu
mana mungkin akan aku temui lagi
kasih sayang yang sehebat itu
percayalah ibu..
kau tak akan aku sia-siakan
maafkan segala dosaku
ampunkanlah aku ibu..
sejujurnya dari aku
insan yang bergelar anakmu
asal kau tahu...kaulah pujaan hatiku
kerana aku tahu..
kasihnya ibu kasih sejati..
redhanya ibu..redha dari ILAHI..










~I miss u~














~Salah apakah rindu ini bila ucapannya di pandang sepi??
  Dosa apakah rindu ini bila berpaut pada yang tak sudi??
  Biarlah rindu ini aku simpan di sudut hati
  Biarlah hanya aku yang mengerti akan maksud rindu yang tersembunyi
  Rindu ini aneh..hadir tanpa di undang
  tapi amat menyenangkan~
 















Wednesday 2 May 2012

~Hebatnya DIA~















Hebatnya ciptaan alam
pabila bulan hilang dipandangan
terbit matahari tandanya siang
pabila hujan membasahi dunia
terbit pelangi memeriahkan suasana
bila awan berarak mendung
angin pula bertiup tenang
hebatkan ciptaan TUHAN

Indahnya aturan kehidupan.
bila tangisan datang menyapa
senyuman pula akan menjelma
bila derita terhias di jiwa
bahagia pula menyusul tiba
bila gelisah menerpa di dada
ketenangan pula bakal tercipta
hebatkan aturan TUHAN

Indahnya perasaan yang diberikan
dalam benci terbit sayang
dalam diam muncul rindu
itulah hakikatnya mainan perasaan
semua ada pelbagai rasa
cukup sempurna hadiah dariNYA
untuk kita sebagai manusia
nilailah semua itu menggunakan akal
agar hidup tidak tersasar
selagi hidup perlu berjuang
agar tidak tersalah jurang
dalam mencari nikmat kehidupan
pandangan ALLAH perlu didahulukan
semoga kita hambanya yang beriman