Sunday 29 December 2013

~ BICARA TENTANG JODOH ~

















Bismillahirrahmanirrahim…
(Dengan menyebut nama agungMu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)


Bila berbicara tentang jodoh, tiap hati mempunyai pelbagai rasa yang berbeza-beza.Cinta kepada manusia. Cinta kepada makhlukNya.Sebuah perasaan suci yang dianugerahkan Pencipta Cinta kepada manusia, naluri untuk saling berkasih sayang keranaNya..Jodoh itu sudah ada. Telah tertulis di dalam kitabNya. Cuma, sebelum menemuinya, ia menjadi rahsia.

“Seperti apa bakal pasanganku? Apakah ia sepertiku? Apakah ia sama denganku?”

Tiap persoalan terlontar. Tertanya-tanya sendirian kepada Tuhan.

“Ku ingin dia seperti ini. Ku ingin dia begini.”

Masing-masing inginkan ciri idaman. Masing-masing berbeza pandangan.


Bila berbicara tentang jodoh, ku cuma mampu tersenyum.Selayaknya sebagai manusia, ku juga punyai rasa seperti mereka semua. Inginkan cinta yang abadi, kekal bahagia selamanya.

Bagiku…

Cuma inginkan seorang imam yang mampu membimbing tanganku kepada redhaNya

Cuma inginkan seorang mujahid yang bersama-sama denganku memikul beban dakwahNya

Seiring berjalan untuk meninggikan agamaNya yang tercinta

Yang hatinya ikhlas mengharapkan redha yang Maha Esa

Yang ingin membawa cinta suci ini kekal abadi hingga ke syurgaNya

Ya. Cuma itu yang ku mahu. Cuma itu yang ku damba.Bagaimanapun fizikalnya, bagaimana pun latar dirinya, sungguh ku tidak layak meminta seperti kehendakku. Ku juga tidak mampu menilainya dengan kaca mata zahirku.Kerana, hanya DIA yang layak menentukan segalanya. Cuma DIA yang Maha Tahu seperti apa ciri dan sifatnya yang sesuai dan pantas untukku. Bagiku, ku tidak berhak untuk memilih, tetapi DIA yang Maha Berhak memilih jodoh yang terbaik buatku dalam sujud cinta istikharah kepadaNya.

Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Dan Tuhanmu menciptakan apa saja sesuai dengan kehendak dan pilihanNya. Tidak ada pada diri mereka (hak) untuk memilih.”

Teringat pula kata-kata seorang akhawat kepadaku.

“Kita hanya mampu memandang manusia dengan mata zahir. Tetapi zahir dan batinnya Allah yang lebih tahu. Mungkin dia cuma kelihatan biasa-biasa di hadapan manusia, tetapi siapa yang tahu imannya ‘luar biasa’ di hadapanNya?”

Ku terdiam tanpa kata. Benar sekali bicaranya..Kita seringkali inginkan yang kelihatan yang sempurna di mata. Ada yang mengukur dengan rupa, ada yang mengukur dengan harta, ada juga mengukur dengan pangkat semata-mata.Tapi itu cuma ukuran manusia. Sedangkan pandangan mata manusia seringkali tersalah dan tersasar. Ukuran bagi Allah cumalah iman dan takwa.

“Jadi, harus bagaimana memilih jodoh?”

Ukuran dan nilaian sebenar itu sudah ada digariskan dalam ajaranNya. Berbuatlah istikharah dan musyawarah, pasti tidak akan menyesal. Itu janji-Nya.Sabda Baginda saw:

“Termasuk kebahagian bani Adam (manusia) ketika dia mahu beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah, dan termasuk kerugian Bani Adam ketika dia tidak mahu beristikharah kepada Allah dan membenci apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah” (Riwayat Imam Ahmad)

Sungguh, janji-Nya adalah benar dan Allah tidak akan sesekali memungkiri janji. DIA pasti tidak akan mensia-siakan hamba yang sentiasa menyakini dan berpegang teguh kepadaNya. Yakin dan percayalah, andai dirimu solehah, pastinya sang soleh yang akan menjadi penyeri hidupmu. Begitu jugalah sebaliknya. Hayati dan yakinilah janjiNya yang seringkali kita tadabbur dalam surah An-Nur ayat 26.

Oleh itu, peringatan untuk diriku dan diri teman-teman sekalian…Teruskanlah ‘mensolehahkan diri’. Tiap amalan akan dikira, tiap peribadi dan akhlak pasti akan tercatat, tiap kebaikan dan kebajikan pasti akan dinilai dengan teliti oleh Ilahi. Kerana dengan kiraan-kiraan itulah, DIA akan meletakkan dirimu dengan pasangan hidup yang sesuai dan sepantas dengan amalan dirimu juga.

Berdoa tanpa jemu, berdoalah, namun bukan meminta untuk hidup bahagia bersama pasangan semata-mata di dunia, tetapi berdoa agar ditemukan jodoh yang dengannya dapat semakin menguatkan iman kita kepadaNya, agar semakin kita bertambah rapat dan cinta kepadaNya, agar semakin kita dapat menggapai redha Tuhan semata-mata.

Akhir bicara cinta…

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri kami dan keturunan kami menjadi penenang hati kami dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (Al-Furqan:74)

Munajatku: “Ya Tuhanku…Dalam resah dalam gelisah, dalam takut dan cemas, ku tetap ingin mengharap padaMu Ya Rabb. Ingin ku sandarkan segalanya padaMu. Zahir dan batinnya Engkau lebih Mengetahui. Engkau lebih tahu bagaimana dia di pandanganMu.Jika pilihan yang Engkau pilihkan ini adalah yang terbaik buatku, agamaku, dakwahku, dunia dan akhiratku, maka ku ingin redha dengan ketentuanMu.
Permudahkanlah urusan jodoh ini andai benar dialah jodoh yang telah Kau catatkan buatku. Dengan kuasa agungMu ku berserah diri dan bertawakkal kepadaMu…amin”

“Buatmu sang mujahid...

'bakal' pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul

Bersabarlah menunggu kehadiranku dalam hidupmu

Apabila sampai saat dan ketikanya nanti

Suntinglah daku dengan keimanan dan ketakwaan dirimu yg teguh

sarungkan cincin di jariku dengan akhlak dan peribadimu yang luhur

tuluslah mencintai diriku untukku semakin mencintai DIA

peganglah tanganku seiring berjuang di atas jalanNya

Dan jadikanlh daku bidadari hidupmu dengan memimpinku ke arah redha dan syurga-NYA...”




Thursday 26 December 2013

~ KERANA HAWA WANITA KHIANATI SUAMI ~






















Ada yang mengatakan bahawa hadis ini menggambarkan tentang kerendahan akhlak wanita.Soalnya mengapa dikaitkan kesalahan Hawa dengan penyebab khianat seluruh wanita.? Dan disebabkan perbuatan Hawa maka wanita sekarang menanggung dosa.Hadis tersebut telah di jawab oleh ulama,ia bukan menyalahkan kaum wanita.Khianat yang dimaksudkan di dalam hadis itu bukan bermaksud curang terhadap suami atau melakukan zina dengan orang lain.Hawa mengkhianati suaminya adalah dengan mengingkari perintah Allah,dia mengajak Nabi Adam makan buah khuldi.Para isteri nabi berkhianat dengan suaminya bukan dengan berzina walaupun mereka bukan islam.Itulah salah satu tanda Allah memang melindungi martabat para nabinya.Misalnya isteri Nabi Noh dan Nabi Luth berkhianat dengan suami bukan sebab berzina,tetapi ingkar perintah Allah.

Ibnu Hajar berkata,khianat yang di maksudkan didlm hadis itu adalah merujuk kpd peristiwa Hawa menggoda Nabi Adam a.s makan buah khuldi yg dilarang oleh Allah.Khianatnya Hawa di situ adalah dgn termakan hasutan iblis hingga melanggar perintah Allah dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari syurga.Apa berlaku kpd Hawa,itulah sebenarnya sifat semulajadi wanita yg telah Allah ciptakan.Jadi lelaki tak blh menyalahkan wanita sepenuhnya samada tidak sengaja atau kdg2 melakukan kesalahan dgn menyakiti lelaki.Wanita pula jgnlah terlalu mengikut sgt perangai semulajadi itu,sebaliknya berusahalah mendisplinkan diri dan melawan kehendak nafsu.

Persoalan didlm hadis itu,adakah Nabi Adam terhumban dari syurga di sebabkan Hawa semata-mata atau kedua-duanya memainkan peranan hinnga dikeluarkan dari syurga.Didlm hadis itu,seolah-olah menunjukan Hawa saja penyebabnya.Namun demikian,apa yg tersebut dlm Al-Quran,Adam yg menyebabkan mereka turun dari syurga.Ia disebut dlm surah Taha ayat 115,

"dan demi sesungguhnya Kami tlh berpesan kpd Adam pd masa yg lalu,tetapi ia lupa dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yg teguh."

Kemudian pd ayat 120-121 disebutkan tentang bisikan syaitan kpd Adam.Terjemahkan ayatnya spt berikut

"setelah itu,maka syaitan tlh membisikan kpdnya dgn berkata "Wahai Adam,mahukah aku tunjukkan kpdmu pohon yg menyebabkan hidup selama-lamanya dan kekuasan yg tidak akan hilang?.Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu,lalu terdedahlah kpd mereka urat masing2 dan mulailah mereka menutupnya dgn daun2 dari syurga,dan dgn itu,derhakalah Adam kpd Tuhannya lalu tersalah jln "

Adam tidak tahan dgn godaan Hawa lalu menurut pujukkanya utk memakan buah khuldi.Lantaran itu,Dr.Yusuf Al-Qaradhawi menolak kewujudan hadis ini walaupun wujud syarat2 sahih dari segi sanad dan matan.Hadis ini tidak bertentangan dgn Al-Quran dan ada disebutkn memang Adam terpedaya dgn Hawa.

Ulama lain pula berpendapat,mmg didlm Al-Quran tidak ada menyebut tentang Hawa,tetapi itu tidak bermaksud hadis tersebut bertentangan dgn Al-Quran.Dalam ayt Al-Quran di ats,dpt di fahami bahawa perjanjian agar tidak memakan buah khuldi adalah perjanjian Nabi Adam dan perjanjian itu meliputi janji dgn isterinya,Hawa.Akan tetapi mereka tlh lupa perjanjian tersebut.Disebabkan Nabi Adam a.s utusan Allah maka baginda bertanggungjawab ats kesilapan itu.Kerana itulah Allsh menyebut Nabi Adam didlm ayat2 tersebut.

knp dikatakan hadis itu tidak bertentangan dgn Al-Quran?.sbb tidak semua benda yg tidak disebut dlm Al-quran adalah tidak benar.Malah byk juga hukum yg Al-Quran tidak menyebutnya tapi hadis menyebutnya.

KAUM WANITA YG BERSALAH

Hadis itu seolah-olah menceritakan tabiaat org perempuan dgn sebab Hawa,maka wanita yg dipersalahkan.Namun ia mencerita tentang tabiat wanita secara umum iaitu sejak zaman Hawa hinggalah sekarang,sama.Wanita itu mudah digoda dan mudah termakan hasutan,terdedah kpd khianat dan kesilapan.Sebenarnya,turunnya Adam dari syurga mmg sdh ditakdirkan sebelum Adam menjadi Nabi lagi.Pujukan Hawa hanyalah menjadi penyebab turunnya mereka ke dunia.Kerana Allah menciptakan Adam sbg khalifah di muka bumi dan tempatnya harus di bumi,bkn di syurga.

Allah juga telah menceritakan tentang khalifah di muka bumi di dlm surah al- Baqarah ayt 30 maksudnya

"ketika Tuhanmu berfirman kpd malaikat,"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorg khalifah dimuka bumi ini." Lantas mereka bertanya,"Adakah Engkau hendak menjadikan org yg membuat bencana dan menumpahkan darah di bumi itu?Padahal kami sentiase bertasbih memuji dan menyucikan Mu?" Allah menjawab" sesungguhnya aku mengetahui perkara yg engkau tidak ketahuinya".

Apabila Allah berfirman akan menjadikan khalifah di muka bumi ini membawa maksud bahawa apa yg berlaku kpd Adam itu terjadi secara spontan.Semuanya tlh Allah atur dan sdh ditentukan,itulah takdir namanya.

Dlm hadis drpd Abu Hurairah,dia berkata,Rasulullah S.A.W bersabda,"pernah Adam dan Musa saling berdebat ,kata Musa."Wahai Adam,kamu adalah nenek moyang kami.Kamu tlh mengecewakan harapan kami dan mengeluarkan kami dari syurga.Adam menjawab: Kamu Musa,Allah tlh memilihmu utk diajak berbicara dgn kalamNya dan Allah tlh menulis utkmu dgn tanganNya.Apakah kamu akn menyalahkan aku kerana suatu perkara yg Allah tentukan 40tahun sebelum DIA menciptakan aku?.Nabi s.a.w bersabda:Akhirnya Adam menang berdebat dgn Musa."(HR bukhari).

Begitu juga halnya dgn larangan Allah kpd Adam supaya jgn mkn buah khuldi itu adalah satu ketentuanNya.Ia utk menjadi sebab mengeluarkan Adam dari syurga.Allah buat sesuatu tentu ada sebab kpd sesuatu yg blh manusia fikirkan.Drpd peristiwa itu,di fahami bahawa manusia sentiasa berbuat salah lalu mereka bertaubat dan perkara itulah yg Allah suka.Seterusnya,hadis itu juga bkn bermakna org perempuan itu menanggung dosa Hawa.Maka seterusnya seluruh wanita yg lahir ini akan mengkhianati suami,ia sekadar menggambarkan sifat semulajadi wanita secara umum.Al-Quran juga menyebut dlm surah Faatir ayt 18,bermaksud

" dan (ketahuilah) seseorg tidak akan memikul dose perbuatan org lain "

Masalahnya skrg ramai yg menggunakan hadis itu utk menjatuhkan kedudukan wanita.Seolah-olah,kerana Hawa,wanita tidak mendpt kedudukan yg setaraf dgn lelaki dan menzalimi wanita.Sebenarnya hadis ini bukanlah menunjukan kerendahan wanita.Ia menggambarkan,fitrah wanita mmg begitu.Ia sbg panduan bahawa sbg hamba kita kena ikut perintah Allah.Memang perempuan sifatnya spt yg disebut di awal tadi,sering berbuat silap,lemah,beremosi,kurang sabar dan cpt marah.Kerana sifat itulah kemungkinan perempuan akan berbuat sesuatu yg buruk sehingga membangkitkan kemarahan suami.

Secara tidak langsung,hadis itu juga menghantar mesej kpd para suami.Disebabkan Allah tlh menjadikan perempuan itu dgn segala sifat yg lemah maka suami harus sabar melayan isteri dgn baik.Selalu letakkan hadapan mata bahawa sifat lemah dan beremosi wanita itu adalah semulajadi.Kalau di amati btl2 hadis ini,ia memberi jalan penyelesaian kpd masalah yg berlaku dlm rumahtangga .

sumber..Al Islam

Tuesday 17 December 2013

~ SELAMAT TINGGAL DUNIA ~
















Janganlah jadi bodoh dengan merasa gembira akan pujian...
Dan janganlah menjadi bodoh dengan merasa marah dengan celaan...
Buatlah kerja masing-masing kerana keredhaan Allah...
Dan untuk menjadi kebanggaan Rasulullah...

Aku menangis untuk diriku,
Kerana aku hidup ketika zaman itu,
Bukan kerna aku salahkan zaman,
Tapi kerna aku sedar akan kelemahan iman.

Memang aku tak mampu mengubah umat...
Tapi aku mampu mencoretkan sebuah tulisan...
Ketika dunia ini semakin hari semakin tenat...
Maka bersaksilah aku telah menyampaikan.....

Selamat Tinggal Dunia . . .

~ APA YG KITA SEMUA KEJAR? ~
















Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai pembaca madahku ini...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai?

Tuesday 10 December 2013

~ MENGAPA MANUSIA ENGGAN MEMBERI? ~

















Hari ini manusia hilang kebahagiaan kerana sikap suka memberi semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam kehidupan. Kita sering terlupa hikmah yang diungkapkan menerusi kata-kata ini:
“We make a living by what we get but we make a life by what we give” – kita membina hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.
Ya, kita hidup dengan kuantiti material (makanan, pakaian, kenderaan, rumah) tetapi kita membina kehidupan dengan kualiti hati (ketenangan, kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan). Rumah misalnya, memang dibina dengan gabungan batu, kayu dan simen tetapi rumah tangga dibina dengan kasih sayang. Memanglah dengan apa yang kita dapat (get), kita mampu membina sebuah rumah yang besar, tetapi untuk boleh membina rumah tangga yang tenang kita perlu memberi (give). Kasih sayang, kemesraan dan cinta itu dibina dengan sikap memberi.
Kata bijak pandai, “memberi lebih gembira daripada menerima.” Tapi benarkah memberi lebih gembira daripada menerima? Kalau ditanyakan kepada anda, memberi hadiah dengan menerima hadiah, mana lebih gembira? Tentu ramai yang menjawab, menerima hadiah. Betul tidak? Jadi di mana letaknya kebenaran ungkapan ini?
Baiklah, bayangkan seorang ibu yang mempunyai seorang anak yang merayu dibelikan sebuah anak patung. Sedangkan “spesifikasi” anak patung yang diidamkannya itu terlalu sukar untuk dicari. Telah merata kedai dia mencarinya. Tetapi masih tidak ditemui. Setelah berbulan-bulan kemudian, ketika berkursus di luar negara, tiba-tiba si ibu temui anak patung yang dicari-cari selama ini...
Bayangkan, pada ketika si ibu menyerahkan anak patung yang baru dibelinya itu kepada anak kesayangannya... si anak terlompat-lompat kegembiraan sambil mengucup si ibu bertalu-talu. Ya, pada ketika itu siapakah yang lebih gembira? Si ibu yang memberi atau si anak yang menerima? Ya, pasti anda tahu jawapannya. Lebih-lebih lagi jika anda sendiri seorang ibu. Si ibulah yang lebih gembira.
Setiap ibu bapa yang penyayang pasti lebih gembira “memberi” kepada anaknya. Seorang penoreh getah (yang telah bertungkus-lumus “memberi” segala tenaga dan upaya untuk menyekolahkan anaknya) akan menjadi insan yang paling gembira pada hari anaknya menerima ijazah. Padahal dia yang memberi, anak yang menerima. Begitu juga si suami yang dapat memberi apa yang diidamkan oleh isterinya ketika mengandung anak yang pertama. Ini bukti memberi lebih gembira daripada menerima.
Tetapi perlu diingat, memberi hanya akan menjadikan kita lebih gembira dengan satu syarat, memberi mestilah dengan adanya kasih sayang. Si ibu gembira ketika memberi kepada anaknya kerana adanya kasih sayang. Begitu juga si suami dan sesiapa sahaja. Tanpa kasih sayang, memberi bukan sahaja tidak dengan rasa gembira, bahkan terasa begitu merugikan. Jadi, sekiranya kita sudah tidak gembira lagi ketika memberi, itu petanda kita sudah kehilangan kasih sayang!
Memberi Akan Lebih Banyak Menerima
Kata orang, masakan yang paling enak adalah masakan ibu. Kenapa? Sebab ibu memasak penuh dengan kasih sayang. Semua dibuat semata-mata ingin “memberi” kepuasan kepada anak-anaknya. Jarang sekali seorang ibu merasa terpaksa atau terdera apabila memasak untuk anak-anaknya. Sebab itu masakan itu enak walaupun mungkin resipi atau bahannya tidak sama dengan yang disediakan tukang masak di restoran atau warung yang digemari pelanggan.
Jadi, untuk ceria, kita mesti berpegang pada prinsip “ingin memberi” bukan “ingin mendapat”. A’id al-Qarni, penulis buku La Tahzan (Jangan Bersedih) telah berkata: “Orang yang pertama mendapat manfaat daripada suatu kebaikan ialah orang yang melakukannya.”
Sebab itu beliau menganjurkan, jika kita sedih atau bermuram durja, carilah orang lain dan gembirakannya... nescaya kita akan mendapat kegembiraan semula.
Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula. ‘What you give, you get back” – apa yang kita beri akan kita terima semula. Ini hukum alam sunnatullah – “what goes around, comes around.”
Sebenarnya, manfaat memberi ini turut Allah limpahkan juga kepada orang bukan Islam (satu lagi bukti menunjukkan betapa pemberinya Allah). Henry Ford, pencipta kereta yang pertama mempunyai cita-cita ingin melihat ramai orang memiliki kereta. Tetapi cita-citanya tidak dipersetujui oleh pelaburnya yang pertama. Henry Ford berfikir bagaimana hendak memberi sedangkan pelaburnya berfikir bagaimana hendak menerima. Henry Ford berfikir bagaimana hendak membuat kereta dengan kos yang murah dan dijual dengan harga yang murah supaya lebih ramai orang mampu membelinya. Sedangkan pelaburnya berfikir sebaliknya.
Henry Ford mencari pelabur yang kedua. Apabila ditemuinya, kereta mula dibuat dengan kos yang rendah dan dijual dengan harga yang murah. Akhirnya, ramai orang yang mampu membelinya. Rugikah Henry Ford? Tidak! Dia mendapat semula apa yang diberikannya. Lebih ramai orang membeli kereta bererti lebih banyak kereta terjual dan lebih banyak keuntungan yang didapatinya. Benarlah, what you give, you get back!
Berilah Kemaafan
Satu penyelidikan telah dijalankan terhadap penghuni rumah-rumah sakit jiwa. Penemuannya sangat menakjubkan. Didapati orang yang pemurah jarang menjadi penghuninya. Sekali gus ini membukti kebanyakan penghuni rumah sakit jiwa ialah orang yang kedekut – tidak mahu memberi. Mereka rasa tertekan kerana tidak disayangi atau diendahkan, tetapi mungkin mereka terlupa akan punca mereka tidak disayangi atau diendahkan. Boleh jadi mereka sebelum ini tidak terlebih dahulu menyayangi atau mengendahkan orang lain.
Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and Start Living menyatakan bahawa memaafkan kesalahan orang lain adalah seperti memaafkan diri sendiri. Hal ini kerana kemarahan kita terhadap orang lain akan lebih merosakkan diri sendiri berbanding orang yang kita marahkan itu. Percaya tak, orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa “diikat” oleh orang yang tidak dimaafkannya. Sebaliknya, jika kita memaafkan, kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri sendiri.
Allah mengingatkan hamba-Nya dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumannya) perbuatan yang baik dan perbuatan jahat, jadi, tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih, apabila engkau melakukan demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta mereka akan menjadi seolah –olah seorang sahabat karib.” (Surah Fussilat 41:34)
Langkah kita memaafkan orang lain termasuklah dalam erti “tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan” seperti yang dituntut oleh Allah itu. Berilah kemaafan kerana manfaatnya besar untuk diri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memaafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!

- Berikut adalah antara kebaikan memberi maaf

- Hati akan lebih tenang.

- Wajah akan bersih.

- Semangat kerja akan tinggi.

- Penyakit akan cepat sembuh.

- Hidup akan menjadi berkat.

- Murah rezeki.

- Mendapat lebih ramai sahabat.

Anehnya, manusia masih enggan memberi sekalipun hanya memberi maaf, senyuman dan kata-kata yang baik. Mengapa? Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa manusia enggan memberi:

- Dia rasa dengan memberi akan mengurangkan.

- Orang yang menerima tidak berterima kasih.

- Tidak ada apa-apa yang hendak diberi.

- Takut dieksploitasi & dimanipulasikan.

- Tidak adil setelah kita penat berusaha.

- Tidak mendapat balasan (sia-sia).

Mari kita tangani setiap alasan untuk tidak memberi itu!

RASA MEMBERI AKAN MENGURANGKAN

Sayidina Ali r.a. berkata, “Rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakan dan apa yang telah kamu belanjakan ke jalan Allah.”
Apabila kita “memberi” hakikatnya kita memberi kepada kita sendiri kerana semuanya menjadi “saham” di akhirat. Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya hari ini kerana niat awal mereka berniaga adalah untuk mengeluarkan zakat.
Bukankah dalam Islam memberi sebahagian harta seperti yang kerap dianjurkan oleh al-Quran, akan membersihkan dan menyuburkan harta. Metaforanya sama seperti mencabut sebahagian anak pokok sayur di atas batas. Dengan mencabut sebahagiannya, baki pokok sayur yang masih di atas batas itu akan tumbuh lebih subur dan lebat.
Sebenarnya keinginan untuk memberi juga adalah menjadi dorongan yang kuat untuk seseorang itu berusaha (mencari rezeki). Hal ini kerana untuk memberi mestilah apa yang dimiliki. Untuk memiliki kita mesti mencari. Oleh sebab itu dorongan untuk memberi itu menyebabkan kita akan berusaha dengan lebih gigih. Kita akan mengamalkan prinsip 3M dalam berusaha; Mencari, Menyimpan dan Memberi.

ORANG YANG MENERIMA TIDAK BERTERIMA KASIH

Ini lumrah alam (sunnatullah). Jika kita ingin hidup dengan majoriti manusia yang berterima kasih kita perlu berada di planet lain. Jika kita mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang kita lakukan, nescaya kita akan sakit jiwa kerana ramai manusia tidak pandai berterima kasih di dunia ini. Jika dengan adanya ucapan terima kasih, baru kita boleh memberi, nescaya kita bukan sahaja akan kecewa bahkan sikap itu menunjukkan kita orang yang ego.
Bayangkan, Allah yang Maha Memberi pun tidak mendapat balasan terima kasih daripada hamba-Nya. Allah sendiri mengakui hakikat ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur) , tetapi amatlah sedikit di antara kamu yang bersyukur.” (Surah al-‘Araf 7: 10)
Namun apakah dengan itu Allah berhenti daripada memberi? Tidak. Allah terus memberi walaupun hamba-Nya tidak pandai berterima kasih (bersyukur). Lalu siapakah kita untuk berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan terima kasih?

TIDAK ADA APA-APA YANG HENDAK DIBERI

Jangan sempitkan rezeki dengan “menyempitkan” pengertiannya. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta. Jika itulah pengertiannya sudah tentu kita tidak selalu “ada” untuk memberi. Luaskan pengertian rezeki nescaya “banyaklah” rezeki kita untuk diberikan kepada orang lain. Rezeki bukan hanya berbentuk material tetapi tenaga, doa, ilmu, kata-kata yang baik, pimpinan, senyuman, malah pandangan yang baik juga termasuk rezeki. Kalau demikian, tertolaklah alasan untuk tidak memberi kerana tidak ada apa yang hendak diberikan.

BIMBANG DIEKSPLOTASI DAN DIMANUPULASI

Mesti diimbangi antara sangka baik dengan sifat berhati-hati. Jangan terlalu prasangka dan jangan pula percaya secara membabi buta. Lihat dan telitilah dahulu berdasarkan fakta dan data-data lahiriah. Kemudian memberilah jika dirasakan hasil pemerhatian lahiriah kita, orang itu patut menerima pemberian kita.
Jangan cuba-cuba menembak hati manusia. Urusan hati orang yang menerima bukan soal kita. Sekiranya, tersilap orang pun pasti pemberian kita akan mendapat pembalasan daripada Allah, jika tidak di dunia, pasti di akhirat sudah tersedia. Jangan terlalu berhati-hati hingga jatuh ke tahap prasangka dan curiga. Relakanlah diri jika dieksploitasi dan dimanipulasikan untuk kebaikan.
TIDAK ADIL UNTUK KITA YANG BERUSAHA
Dengan apa kita berusaha? Apakah modal kita? Bukankah modal usaha kita semua daripada Allah. Tenaga, fikiran dan apa jua milik kita hakikatnya diberikan oleh Allah. Allah memberi untuk kita mudah memberi. Boleh jadi Allah memberi kepada hamba-Nya melalui saluran hamba-hamba-Nya yang lain. Jadi, kita harus sedar bahawa kita adalah “saluran” Allah untuk memberi. Oleh sebab itulah Allah menggunakan kalimah “Kami” (keterlibatan pihak lain) apabila menjelaskan tentang pemberian rezeki-Nya.
Berdasarkan itu adalah tidak terpuji sekiranya kita tidak memberi kerana sikap itu sama seperti menyekat saluran rezeki daripada Allah untuk orang lain. Hakikatnya “kepunyaan” kita yang hendak diberikan itu bukanlah kepunyaan kita tetapi kepunyaan Allah yang diperintahkan-Nya untuk diberikan kepada orang lain.
Jelasnya, manusia ialah “peminjam” bukan “pemilik”. Maka memulangkan pinjaman itu adalah adil. Sebaliknya tidak memberi itulah kezaliman yang nyata.

TIDAK MENDAPAT BALASAN

Individu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat pasti menolak anggapan bahawa memberi tidak akan mendapat balasan. Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya).” (Surah al-Zalzalah 99: 7-8)
Apa yang diharapkan balasan daripada manusia sedangkan pembalasan daripada Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Keyakinan kepada Allah dan hari akhirat sangat penting sebagai dorongan untuk kita memberi.
Kita harus sedar, ganjaran atas kebaikan yang kita lakukan bukan hanya di akhirat tetapi ia turut dirasai di dunia lagi. Di dunia, orang yang memberi akan mendapat “ketenangan” hati. Tidakkah itu semua akan berikan ketenangan di dunia?
Dalam sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ahmad, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda tentang dialog Allah dengan para malaikat yang begitu kagum melihat penciptaan gunung, kemudian besi, kemudian api, kemudian air, kemudian angin... Malaikat bertanya: “Ya Allah! Adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih daripada semua itu?” Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab: “Ada, yakni amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”
Walaupun hadis tersebut menjelaskan betapa pentingnya ikhlas dalam amalan, tetapi ia secara tidak langsung menunjukkan keutamaan memberi. Ya, untuk berjaya (dunia dan akhirat) kita hendaklah meneladani orang yang berjaya. Mereka semua terdiri daripada orang yang sangat komited dalam memberi.
Jika anda miskin, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak memberi. Jadilah si miskin seperti Sayidina Ali Karamallahu wajhah. Dia tetap memberi walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa Allah cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah.

sumber: SOLUSI
oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Monday 2 December 2013

~ RAHSIA NIKMATNYA HIDUP ~


















Bila hidup ini tidak halangan, tentu tidak menarik. Terlebih dahulu di-cast dengan ilmu, lalu kita amalkan dalam kehidupan, seperti bertarung dalam kehidupan nyata ini. Tapi kita harus benar-benar dapat mengukur diri kita. Misalnya, ketika terjadi pertemuan dengan kalangan tertentu, yang membuat keimanan kita turun, bererti pertemuan itu tidak bagus untuk kita. Bererti iman kita belum cukup untuk dapat menangkis pengaruh negatif dari kelompok itu. Maka untuk sementara waktu kita perlu berhijrah dari lingkungan tersebut, dalam rangka menguatkan diri. Sehingga pada waktunya, kita sudah sedia untuk terjun ke dalam kehidupan sebenar, namun kita sudah berbekal dengan kemampuan yang lebih baik. Kita harus mendakwahi mereka, ketika kita sudah yakin dengan kekuatan diri kita. Di-cast dapat juga dengan cara berkumpul dengan orang-orang soleh. Diamnya saja akan berpengaruh terhadap keyakinan kita.

Yang paling membuat hidup kita tidak selesa adalah kebingungan, ragu-ragu, dan keraguan, kerana setiap yang meragukan membuat hidup kita tidak jelas. Dalam menjalani hidup ini, apabila belum mengenal peta hidup dengan jelas, maka menyebabkan hidup menjadi gamang, ragu, dan sangat meletihkan.

Dalam menjalani hiduup ini, harus jelas hala tujunya dan bagaimana dalam melangkahnya, siapa Tuhan kita, siapa kita, apa yang bahaya, dan apa yang menyelamatkan, akan ke mana kita, dan sebagainya. Kalau sudah semuanya jelas, maka akan mantap dan tidak akan bingung dalam menjalani hidup.

Manusia diciptakan dan diurus oleh Allah SWT. Tugas kita di dunia ini adalah menjadi hamba Allah. Mematuhi apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi apa yang dilarang Allah. Perkara rezeki adalah mutlak dalam genggaman Allah. Kalau kita patuh kepada Allah dan yakin dengan kekuasaan Allah, Sang Pemberi rejeki pasti akan menjamin segala keperluan rezekinya.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. QS At-Thalaq : 2-3

Kita bekerja bukan hanya untuk mencari wang, tapi merupakan amal soleh dalam menjemput rezeki atau nafkah kita. Yang dicari keberkahan dan redha Allah SWT. Orang yang mencari redha Allah tidak akan ragu kepada Allah SWT sebagai pemberi rezeki, pasti kita akan bertemu dengan rezeki kita, sehingga tidak akan mahu berbuat haram. Kalau seseorang tidak mencari redha Allah, maka ia akan menghalalkan berbagai cara.

Dengan demikian, berbeza antara orang yang bekerja hanya untuk mencari wang, dengan orang yang bekerja untuk mencari redha-Nya. Orang yang mencari redha Allah, sama sekali tiada keraguan, yakin pasti bertemu dengan rezekinya. Selama sesuai dengan perintah Allah, tidak perlu menghiba-hiba kepada manusia, kerana manusia tidak dapat memberikan apa pun, tanpa izin Pemilik Semesta Alam.

 Kita bergaul dengan manusia kerana Allah menyuruh kita bergaul dengan manusia dengan baik. Kita berbuat baik bukan untuk dihargai. Orang menghargai, dan mengakui kebaikan kita atau tidak, bukan urusan kita. Urusan kita adalah bergaul dengan manusia dengan baik sesuai perintah-Nya. Tidak boleh takut kepada manusia. Diri kita milik Allah, tak akan jatuh sehelai rambut pun tanpa izin pemilik-Nya. Tidak akan pernah mati, kecuali Allah yang mematikan.

Manusia bukan pemberi rezeki, manusia hanya makhluk sebagai jalan dari ketentuan Allah. Tugas kita jelas, menjemput rezeki kita dengan cara yang halal. Semua anak-anak kita ada rezekinya. Tugas orang tua membawa anaknya mengenal siapa penciptanya, Lukmanul Hakim menjadi contoh bagaimana seorang hamba Allah, yang tidak bertuhankan selain Allah. Beliau mendidik anak untuk mengenal-Nya, dengan itu akan berjumpa dengan rezekinya yang berkah. Dan akan berjumpa dengan rezeki dan takdir terbaik dalam kehidupannya. Setelah kita mati, warisan terbesar kita kepada anak-anak kita adalah keyakinan dan istiqamah taat kepada Allah.

Dunia ini hanya tempat persinggahan. Semua kita akan tinggalkan. Dunia tidak ada apa-apa. Dunia bukan untuk memperbudak kita, tapi dunia diciptakan untuk menjadi pelayan kita. Harta, pangkat, gelaran, tidak ada apa-apa erti. Orang-orang zalim dan ingkar diberi oleh Allah dunia ini. Kemuliaan bukan dengan pencapaian duniawi, tanda kemuliaan bukan dengan berharta atau berpangkat, melainkan dengan takwa.

Takwa itu tandanya hatinya yakin, patuh kepada Allah, lahir batin. Redha dengan semua takdir yang telah ditetapkan Allah. Allah tidak pernah zalim dalam menentukan takdir kita. Jelas hidup ini hanya singgah sebentar di dunia dan dunia tidak dibawa ke alam kubur.

Siti hajar ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim yang merupakan perintah Allah, ia lantas mengikutinya. Lalu tatkala memerlukan air untuk diri dan anaknya, beliau pun berlari-lari mencari air ke bukit shafa dan marwah. Namun air tidak muncul di bukit tersebut melainkan di sekitar ka’bah yang berjarak seratus meteran dari sana.

Maka tugas kita dalam hal ini adalah untuk menyempurnakan ikhtiar, bukan menentukan hasil. Jangan pernah risau dengan janji Allah. Sesungguhnya yang berbahaya bagi diri kita adalah keburukan dari diri kita sendiri. Orang lain hanya menjadi jalan.

Sekarang masalah apa pun yang menimpa, jangan sibuk dengan orang yang menjadi jalan, melainkan sibuk dengan diri kita yang menjadi penyebabnya. Kebaikan kembali pada pembuatnya, begitu pula keburukan. Tidak ada yang merosak diri kita selain dari keburukan diri kita. Ketika kita menghadapi kesusahan, kita tidak dapat menyelesaikan dengan kemampuan kita, melainkan dengan pertolongan Allah. Bagaimana jalan keluarnya? Adalah dengan bertaubat.

Barangsiapa yang memperbanyak istighfar, Allah akan menenangkan hatinya, Allah akan memberi jalan keluar, dan rezeki pertolongan dari yang tidak terduga.
'maka aku katakan kepada mereka:

"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS Nuh : 10-12)

Rezeki termahal dalam hidup ini adalah hati yang yakin, dan lahiriahnya patuh kepada Allah dengan istiqamah. Kejayaan orang adalah yakin kepada Allah, tidak ada keraguan dalam hatinya. Tidak bersedih hati. Kunci yakin adalah hati yang bersih. Makin bersih dari kemusyrikan, kemunafikan, dan cinta duniawi, hati akan langsung merasakan keyakinan, hati peka, doa mustajab, akhlak mulia, dan auranya tenang. Maka jangan ukur kejayaan seseorang dengan duniawinya, melainkan lihatlah sejauh mana keyakinannya yang merupakan kurnia Allah tidak ada tolok bandingannya.

Sekuat tenaga mengarungi hidup, disusuli dengan semangat kebersihan hati. Cari sahabat yang dapat membantu membersihkan hati. Seperti kereta yang tidak berfungsi whipernya/ pembersih kaca ketika hujan lebat, maka dia akan risau. Bukan tiada jalan, melainkan tidak dapat melihat jalan. Seperti itu pula ketika kita melihat dengan mata hati yang tertutup dosa. Oleh kerana itu, kembalilah kepada Allah, seperti kaca yang bersih, maka akan tampak semua yang ada, kerana tidak tertutup, seperti udara bagi paru-paru ini, penyelesaian sesungguhnya terhampar dekat kita.

~ KEHIDUPAN HARI INI DAN SEMALAM ~
















Sewaktu kita membuka mata hari ini, jangan terlalu yakin dapat melihat matahari pada esok hari. Bersyukurlah kepada Tuhan kerana masih diberikan peluang untuk melihat keindahan ciptaanNya dan seterusnya dapat bernafas untuk hari ini. Sesungguhnya ini adalah kerana Tuhan masih sayangkan kita kerana diberi peluang untuk hidup dan membolehkan kita memperbaiki diri berbanding hari semalam.
Semalam telah berlalu, biarkanlah ia pergi. Jangan ditangisi hari semalam kerana ia tidak mungkin datang kembali. Namun bersyukur lah kepada yang memenuhi hari semalam dengan amalan kerana esok hari belum tentu kita dapat mengulangi lagi. Jalani hidup sebaik mungkin dan manfaatkan hari ini sebaik-baiknya. Penuhi dengan amalan dan tanggungjawab terhadap orang-orang yang kita sayang. Sesungguhnya hari esok belum tentu kita dapat mengembirakan meraka.

Hari ini adalah anugerah dari Tuhan, tanamkan tekad, perbaiki diri sebaik mungkin. Hiasi hari ini dengan amalan-amalan, membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran. Renungi kehidupan ini dengan sepenuh hati. Kehidupan hari ini adalah kerana limpah kasih sayangNya. Tanamkan kebaikan sebanyak mungkin untuk hari ini, mintalah keampunan dari Allah s.w.t dan persiapkan diri untuk pergi jauh (menghadapNya). Lalui hari ini dengan penuh kebahagiaan, tenang dan redha dengan apa yang telah dikurniakan.

Dengan mempersiapkan diri dan melakukan perkara-perkara itu, kita akan sentiasa tenang dan bahagia. Seandainya kita diberikan peluang untuk menikmati segelas air yang sejuk dan nyaman, mengapa harus kita bersedih atas air masin yang telah kita minum semalam? Tanamkan dalam diri bahawa kita telah diberikan peluang untuk hidup sehari lagi, iaitu hari ini mungkin juga esok dan seterusnya.

Hidup ini adalah sebuah perjalanan, diuji untuk melihat sejauh mana kekuatan dan keimanan. Sejauh mana kita mengutamakan hawa dan nafsu atau mengawal diri dari diruntun oleh kemanisan dan keindahan duniawi. Kadangkala kita dipesongkan oleh hawa nafsu dan godaan sehingga kita lupa apa yang kita pertahankan selama ini. Nafsu yang kadangkala membuatkan kita melanggar batas-batas yang sepatutnya dan membuatkan mata hati kita kabur dan silap menilai kehidupan dunia ini.

Maka, perbanyakkan amal ibadat dan jauhkan diri dari maksiat. Sentiasa perbaiki dan musahabah diri. Isilah hidup dengan amal-amal bakti sebelum sampai ajal yang kita sendiri tidak ketahui masa datangnya.

~ MUHASABAH MASA YANG BERLALU ~
















Pantas sungguh tahun 2013 ini berlalu? Januari, Februari, Mac, April, Mei,
Jun,Julai,Ogos,September,Oktober,November 2013 sudahpun meninggalkan kita. Bagaimanakah agaknya prestasi kita disepanjang bulan-bulan tersebut? Adakah dipenuhi dengan kebaikan atau sebaliknya?

Firman Allah swt yang bermaksud:

”Dan demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (As-Syam:10-12)


Renungkanlah  khususnya buat hati ini..

Bagaimana Allah swt menghadiahkan ampunan begitu besar terhadap perilaku salah yang sudah kita lakukan disepanjang detik waktu yang berlalu. Mengapa begitu luar biasa Allah swt menghamparkan pahala ampunan itu yang di tawarkan kepada hamba-hambaNya, namun malangnya mengapa kita semakin berjauhan dari rahmatnya. Apa hikmah yang ada di sebalik limpahan maghfirah yang Allah telah janjikan buat kita semua?

Nabi s.a.w. bersabda:

”Hamba yang penuh dosa namun selalu mengharap keampunan Allah, lebih baik jika dibandingkan dengan hamba yang selalu beribadah namun putus asa dari rahmat~Nya.

Kata Ibnu 'Athaillah,

Apabila engkau berbuat dosa, maka itu jangan menjadi alasan keputusasaanmu dalam menggapai istiqamah dengan Tuhanmu, kerana boleh jadi itulah dosa terakhir yang ditakdirkan bagimu.

Firman Allah swt yang bermaksud:

”Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hambahambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az Zumar:53)


Barangkali di antara hikmahnya adalah, Allah swt memang hendak mengajak kita mengingat-ingat dan menghitung lebih teliti tentang jarak kekeliruan yang kita lakukan selama masa dan detik kehidupan kita yang berlalu.

 mari bertafakur sekarang ….

Tahukah kita bahawa dalam satu tahun yang lalu kita melakukan solat wajib lebih dari 1700 kali? Lalu berapa banyak dari solat-solat itu yang kita lakukan dengan khusyuk? Berapa banyak dari solat-solat itu yang kita tunaikan di awal waktu, sesuai anjuran Rasulullah saw? Berapa banyak dari solat-solat itu yang kita lakukan dengan berjama’ah di masjid?Terfikirkanlah oleh kita, bila selama musim satu tahun dahulu, matahari telah terbit mengunjungi kita sebanyak 350 kali? Sementara Rasulullah saw bersabda, “Setiap diri manusia harus ditunaikan sedekah-nya setiap hari, setiap terbit di dalamnya matahari…”

semoga Allah menghimpun kita dalam syurganya…

Apakah kita telah membaca Al Qur’an dengan tadabbur 12 kali khatam dalam 12 bulan itu? Atau paling minima 6 kali dalam satu tahun? Jika tidak, mungkin kita patut khuatir termasuk dalam kelompok orang-orang yang dikeluhkan Rasulullah saw kepada Allah swt di hari kiamat. Ketika baginda berkata, “Ya Rabb… sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur’an sebagai sesuatu yang dijauhkan…”

Tahukah kita apa yang boleh dilakukan dalam satu minit hidup ini? Kita mampu membaca surat Al Fatihah minimanya 4 kali. Dan itu ertinya kita memperoleh lebih dari 5000 kebaikan. Kita boleh membaca surat Al-Ikhlas 9 kali. Satu surat Al-Ikhlas sama dengan sepertiga Al-Qur’an. Bererti kita mampu mengkhatamkan Al-Qur’an tiga kali. Kita berupaya membaca satu halaman Al-Qur’an atau menghafal satu ayat pendek dari Al-Qur’an.

Kita boleh mengatakan laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikala lahul mulku wa lhul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘alaa kulli syai-in qadir 10 kali. Pahala melakukannya sama seperti memerdekakan 4 orang hamba. Kita mampu mengucapkan subhanallah wa bihamdihi 50 kali. Dan dengan menyempurnakannya menjadi 100 kali, maka dosa-dosa kita akan diampuni oleh Allah swt meskipun sebanyak buih di laut. Kita boleh mengucapkan subhanallah wa bihamdihi, subhanllahil azhiim 20 kali. Itulah dua kalimat yang ringan diucapkan lisan tapi berat timbangannya di sisi Allah swt. Kita boleh mengatakan subhanallahalhamdulillah, laa ilaaha illallah, Allahu akbar minima 15 kali. Itulah kalimat yang paling dicintai Allah swt. Kita mampu mengatakan Laa ilaaha illallah 45 kali. Kalimat paling mulia dan barang siapa yang perkataan terakhirnya laa ilaaha illallah, ia pasti masuk syurga. Kita boleh berzikir dengan mengucapkan sebanyak 70 kali. Perkataan itu akan menyebabkan turunnya ampunan, masuknya seseorang ke dalam syurga, menolak bencana, menambah rezeki, mempermudahkan semua urusan.

Kita mampu membaca selawat atas Nabi Muhammad saw sebanyak 20 kali, lalu malaikat berselawat kepada kita 200 kali. Kita boleh bertafakur terhadap penciptaan langit dan bumi lalu kota menjadi kelompok ulul albaab yang dipuji Allah swt dalam Al-Qur’an. Kita boleh membaca buku yang bermanfaat sehingga ilmu kita bertambah, dan menjadi penerang jalan menuju syurga. Kita boleh mengajak orang lain pada kebaikan, mampu mencegahnya dari kemungkaran, mampu tersenyum yang bernilai sedekah, boleh meringankan beban orang lain… dan sebagainya.

Kita terus menerus berada di antara perjalanan waktu yang tidak pernah henti. Tapi mungkin kita jarang menyedari ianya telah berlalu, kecuali di saat-saat tertentu seperti saat ini. Rasakanlah bagaimana perjalanan detik demi detik itu. Pertambahan minit demi minit. Jam demi jam. Perjalanan hari demi hari. Bulan demi bulan. Hingga tahun berganti tahun. Dan kita sampai di detik, minit, jam, hari, bulan, tahun ini…

Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup silih berganti dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan peredaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu. Mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.” (Al-Jaasiyah:24)

Apa yang harus kita lakukan pada detik, minit, jam, hari, bulan, dan tahun ini?

Sayidina Ali ada berkata:

“Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, ia yang akan memancung kamu.”

Justeru jangan biarkan waktu demi waktu bertambah namun tidak membawa kita pada titik syurga. Sebab, itulah sesungguhnya akhir perjalanan waktu hidup kita. Itulah titik akhir perjalanan waktu. Janganlah kita menyesal di kemudian hari, di saat setiap detik, minit, jam, hari, bulan, tahun tidak pernah ada dan tidak pernah bererti lagi.

~ TIGA CAHAYA DI HARI KIAMAT ~


















Dihari kiamat ada 3 cahaya yang berlainan

Cahaya pertama seperti bintang-bintang
Cahaya kedua seperti cahaya bulan
Cahaya ketiga seperti cahaya matahari

Apabila ada yang bertanya cahaya apakah ini?

Lalu dijawab.

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika didunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila mendengar azan"

"Cahaya Yang kedua adalah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan"

"Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mesjid sebelum azan lagi"

TIGA MACAM ORANG BERAGAMA

1. Orang yang selamat (dari siksaan akhirat) yakni orang yang senantiasa memenuhi segala perintah dan menghindari segala larangan

2. Orang yang beruntung yakni orang yang atas kehendaknya sendiri, berbuat kebajikan yang mendekatkan orang kepada Allah dan menunaikan yang sunnah

3. Orang yang merugi, yakni orang melalaikan kewajiban yang diembankannya. Jika engkau tak mampu menjadi orang yang beruntung, maka setidaknya berupayalah menjadi orang yang selamat


TIGA MACAM ORANG SEHUBUNGAN DENGAN YANG LAIN

1. Orang yang bisa menempati kedudukan para mulia dan malaikat yakni dengan mencurahkan dirinya untuk membahagiakan sesamanya

2. Orang yang menempati kedudukan binatang dan benda benda mati yakni orang yang tidak menguntungkan ataupun merugikan sesamanya

3. Orang yang menempati kedudukan kalajengking, ular dan binatang buas pemangsa, yakni orang yang tidak bisa diharapkan akan memberikan kebaikan , tetapi dibimbangkan akan merugikan


TIGA DAPAT LINDUNGAN

3 macam orang yang Allah berikan perlindungan.

1.Orang yang masuk mesjid kerana Allah, ia menjadi tamu Allah hingga pulangnya kerumah.

2. Orang yang berziarah kepada saudaranya seakidah kerana Allah , hingga kembali pulangnya kerumah

3. Orang yang berhaji dan umrah kerana Allah , ia menjadi tamu Allah hingga kembali kepada keluarganya dirumah


TIGA PERKARA YANG MENJADI PERISAI API NERAKA

1. Sedekah

Rasulullah SAW bersabda :Buatlah diantara kamu dan neraka tutup pemisah walaupun cuma dengan
(bersedekah )dengan separuh butir kurma

2. Berzikir

Rasulullah saw bersabda,
Ambillah perisai kamu sekalian ( yang bisa menjaga kamu ) dari api neraka , ucapkanlah 'Subhanallah (maha suci Allah) Walhamdulillah ( segala puji bagi Allah) Walaailaahaillah (tiada Tuhan selain Allah ) Wallaahuakbar (Allah maha besar)", Kerana kalimat ini pada hari kiamat akan menjadi mukaddimat (yang berjalan di depan kamu) mu'aqqibat (yang berjalan dibelakang kamu ) dan menjadi Mujannibat (yang menjauhkan kamu dari api neraka). Kalimat ini adalah al- baaqiyat ash- shalihat (hal-hal yang baik yang masih tersisa) (HR an-nasa'i dan al- Haakim dari Abu Hurairah r.a)

3. Mempunyai anak perempuan dan mendidiknya dengan baik

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw. "Tiada seorang dari umatku yang menanggung kehidupan tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan , lalu ia berbuat baik kepada mereka kecuali mereka akan menjadi tabir (pencegah) bagi dia dari api neraka   (HR al Baihaqi dari Aisyah r.a)


Semoga 3 hal diatas bisa mengingatkan kita untuk lebih meningkatkan ketakwaan dan menjadi penyemangat dalam meningkatkan kualiti beribadah. Aamiin...