Sunday 8 April 2012

~Ditelan pahit,dibuang sayang~

Aku yakin kau tak tahu, saat ini aku kesakitan..
melawan perasaanku padamu..
Mengertikah kau aku di kelilingi penderitaan??
saat cintaku padamu ingin ku buang..
Fahamikah dikau apa yang aku pendam?
rasa gelora dijiwa yang menguasai fikiran
aku derita sejak mengenalimu..
aku sengsara seorang diri..
aku merana..kerana menyimpan perasaan ini...

Sejak kau hadir di sisi..
perasaan ini sering terganggu..
aku di temani airmata saban hari,..
aku di selimuti resah sepamjang waktu...
aku di buru bayangan dosa..
dosa kerana menyintaimu..
andai kau tahu sesulit apakah yang aku lalui kini..
aku yakin,kau akan mencemuhku..
kau akan membenciku..
tapi aku tak mampu menerima semua itu...

Gelodak apakah yang kini bersarang...
sukar ku luah..tak mungkin untukku telan..
aku ingin menjauh tapi terasa dekat..
aku ingin membenci tapi ada cinta suci..
keinginan hatiku tidak seiring dengan kemahuan fikiranku..
aku tak mengerti..apa yang aku alami kini..
apa sebenarnya yang telah terjadi pada diri ini???

Cinta kita cinta terlarang..
kerana itu tidak mungkin aku luahkan..
biarlah perasaan ini aku tahan..
cuma satu ku ingin kau tahu...
cinta ini ku bawa hingga akhir hayatku....
Maafkan aku dengan semua yang berlaku..
bukan pintaku bukan jua mahumu..
namamu kekal bersemadi di hatiku.
BUAT SELAMANYA.







No comments:

Post a Comment