Sunday 23 June 2013

~hidup adalah takdir,segalanya terjadi atas kehendak takdir..
  bilamana kehidupan sering dirundung kedukaan,
  maka bersujudlah padaNYA.
  angkatlah tangan berdoa padaNYA..
  perjalanan hidup kita terlalu singkat..
  dariNYA kita datang,
  kepadaNYAlah kita kembali..
  jangan sesekali berputus harap..
  teruskan kehidupan dengan penuh cahaya keimanan ~
~ Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,
   terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku?
   Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ”
   Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan,
   padahal kita hanyalah hambaNYA.
   Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal.
   Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.~

Friday 21 June 2013

~Kita datang seorang, kita pulangpun seorang,
  lorong mana yang di pilih,
  seharusnya lorong yang terang untuk jalan pulang..
  jangan tersilap pilih lorong kehidupan..
  jika aku silap tunjuki aku jalan,
  insyaAllah aku amat berterima kasih,
  Kau adalah lampuku penyuluh jalan hidupku...
  tanpamu hidupku gelap..
  bimbinglah aku bersamamu untuk kembali ke negeri abadi..~
~ Jika manusia yang berkata,alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia,
   maka sudah tentu orang itu tidak siuman lagi.
   Ini kerana bahagia itu fitrah manusia.
   Tidak ada manusia yang tidak inginkannya.
   Bahagia itu mampu dirasai dari hati
   dan akal mentafsirkannya dengan perbuatan.
   Wajah pula memainkan peranan, kerna..
   melalui wajah jelas terpancar cahaya keriangan ~
~Fitrah cinta ini..tetap seperti dulu...SEDERHANA..
  Kerana membiarkan ia mengalir laksana air sungai menuju ke muara...
  Mungkin ada kalanya ia beriak seirama rasa hati ini...
  Namun sering ditepis dengan memohon bantuanNYA...
  Ada harapan yang tersimpul dalam setiap tadahan doa..
  Namun biarlah itu bersemai diladang ArasyNYA..
  Agar ia tumbuh dan berbuah dengan RedhaNYA...~

~Wahai hati yang sedang merindui,
  apabila kita mencintai seseorang
  sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai.
  Apabila kita telah menyayangi seseorang
  sesungguhnya kita telah pun membenarkan diri untuk dibenci.
  Apabila kita terlalu merindui seseorang
  kita telah pun bersedia untuk dilupakan
  meskipun amat terseksa tapi itulah hakikat hidup.
  Pengajaran yang perlu dirasai bila kasih tak berbalas~
~Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..
  Tapi hanya ALLAH saja yg tahu rahsia di dalamnya,begitulahnya..
  Jika rasa kecewa,pandanglah ke sungai,
  airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..
  Jika rasa sedih pandanglah ke langit,akan sedar bahawa ALLAH selalu bersamamu..~
~Ikhlas itu bebas! Boleh memberi tanpa harapkan balasan,
  mampu memaafkan tanpa berdendam,
  tidak marah oleh celaan, tidak jauh hati jika dipinggirkan..
  Kegembiraannya dari dalam.
  Tidak dapat dirampas dan dicalarkan dari luar.
  Ya ALLAH bantulah diri kami untuk hidup kerana dan untukMU.~
~ Hati manusia cukup besar untuk sayang ramai orang,
   tapi mengapa tidak cukup besar untuk sayang Yang Maha Esa?
   Bayangkan rasa hati kita bila terpaksa berkongsi kasih?
   Bagaimana pula dengan DIA?
   Terpaksa diletakkan nombor dua apabila DIA beri 1001 nikmat kepada kita setiap hari,
   tanpa memerlukan kita meminta-minta
   Namun kita masih meminta-minta cinta manusia yang tak mungkin dibawa ke syurga. ~

Wednesday 19 June 2013

~ Fikiran yang berkeladak boleh menjadi jernih
   apabila menerima kata2 yang memberi panduan dan pengajaran.
   Gerak yang lesu, kembali laju
  apabila mendengar kata2 yang bersemangat.
  Hati yang membara menjadi lega
  apabila dipujuk oleh kata2 sedingin salju.
  Lurus kata2 itu adalah bayangan tulusnya jiwa.~

Monday 17 June 2013

~ Yakinlah bahawa apabila ALLAH mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa,
   maka sudah tentu ALLAH akan memperkenankan doa kita itu.
   Tetapi jika ALLAH tidak berkehendak memperkenankan sesuatu doa,
   maka sudah tentu DIA tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu.
   Bukan mudah bagi seorang hamba ALLAH mengerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa
   jika tidak kerana taufik dan hidayahNYA.
   Apabila hati dilembutkan untuk berdoa,
   bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan ALLAH.
   Apabila kita sudah benar2 berhajat kepadaNYA,
   maka ALLAH pasti tidak akan mengecewakan hajat kita itu ~
~ Meminta maaf memerlukan KEBERANIAN ..
   Memberi maaf memerlukan PENGORBANAN ..
   Meminta maaf SATU KERENDAHAN ..
   Memberi maaf SATU PENGHORMATAN ..
   Meminta maaf lahir dari KEINSAFAN ..
   Tidak memaafkan melahirkan KESOMBONGAN ..
   Bicara kadang2 tidak terjaga, Janji kadang2 terabai,
   Hati kadang2 berprasangka, Sikap kadang2 menyakitkan.
   Dunia ini ada KEINDAHAN bila ada KEMAAFAN .~
~ ujian ALLAH kita rasakan begitu perit, pahit dan menyakitkan.
   Kita inginkan kejayaan, ALLAH berikan kegagalan.
   Kita inginkan pertemuan ALLAH takdirkan perpisahan.
   Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan.
   Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita.
   Ujian ALLAH umpama ‘rotan ibu’ kepada anaknya yang degil.
   Ibu merotan kesah kasih sayang, ALLAH lebih2 lagi…
   kerana kasih sayang ALLAH jauh lebih tinggi, lebih murni
   daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.
   Sayangnya, kita hamba yang ‘buta’.
   Kita tidak nampak di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian ALLAH itu
   adalah kasih sayang jua ~

~ Jika kau merasakan rindu..kenanglah setiap bait puisiku yang dahulu..
   kerana ia tercipta untukmu..Jika kau merasakan sengsara.
   kenanglah setiap madahku yang lama..
   Kerana ia terhasil kerana kasih kita...
  Tapi..Jika kau tidak merasakan apa2...
  usah dikenang semua peristiwa..kerana..
  aku sebenarnya lebih bahagia..
  Jika dirimu tidak mengenang semua itu..
  walaupun sebenarnya aku amat kecewa..
  Kecewa kerana puisi dan madahku tidak lagi istimewa buatmu..~
~ hebatnya berdakwah melalui akhlak dan sikap.
  Tidak payah banyak cakap. Tidak tunggu sihat,
  orang beriman ketika sakit pun masih mampu berdakwah.
  Dakwah itu umpama akar, yang lembut dan keras dapat ditembusinya.
  Dakwah itu umpama air, tidak dapat disekat…
  akan tekad mencari arah untuk terus mengalir.~
~ Ada banyak hal yang menarik mata,
  tetapi sedikit sekali yang menarik hati.
  Kenali dan kejarlah apa yang menarik hatimu,
  sebab mata bisa menipu tetapi hati tidak.
  Apa yang menarik mata tidak bertahan lama
  tapi yang menarik hati bertahan lebih lama..
  Dan.... supaya tidak tertipu oleh mata,
  maka kenali hati nurani lebih dalam.
  Kepingan hati yang tulus murni akan mengenal
  kehadiran pasangan kepingannya yang lain ~
~Jadilah seperti air, sejuk dan menyembuhkan.
  Dalam kelembutan ada kekuatan, mampu melekukkan kerasnya batu,
  mampu merintangi laluan yang berliku, dari hulu ke hilir mengalir tanpa lesu...
  Bersifatlah seperti air yang juga mengikut bentuk walau di mana ia berada,
  sentiasa dapat menyesuaikan diri dalam apa keadaan,
  panasnya menjadi seruap wap sejuknya menjadi sekeras ais.~
~ Pujuklah hati, jangan merajuk dengan TAKDIR ALLAH.
   Mungkin kita rasa ianya sebagai racun sehingga kita terasa amat penat untuk melaluinya
   tetapi sebenarnya ia adalah penawar untuk diri kita agar dalam setiap langkah, kita sentiasa  
   mengingatiNYA.~
~ Sekalipun sudah berada di jalan yang benar,
   tetapi apabila kita berhenti berjalan, kita akan digilis dari belakang.
  Ya, hidup umpama mengayuh basikal,
  selagi tidak berhenti mengayuh selagi itulah kita tidak akan jatuh.
  Berbuat baik itu adalah tugas selama2nya, sampai bila2.~

Sunday 16 June 2013

~ Ingatlah ALLAH dalam hatimu,
  nescaya tiada duka utkmu..
  Ingatlah ALLAH dalam hatimu,
  nescaya musibah dunia tiada buatmu..
  kelmarin ALLAH membantumu..
  Percayalah, hari ini dan selamanya ALLAH tetap membantumu.."
  Jadilah hamba yang paling bahagia di sisi ALLAH.~

~ Siapa pun tidak layak mengatakan dirinya ikhlas.
   Ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah.
   Namun apabila ditanya, apakah kamu seorang yang ikhlas?
   Maka jawablah dengan pasti, saya sedang sedaya upaya berusaha untuk ikhlas!
   Sama juga dengan redha…. apakah saya redha menerima ujian yang amat hebat ini?
   Maka saya akan cuba untuk menjawab….
   saya sedang sedaya upaya berusaha untuk redha.~