Thursday 28 December 2017

~Sekental Jiwa Raduhah- Last Episode~


Seminggu berada di Malaysia, Raudhah dilayan seperti puteri raja. Entah apa yang menyampuk si abang dia pun tak mengerti. Dah sampai seru nak kahwin lah tu. Raudhah tersenyum sendiri. Flyers volunteer untuk ke Syria direnung penuh rasa. Rasa yang dia sendiri tidak mengerti.

“nah..ice blended cappuccino..” Rifki menghulur .

“nope. Adik tak minum Starbucks.” Raudhah menggeleng tanpa menoleh. Flyers di tangan disembunyikan ke belakang.

“hello makcik, ni bukan Starbucks lah, ni kan Coffee Bean, abang pun kan tak minum Starbucks, lupa?

“abang panggil adik apa? Makcik? Sengal…”cawan Ice blended bertukar tangan.

“apa sengal-sengal? Siapa ajar panggil abang macam tu, Rasulluah pun suruh hormat orang tua tau.. abang sumpah jadi semut baru tahu.”Laju tangannya menolak lembut kepala Raudhah.
Sayangnya dekat adik.

“tak baiklah tolak kepala orang, adik merajuk nanti baru tahu" raudhah buat muka manja plus tak puas hati.

“adik.. next week balik Egypt tau, abang dah book flight..nanti abang datang sekali tolong kemas bawak balik semua barang adik…” pandangan dihala kepada itik2 yang berenang di permukaan tasik. mashaAllah comel.

“apa abang ni suka2 suruh orang pergi balik.. adik baru seminggu duduk dekat sini. Abang dah muak eh tengok muka adik?”panjang muncung Raudhah memprotes.

“kan next two weeks adik nak pergi Syria..”lembut usapan Rifki di kepala Raudhah menghantar rasa kasih yang tidak terperi.

Raudhah kalih pandang dari teratai di atas tasik ke muka abangnya. Tangannya dilekapkan ke dahi Rifki. Tak panas..

“ni Rayyan Rifki abang Ainnur Raudhah kan?” pipi Rifki ditampar lembut..

“adik, abang campak adik masuk dalam tasik baru tahu..” sengih Rifki geram. Adik ni.. buat main pulak.

“tapi abang…” Raudhah kehabisan kata. Merembes air mata kegembiraan dari tubir matanya.
Alhamdulillah.

“ I did my istikharah , adik..and abang sangat sayangkan adik. Takkan lah abang nak halang adik dari masuk syurga Allah. Abang tak sekejam itu.Sejujurnya, abang rasa sangat berat untuk melepaskan satu-satunya insan yang abang sangat sayang. Tapi abang lupa, adik milik Allah, abang izinkan adik pergi sana, andaikata Allah takdirkan adik syahid di sana, abang redha jasad adik bersemadi di bumi Syam.”...Tertahan-tahan suara Rifki. Raudhah yang sudah teresak dipeluk kemas.

Pergilah adik kesayangan, pergilah wahai mujahidah. Mereka memerlukan jiwa-jiwa kental sepertimu.
*********************************************
“adik semua barang-barang adik dah masuk dalam kotak, nanti abang,hantar balik Malaysia through shipping kargo lah, tak larat nak bawak balik semua. Kalau airlines company tu atuk keturunan kita punya, takpelah nak angkut semua pun” Tingkap bilik Raudhah dikuak perlahan.

Indahnya bumi Iskandariah, tenangnya jiwa berada di bumi penuh barakah ini. Patutlah Raudhah berkeras mahu menyambung pelajaran disini walaupun sudah 2 kali evakuasi.

“abang, ni apa?” tote bag Fossil dihulur.

“oh..tu adik punya kelengkapan dekat sana nanti..kain kapan, kapur barus, semua abang dah sediakan..”

“abang..” berkaca mata Raudhah menahan sebak yang bertandang.

“adik, abang tunggu adik balik, tapi andaikata adik tak balik, abang akan ceritakan tentang seorang mujahidah bernama Annur Raudhah dekat anak-anak abang nanti, seorang doktor yang mengorbankan jiwanya untuk ummah. Abang bangga dengan adik, abang tak nak jasad kaku adik balik ke bumi Malaysia, andai ditakdirkan adik syahid..bersemadilah di sana, abang janji.. abang akan menyusul.” Rifki menghela nafas perlahan. Berat. Seberat hatinya melepaskan adiknya pergi.

-TAMAT-
************************************

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang- orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta- benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(Surah At-Taubah: 111)

Isha tahu..tentu ramai yg tertanye2 knp endingnye spt tak lengkap..tapi.,jike bace2 elok..pasti anda akn fhm ape kesudahan cerite ini ...Sekian

August 14, 2016 at 6:23pm

~ Sekental Jiwa Raudhah -part III~

Assalamualaikuk wbt...asif..isha sedikit terlmbt post sambungan cerpen ..isha kurang sehat...pade kwan2 yg setie membace..maafkn isha buatkan anda tertunggu2.. sbnrnye...isha sdg mengajar awak semue erti sabar..hik3 😊 okey..jom bace episod seterusnye...slmt membace 😊 yek

SEKENTAL JIWA RAUDHAH...PART 3

Nombor telefon Raudhah didail penuh debar. Rindu mendengar suara comel itu. Rindu melayan karenah Raudhah yang pelik.

Hakimi, kawan baiknya selalu memerlinya, konon dia tidak punya teman hidup sampai sekarang sebab dia terlalu sayangkan adiknya, itu Raudhah, ini Raudhah..sampai masakan makcik cafeteria pun dibandingkan dengan air tangan Raudhah. Takpelah, Raudhah sajalah harta yang dia ada.

“Assalamualaikum abang, dah dinner? Adik baru habis kelas ni. Abang dah jumpa belum calon kakak ipar adik?” ceria Raudhah bertanya. Sejak Rifki mematikan panggilan skype dengan rasa amarah yang memuncak, Raudhah tidak pernah membangkitkan perihal volunteer ke Syria lagi.

“tak. Abang tak jumpa, takde orang yang boleh challenge adik abang ni..” bingkai gambar di atas meja pejabatnya ditilik penuh rindu. Kelihatan arwah ibu dan abah tersenyum girang bersama dia dan Raudhah sewaktu mereka kecil.

“abang ni teruklah..kalau gitu baik abang kahwin dengan adik je. Abang, you should find someone..” pelik je abang ni. Semuanya nak dibandingkan dengan dirinya, punggungnya dilabuhkan dia atas tembok batu, terbentang keindahan laut Mediterranean ciptaan Allah...SubhanaAllah. Cantik.

“ I will marry after you .” Pen di tangan dipusing, otaknya ligat berfikir bagaimana mahu memberitahu Raudhah..

“adik tak nak langkah bendul.”

“adik memang bendul pun. Hahahaha”

“abanggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!”

kuat suara Raudhah menjerit diusik abangnya. Abang memang. Pantang ada peluang.

“Ainnur Raudhah..” Rifki berjeda sebentar, mencari nafas untuk menyambung kata.

“abang.. you are not proposing me kan? Ni kenapa suara abang macam nervous semacam? If yes, I will reject you without hesitation” pelik Raudhah bertanya.

“gila. Kalau la tinggal adik sorang dekat dunia ni pun abang tak hingin kahwin dengan adikla..”

“helllehhh sudahlah abang, kenapa abang panggil nama penuh adik tadi? Is there something that I should know?” kapal di tengah lautan ditenung penuh minat. Kalau ada dolphin kan seronok.

“after final exam nanti terus balik rumah. Abang dah book flight ticket .”

“ you what ?” keras Raudhah bertanya. Abang kejam!

“ I did my istikharah already. This is an order Ainnur Raudhah binti Abdullah.” Senada Rifki memberi arahan.

“abang Hitler.” Perlahan Raudhah berbisik.

Kecewa dengan tindakan abang. Empangan air mata yang pecah diseka lemah.
------------------------------
----------
Bagaimane kesudahannye??..dptkah Ainnur Raudhah pergi berjihad ke syria??..so..nantikan episod terakhir cerite ini yek... in sha Allah..ptg nanti kesudahan cerite ini akn berakhirnye...bagaimana endingnye??..tunguuuu

August 14, 2016 at 10:15am

~Sekental Jiwa Raudhah -part II~

Assalamualaikum wbt...selamat petang sahabat fillah...okey...isha tunaikan janji isha utk post sambungan dari cerpen isha yg pagi tadi yek,.,slmt membace 😊

PART2..

“hello baby……” comel suara Rifki menyapa dari benua sana. Rindunya adik..bila adik nak balik?

“stop baby-ing around lah bang.. nanti takde orang nak kahwin dengan adik.” Mencerlung mata Raudhah memberi amaran.

“suruh bakal adik ipar abang tu datang jumpa abang dulu, abang nak buat tapisan, hingga ke akar umbi.. kalau lepas, baru boleh jadi adik ipar abang.kalau tak jangan harap.” Serius Rifki berkata.Raudhah ketawa lepas. Ade-ade je abang ni..

“abang.. Raudhah ada benda nak bagitahu.” Skrin laptop ditenung penuh pengharapan. Harapan agar Rifki mengerti permintaannya sebentar lagi.

“bagitahu je lah..sejak bila kena minta izin ni?” berdegup kencang jantung Rifki menanti bicara Raudhah..Raudhah jarang membahasakan dirinya dengan nama kecuali jika perkara itu menuntut perhatian yang serius.

“ last week ada students edarkan flyers ..”

“oh, flyers untuk masuk contest ustazah pilihan ke?”

“abang ni… orang tak habis cakap lagi..”

“okay miss Ainnur Raudhah, you may proceed. My ears are all yours .” Rifki sengih mengada. Tahu Raudhah sedang berdebar menyusun kata..sengaja diusik si kecil itu. Hakikatnya dia pun berdebar menanti bait kata Raudhah.

“diorang nak cari volunteers untuk bantu rakyat Syria, untuk 2 bulan masa summer break nanti. Adik rasa macam nak pergi, nak tolong apa yang patut.” Senafas Raudhah berkata.

Pandangan matanya dihala kearah keyboard laptop. Bimbang andaikata muka Rifki bertukar menjadi the Hulk. Boleh pengsan kalau kena marah dengan si abang ni. Mujur hanya berkomunikasi melalui skype , kalau tak pasti lagi teruk.

“kalau mati dekat sana macam mana? Adik abang ada satu je. Adik lupa ke janji abang dekat arwah ibu dengan abah nak jaga adik lebih dari nyawa abang sendiri? “ bertalu-talu Rifki bertanya.

“kalau adik mati syahid, lepastu Allah izinkan adik masuk syurga, nanti kalau dekat dalam syurga adik tak jumpa abang..adik nak tanya Allah dekat mana abang, lepas tu adik nak ambik abang masuk syurga sekali dengan adik.. isnt that cool ?” senang Raudhah menjawab. Sudah dijangka soalan Rifki, sudah dijangka juga reaksi Rifki..tidak putus doa yang dipohon di dalam hati agar lembut hati Rifki membenarkan dia pergi.. Ummah di sana memerlukannya, tambahan pula dia di tahun akhir pengajian dalam bidang perubatan. Mungkin dia boleh membantu doctor disana merawat mujahidin yang cedera.

“adik.. you know my answer ..”

“but abang. .i did my istikharah .” Berkaca mata Raudhah merayu

“ this conversation is over.Assalamualaikum”

butang end call ditekan. Ipad di tangan dilempar ke atas sofa. Mukanya diraup perlahan. Tertahan nafasnya menahan rasa. Tidak sanggup melihat mutiara jernih yang bakal mengalir di pipi Raudhah

“kalau adik mati syahid, lepastu Allah izinkan adik masuk syurga, nanti kalau dekat dalam syurga adik tak jumpa abang..adik nak tanya Allah dekat mana abang, lepastu adik nak ambik abang masuk syurga sekali dengan adik..isnt that cool?” Terngiang-ngiang suara Raudhah di benaknya.

7 hari 7 malam dia beristikharah dan istisyarah. Bergelen-gelen air mata yang jatuh membasahi pipi. Takpe, tak jatuh saham seorang lelaki andai menangis di tikar sejadah. Allah..berat sungguh keputusan yang harus dibuat. Terasa dirinya perlu menjadi kuat seperti Clark the Superman dalam filem Man of Steel. Tapi besi pun boleh cair dek panasnya haba, kan?

Aaaahhhh..…Rayyan Rifki, apa kaitan Raudhah dengan besi? Aiyoo sah neuron dalam otak dah bersimpul berbelit sampai tak boleh nak berfikir logik.
------------------------------
--------------------
okey...isha stop dulu utk memberi laluan kpd pesanan penaja..hik3..jgn mrh yek,,isha gurau jek..tunggukn kemunculan part 3 yek..sabar..sabar itu separuh drpd iman..

August 13, 2016 at 5:51pm ·

~ Sekental Jiwa Raudhah - part 1~

Alhamdulillah...kngh jupe cerpen ni dri acc Isha...so..kngh pun copy..cerpen ni mmg menarik..

Salam tahajjud ya ahlul jannah...sdh lame isha tak kongsi cerpen...entah knp pagi ini isha mahu kongsi sebuah cerpen yg menarik...SEKENTAL JIWA RAUDHAH..tapi cerite ini sgt panjang...so isha terpakse post part demi part..syukran pade yg sudi membace...isha jamin..kisah ini amat menarik,.tak rugi anda membacenye...

PART 1
“ Final call for flight QR 521 to Doha.. ” nafas dihela perlahan…kedengaran suara krew penerbangan memanggil penumpang untuk ke Qatar.. this is it. the goodbye .

Perjalanan 13 jam untuk ke Alexandria, Egypt beserta transit 1 jam di Doha pastinya memenatkan. Mushaf Al-Quran ditangan digenggam erat. Terimbau perbualan dengan abang seminggu yang lalu..

“bahaya lah dekat sana, tengok dekat dalam fb tu tentera senang-senang je bunuh orang macam nyawa manusia takde nilai dah…”

“ala..dekat Malaysia pun orang tembak-tembak siap letak bom atas kereta macam nyawa manusia takde nilai…” balas Raudhah tenang.

“tapi dik..kalau dekat sini kan senang, ada depan mata abang, demam pening semua abang boleh jaga..”

“dekat sana Allah jaga 24 hours tanpa terleka sikit pun. Hebat kan?” kening dijongket tanda kemenangan.

Rifki menggeleng perlahan..kepala Raudhah disekeh tanda tidak puas hati..adiknya yang satu ni memang ketegaq. Kalau putih katanya, putihlah ia..

“abang, adik pergi sana nak belajar la..nak jadi doktor, bukan nak pergi join tentera bunuh orang. Kalau ditakdirkan adik mati dekat sana pun kan..abang patut jadi manusia paling gembira tau, sebab adik abang ni syahid dekat jalan Allah. Bukan mati tertonggeng atas jalan raya sebab lumba haram.” Kepala Rifki disekeh semula. Mana boleh kalah dengan abang..ishh,,

“Raudhah, ni boarding pass..” Kalau sampai sana kena tahan dengan polis macam mana?
“ni passport pun ada sekali ni..”Kalau balik rumah, tengok rumah dah kosong sebab tuan rumah dah lempar segala khazanah dalam rumah tu keluar, macam mana?

“lepastu..ni tadi abang pegi Delifrance.. abang beli your fav, boleh makan kalau sampai sana..”

Paper bag berisi roti disua.. Tak bersambut. Mesti sunyi lecture hall bila ramai dah pindah Malaysia. Siapa nak hulur gula-gula bila ngantuk? Siapa nak main lukis-lukis dekat belakang kelas lagi? Siapa nak join makan jajan masa lecturer tengah mengajar?

“Ainnur Raudhah!!!!” kuat Rifki menggoncang bahu adiknya.

“apa abang ni… nasib baik tak melatah, kalau tak, tak pasal-pasal kena reject jadi menantu..” berdecit mulut Raudhah menahan marah.

“ekelehh menantu konon.. pakwe pun takde..berangan. abang macam cakap dengan kerusi je tadi..kenapa? tak jadi balik Mesir?”raut tenang milik Raudhah ditenung dalam, mencari erti dari bening mata itu..

“I did my istikharah, abang.” Pandangan ditala ke syiling KLIA. Nafas ditarik dalam. Kata nak jadi seorang pejuang, masakan susah sedikit mahu berpaling arah?...

Apakah kesudahannye??...tungguuuuuu part 2 akan menyusul...sabar yek...

#sabarmenanti
#janganjemumembaca
August 13, 2016 at 4:02am ·

Tuesday 19 December 2017

~ DIA sgt mengasihi hambaNya~

Hidup ini bertongkat ke bumi..berpaut ke langit.. selagi mampu, maka berusahalah, kemudian menyerah kepada Pencipta Yang Agung. Tiada sekelumit USAHA yang disia. Tiada hembusan DOA yang tidak didengar, sekadar menanti saat yang sesuai untuk menuai segala benih yang dicambah..

Andai rasa usahamu disiakan..maka terus mencari jalan yang lain untuk mencapai cita. Andai rasa doamu masih ditahan, maka bersihkanlah hati dan jiwa. Kerana sesungguhnya martabat seorang hamba amat mulia di sisi tuhannya...

mencari kebenaran bukan semudah yg di sangka...menggapai cinta ILAHI bkn semudah bicara..namun yakinlah...DIA sgt mengasihi hambaNya...

~ So Sweet Masyitah - last episode~

Dia terbangun di tengah malam. Gegendang telinganya bergetar mengejutkan tubuh. Biasanya dia tidur nyenyak sahaja kerana setiap malam dia akan keletihan studi. Tetapi semenjak graduasi, dia sudah tidak ada apa yang hendak dikejarkan. Dia sudah tidak perlu studi teruk-teruk seperti dahulu. Mungkin sebab itu lenanya juga senang terjaga. Dia sudah tidur awal.
Matanya memandang ke sudut bilik. Satu lembaga sedang duduk bersimpuh ditemani cahaya oren dari lampu tidur.
Hariz Arifi.
“Rajin betul suami aku ni.” Gumamnya. Malu sendiri. Hariz Arifi hanya mengejutkannya pada malam Jumaat. Tetapi dia tahu yang suaminya itu hampir setiap malam akan bangun melaksanakan qiamullail jika tiada keuzuran.
“Ya Allah, rahmatilah Masyitah. Ya Allah, rahmatilah Masyitah. Ya Allah, rahmatilah Masyitah.”
Eh? Masyitah? Nama aku. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan. Ingin mendengar dengan lebih jelas. Dia dapat melihat Hariz Arifi bersama kedua belah tangan yang terangkat.
“Ya Allah, rahmatilah Masyitah. Sesungguhnya aku amat mencintainya. Kau telah hadirkan dia sebagai penghidup jiwaku. Acapkali aku melihatnya, dia menumbuhkan kebahagiaan dalam hatiku. Maka ya Allah, rahmatilah dia.”
Tiba-tiba hati rasa sebak. Ayat-ayat yang terlantun menghentak gegendang telinganya agar bergetar itu, seakan tembus mendodoi jiwanya juga.
“Ya Allah, jadikanlah Masyitah itu wanita yang Kau redhai dan jagalah dia. Permudahkan segala urusannya. Golongkanlah dia dalam golongan orang yang berjaya, cemerlang dalam segala halnya, khususnya dalam ketaatan kepadaMu dan dalam perjalanannya menuntut ilmu.”
Aku pernah mendoakan dia tak? Tiba-tiba Masyitah mempersoalkan dirinya. Jangan kata doakan dia, doa untuk diri sendiri sungguh-sungguh pun sekali sekala sahaja. Ish…
Tiba-tiba mata rasa berkaca.
“Ya Allah, masukkanlah Masyitah itu dari kalangan ahli syurgaMu, redhailah dia Ya Allah, terimalah dia Ya Allah. Jadikanlah dia seorang yang beriman dan solehah. Lindungilah dia dari kejahatan dan kemungkaran.”
Air mata mengalir.
“Sesungguhnya aku amat mencintainya ya Allah. Maka cintailah dia. Sebagaimana Kau hidupkan jiwaku apabila melihatnya, maka hidupkanlah jiwanya untuk mencintaiMu dan menjadi hambaMu yang baik.”
Perlahan-lahan Masyitah baring dan berpaling mengiring dari arah Hariz Arifi.
“Amiin.”
Tangannya menggenggam selimut. Mulut mengungkap “Amin,” bersama air mata yang mengalir.
Ya Allah, rahmatilah suami aku.
Dan jadikanlah aku ini orang yang mampu menyenangkannya.
*****
“Kenapa ya tiba-tiba hendak bawa saya bercuti?” Soalan itu hadir diiringi dengan bunyi ombak memukul pantai.
“Tak boleh?” Burung camar menghiasi suasana.
“Boleh. Saya suka.” Mentari senja menambah keindahan.
“Ha, ingat sayang saya ini tak suka. Boleh saya tempah tiket balik hari ini juga.” Keadaan pantai yang sudah mula sedikit dengan orang ramai membuatkan mereka berdua dapat duduk-duduk dengan tenang.
“Tak naklah. Lawa sini. Pantai dia sangatlah cantik.”
“Awak cantik lagi.”
Diam.
Hariz memandang sebelahnya. Masyitah tunduk menekur pasir pantai.
“Kenapa diam? Ingat nak bangga-banga. Orang puji.”
“Speechless. Awak selalu puji saya itu ini. Lebih-lebihkan saya itu ini. Saya tak pandai nak main ‘jiwang-jiwang’ macam awak. Saya takut nanti lama-lama awak bosan dengan saya.”
“Haha. Bosan dengan awak? Habis, saya nak hidup macam mana kalau saya bosan dengan awak? Saya pun tak dapat bayang. Mustahil terjadi insyaAllah.” Sungguh-sungguh Hariz berbicara.
“Manalah tahukan. Awak takkan tak penat dengan saya?”
“Kan dah cakap tempoh hari? Lagipun, dalam hampir dua tahun ini, awak tengok saya layan awak, saya hidup dengan awak, ada pernah buat gaya penat selain bila saya balik kerja?”
Tak ada. Tetapi jawapan itu tinggal di kerongkong Masyitah sahaja.
“Awak tanya kenapa bawa awak bercuti kan?”
“Ya.”
“Lawa tak matahari itu?” Hariz memanjangkan tangan, menunjuk ke arah mentari dengan jari telunjuk. Matahari itu hampir terbenam ditelan horizon kerana senja.
“Lawa.”
“Awak adalah matahari saya.”
“Matahari?”
“Matahari adalah sumber tenaga. Matahari juga adalah paksi menjaga keseimbangan sistem solar kita. Matahari petunjuk arah. Awak adalah semua itu. Tanpa awak, saya samalah macam bumi tanpa matahari, gelap dan tidak hidup. Tanpa awak, saya samalah seperti sistem solar kita ini tanpa matahari, tidak seimbang dan bergerak ke arah kehancuran.”
Masyitah tidak mampu berbicara apa-apa. Hawa yang ada kini seakan-akan membuatkan dadanya sebak dan dia rasa seperti ingin menangis.
“Dan untuk jawapan kepada soalan kenapa saya bawa awak bercuti adalah…”
Apa lagi? Hariz Arifi, awak memang pandai buat jiwa saya tunggang terbalik.
“Selamat Hari Lahir.”
Masyitah terpana sebentar. Hari Lahir. Hari ini…
MasyaAllah.
“Haha. Dah agak dah dia lupa. Sibuk sangat studi. Bila dah graduasi, tarikh lahir sendiri pun lupa.” Hariz ketawa sendiri. “Percutian ini adalah hadiah hari lahir dan hadiah graduasi sekali. Boleh ya?”
Tiba-tiba air mata Masyitah menitis.
“Eh, awak, kenapa menangis?”
Segera Masyitah melentokkan kepalanya pada bahu Hariz.
“Kenapa ni?” Hariz menggosok perlahan belakang tubuh Masyitah.
“Terima kasih ya awak?”
Hariz menggelengkan kepala. “Saya yang patut ucap terima kasih sebab awak sudi kahwin dengan saya, berada di sisi saya.”
“Boleh tak bagi saya menang sekali dalam menghargai?” Masyitah yang sudah melekat pada bahu Hariz bersuara.
Hariz ketawa. Air mata meleleh pun boleh buat orang ketawa. Isteri aku ni kiut sungguh.
“Saya janji akan berusaha dengan lebih baik lagi. Biar benar-benar boleh menjadi matahari awak, ibarat Masyitah di zaman Musa, yang teguh terjun ke dalam didihan syurga.”
Hariz tidak menjawab. Hanya leretan senyuman. Matanya kekal memandang matahari yang semakin ditelan horizon. Masyitah damai di bahunya.
Di dalam hati tidak henti mengucap hamdalah.
Kebahagiaan ini, memang tiada bandingannya.
Isterinya memang bukan Masyitah di zaman Musa.
Tetapi dia adalah Tiara Masyitah, bidadari di dalam jiwa.
Yang Allah salurkan daripada Masyitah ini, kekuatan dan kehidupan kepadanya..

~ So Sweet Masyitah -part III~

“Dijemput pasangan suami isteri Dr Ali Zahidi dan Dr Maryam Umairah!”

Sepasang suami isteri berjalan beriringan sebaik sahaja pengerusi majlis melaung nama. Tepukan kedengaran memenuhi dewan.

“Kini dijemput pula, Hariz Arifi, motivator kita.”

Hariz Arifi bangun dari kerusi yang telah dikhaskannya di barisan hadapan.

“Maaf ya awak. Saya malu nak ke hadapan.” Masyitah menarik hujung kot Hariz..Hariz menarik senyuman. Menggeleng.

“Awak ada ini pun sudah cukup.” Tangannya menyentuh pipi Masyitah.Langkah diatur menaiki pentas. Ada empat kerusi untuk ahli panel sebenarnya. Majlis ini adalah perkongsian dua pasangan suami isteri. Tetapi satu kerusi kosong. Itu sebenarnya tempat buat Masyitah.

“Maaf, bidadari saya sangat pemalu. Jadi saya kira saya seorang sahaja di atas ini.” Hariz membuat gaya ‘peace’.

“Lagipun, saya takut ter’overshadow‘ pasangan Abang Ali Zahidi dan Kak Maryam Umairah saya ini.” Matanya memandang pasangan suami isteri di sebelahnya, sambil tangan menyapa lengan Dr Ali Zahidi. Seniornya ketika di sekolah dahulu.

Ucapannya disambut tawa dewan. Dr Ali Zahidi menyambut gurauan itu dengan senyuman. Begitu juga Dr Maryam isterinya.

Forum Baitul Muslim yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa anjuran NGO bernama HALUAN itu bermula.
********************************************************

“Macam mana?” Soalan dikeluarkan.

“Macam mana apa?” Hariz memandang Dr Ali Zahidi.

“Macam mana hidup dengan Masyitah?” Dr Ali Zahidi menunjuk kepada meja perempuan.

Kelihatan isterinya, Dr Maryam sedang makan bersama dengan Masyitah.

“Amat amat amat bahagia.” Senyuman Hariz melebar.

Dr Ali Zahidi mengangguk sambil mata garfu dibenamkan pada daging sebelum sudu di tangan kiri membuatkan daging itu menjadi lebih kecil.

“Sebenarnya, ana tak sangka enta pilih dia.” Dr Ali Zahidi bersuara selepas menelan makanannya. Matanya memandang tepat Hariz...Hariz yang baru sahaja hendak menyuap makanannya tidak jadi berbuat demikian. Senyumannya yang tadi melebar, menjadi kendur.

“Kenapa Abang Ali cakap begitu?”

“Yalah. Dalam organisasi kita ini, ramai lagi akhawat yang berkaliber. Yang boleh bersama-sama dengan enta dalam melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah ini. Yang boleh ke hadapan dengan enta.”

Hariz diam.

“Memilih yang telah siap diproses, lebih mudah. Maka kita boleh buat banyak kerja lagi. Boleh bergerak lebih jauh lagi.”

“Teorinya, itu memang benar.”

“Jadi? Kenapa dulu enta pilih dia?”

“Sebab dari segi praktikalnya, teori itu tidak berjalan buat saya.”

“Em?” Dr Ali Zahidi tidak dapat menangkap maksud Hariz.

“Abang Ali, Rasulullah SAW pesan untuk kita mencari wanita yang baik agamanya.”

“Ya.”

“Masyitah dari segi asas agama, dia jelas.”

“Ok.”

“Jadi saya tidak perlukan sebab tambahan. Hal ini kerana, Allah bagi saya jatuh cinta kepada dia. Saya tidak perlukan apa-apa sebab lain selain perasaan ini. Saya tidak berkahwin dengan dia kerana apa-apa. Saya berkahwin dengan dia kerana dia. Kerana dia itu Tiara Masyitah. Bukan kerana dia itu Masyitah seperti Masyitah di zaman Musa.”

“Yalah. Tetapi bukankah lebih bagus enta pilih yang seperti Masyitah di zaman Musa? Yang berani ke hadapan menegakkan kebenaran. Ini hendak berkongsi pun tidak mahu. Apa manfaatnya kepada masyarakat? Berkahwin dengan orang macam dia, enta nak selalu tinggalkan rumah pun tidak boleh.”

Hariz menghela nafas.
“Abang Ali. Apa pandangan Abang Ali terhadap saya. Apakah saya ini bermanfaat kepada masyarakat?”

Dr Ali Irfan mengangguk. “Sebab itu ana cakap perkara ini. Orang macam enta, rugi jika bersama dengan orang seperti Masyitah. Enta masih muda, sebab itu ana berbicara akan hal ini. Ana berpesan kepada enta sebagaimana pesan Ibrahim kepada Ismail. Tukarlah.”

Hariz tersengih.
“Tahukah Abang Ali bahawa, saya menjadi bermanfaat sebagaimana yang Abang Ali nyatakan itu hari ini, dengan kehadiran siapa?”

Dr Ali Zahidi diam.

“Dia.” Hariz menunjuk kepada Masyitah yang khusyuk bersama Dr Maryam.

“Kita kenal semenjak sekolah menengah Abang Ali. Abang Ali tahu saya ini macam mana dahulu. Walaupun saya aktif dalam dakwah dan tarbiyah di sekolah, saya panas baran, tidak sabar, keras kepala dan sebagainya. Saya juga lemas dalam kekayaan keluarga saya.”

Dr Ali Zahidi mengangguk. Dia ingat semua itu. Dan Hariz Arifi di hadapannya kini adalah seorang manusia yang jauh berbeza.

“Bila Allah lekatkan cinta di dalam hati saya kepada Masyitah, saya jumpa satu perkara.”

“Apa dia?”

“Kesederhanaan. Dia memang bukan Masyitah di zaman Musa, Abang Ali. Tetapi dia datang dari kesederhanaan. Keluarganya sederhana. Dia dibesarkan dalam kesederhanaan. Kesederhanaan itulah yang membuatkan saya yakin dengan cinta yang Allah berikan kepada saya. Kesederhaan itulah yang membuatkan saya kembali melihat diri saya, kehidupan saya, pergerakan saya, kerja-kerja dakwah dan tarbiyah saya.”

Dr Ali Zahidi tidak berkata apa-apa.

“Orang semua menyatakan bahawa perubahan saya adalah kerana saya berusaha sendiri. Dari satu sisi, mungkin benar. Tetapi sebenarnya, saya bergerak untuk berubah itu adalah apabila saya bertemu dengan kesederhanaan yang ada pada Masyitah dan keluarganya. Akhirnya jadilah saya sebagai saya yang hari ini. Jika Abang Ali menyatakan bahawa saya hari ini adalah seorang yang bermanfaat kepada ummah, maka tidakkah yang membentuk saya juga telah memberikan manfaat? “

“Ana hanya hendak enta pergi lebih jauh. Pada ana, enta boleh pergi lebih jauh lagi. Tengok ana hari ini. Ke hulu ke hilir memberikan penyampaian. Apabila ada isteri seperti Maryam yang mampu berdiri bersama-sama aku, kerja menjadi lebih mudah. Kini satu Malaysia sudah mengenali ana. Brunei, Indonesia dan Singapura juga sudah mula hendak memanggil ana.”

Hariz menggeleng. Senyumannya mekar hingga ke telinga.

“Jika itu hendak diukur sebagai kejayaan, dan sampai ke tahap itu yang Kak Maryam boleh bantu Abang Ali, pada saya, saya lebih dari itu.”

Mata Dr Ali Zahidi membesar.

“Kini, buku-buku dan novel-novel saya sudah mula hendak diterjemahkan ke pelbagai bahasa di seluruh dunia. Produser-produser filem turut menghubungi saya untuk memfilemkan beberapa novel saya. Syarikat Motivasi saya juga sudah mula berkembang keluar dari Asia Tenggara. Terdapat juga sambutan hangat dari Eropah. Kini Masters saya sudah hampir tamat, maka saya kira lepas ini bolehlah saya fokuskan sebentar kepada perjalanan kerja-kerja ini agar lebih kukuh sebelum saya menyambung ke PhD.”

Dr Ali Zahidi kelu.

“Abang Ali, Masyitah sendiri tidak perasan bagaimana hakikatnya dia telah membantu saya bergerak sejauh ini. Kehadiran Masyitah adalah anugerah Allah yang terbesar buat saya. Dia menghilangkan penat saya, mengubati gundah saya, menambah semangat saya, dan buat saya sentiasa kembali mengingati amanah yang Allah berikan kepada saya. Sebab saya cintakan Masyitah. Saya mahu masuk syurga dengan dia. Maka saya bersungguh-sungguh di atas dunia ini kerana itu. Biar saya boleh bawa dia masuk syurga.”

Dr Ali Zahidi akhirnya menggeleng.
“Ana tiada bicara untuk enta lagi. Maafkan ana kalau sudah mengganggu jiwa enta. Ana tersilap perhitungan.”

“Abang Ali, sebagaimana Kak Maryam itu bukannya Maryam ibu kepada Isa, begitulah juga dengan Masyitah saya. Sememangnya dia bukan Masyitah di Zaman Musa. Tetapi mereka masing-masing ada kelebihan. Kak Maryam dengan kelebihannya, mampu menonjol dan aktif dalam dakwah dan tarbiyah bersama Abang Ali. Masyitah pula, kelebihannya adalah memberikan kehidupan kepada saya.”

Dr Ali Zahidi mengangguk sambil tersengih.

“Sepatutnya, baitul muslim tadi enta seorang sudah lebih dari memadai. Ana malu dengan enta.”

“Tidak. Kita tetap kena bersama-sama. Siapalah saya jika dahulu Abang Ali tidak mendidik saya.” Hariz merendah diri. Kini matanya perlahan-lahan digalihkan kepada Masyitah.
Nampaknya isterinya itu sudah selesai makan.

“Dia memang bukan Masyitah di zaman Musa. Saya hidup di dalam realiti, sebab itu saya mampu menerimanya.”

Dr Ali Zahidi hanya mampu mengangguk lagi.Benar. Realiti.
Rata-rata hari ini orang terbiasa dengan kesempurnaan fantasi. Mencari hanya yang sempurna. Kemudian kecewa apabila melihat kecacatan selepas perkahwinan.Tetapi nampaknya Hariz Arifi berbeza.Dia membesar-besarkan segala kelebihan yang ada pada isterinya, walaupun hakikatnya kelebihan itu sebesar kuman cuma. Yang mungkin di mata orang lain, tiada apa maknanya..menyebabkan orang sepertinya jadi malu sendiri, berbicara dengan Hariz Arifi.

~ So Sweet Masyitah -part II~

“Kahwin dengan Hariz Arifi?” Matanya membesar. Terkejut.
“Em, dia berhajat kepada Masyitah. Apa pandangan Masyitah?” Ibu bertanya lembut.
“Eh, tak naklah!” Segera dia menjawab.
“Kenapa?”
“Er…” Macam mana hendak menjawab soalan ‘kenapa’ ini ya? Sepatutnya pertanyaan itu dilontarkan kepada Hariz Arifi. ‘Kenapa’ dalam banyak-banyak perempuan di dunia ini, dia yang menjadi pilihan hati?

“Syitah tak sedia la Ibu. Syitah muda lagi. Baru habis SPM. Lagipun…” Ibarat bertih jagung, pantas dia memberikan alasan. Hatinya macam dihimpit-himpit dengan tekanan yang amat berat.
“Lagipun?”
“Dia Hariz Arifi. Ibu bukan tidak kenal siapa Hariz Arifi.”

Ya. Hariz Arifi. Beberapa tahun lebih tua daripadanya. Masyitah kenal akan dia. Merupakan senior di sekolah lamanya. Tetapi kini, bukan sedikit orang yang mengenali nama itu. Umur masih muda tetapi pemikirannya kadangkala menakjubkan veteran-veteran di dalam kehidupan. Gerak langkah pemuda itu pantas. Kerja pemuda itu adalah memperbaiki dirinya sambil mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Semua itu dilakukan semasa belajar di luar negara. Hari ini nama itu semakin meningkat naik di Malaysia. Hampir semua kawan-kawan Masyitah mengenalinya. Begitu juga dengan jiran-jirannya.

Kahwin dengan orang macam itu?Mampukah aku?Diri banyak perkara masih belum diperbaiki. Masih rasa terlalu muda untuk segala tanggungjawab. Masih rasa ingin berseronok itu dan ini.

Kahwin? Umur baru 18!Serabut kepala memikirkannya.Kenapa tak pilih mana-mana pembawa usrah di sekolah mereka dahulu yang kini masih aktif di universiti masing-masing?Kenapa dia?

“Ibu, tolaklah ya?”
Ibu menghela nafas. “Baiklah Masyitah. Ibu ikut sahaja apa yang Masyitah senangi. Tetapi Ibu sukalah dengan Hariz tu.”

Masyitah diam. Masalahnya, aku tak mampu. Muda lagi. Itu satu hal. Hal yang lebih besar lagi, adalah aku ini tak sama macam Hariz itu. Aku tidak sebaik Masyitah penyisir rambut anak Firaun!
Pap!

Lamunan kenangan yang terimbas itu pecah begitu sahaja. Kedua belah telapak tangan Hariz yang bersatu di hadapannya. Terus ditolak lelaki itu. “Awak!”
“Termenung apalah tu sampai saya datang pun tak perasan. Teringat saya ya?”
“Tekan lif naik sendirilah.” Masyitah memuncung. Matanya kembali kepada nota-nota di atas meja jepun. Sempat bola matanya menyapa buku-buku yang berselerak dan komputer riba yang hidup di tempat yang sama. Penuh meja jepun itu dengan barang-barang studinya.

Hariz menarik garisan manis pada bibir. Tubuhnya dirapatkan dengan tubuh Masyitah.
“Ini kenapa ni? Encik Hariz Arifi, Tiara Masyitah mahu studi ni. Minggu depan saya final exam.”
“Garangnya.” Pipi Masyitah ditarik lembut.
“Ish!” Tangan itu ditepis. Hariz ketawa.
“Awak, dari kacau saya, baik awak buat tesis awak tu. Kata nak habis Masters sama-sama dengan saya graduasi.”
“Tesis saya sudah hampir siap. Itu sebab saya kacau isteri yang ter’chenta’ ini.”
“Jahat!” Pantas sebelah tangan Masyitah mencari pinggang Hariz. Hariz mengelak dengan segera. Akhirnya mereka berdua ketawa. Masyitah sampai menggeleng.

“Tadi terfikir apa? Saya keluar dapur, masuk dapur, keluar dapur semula awak masih termenung lagi. Susah sangat studi sampai terfikir nak melancong ke Zargus ke?”
“Ada pula macam itu. Ingat orang studi sampai sewel?” Masyitah sengih.
“Manalah tahu.”
“Teringat masa awak propose saya pada Ibu.”
“Oho.”
Suasana jadi sepi sebentar. Bunyi desiran kipas mengisi ruang.
“Akhirnya kahwin juga kita ya?” Hariz menatap Masyitah.
Masyitah mengangguk perlahan. Perkahwinan mereka baru berusia setahun setengah. Hariz Arifi sudah hampir menamatkan mastersnya, manakala Masyitah pula sudah hampir menyelesaikan ijazahnya.

“Menyesal tak?” Tiba-tiba Masyitah melontarkan soalan, mengundang angkatan kedua-dua kening Hariz Arifi.
“Menyesal?”
“Kahwin dengan saya?”
Hariz Arifi tersengih. Kemudian menggeleng. “Tak pernah menyesal.”
“Betul? Kahwin dengan orang tak pandai masak, tak solehah, tak menonjol dalam dakwah dan tarbiyah,” Masyitah mengangkat satu persatu jarinya seakan membilang. Hariz setia mendengar.
“Tak hafal Al-Quran banyak, tajwid pun tak hebat, asyik kena kejut Subuh hari-hari, ibadah sunat kurang, Tak lovely, asyik studi sahaja, Tak pandai layan awak, tak…”

Dan bicara Masyitah terhenti di situ. Jari telunjuk Hariz Arifi sudah melekat pada bibirnya. Mata mereka bertemu.
“Saya tak perlukan semua itu. Bukankah saya sudah kata sebelum kahwin, yang saya mahu daripada awak hanyalah awak berada di sisi saya sahaja. Saya tidak minta lebih daripada itu.” Jari telunjuk itu diturunkan. Kedua belah tangan kini mencari tangan Masyitah. Memegang erat tangan lembut itu.
“Untuk saya, cukup sekadar awak bernafas di sisi saya. Biar saya yang masak, biar saya yang kemas rumah, biar saya yang baca Al-Quran untuk awak, biar saya yang hari-hari kejut awak Subuh, biar saya yang lovely, biar saya yang caring, biar saya yang asyik layan awak. Biar saya semua.” Hariz Arifi menyempurnakan bicara.

“Saya bukan Masyitah di zaman Musa. Setahun setengah ini, banyak saya sudah susahkan awak. Lebih-lebih lagi hal dakwah dan tarbiyah. Sahabat-sahabat lain yang macam awak, isteri mereka semua hebat-hebat. Semua ke hadapan sama-sama. Saya…” Masyitah menunduk.
“Mana ada awak tak bantu dalam dakwah dan tarbiyah?”
“Eh? Ada saya bantu?” Masyitah berfikir. Ada bagi ceramah? Tak ada. Ada bagi idea? Pun tak ada. Ikut program sebagai orang biasa sahaja adalah. Menjadi penggerak, pemikir, tak pernahlah pula.
“Ada. Bila awak ada di sisi saya, saya jadi kuat. Bila saya jadi kuat, saya lebih bersemangat dalam melaksanakan dakwah dan tarbiyah. Bila saya bersemangat melaksanakan dakwah dan tarbiyah, kerja-kerja dakwah dan tarbiyah berjalan lebih lancar. Bila kerja-kerja dakwah dan tarbiyah berjalan lebih lancar, insyaAllah ramai orang akan mendapat manfaat.”
Masyitah terpana. Garis manis pada bibir Hariz tidak pudar. Tangan Hariz semakin erat memegang tangan Masyitah.
“Bukankah awak telah membantu? Tak puas hati lagi?” Hariz merapatkan dahinya ke dahi Masyitah. Wajah Masyitah kemerahan.
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi lagi. Eh, kenapa la awak fikir benda ini hari ini? Sudahlah. Minggu depan hendak final exam. Nanti serabut kepala otak. Mari makan. Saya sudah siap hidang di dapur tu. Hari ini saya masak special. Sotong masak sambal kegemaran awak.” Hariz bangun.
Masyitah diam. Tidak mampu berkata apa-apa.
“Lah. Bangun pun nak saya tolong? Romantiknya.” Hariz menghulurkan tangan apabila Masyitah tidak bangun-bangun.

Masyitah mencebik. “Senget.” Masyitah menyambut tangan Hariz, dan suaminya itu membantu dirinya bangun. Mereka berjalan beriringan ke dapur.
Hariz ketawa. Di dalam hatinya dia bahagia. Bahagia apabila bidadari jiwanya bahagia. Tiada apa yang lebih mendukakannya melainkan kedukaan bidadari jiwanya ini.
Entah mengapa Allah memberikan perasaan ini kepadanya.
Kepada seorang Tiara Masyitah.

~ So Sweet Masyitah -part I ~

SO SWEET...MARSYITAH

Ya Allah letihnya! Hariz Arifi membentak di dalam hati. Tali leher yang sudah dilonggarkan, ditarik. Kunci kereta dicabut dari tempatnya. Briefcase diambil dari tempat duduk belakang sebelum dia membuka pintu dan keluar dari Camrynya.

Kerja yang banyak di universiti tadi membuatkan kepalanya macam sedikit berpinar. Perlahan-lahan dia menarik nafas menghirup udara segar halaman rumahnya yang menghijau. Sebelah tangan yang tidak memegang beg dilarikan ke belakang leher, mengurut-ngurut perlahan.

“Ish,ish. Kenapa gaya macam tak makan setahun sahaja ni?”

Satu suara lembut menyapa gegendang. Pantas Hariz menoleh ke arah pintu rumah. Matanya terus terpaku di situ.

Seorang perempuan bercermin mata, bertudung labuh, bersama baju lengan panjang yang labuh dan seluar riadhah. Nampak sederhana

Mungkin sahaja orang lain akan menyatakan bahawa perempuan ini biasa sahaja, tiada yang istimewa. Tetapi untuk Hariz Arifi, wanita di hadapannya kini adalah satu-satunya bidadari yang wujud di atas dunia yang fana ini.

Tanpa sedar, kakinya melangkah ke arah perempuan itu. Wanita itu sedikit terkejut melihat Hariz Arifi yang semakin mendekat dengannya. Beberapa langkah kemudian, jarak antara Hariz Arifi dengannya sudah tinggal sejengkal sahaja. Dia terpaksa mendongak sedikit untuk memandang Hariz Arifi yang lebih tinggi berbandingnya.

“Kenapa?” Perempuan itu bertanya teragak-agak. Kebisuan Hariz Arifi membuatkannya tertanya-tanya.
Hariz Arifi meletakkan beg di tangan. Kemudian memandang sekali lagi perempuan itu sedalam-dalam.

Perempuan itu mengangkat kening. Ada apa-apa yang tidak kenakah? Hati bertanya.

Tiba-tiba Hariz Arifi menggores senyum. Terus dipeluk perempuan itu seerat-eratnya.

“Tata, rindunya saya pada awak!” Sambil menggoyangkan tubuh perempuan itu sedikit ke kiri dan ke kanan.

“Apa buat gaya seribu tahun tak jumpa ni? Terhantuk stereng kereta? Malulah kalau orang nampak. Kita di hadapan rumah ni.” Perempuan itu terkejut dengan reaksi Hariz Arifi. Spontan kedua belah tangannya bereaksi untuk menolak tubuh Hariz Arifi.

Hariz Arifi perlahan-lahan meleraikan rangkulannya. Senyumannya masih belum hilang. Mata mereka berdua bertemu.

“Tata, bila tengok muka awak, semua kepenatan saya hilang.” Hariz mencubit kedua belah pipi perempuan di hadapannya.

“Yalah tu. Cukup-cukuplah jiwang karat awak tu. Lemas saya.”

Perempuan itu menarik kedua belah tangan yang mencubit pipinya, kemudian menunduk mengambil beg Hariz Arifi tadi.

“Lagi satu, sejak bila nama saya jadi Tata ni ha? Ingat Bas Tata MATRI ke?” Dia mencebik sebaik sahaja berdiri tegak semula.

Senyuman Hariz Arifi semakin lebar. “Masyitah, jadi Tata. Itu panggilan manja saya pada awak.”

“Tak naklah. Ada patut Tata.”

Perempuan yang bernama Masyitah itu berpaling dan perlahan-lahan melangkah masuk ke rumah.

“Comel apa Tata. Kiut.”

“Habis tu, awak saya panggil Haha nak tak?” Masyitah memandang Hariz Arifi yang kini berjalan beriringan dengannya ke bilik.

Pecah ketawa Hariz. “Comel jugak tu. Tata dan Haha. Kalau ini status Facebook, saya dah ‘like’ awal-awal.”

“Senget.” Hariz ditolak lembut.

Akhirnya Masyitah juga ketawa.

“Saya tak mahu Tata. Saya nak Masyitah. Harapnya, boleh menjadi Masyitah seperti di zaman Musa.”

Tawa Hariz Arifi terhenti. Bertukar dengan senyuman manis.

“Saya sentiasa doakan awak semoga mampu mencapainya. Tiara Masyitah.”

Masyitah turut tersenyum.
Sampai di hadapan tangga, Masyitah hendak naik tetapi Hariz menuju ke dapur.

“Eh, nak pergi mana? Tak nak naik dulu?”

Langkahan Hariz terhenti. Matanya menyapa wajah Masyitah. Kemudian perlahan-lahan dia menggeleng.

“Puan Masyitah, saya nak pergi memasak. Saya tahulah awak kaki diet. Tapi takkan tak nak makan langsung? Tak benarkan saya ke dapurkah?”

Dan tanpa menunggu jawapan, Hariz Arifi bergerak ke dapur meninggalkan Masyitah dengan senyuman.

Masyitah menggeleng.Baru tadi muka macam orang tak makan seribu tahun.Balik memasak pula? Ini yang aku tak nak dulu. Ishhh…

Akhirnya langkahan dikorak naik ke atas untuk meletakkan beg, tidak menghiraukan desiran di dalam hati. Namun perasaan itu tidak akan hilang begitu sahaja. Semestinya.

Memang namanya Masyitah.Tetapi dia bukanlah sebaik Masyitah di zaman Musa. Hanya berharap untuk menjadi sepertinya sahaja. Belum tahu mampu mencapainya atau tidak.

Thursday 2 November 2017

~ Bicara Rindu Utkmu...adikku Isha ~














Tatkala hujan membasahi bumi..,
ketika rintik2 jatuh dari tempat tinggi...
airnya yg jernih menyentuh dedaunan...
umpama akar yg sdg haus kerinduan,..
Hujan membawa suasana sendu,
Melepaskan kerinduan bumi akan langit...

Dan aku..?
Aku hanya seorang perindu..
Yang menghujani namamu dalam bait2 sajak sendu..

Dan kamu..?
Kamu adalah bulan yg ku rindu..
Yang banyak aku bisikkn dlm cerita doaku..
.
Aku hanya seorang perindu,
Yg hanya mampu menghujani airmata pilu..
dalam tiap sujud malamku..

Diam ini, sesuatu yang kita ciptakan sendiri..
Dan rindu ini, adalah jarak yg memisahkan rasa...
Dalam diam aku mengadah..
bersimpuh pada setiap sujud siang dan malam..
Menyatakan rindu pada Rabbku ..
bercerita tentang dunia yang banyak menguji...

Dalam diam aku bertahan..
menahan segala rindu yg tidak terluahkn..
hanya mampu menyatakan rindu..
dalam rangkaian  barisan kata puisi...

Aku menantimu dlm berdoa untuk kebaikanmu...
Perbatasan daratan dan lautan...
Perbatasan daratan dan langit...
Seperti itulah batas jarak yang memisahkan..
agar kita saling merindu dan bersatu dlm suatu waktu...

p/s..adikku isha....jika kau terbaca coretan ini..ketahuilah..ini bukan sekadar luahan rndu..tapi bicara tulus dari kakakmu....mataharimu...Angah Suria...

Thursday 19 October 2017

~ Tinta Dari Ati ~

2:35 pm.....

Alhamdulillah...akhirnye impian Isha utk berada dan melakukan pembedahan at sini tercapai juge...Akhirnye doa Isha di kabulkan...syukran Allah sdh perkenankn doa hambaMu yg hine ini..syukran Abg Amir dan Abg Farhan kerane bersusah payah dan bertungkus lumus berusaha utk tunaikn hasrat adikmu ini...Allah...jujur..Isha rase tenang at sini...sukar utk di gambarkan dgn kate2..Andai nafas Isha terhenti..biarlah jasad Isha bersemadi di sini...Sekejap tadi doktor datang...beramah mesre dgn Isha...rupanye semue doktor itu masih igt lagi siape isha..

Flight dari Qatar selamat mendarat pade pukul 11.00pm waktu tempatan....Isha terus di bawe ke hospital ...sampai di Hospital..mayb kerane keletihan...selesai gosok gg dan berwudhuk..Isha terus tertidur...Isha takde tahu adekah Isha tidur atau terjage...tapi Isha rase spt di alam nyata..Isha dgr suare abg Farhan dan suare semue org...at da same time...Isha sdh berade dalam taman yg indah itu lagi...taman yg sgt indah..di taman itulah tempat datim Isha,Mama dan Papa..spt biase...Isha nmpk kabus..kicauan burung riang bersiul..deruan air yg menderu....angin bertiup lembut..bunge2 kembang mekar dan berseri..seolah hepy menyambut kedatangan Isha...sayup2 Isha nmpk 2 susuk tubuh..Allah..Isha gembire bukan kepalang..kerne Isha tahu..itulah mama dan papa sdg tersenyum memerhati Isha...kami hanye berbicare melalui senyuman dan lirikkn mate...keasyikkan Isha mendengar,melihat dan merase ..membuat isha leke...

Tibe2 Isha terdengar suare...entah dari mane.."kami tunggu kamu di sane"..Isha berpaling kearah mama dan papa...mereke semakin hilang..hilang di sebalik kabus itu..Isha menjerit..memanggil mama dan papa..akhirnye mate Isha terbuke...takde lagi taman...kabus serte mama dan papa..ja menunjukkn pukul 2:00am...Allah..Isha bersyukur dpt bertemu dgn mama dan papa even dlm mimpi..cukuplah sbg pengubat windu...

Sekejap tadi..abg amir dtg bersame abg farhan...

abg Amir : "Nasuha,start malam nanti puase yek..."

Serentak itu Isha rase berdebar...Isha tahu..bile abg Amir minte Isha puase,..bermakne esok pembedahan akan di lakukan...Isha pandang Abg Farhan...abg Farhan terus peluk Isha...ium kepale Isha spt yg arwah papa lakukn ketike Isha masih kecil...tangan Isha abg Farhan genggam erat2..

Abg Farhan: "adik...kuatkan semangat yek...Allah ade...abg pun ade utk adik...jgn takut yek..yakin dgn qada dan qadar Allah..."

sedaya upaye Isha lihat abg Farhan cube melemparkn senyuman...abg Farhan cube sembunyikan airmatenye...jelas kelihatan abg gusar...Isha kembali genggam tangan abg Farhan..sandarkn kepale Isha pade bahu abg Farhan...

Isha : " abg...jgn risau...adik kuat...cume pesan Isha..ape jek yg berlaku pade Isha nanti...abg setie di sisi Isha.....Isha takde siape2 lagi selain abg...Selain Allah..abanglah tmpt Isha bergantung."

Abg Farhan berdiam dan tak putus2 ium kepale Isha...Abg Amir hanye memrhati...Isha tahu..abg Amir sdg menahan sebak di dade..terus Isha teringatkan mimpi isha semlm..lalu Isha ceritekn pade abg Amir dan abg Farhan...Isha nmpk abg Amir gelisah..ade air jernih yg menitis d pp abg amir..abg Amir terus minte izin kwar meninggalkn Isha dan abg Farhan...tapi sempat abg Amir bersuare..

abg Amir : "Nasuha..kalau abg Farhan sygkan Nasuha ...abg juge menyanyangi Nasuha sejak abg
lihat Nasuha di lahirkn ke dunie..spt mane abg Farhan gembire menyambut adiknye..begitulah ape yg abg rasekan...abg sayangkan Nasuha terlalu byk...jike boley ..abg mahu ambil semue kesakitan Nasuha..biarlah abg yg tanggung semue.."

Sambil menyeke airmate..abg Amir berlalu...Allah..Isha bersyukur di anugerahkan 2 org abg..Allah hadirkan insan2 yg begitu penyanyang di samping Isha...teringat surah Ar Rahman.."nikmat manekah lagi engkau mahu dustakn?? "..Subhanallah..Kalamullah itu benar2 menjadi penghibur Isha...DIA beri musibah..DIA susulkan juge nikmat...jadi..takde sebab utk Isha mengeluh lagi..Isha ingin jadi hamba yg tahu berterime kasih dan bersyukur..bkn jek bersyukur ketike mendapat nikmat..tapi juge bersyukur bile di timpe ujian..Ya Allah..genggamlah ati hambaMu ini erat2..jgn sesekali ENGKAU biarkn aku kemudikn ati ini tanpe pengawasanMu...aammiinn..

Isha mengharap Isha dpt melihat bulan malam ini...Isha sdh maklumkan pade abg Farhan supaye ckp at abg Amir Isha mahu melihat bulan...smg isha dpt kwar dari dalam bilik ini skjp..pagi tadi Isha berjaye melihat matahari terbit...Masha Allah..indahnye...

Isha...apa ada pada derita..pandanglah jauh ke SyurgeNya..andai bahagie Isha tidak tertulis di dunie..Isha hope bahagie Isha sdg menanti di alam SANE...andai derita ini mahar utk meraih JannahNya..biarlah aku terus merana....biar berpenat lelah di duniewi  ini...asalkn tidak merempat di akhirat nanti...

Redha Dengan TakdirMu...

Isha (R.N.A.N)


Wednesday 11 October 2017

~ Sumpah Cintaku~



Disaat saling mengenali
Ku tahu cinta mu memanggil
Dalam perasaan yang tak kau dengari

Lambaian mu di dalam mimpi
Bayangan senyum bidadari
Indah segenap rasa tak terbagi

Belahlah jasad ku
Tirai kenangan ku
Pasti akan kau jumpa
Api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta ku tersimpul mati
Di syurga tetap kau ku nanti
Sumpah cintaku hanya padamu

Disaat saling mengenali
Ku tahu cinta mu memanggil
Dalam perasaan yang tak kau dengari

Belahlah jasad ku
Tirai kenangan ku
Pasti akan kau jumpa
Api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta tak bisa berganti
Sumpahku hanya kau disisi

Genggam tanganmu yang suci
Sampai rambutku memutih
Cintaku tersimpul mati
Di syurga tetap kau kunanti
(Sumpah cintaku hanya padamu)


Lagu ini menyentuh ati,,,membuat airmate ini menitis tanpe sedar...syukran 303177..isha akn igt lagu ini selagi hayat di kandung badan... :'(

~ Kematian~

KEMATIAN sering dianggap sbg peristiwa menakutkan, bahkn mungkin paling mengerikan dlm setiap fikiran makhluk yang bernyawa yg bernama manusia...
Dlm pengalaman hidup manusia, kematian selalu menjadi bentuk pengalaman terburuk...kerana kematian sering menitiskan air mata kesedihan, kepiluan, bahkn kekecewaan..
Di sini, kematian sering dianggap sbg pengakhir dari segalanya.. satu tanggapan yang salah dan tidak benar sebenarnya...
Setiap individu pasti akan merasakan mati...Ungkapan tersebut banyak muncul dalam ayat2 Al-Quran, di antaranya Surat Ali Imran: 185, Al-Anbiya: 35, dan Al-Ankabut: 57. Hal itu dpt dijadikn sebagai peringatan bagi setiap makhluk yg bernafas, juga sebagai ketegasan Al-Quran bahawa kematian adalah kemutlakan dan ketetapan yang harus terjadi. Bukankah kehidupan adalah permulaan menuju sebuah kematian??
Kematian memang merupakn sebuah misteri Ilahi. Misteri yg teramat sulit jika hanya difikir rasional dan mengandaikan hal2 yg bersifat ghaib. Tidak seorang pun yg tahu akn proses kematian, apalagi untuk memajukn atau mengakhirkan waktu kematian itu sendiri. Sebagaimana firman Allah dalam Al-A'raf: 34,
"Tiap umat memiliki batas waktu (ajal); apabila telah datang waktunya (kematian/ajal) mereka tidak dapat melewatkannya barang sesaat pun malahan tidak akan dapat pula mempercepatkannya walau sedetik".
Kematian adalah salah satu dari sekian banyak senario yang ditetapkan oleh Allah SWT di samping perjodohan,kebahgiaan, dan kecelakaan manusia. Pengakuan akn masalah tersebut harus dilandasi keimanan yg merupakan asas keyakinan dan kepercayaan bagi para muttaqin.
Kejadian kematian adalah sebahagian dari kejadian ghaib milik Allah dan bagi setiap individu bertakwa menjadi keharusan untuk mengimaninya (Al-Baqarah: 2).
Berbagai dalil dari setiap ajaran agama mengakui akn datangnya kematian pada tiap2 makhluk yg hidup. Namun anehnya, banyak orang2 yg jika diamati dari tingkah lakunya seolah-olah mereka tidak akan merasai mati.
Ini dpt di lihat dari beberapa orang yg begitu "gigihnya" mencari, mengumpul, menunjuk-nunjuk, bahkan menghitung-hitung hartanya setiap hari. Selain itu, banyak di antara mereka yang begitu bangganya dgn kehidupan yg bermegah-megahan, berfoya-foya mahupun kehidupan yg dipenuhi kegemerlapan duniawi lainnya yg pada hakikatnya bersifat sementara sahaja...
Akibat dari sikap seperti itu.. menunjukkan kealpaan mereka atau bahkan sengaja melupakan kehidupan yg akn muncul setelah kehidupan di dunia ini berakhir. Sedangkn Allah menciptakan kehidupan manusia di dunia dlm posisi baik mahupun buruk merupakan ujian utk kelulusan menghadapi kehidupan seterusnya .Dan ukuran kebahagian mereka kelak ditentukan berlandaskan segala amalan mereka hari ini...

~ Tentang Tahajjud~

Sembahyang Tahajjud
Bismillahirrahmanirrahim...
Munajat tengah malam...

SATU daripada cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun daripada tidur mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan ialah mengapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi penuh kesejukan?Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang hamba yang mengaku dirinya bertuhankan Allah. Sesungguhnya bukan perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak waktu dinihari sedang orang lain asyik dibuai mimpi. Juga bukan perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam atau untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata masih terkebil-kebil.Dengan kata lain, amalan bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan seseorang. Keadaan tubuh letih dan lesu kerana bekerja kuat pada siang hari menyebabkan sesetengah orang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejutkan.Mata akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuh bertambah penat apabila tidur lewat malam kerana asyik menonton televisyen atau kerja tambahan lain.Keadaan sejuk dan suasana sunyi di tengah malam juga menjadi faktor membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah pada waktu berkenaan. Iman yang kurang kental akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimut dengan lebih kemas dan rapi lagi. Sesungguhnya ketika itu masa paling sedap untuk tidur.Namun, di atas segala kesukaran inilah tersembunyi rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.Sekalipun sembahyang tahajud hanya sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah bermaksud:Dan daripada malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji" (Surah Al-Israk: Ayat 79)Ayat itu menjelaskan betapa pentingnya sembahyang tahajud. Ia satu peluang keemasan ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya.Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan berkenaan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi yang sudah biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula.Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan terasa kerugian besar jika meninggalkan sembahyang tahajud.Di waktu inilah, iaitu sepertiga malam, pintu langit terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah yang bermaksud:Allah sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.(Hadis riwayat Abu Daud)Sesungguhnya untuk mendapatkan kasih daripada Allah bukan perkara mudah. Allah mengasihi orang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang. Sembahyang tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu, Allah menyayangi mereka yang mengerjakannya.Namun, bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun bertahajud di tengah malam.Sebaliknya, orang yang lemah iman berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak pun sampai setengah kilogram.Sembahyang tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.Sembahyang ini adalah amalan orang yang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.Amalan sembahyang tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad dan umatnya, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah tahajud tidak dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad saja.Sayidinna Umar Al Khattab menyatakan mengenai fadilat sembahyang malam dengan berkata:Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (tahajud) dengan khusyuk, nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:
1. Jauh daripada segala penyakit.
2. Lahir kesan takwa pada wajahnya.
3. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
4. Percakapannya mengandungi hikmat.
5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara empat perkara di akhirat ialah:
1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
2. Dipermudahkan hisab
3. Cepat melalui Sirat al Mustaqim, bagaikan kilat.
4. Diserahkan catatan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
Walaupun manusia sedar mengenai betapa tingginya nilai dan kedudukan sembahyang tahajud, namun sedikit sekali umat manusia mengaku dirinya beragama Islam yang sanggup dan bersedia melakukan sembahyang itu.Bagi mereka, tidur lebih nikmat dan lebih utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba bersembahyang tahajud sekiranya mereka dapat merasakan betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam pula seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi hubungan antara makhluk dan Khaliq. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang tahajud seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan merasai hubungannya dengan Allah adalah sangat hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang yang memohonnya. Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda, tenaga masih kuat dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada Allah.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam.

Friday 6 October 2017

~ u r da one :) ~



I thought of this before over a million times
Who wouldve ever thought that it would be our time?
I just know it, cause youre the one
It aint a selfish love, when Im with you
You remind me of Allah, and so I know its true
Ill just say it: you are the one

Wont you be my BFF (best friend forever) and ever?
Wont you be my partner after this world?
Well see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, cause youre the one for me

I never thought that I would ever feel this way
I ask Allah to bless you every single day
Ill just say it, cause youre the one
And when times are tough, and weve got the world to see
Standing right beside you is where I want to be
I just know it: you are the one

Wont you be my BFF (best friend forever) and ever?
Wont you be my partner after this world?
Well see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, cause youre the one for me

I prayed about this just over a million times
Who would ever thought that I could call you mine?
I just know it, cause youre the one

And when theres gray in our hair and weve not much to do
I want to spend the rest of my days with you
Oh dont you know it?
You are the one, you are the one
Oh wont you be the one?


hurmmm..knp Isha post lagu ini yek??... :) coz lagu ini sgt bermakne...pemberian dari seseorang...303177 :)

Thursday 5 October 2017

~ Bicara dari kejauhan...~

Assalamualaikum wbt...

Salam Sayyidul Ayyam utk semue sahabat2 Isha..Maafkn Isha lame menyepi ..mayb ..hari ini tulisan terakhir Isha utk tahun ini..or mayb hari ini juge kali terakhir luahan Isha...semuenye rahsie Allah..dan sbg hamba..Isha redha dgn ape jek ketentuannye...Isha juz hambe kerdil yg hine dan penuh dgn dose....sdgkn DIA Maha Berkuasa yg memberi dan mampu menarik semule oksigen cinteNya ini...bile DIA berkata "jadi"..make takde satu kuase pun dpt menghalangnye...rite? :)

Sejujurnye..Isha ade at hospital now...sdh seminggu Isha mengjadi penghuni hospital...utk pengetahuan semue...sepatutnye Isha akn di operate hari ini....tapi..semalam Isha di maklumkan..salah seorg doktor yg akn operate Isha tak sehat..so..operate Isha akn di tunde lagi...mayb minggu depan..In Sha Allah...Isha juge bersyukur..doktor yg akn operate Isha nanti adelah doktor yg same yg pernah operate Isha thn 2013 dulu...semue doktor perempuan..Alhamdulillah...Allah perkenankn doa Isha dan permudahkan urusan Abg Farhan dan Abg Amir ..syukur abg Amir seorang doktor..dan mudah utk berurusan dgn doktor2 yg lain..spt dulu...syarat Isha pade abg Amir dan abg Farhan..hanye doktor perempuan jek yg akn lakukan pembedahan Isha...Allah itu Maha Penyanyang...DIA tunaikn doa ank yatim piatu ini..syukran Allah...Isha bersyukur...Subhanallah..Allahuakbar...Mayb Isha takkn keluar lagi dari hospital sehingge pembedahan di lakukn..terpakselah Isha bersabar menjadi penghuni hospital...setiap hari..Isha lihat ade jek pesakit yg meninggal...Allah...benarlah janjiMu..setiap yg hidup pasti akan mati...semue penyakit ade ubat KECUALI MATI..jujur..Isha takut...takut betul..ape nasib Isha nanti??..dapatkah Isha lihat bulan kale malam menjelang??..mampukah Isha melihat matahari terbit lagi??..boleykah Isha bersue dgn org2 yg Isha syg??.Allahu...semue berlegar dan meracuni fikiran Isha...ternyata..Isha sgt lemah...bile Isha rase ragu2 ..Isha buke Kalamuallah...bace...hayati dan tadabur surat cinte Allah itu...Alhamdulillah...ati ini rase tenang...tenang yg btl2 sukar utk Isha luahkn....ayat2 suci itu btl2 menghibur ati Isha..menguatkn semangat Isha...dan...Isha sdh bersiap sedie dgn semue kemungkinan....andai Isha di panggil Ilahi...isha akn "pergi" dgn tenang...andai juge Isha masih di berikn pinjaman nafas...Isha akan gunekn peluang itu utk menjadi hambaNya yg taat pade perintahNya...aaammiinn...

Bile abg Amir maklumkan operate Isha di tunde...Isha hanye mampu tersenyum..Isha takde tahu adekah senyuman Isha itu senyuman lege atau sebaliknye...ape yg pasti...Isha yakin ade hikmahNya..takkan berlaku sesuatu tanpe izinNya...Isha minte abg Amir bawekn lappy utk Isha..hari ini sdh 6.10.2017..10.10 adelah  hari lahir mak Min Qis.(if salah tarikh maafkn Isha..but Isha pasti hari lahir mak bulan 10)...see...Allah beri peluang utk Isha wish lebey awal bufday mak..dat y operate Isha tertunde lagi..."mak...sanah helwah..selamat hari lahir..semoge dgn pertambahan usie mak...mak semakin sehat...jujur..Isha windu mak...windu semue ttg mak..bile isha windu..isha akn tatap pic2 yg mak berikn utk Isha..Isha lihat wajah yg penuh keibuan..wajah seorg insan yg penyanyang...wajah yg sgt lembut..ya Allah..rahmatilah mak dan berikanlah keberkatan dlm usie mak..aammiinn...semoge segale impian mak akan di dengarilah Allah...jgn berhenti berdoa yek mak..takde hadiah yg boley Isha berikan skrg..hanye DOA yg tulus yg mampu Isha hulurkn...impian Mak utk lihat ank2 mak terutamanye abg Shadzwan berjaye dunie dan akhirat ..Isha yakin impian Mak itu akn terlaksane suatu hari nanti...

Mak...Isha windu mahu dgr cerite dari mak lagi...ttg abg...hik3.. :) :) :) mak suke bercerite pade Isha kesah2 abg waktu kecil..abg mcm tu..abg mcm ni dan Isha akan senyum srg2..bile lihat pic2 abg waktu kecil yg Mak berikn..Isha cube akn tatap wajah abg..abg mmg cute dan chumil sejak kecil lagi...abg satu2nye ank lelaki mak...Isha nmpk betape kasih dan besar harapan Mak pade abg...Isha yakin dgn seyakinnye..abg akn berjaye di dunie dan juge di akhirat nanti...Mayb waktu itu Isha sdh takde utk lihat kejayaan abg sbg seorg khalifah di muke bumi ini...jujur..Isha sdh anggap abg sbg abg Isha...kasih syg Isha pade abg ttp spt dulu..

abg Muhammad Shadzwan Haffidz...Isha mahu abg berusehe tunaikn impian Mak..mak sgt2 sygkn abg..spt Isha juge..mahu lihat abg jadi hambeNya yg taat...itulah impian Isha sejak kite kenal..maafkn Isha sokmo marah abg..merajuk dgn abg..bergaduh dgn abg...tapi perkare itu berlaku kerane rase kasih yg sgt mendalam...abg ank mak..dan abg adelah abg Isha dunie akhirat..Syukran kerane baik pade Isha selame perkenalan kite... :)

utk Akk Angah ...Isha teramat windukn akk...windu yg tak mampu Isha luahkn dgn kate2..Isha windu akk..Windu mahu bermanje dgn akk..windu mahu dgr akk membebel..windu mahu dgr akk nyanyi..Isha windu semue ttg akk..Syukran sudi jage grup " Redha Dengan TakdirMu" dgn elok...Isha serahkn grup itu pade akk..akk OWNER grup Redha Dengan TakdirMu sekarang dan utk selamenye...akk berhak buat ape jek yg akk mahu pade grup itu...Isha mahu akk tahu...Isha sygkn akk even jasad Isha sdh hancur dlm tanah nanti..u r da best sista 4 me..takde siape yg dpt ambil alih tmpt akk dlm ati Isha..juz akk satu2nye akk yg bertahta..setiap hari Isha renung pic akk..Isha rase spt akk ade at cc Isha...Isha akn senyum dan terus tersenyum...akk seorg akk yg btl2 istimewe...kalaulah akk boyz..sdh lame Isha kwen akk... :)

Buatmu 303177...semoge jodoh berdue...Isha pegang semue janjimu...dan percayelah..Isha akn kotekn janji Isha juge...Isha tak peduli if ade mulut2 yg bercakap ttg Isha.."tak sedar diri..asyik fikirkn ttg jodoh dgn manusie sdgkn umur di hujung tanduk...cakap tak serupe bikin..hik3.."..ayat2 mereke itu takkn mampu memadamkm hasrat Isha..bukankah perkwenan itu adelah ibadat??lagipun bkn Isha buat maksiat..Isha mahu syaitan kecewe coz tak dpt menghasut Isha..Isha mahu mencari redha Allah..Allah sdh bukekn ati Isha utk kwen....so..siapelah Isha utk menafikn ape yg Isha rase skrg??...tak semestinye bile Isha fikir perkwenan Isha dgn manusie Isha lupe jodoh Isha dgn maut...Allah tahu siape Isha..jadi pade siape2 yg suke jugde Isha dan perli2 Isha tu..Isha dgn rele ati maafkn mereke even mereke tak pernah minte maaf...Isha serahkn semue pade Allah..303177..jike Allah izinkn..kite akn bersatu..in sha Allah..:)

Buat akk akk Salinah,(windu mahu meroyan bersame akk spt dulu..bile mud meroyan kite dtg..kite sdh tak peduli keadaan sekeliling..kite dgn dunie royangan kite jek..hik3 :) ).. Wan Nafiza (akk dan longkang berpisah tiade yek...bile Isha teringat kesah akk dan longkang...Isha ak n senyum srg2..Isha bayangkn keadaan akk ketike itu ..akk..hati2 yek..jgn berdiri tepi longkang lagi..Isha tak mahu akk sakit..Isha syg akk Wan ) ..akk Zura.( windu komen2 akk zura..windu mahu lihat post2 masakan akk..:) )..akk Rieya(kesah akk dan Raja Gopal menjadi pengubat windu Isha pade akk...hik3 :) ) ..akk Hunny.( smg akk lebey kuat menghadapi hari yg mendtg). Umi Hasna.( Mahal na mahal kita umi..sayang umi dengan sengaje :) )..akk syakira( windu mahu dgr akk cerite ttg masalah akk pade Isha..syukran coz percayekn Isha :) ) akk Ieza Lindungan Bulan( Isha sokmo berdoa smg akk sehat2 sokmo..akk jgn mengalah dan mengeluh yek..keep qawie..ujian itu kasih syg Allah..Isha tahu akk boley :) ) akk Aida,akk Marsyitah,akk Muliati..adik Nurul Naimah( akk windu awak syg :'(  )  ,akk Cik Nor Mie..akk Asni As,akk Donat Bulat,Rul( Emijer Alan) ,Adam Harris,Abe Bai,Naem si burung hantu ..Syarfie si kude kedekut..Syarul Yul.Muhammad Di hatiku ,bonde Umi Kalsom..dan semue ahli grup..(maafkn Isha tak dpt sebut satu persatu..jujur..Isha windu kalian semue... :'(

Special utk Lia (awak sweet heart Isha hingge akhir hayat...Isha windu awak lia..windu persahabatan yg kite bine begitu tulus dan suci,,,Isha sygkn awak.. :'( juge utk Siti Hajar..( awak...awak adelah sweet kapel Isha..Isha akn windukan kenangan antare kite..bergurau sende..hepy sokmo..hik3..syukran awak..baik terhadap Isha )

Pesanan Isha utk semue....berdakwah lah selagi bernyawe..usah pedulikn cacian manusie...jgn tunggu jike mahu berubah..carilah hidayah Allah dgn bersungguh sungguh..jgn bazirkn setiap nafas yg di hembus..jgn rugikn mase selagi masih ade hayat...jadikan Allah dan Rasulullah cinte teragung..In sha Allah..selamat di dunie..bahagie di akhirat...Akhir kate...Maafkn semue salah dan salah Isha..percayelah..Isha syg persahabatan ini kerane Allah..dan ats name Allah jugelah Isha memberi nasehat...semoge jike panjang umur..kite akn berjumpe lagi..jike sudi...doakn Isha ...:)

salam kasih penuh windu.....Isha ( R.N.A.N)




Monday 28 August 2017

~ Bingkisan dari Qatar...Aku kian di Uji...Alhamdulillah~

Alhamdulillah..now pkl 5:45 am..tentu at malaysia hampir pkl 10:53 pagi now...salam Dhuha buat semue sahabat at Malaysia..memandangkan waktu Zuhur at Qatar skrg pkl 11:35am..maka Isha solat dhuha 20 minit or setengah jam seblom waktu Zuhur tapi bergantung atas keadaan Isha juge...maklumlah..keadaan Isha sekarang byk bergantung pade org lain...so..utk tidak menyusahkn sesiape..Isha akn terus solat jike masuk waktu selagi air wudhuk Isha masih ade..

Sejak semalam,keadaan Isha tak stabil..Selepas Solat Isyak semalam,Isha sempat datim dgn bulan seketika...Masha Allah..indah btl bulan semalam..bersinar menyerlah seolah sdg tersenyum pade Isha..seolah memujuk Isha..."sabarlah Isha..tak lame lagi penderitaan mu akan berakhir"..Isha tersenyum dgn pujukan bulan itu even Isha tahu..bulan tak mungkin mampu berbicare...Isha tak dpt datim dgn bulan lame kerane tibe2 kepale Isha sakit dan pandangan mate Isha gelap...Isha ambil keputusan utk tidur sambil berdoa pade Tuhan,agar bile Isha terjage nanti pandangan Isha akan pulih spt biase..tanpe pertolongan DIA..takkn mungkin pandangan Isha akan kembali semule..

Alhamdulillah..pkl 1:30 pagi Isha terjage spt biase..syukur Allah sokmo kejutkan Isha utk bercinta dgnNya bile tibe waktunye..Isha bersyukur pandangan Isha pulih semula dgn izinNya..Allahuakbar..
besarnye kuasaMu Robbi..dan Isha sbg hamba dgn tak malunye terus meminte dan meminte...hanye itu yg mampu Isha lakukan,terus berdoa dan meminte utk terus bercinte dgnMu selagi hayat Isha ade..terusan berdoa dan meminte belas ehsanMu utk terus berikn aku kekuatan demi kesabaran utk terus bertabah dan bertahan menerime ujian ini dgn Redha..bukankah ujian itu tanda kasih sayangNya??..  :)

Usai bersujud..merintih,merayu padaNya..tibe2 ade sesuatu kwar melalui hidung...hangat...pekat..
nafas ini tibe2 jadi sesak..sukarnye utk Isha bernafas..syukur dlm keadaan Isha mcm tu,pertolongan Allah selalu ade...sekelip mate Isha lihat wajah2 kesayangan Isha mengelilingi Isha...mencube membantu mengurangkan kesakitan yg Isha rase..Abg Farhan,Abg Amir,Akk Lisa dan Akk Sal selalu ade di saat Isha memerlukn..tanpe jemu..tanpe merungut,tanpe mengenal erti letih ....Allah...syukran Allah hadirkn insan2 yg penuh dgn kasih syg at sisi Isha...darah tak berhenti mengalir...Isha langsung tak dpt berdiri...bile Isha berdiri pandangan Isha gelap lagi...berpusing2..Ya Allah...Isha ingin terus tersenyum agar wajah2 kesayangan Isha turut tersenyum..ingin sekali Isha kembali menjadi bby di mane Mama,Papa dan Abang sentiase tersenyum melayan Isha..senyuman yg tulus..Isha ingin sekali kembali zaman kanak2 Isha sehingge usia Isha 16thn..di mane waktu itu Isha sentiase membuatkan Abang Farhan gembire dan tersenyum dgn jujur dlm melayani karenah Isha,satu2nya adiknye ini...hik3..Tapi kini...Isha lebey byk melihat airmate abg Farhan dari senyumannye...dan kalau abg Farhan tersenyum sekadar utk menutup gundah gulane...kesian abg Farhan terpakse berpenat lelah demi menjage amanah Papa dan Mama ini...abg....maafkn adik... :'(

Sahabat...doakn Isha agar terus bertahan yek...kalau ikutkn...Isha terpakse masuk hospital lagi..tapi Isha merayu pade abg Amir lagi tadi supaye tak masukkn Isha at hospital...kesan2 biru pade tubuh Isha akibat suntikkn jarum masih blom hilang...Isha tak mahu tambahkan kesan biru yg baru...Isha mahu terus berade at rumah..Isha tenang at rumah berbanding at hospital...In sha Allah...Isha akan terus bertahan dan bertahan...in sha Allah.. :)

Dikesempatan ini..Isha mahu ucapkan salam takziah kpd akk hunny @ Siti Nor Zaihani di atas kembalinye bonde tercinte ke rahmatullah ...hanye doa dan Al Fatihah yg mampu Isha hulurkn dari kejauhan ...Isha hope akk hunny sabar dan tabah melalui detik2 yg memilukn ini...akk...igt yek..berdamailah dgn takdir Allah..in sha Allah...ati akan tenang..lagipun mama akk meninggal ketike menjadi tetamu Allah..di tempat yg sgt indah di Mekah...Subhanallah...bertuah arwah mama akk..if akk mahu nangis..nangislah...jgn sesekali menahan airmate dari mengalir..biarkn airmate itu mengalir mengikut aturannye...bknkah airmate itu menghilangnkn segale kesempitan dan beban dlm dade??..siape ckp bile kite nangis kite seorg yg lemah??..siape ckp??..sebaliknye airmate itulah kekuatan...hamburkan semue agar tekanan yg di rase akan ringan..setelah itu bangkitlah mencari redha yg Esa...selagi bername manusie,kite semue akan di uji..takde seorg pun yg terlepas dari ujian Allah atas dunie ini...be strong yek akk..keep qawiy..Isha tahu akk seorg yg kuat..rite??  :)

Akhir bicare Isha...doakn Isha..maafkn ape jek kesalahan Isha..halalkn semue ilmu yg pernah Isha kongsi dari kalian...andai takdir tidak menyebelahi Isha..jgn di ratap..Redhalah..perlu kalian tahu...Isha syg kalian kerane Allah..pade kwan2 yg peernah Isha bergurau,Isha marah,Isha kecil ati...Isha mohon...maafkn isha yek...juz...MAAFKN Isha...Isha undur diri dulu...Assalamualaikum wbt.. :)

Nukilan : Isha ( R.N.A.N)


Saturday 26 August 2017

~ Bingkisan dari Qatar~

3:22pagi waktu Qatar...

Alhamdulillah..usai bercinta dgnNya tadi ati ini terpanggil utk menulis at blog..sementara menunggu waktu Subuh..pukul 3:50 pagi nanti masuk waktu Subuh...awalkn?? :) Now at Qatar waktu siang lebey lame berbanding waktu mlm..

Apa sebenarnya yg Isha ingin tulis yek??..jujur,Isha takde idea...cuma Isha akui..Isha windu kwan2
Isha..Windu btl ingin bergurau senda dan saling komen at status spt dulu...adekah lagi peluang utk lakukan semua itu lagi yek??..hanya Allah yg tahu..dan sbg hamba yg hina dan lemah,Isha redha dgn segala ketentuanNya...bukankah sdh lumrah...bertemu utk berpisah...jike bkn berpisah hidup,pasti berpisah MATI...itu PASTI..:)

Untuk tidak buat sahabat Isha tertanye2 ttg khabar Isha..biarlah Isha berterus terang..keadaan kesehatan Isha semakin merosot..namun Isha takkn berputus asa..Allah ada bersama Isha..Isha yakin,DIA akn menjage Isha dgn sebaik baik jagaan...Bukan kah Allah itu ArRahim dan ArRahman??..so...Isha tak perlu takut bila di bawah jagaanNya..

Ramai yg ckp...UJIAN itu penghapus dosa...BENAR..tidak di nafikn..tapi ramai yg terlupa bagaimana hebatnye ujian yg Allah berikn pade kekasihNya iaitu Rasul junjungan kita Nabi Muhammad saw..sdgkn kite semue tahu..Nabi seorg yg terpelihara drpd dosa..so...bagaimana pule ujian itu akn menghapuskn dosa Nabi yg takde dosa itu yek??..:)

Sebenanrnye..UJIAN bkn sekadar utk menghapus dosa...tapi ujian juga adalah utk mengangkat DARJAT dan MARTABAT seseorg itu di sisi Tuhan...DIA berikn ujian utk kita lebey sedar siapa diri kita yg sbnrnye..utk kita tahu ..DIA Maha Berkuasa dari semua makhluk..DIA ingin kita tunduk serendah rendahnya menghambakan diri padaNya..kerane DIA pemilik seluruh alam semesta..v have nothing..NOTHING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isha baru jek discharge kwar dari hospital..Isha kwar dgn jaminan abg Amir..kalau tak..doktor at sini takkn izinkan isha kwar..bukan Isha tak mahu di rawat..tapi jujur..Isha sakit....di cucuk sane sini ..dipakse mam ubat setiap hari..Isha letih berade at hospital...jiwe Isha tak tenang..lagipun...tak lame lagi Isha akan menetap lame at hospital..so..baki2 mase yg Isha ade ini biarlah Isha habiskn bersame2 org2 yg Isha syg...setiap hari pandangan mate Isha akan hilang selame setengah jam paling lame...darah akn kwar melalui hidung..muntah darah sdh menjadi spt meludah air liur...semakin kerap dan kerap...tapi Isha akan ttp kuat dan bersemangat utk hidup ...bknkah Allah marah pade hambaNya yg suke mengalah??,,rite??..kite di kehendaki berikhtiar dan redha dalam tawakkal..In sha Allah...Isha semakin bersemangat utk sembuh..lagipun Isha tahu ade "seseorg" sdg menanti Isha..even ape jek keadaaan Isha nanti..dia berjanji akan menjage Isha ..Isha yakin cinte die pade Isha bkn cinte nafsu..tapi cinte kerane Allah...303177..semoga jodoh kite berdue...in sha Allah..:)

Buat akk Angah,Mak Min Qis,akk Wan,akk Zura,Akk Salinah,Umi Puteri Nurul,akk Siti NorZaihani,akk Muliati,akk Syakira,Ct Hajar,Lia,Ah Long Ku..dan semue sahabat2 Isha..Isha windu...winduuuuuuu...hanye Allah jek yg tahu windunye ati ini..syukran sudi menjadi sahabat Isha..Isha hope semue dalam keadaan sehat walafiat...In sha Allah...tahun depan kite akn bersua lagi dgn izinNya..in sha Allah..

Akhir sekali..MAAFKN ape jek salah dan silap Isha pade kalian,Isha juge sdh maafkn kesalahan siape jek terhadap Isha LILLAHITAALA...Isha undur diri dulu...Isha janji,esok Isha akan menulis lagi...menulis lagi dan lagi sehingge tarikh Isha akan di operate tak lame lagi..andai takdir Allah,maut menjemput Isha nanti,Isha puas dpt menulis utk tatapan kalian...Isha SAYANG anda semue...<3 <3 <3

coretanku....Isha :)


Monday 24 July 2017

~ Semoga Jodoh Kita Berdua~

Sejak pagi semua tidak kena...buat itu salah..buat ini lelah...detak jantung ini tidak sepantas biase...sering ade air mengalir di tubir mata..Puas aku mencari ruang utk meredakn tekanan rasa yg menggelegak sukma...lantas aku pejamkan mata...tangan di letakkn di dada..alunan Al Fatihah aku baca,lalu menyebut namamya..smg windu ini mampu dia rasa sama...bukan tujuan utk menyeksanya.. tapi aku ingin dia tahu....aku sdg mewindu....:'( :'(

Apa khabarmu kini???..tiba2 saja aku ingin tahu khabarmu...ini aku..masih perempuan yg sama yg pernah ada dalam ceritamu...mungkinkah kau masih mengingatku??.. ini aku… masih perempuan yg sama yg bibirnya pernah kau hiasi senyum dan tawa...dan kau… masih menjadi mimpi buatku...
sampai kini....dan kau...menjadi angananku..saat ini..hari esok..malah mungkin hingga ke akhir nyawa...:'(

Hembusan angin seakan melayangkan fikiranku...Tuhan...bantu aku melawan rasa derita ini..jgn biarkan nama insan berada di carta teratas dalam hatiku..Hingga hujung nyawa..aku ingin namaMu tiada galang ganti..slps namaMu...kekalkanlah nama kekasihMu di carta ke 2...utuhkan lah nama mama dan papa di tangga ke 3..dan..barulah nama si dia di carta ke 4..aku ingin mengukir namanya pegun tanpa ada peralihan nama lain..kerana walaupun di carta ke 4..tapi selama hayatku tiada lagi carta ke 5...

Abang Am...
meskipun yg ke 4..tapi terasa pilu bile mengenangkn mu...seolah nyawaku hilang separuh kau bawe pergi..dan aku PASTI..pencarianku sdh berakhir..tiada nama lain akn menggantikan namamu lagi..namun..andai takdir Ilahi bkn namaku mejadi pilihanmu...aku redha...dan aku akn bersendiri meneruskn sisa2 hidup ini...pertemuan ini..meskipun singkat..namun kesannya amat ketara...andai kau terbaca coretan ini..ketahuilah..aku menerimamu kerana Allah..kerana DIA yg titipkn ke dlm jiwa...dan aku akan menjaga sebaik baiknya....

semoga jodoh kite berdua...303177

Monday 22 May 2017

~ PERINGATAN UTK HAWA DAN ADAM ~

Hidup ini kadang2 rasa gembira, kadang2 rasa sedih,mahu marah ,merajuk atau jauh hati,
kadang2 rasa di sayangi,rasa di perlukan, rasa terasing, rasa di buang …macam2 perasaan yang bersarang dalam hati dan itulah kurniaan dariNya yang maha bijaksana dan seharusnya kita bersyukur.

Kadang2 kita sering alpa ,leka dengan keindahan dunia ,terlalu menurut kehendak nafsu , mengikut telunjuk syaitan sampai terlupa yang diri ini adalah hamba dan mendapat rahmat daripadaNya ,hamba yang sering dikurniakan nikmat dariNya , tetapi kita terlalu sedikit mensyukurinya. Kebiasaanya manusia akan merasa bahagia bila disayangi , di beri perhatian ,di ambil berat ,di cintai , kadang2 sedikit bangga bila diri ini dirindui .Tapi oleh kerana terlalu tabsub mengejar semua ni ,kita tak sedar yang kita telah melanggar perintah Allah , melanggar syariat sekaligus mencemarkan tatasusila kita sebagai muslimah yang beriman.

Betapa wanita itu akal nya setipis rambutnya, ….hatinya serapuh kaca….dan perasannya yang selembut sutera itu maka hendaklah di bekalkan dengan ilmu ,di kuatkan dengan iman dan dihiasi dengan akhlak. Makhluk emosinal atau lebih dilabelkan sebagai makhluk perasa dan itulah wanita berbanding lelaki yang lebih di nobatkan sebagai mahkluk berakal.Wanita juga di labelkan sebagai makhluk pemalu…sukar untuk meluahkan rasa,

Rasulullah saw bersabda "Malu dan iman itu bergandingan bila terangkat satu maka terangkatlah satu lagi" maka ini jelas menunjukkkan kepentingan malu dalam diri setiap muslimah. Persoalannya sekarang , masihkah sifat malu ini menyelubunggi diri setiap muslimah??.. Jika ya kenapa masih ada lagi mereka yang berani membonceng motor dengan lelaki yang bukan mahram???..mengapa ada lagi muslimah yang tidak menutup aurat ???..

Kenapa kita mudah mengikuti perkara yang tidak baik sedangkan perkara yang baik kita tolak ketepi.??.. Tapi sedarkah kita selemah –lemah wanita ini ia berjaya menguasai kaum adam yang mempunyai sembilan akal , bertapa peliknya…tapi itulah kenyataan. Betapa kuatnya pengaruh wanita pada lelaki dan ini menunjukkan yang dunia ini telah hampir pada akhir zaman. Betul kata Rasulullah saw

" Sesungguhnya kemusnahan kaum lelaki itu adalah kerana mentaati wanita-wanita mereka" Selain daripada itu "Kejahilan bagi kaum lelaki ialah mentaati wanita selain daripada ibunya"

 Huzaifah r.a berkata ia mendengar saw bersabda di dalam khutbahnya

"Arak adalah ibu segala maksiat , wanita adalah jala syaitan dan cinta dunia adalah kepala setiap dosa." 

menjelaskn maksud samada syaitan telah menghiasi mereka dgn begitu menarik supaya menimbulkan rangsangan ataupun lelaki yang jahat akan memandang serta menggoda mereka dengan perantaraan mereka. Ibnu Mas'ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda ,

"Wanita adalah objek yang tersorok , di mana ,apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki" At-Tirmizi.

Sedarlah kaum lelaki , di sini cabaran bagi anda maka jangan sesekali terbuai dengan tipu daya syaitan seperti firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman , masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah –langkah syaitan .Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang paling nyata bagimu.Tetapi jika kamu tergelincir (dari jalan Allah) sesudah datang padamu bukti-bukti kebenaran , maka ketahuilah , bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana" (Al-Baqarah 208-209) 

Buat kaum lelaki berwaspadalah jgn sesekali mendidik kaum wanita dengan mengikuti perintahnya kerana ia mencerminkan kejahilan anda , jangan jinakkan mereka dengan emas atau harta kerana mereka akan jadi liar dan kau semakin diperbodohkan , jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana mereka akan menderita dan kau akan sengsara. Maka pimpimlah mereka dgn jalan kebenaran ,jalan yang diredhai Allah kerana kau akan di tanya akan tanggungjawabmu itu wahai lelaki.

Ibnu Umar r.a berkata :Bersabda Rasulullah Saw :

"Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan di tanya tentang mereka yg kamu pimpin .Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya .Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggumgjawab atas pimpinanmu" (Riwayat Bukhari dan muslim) Huzaifah berkata dia mendengar Rasulullah saw bersabda : "Letakkanlah wanita pada kedudukan yang paling rendah lantaran Allah juga telah melakukan demikian" ( Razin dan Baihaqi) 

meletakkan mereka pada kedudukan yang paling rendah bermaksud bahawa Allah swt juga telah berfirman mengenai mereka selepas kaum lelaki di dalam Al-Quran .Begitu juga di dalam solat berjemaah , kaum wanita di kehendaki bersolat di bahagian terakhir .Di dalam kes persaksian , warisan dan pangkat Allah telah meletakkan wanita pada kedudukan kedua berbanding kaum lelaki . .
Buat muslimin kamu perlukan wanita , tanpanya hidupmu tak sempurna dan kamu tak akan ada di dunia ini , kamu perlukannya sebagai teman untuk menemanimu dalam meneruskan perjuangan ,pendorong dikala kesulitan , penyuluh dikala kamu tersasar , pembakar semangat dan lain2. Apa yang tak ada dalam syurga sehingga Adam inginkan Hawa?? Penciptaan wanita ini tidak sia2 , Allah menciptakan sesuatu ,ada rahsia yang tersembunyi , ada hikmah ada kebaikannya. Rasulullah saw bersabda :

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian yang teratas , jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok , maka berlakulah baik pada wanita kamu" (Al-Bukhary dan muslim)  




~ GEMA HATI~

Aku berdiri di suatu sudut
memerhatikan sekelompok remaja rancak bercerita
keadaanya masih sama
pakaiannya juga sama
gelagat yang sama
tiada yang berubah
tiada yg berbeza

aku berdiri di sudut yang sama
memandang ke dada langit yang memekat
aku merasakan dunia semakin membingungkan
apakah sama keburukkan dan kebaikkan?
apakah sama kemiskinan dan kekayaan?
apakah sama keamanan dan kesengsaraan?
aku semakin bingung
bingung untuk meneroka dan mentafsir
apakah sebenarnya yang sedang berlaku?
apakah sebenarnya sedang aku lalu?

aku berdiri di sudut yang sama
aku memaling wajah menukar langkah
bahawa disini bukan destinasi ku
destinasiku bukan di sini
bukan, bukan, dan bukan

aku berdiri di sudut yang sama dan mula melangkah
menukar gerak
menuju ke suatu tempat
kepada destinasi yang hakiki....
dan abadi

Tuesday 18 April 2017

~ Musafir Hina Di Bumi Tuhan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Bersama rasa kasih sayang yang Allah salurkan dihati ini, ingin sekali aku menzahirkan apa yang Allah titipkan pada tiap langkah dalam aku mencari redhaNya.


Titipan ini adalah semata-semata kerana Allah, kerana melaluiNya nikmat ini aku rasakan sekalipun disulami pahit getir dalam perjalanan yang sedang aku atur dengan izin dariNya.

Wahai Si Musafir Hina dibumi Tuhan..

Perjalanan kita ini sebenarnya satu perjuangan.Perjuangan yang menggunakan akal fikiran.  Perjuangan yang memerlukan matlamat untuk mengecapi tujuan. Perjuangan yang sering ditewaskan nafsu dan pujukan.Tidak semudah bicara, "Mengecapi iman berlaku andai kita mengenal Tuhan".
Percayalah, kesulitan dan kesedihan itulah perjuangan.  Sedang nikmat ganjaran dan kegembiraan itu adalah kemanisan yang ingin kita rasakan.

Wahai Si Musafir Hina dibumi Tuhan...

Aku juga adalah insan. Insan yang tak terlepas dengan ujian.Insan yang sentiasa bergantung denganNya yang memiliki tiap perlindungan.Tidak bererti, nasihat dan ungkapan kekuatan yang sering aku lahirkan, menggambarkan aku ini hamba yang patuh pada perintah dan sentiasa menjauhi laranganNya.Aku juga seperti kalian.  Seorang insan yang sentiasa memohon pimpinan.

Wahai Si Musafir Hina dibumi Tuhan...

Ketahuilah oleh mu, tiap dari kita ini sedang menempuhi perjalanan dunia.Tiada pengecualian pada diri yang  punya jasad dan roh.  Selagi bercantum keduanya, selagi itulah perjalanan ini dilalui.
Namun, sedarkah kita hanya sedikit bilangannya yang mahu mengambil peduli untuk memahami perjalanan yang Allah aturkan ini?

Berbahagialah pada hati yang ingin memahami.Bergembiralah pada jiwa yang sedang melayari.
Andai dalam pelayaran ini, diri diuji dengan lambungan ombak hingga ada ketikanya terlepas habuan yang telah kita perolehi, jadikanlah SABAR dan SYUKUR itu sahabat pada diri.Adakala melalui sebuah kehilangan kita akan lebih memahami erti sebenar satu penghargaan.Dan melalui kebahagiaan dan kesenangan bisa melucutkan rasa kesyukuran pada sebuah kenikmatan.

Inilah kita, manusia yang hanyalah hamba. Terlupa dan terleka dengan ujian dunia. Termakan hasutan dalam kita memohon pimpinan dariNya..Astaghfirullah...

Sesungguhnya, bermusafir dibumi Tuhan punya kepayahan yang dihujungnya menjanjikan kedamaian.Berusahalah, kerana Sang Pencipta tidak pernah memungkirinya.Ada bahagia yang menanti kita disana.Ada penawar disetiap kelukaan dalam perjalanan si musafir hina.

Andai hari ini, kita ditemani dengan titisan jernih dipipi, hanya kerana ingin mencapai redha dan janjiNya, tangisilah ia dengan penuh cinta.Moga Rahmat dan Cinta dariNya sentiasa mengiringi perjalanan si musafir hina dibumi Tuhan... aamiin Ya Rabbal'aalamiin.

"Allah, ENGKAU dekat penuh kasih sayang. Takkan pernah ENGKAU biarkan hambaMu menangis sendirian..."

Subhanallah.

sumber: ILUVISLAM

Monday 27 March 2017

~ Menahan Windu ~

Sejenak ku termenung....
Awan pun mulai murung..
Tiade siulan2 burung2..,
Menemani hariku..menemani sepiku..
Terseksa angkara menanggung windu...

Oh angin kau kirimkn kalimah kasihku...
Agar dpt ku dengari kalamnye berbunyi,..
Biarpun sekadar cume memujuk ati..
Akn ku terus berdiri hadapi semue ini..

Oh ati..kau sedarilah kenyataan ini..
Agar dpt ku gagahi dan terus berdiri...

Biarlah ku bersendirian..
Terkurung dlm kenangan silamku..
Biarlh aku menahan windu...
Menahan windu....oooooo....

Isha yakin pembace semue pasti tahu ttg bait2 kate yg Isha tulis at ats tu..Itu adelah senikate lagu "Menahan Rindu" nyanyian Wany Hasrita..

Sejujurnye Isha takde tahu knp saat Isha buke blog..jemari Isha terus menaip lirik lagu itu....Sebenarnye Isha jarang layan lagu2 jiwang2 mcm ni..sejak dulu Isha suke dgr lagu nasyid jek..Mungkin sahabat2 yg mengenali Isha pelik knp Isha pandai menulis lagu2 jiwang..jgn tanye Isha knp dan mengape..jujur..Isha juge takde tahu sebabnye...hik3.. :)

Okey...biar Isha ceritekn serbe sedikit mcmane Isha boley "tersuke tanpe sengaje" pade lagu itu yek ..
First time Isha dgr lagu ini...waktu isha itu Isha baru sampai at Malaysia from Qatar..semue sdh maklum...slps isha at Jordan,Isha ke Qatar..then dari Qatar Isha terus pulang ke Malaysia..In sha Allah..slps segale urusan di sini selesai,Isha akan ke Turki pule..Isha at Malaysia mayb sehingge akhir bulan puase or mayb slps raye..In sha Allah..

Berbalik ttg bagaimane Isha tahu  lagu ini..ketike dlm perjalanan ke selangor..Abang pasang radio..ape name radio itu Isha takde tahu coz Isha memang tak pernah ambil tahu pun :) ..Permulean dgr lagu itu..Isha tak rase ape2..namun bile tibe part "oh angin..kau kirimkan..kalimah kasihku"..tibe2 Isha rase sendu..Isha mule hayati lagu itu dlm diam..jujur ..airmate Isha bergenang..Isha tak fhm..knp secare mendadak Isha rase sendu ???..adekah sendu Isha tu berkait dgn windu yg kian sarat di dalam dade??..windu dlm diam...windu yg tak mampu Isha luahkan melainkan hanye DIA jek yg tahu..Isha tak faham..Isha windukn siape sbnrnye??..tapi sejujurnye wajah arwah Sufian terbayang di ruang mate Isha..wajah yg tak pernah Isha pedulikn semasa hayat die...Isha abaikn kasih sayang die hanye kerane amarah Isha. Berkali2 kemaafan yg die hulur Isha pandang sepi seolah takde erti...

Kejam???...btl...Isha kejam...walau jauh di sudut ati sdh terbit benih2 sayang..namun Isha campak jauh2 rase itu ...bkn sebab Isha ego...tapi Isha terpakse berdiam demi menjage diri Isha..Isha tak benci die..cume Isha tak mampu terime hakikat awal permulean hubungan kami bermule dgn penipuan..Isha lupe die cume manusie biase...Isha lupe semue manusie ade khilafnye..Allah...egonye Raja Nur Alisya Nasuha ketike itu.."abang..(Sufian) ..maafkn Isha " :'(

Melihat kesungguhan die menghafaz surah An nur sbg mahar terindah kami..Isha rase bahagie..ati mule berbisik.."dielah jodoh aku..insan yg aku cari2 selame ini :) "..namun Isha masih dgn ego Isha..tak pernah walau sekali pun Isha membls chatt die..Isha bace..abaikn mcm tu jek..utk melafazkn kate syg dan cinte??? oh no..tak mungkin Isha lakukan coz impian Isha hanye mahu lafazkn kate terindah itu hanye pade zauj Isha jek...itulah impian Isha sejak dulu...hanye zauj Isha jek yg layak mendgr kalimah cinte dari bibir ini..Sombong???..na'am...Isha sombong..sebab Isha tahu batas2 dlm islam..

Begitulah perhubungan kami..tanpe ade bicare manje..tanpe ade i luv u..u luv me..tanpe ade ucapan "gud nite..gud mowink..gud afternun ..tanpe ade panggilan sweet..".anje..biey..bby..ayang ..itik or angse...(hik3..asif terlebey pule Isha ini yek :D )...jujur..panggilan mcm tu buat Isha rase geli..melihat pasangan kekasih at fb bercinte dgn panggilan mcm tu..buat Isha tersenyum sendiri..Bagi Isha..panggilan mcm tu hanye akan terbit dari bibir Isha slps HALAL jek..itulah prinsip Isha..alhamdulillah..arwah seolah faham Isha bkn gurlz mcm tu...hubungan kami byk bergantung pade abg farhan (abg kandung Isha ) sbg org tengah...

Namun...slps mendpt khabar arwah terlibat dlm kemalangan..perasaan syg yg asalnye sedikit tibe2 bercambah dgn cptnye...perasaan cinte yg bertunas ,kian melonjak utk terus mekar mejadi dahanan..Ati sdh keliru..mule bertanye.."dugean apekah lagi ya Allah..??..baru jek beberape bulan KAU ambil mama..ibu kandung ku itu..plezz...jgn uji aku lagi"..itu lah kate2 laju keluar dari mulut ini...Sungguh...ketike itu Isha lupe..Isha sdg menyoal pencipte Isha..Allahu..ampukan Isha ya Robb...

Sesungguhnye DIA memilih diri ini lagi utk ujian...blom habis rase sedey kerane kehilangan mama..kini Isha di uji dgn kehilangan "bakal zauj"Saat di beritahu arwah meninggal..pandangan Isha kelam..Isha spt di rasuk..Isha seolah lupe semue yg ade at dunie ini hanyelah pinjaman dariNya..Isha mule menyoal.."ya Allah...knp aku??..byk sgtkah dose2 ku hingge begini sekali KAU menduge aku?? "..Allah...hebat sgt kah Isha hingge berani bersoal jwb dgn pemilik Isha dan pemilik seluruh alam ini??..

Mujurlah masih ade iman di dade...dlm segale keperihan dan kepayahan isha belajar Redha..Isha sedar..tiade satu pun ats dunie ini milik kite..semue HAK DIA..DIA pinjamkan sebentar..then DIA ambil semule...tak perlu menyoal kerane kite hanye hambe..DIA lebey tahu ape kite takde tahu...berbekal iman yg senipis kulit bawang ini...Isha bangkit..kemane lagi segale duke di jiwe perlu Isha adu??..jawapannye hanye padaNya yg satu...DIA memberi derite..DIA jugelah yg menghadirkn bahagie..

Allahu...terlalu jauh Isha mengelamun ttg kesah silam rupenye...lagu menahan windu berkali2 Isha putar...lirik lagu itu seolah menceritekn kesah Isha...namun...windu ini kian bercabang...bkn sekadar pade yg telah meninggal...tapi windu ini utk yg masih hidup juge...Biarlah windu ini kekal dlm ati...namun setiap kali windu ini membuak2 minte di lepaskn..Isha hanye mampu meletakkn tgn at dade..pejamkan mate..bace surah Al Fatihah ..smg Allah sampaikn rase windu Isha pade insan2 yg Isha windu...

Sahabat...
Jangan cemarkan cinte..kerane cinte itu murni...Cinte terbit dari tmpt suci iaitu Syurge..tolonglah jgn lemparkn cinte itu ke Nerake..Jgn gunekan alasan FITRAH utk terus melakukan dosa...jaga batas2 sbg manusia...Pesanan utk Isha ..utk anda semue..jgn mencintei manusie melebihi rase cinte kpd Allah...JANGAN SESEKALI...

Letakkn cinta Allah di puncak tertinggi dlm diri..Isha ada petua...Jike ingin di cintei dan di sayangi..caranye adelah..CINTAILAH ALLAH DULU..in sha Allah..CINTE MANUSIE AKN MENYUSUL..yakinlah dgn kekuatan DOA...Doa adelah cara kite berbicara dgn Allah...cara kita merayu meminte ape yg kite inginkan...Namun kena igt...tidak semue cinte itu bersatu..Sometime..kite hanye mampu menyinte..namun bukan  utk memiliki..cukuplah mendoakn tande sucinye cinte kite ...akhir sekali...IKHLASKAN SEGALA2NYA...

Semoga bermanfaat...mahu dgr lagu..dgr lah..tapi jgn sampai melalaikn...jgn sampai hanyut...kdg2 lagu juge mampu membuatkan kite rase tenang..NAMUN...KETENANGAN yg sebenar adelah ..bile kite tahu di mane DIA di ati kite...

Sekian dulu luahan merapu meraban Isha ni yek..hik3..:) In sha Allah..jike masih bernafas Isha akn menulis lagi....

Isha (R.N.A.N)