Tuesday 15 November 2016

BUAT CALON ZAUJKU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assolatuwassalam, selawat dan Assalamualaikum wbt buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa. Assalamualaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,” 

Aku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, in sha Allah.

Calon zaujku,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” 

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah mama  dan arwah papa. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21) 

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah mama dan papa telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

 ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160) 

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa.

Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih) 

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) 

Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34) 

Membenarkan seperti apa yang telah DIA katakan dalam kalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga ..in sha Allah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Ketahuilah,aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Kalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini kalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya... bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, in sha Allah.

Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::. ~tulang rusuk kirimu~ "bila 2 diri mencintai ILAHI..bergabunglah jiwa, bersatulah hati..2 jiwa, 1 cinta, 2 jasad, 1 matlamat..bila rindunya kerana Yang Esa, bertemu pasti tak jemu, berpisah tidak gelisah...ukhwah itu indah, jika bertemu dan berpisah kerana Allah"
Dalam mengejar impian, halangan dan cabaran datang menerpa bak singa lapar..rakus menerkam mangsa..tika ini ketabahan dan kesabaran perlu ada pada diri..agar dapat bertahan dari dibaham dek kerakusan halangan dan cabaran itu..

Tika jiwa gundah gulana dilanda ombak dugaan, tiba2 angin ketenangan hadir bersama bisikan azimat kalam..

"jangan bersedih hai pejuang..setiap kesukaran,kepahitan dan kesakitan yang kau rasai ini pasti akan diganti dengan kemanisan dan kejayaan..ingatlah bahawa perjuangan itu memerlukan pengorbanan.." 

bicara kata itu terus menusuk kalbu dan serasa meresap ke segenap urat nadi..memberi satu kekuatan baru pada diri..dikala sepi menggamit suasana..diri berkata:

"ya allah..akan ku tabahkan diri ini untuk menggapai cintaMu..akan ku gagahkan jiwa ini agar dapat ku berteduh di bawah rendang pohon kasihMu..ku pohon redhaMu..agar daku mampu untuk mengorak langkah menuju jalanMu".. 

Aku masih merenung jalan yang terbentang..ke manakah penghujungnya?? ..aku masih keliru dengan haluan yang sedang ku lalui kini..betulkah ini jalannya??..sungguh aku tak pasti apa yang bakal ku temui dan hadapi di sepanjang perjalananku nanti..apakah di sana ada cahaya yang akan menyinari lorong suram kelam itu..lantas menunjukkan aku jalan yang sebetulnya.???..kadangkala aku punya keberanian menyusuri jalan yang berliku penuh dengan onak dan duri...namun ketika lainnya serasa diri ini tidak mampu mengorak langkah walaupun jalan itu berdiri lurus terpana di depanku..

Pada ketika lainnya,aku tak dapat meneka bilakah hujan dan panas..firasatku tak upaya untuk mengetahuinya..pernah aku kebasahan tika ditimpa hujan dalam perjalanan..dan aku juga pernah mengharungi perjalanan dalam keadaan dahaga di bawah panas bahang mentari yang amat memeritkan..apabila tiba di persimpangan jalan..aku buntu memilih jalan..

Aku cuba meneliti dan menilai..menggunakan anugerah aKal sebaiknya..agar aku tak tersalah pilihan..aku teruskan lagi perjalanan...rupanya jauh sudah aku berjalan..tapi perjalanan ini sebenarnya lebih panjang..entah di mana penghujungnya..aku tidak tahu..cuma aku akan teruskan perjalanan hingga sampai destinasi yang terakhir..Aku mengharap pada Yang Maha Mengetahui..agar DIA membimbingku menuju jalanNya..jalan orang2 yang diberi nikmat dan redhaNya...

Monday 14 November 2016

Saya mahu jadi setabah Zinnirah serikandi islam dahulu kala..,mampukah saya??..Ketabahan itu perlu dipupuk,inilah masanya,jangan bertangguh2.Akan datang,pasti dugaan lebih hebat lagi.Hidup ini untuk memberi.Allah melihat pada usaha,bukan pada hasilnya.

Saya tak patut bersedih,...Air mata,kalau awk mengalir lagi pada waktu yg salah,saya tak nak kawan awak!!!..boley tak ckp mcm tu??

Saya suka kata2 zinnirah:

" Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agamaMu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagunganMu Tuhan. Panahan cinta dariMu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa sahaja. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini."

see.hebatkan Zinnirah..akhirnya doanya terkabul...org yg menyeksa akhirnya memeluk islam..subhanallah... :)
Diriwayatkan drpd Abu Hurairah r.a katanya:Nabi SAW telah bersabda:

"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba,selagi doa itu tidak mengandungi(perkara2) dosa,(perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya ianya cepat2 diperkenankan"

Lalu baginda ditanya oleh seseorang:"Apa maksudnya meminta dicepatkan?"

Jawab baginda:

"Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:'Aku telah berdoa,aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan.Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa'."

Renung2 kan hadis ini..Berdoalah,In sha Allah akan diperkenankan.Mungkin kalau belum diperkenankan,Allah mahu anugerahkan kita dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yg kita doakan tu.

Assalamualaikum wbt....

Redha adelah satu perkataan yang mudah untuk diungkapkan,tetapi sukar untuk dilaksanakan.Bagi diri yang menulis ni pun,kadang kala,apabila diuji,tewas juga dalam 'desakan' emosi.Sedangkan,sebagai seorang 'mukmin',kita perlulah bersedia menghadapi segala ujian dari Allah,menerima dengan hati yang redha dan berikhtiar untuk memperbaiki situasi.Anda mungkin seorang muslim,tetapi,belum tentu untuk mencapai level mukmin.kenapa???kerana kita percaya rukun islam dan rukun iman,tetapi sejauh mana tahap penghayatan kita pada rukun iman yang ke-6,percaya kepada qada' dan qadar.

Percaya dan yakin sahaja belum cukup untuk membuktikan keimanan kita kepada Allah.Dalam konsep tauhid sendiri,3 komponan penting yang perlu dipenuhi ialah mengakui dengan hati,ikrarkan dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan.

Sebelum diuji mudah kita melafazkan kata,:"aku yakin dengan takdir ilahi,apa yang terjadi,insyaAllah,itu yang terbaik."...Tetapi semasa mendapat musibah,adakah kita akan:
:"In sha Allah,aku yakin dapat menghadapi ujian ini.Aku redha Ya Allah dengan apa yang berlaku.Sesungguhnya,ada hikmah disebaliknya."
Atau
:"Kenapa mesti aku yang ditimpa musibah ni??Ya Allah,aku dah cuba jadi hambaMu yang terbaik,tapi kenapa kau uji aku dengan ujian yang maha berat ni??"

Hidup ini 1 pilihan,tepuk dada,tanya iman.Setiap dari kita,pasti akan diuji oleh Allah,bersiap sedialah,latih diri kita untuk menerima segala suratan ilahi tanpa ada sedikit pun keluhan,kerana perancangan Allah adalah yang terbaik.

Apa itu redha??

Redha itu hati menerima kenyataan,otak dan tubuh ikhtiar perbaiki keadaan.Redha ni tak sama dengan pasrah.Kalau pasrah,kita menerima suratan takdir,tapi,mungkin tiada usaha ke arah memperbaiki keadaan..Redha adalah solusi terbaik dlm mghadapi segala ujian.Prinsipnya,sama ada kita redha,atau tidak,perkara itu tetap akan terjadi.Macam mane kita mengeluh sekali pun,ia tidak dapat menghilangkan atau mengurangkan musibah tersebut.Alangkah beruntungnya andai kata kita berjaya 'lulus dgn cemerlang'semasa menghadapi ujian Allah.Klu nya,hanya satu,REDHA..Mampukah kita???In sha Allah,sama2 latih diri ,mulai dari hal yang kecil.

Sahabat yang dikasihi sekalian....
Hidup ini sangat bosan jika monotone,tiada dugaan,sentisa senang sepanjang masa.Ujian itulah yang akan menjadikan kita lebih dewasa,mnjadi rencah kehidupan.Sesungguhnya,'penderitaan' kita bukan kerana kenyataan,tetapi ketidak siapan kita untuk menerima kenyataan.Jadi,marilah kita sama2 mempersiapkan diri kita,membina tembok keimanan yang kukuh,untuk menghadapi ujian yang pasti akan tiba.

Akhir kata,mari kita sama2 merujuk ayat(29:2):
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan"kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji?

Sunday 6 November 2016

Merenung ke luar jendela..hiba,sayu menerjah jiwa...aku sedar dia sdh tiada..terhijab di pandangan mata..bukan kerana dia menghilang..tapi kerana dia sdh di jemput kembali kpd Penciptanya..hanya kenangan berlegar,sdgkan jasadnya sudah bersemadi di SANE..dan aku masih di sini..di dunia yg penuh dgn kepuraan ini...Takdirku sdh tertulis begini..aku harus syukuri walau sesekali aku terpakse memakan diri...

Sungguh!!!!..bkn mudah menghadapi realiti..kehilangan demi kehilangan org yg aku kasihi..sdgkan aku terus di uji..ujian demi ujian..asakkan demi asakkn..kalau bukan keyakinan ku pada janji Tuhan...sdh pasti aku tidak mampu bertahan..Tapi aku pasti..DIA tidak menguji tanpe memberikan hikmah..ya..aku harus mencari apakah hikmah yg tersembunyi itu..aku harus yakini diri..ujian ini dugaan..dugaan ini hadir utk menguji keimanan..supaye aku tahu erti rasa berTuhan..rasa berIman..

Aku alihkan pandanganku ke langit...mendung..mungkin awan juga akan menangis kerana sarat dengan beban..sdh tentu awan akan lepaskn segala bebanan ke bumi..itulah aturan alam..dalam awan berarak kelabu...pasti matahari menyelitkan sinarnye dgn malu2..Begitulah aku di ibaratkan...hanya airmata yg akan berbicara kala mulut tak mampu lagi bersuara..lumrah kehidupan..airmata tentu mampu meringakan bila sesak di dade berkecamukan..Ahhh!!!!!!,,aku tak boley lemah..aku harus kuat..setelah titis jernih itu mencurah di kelopak mata..aku harus bangkit demi DIA..DIA bukan kejam kerana memberikan derita demi derita,sengsara demi sengsara..aku harus sedar..aku di uji dgn sedikit cuma berbanding dgn nikmat yg DIA berikan..

Tuhan...pinjamkan aku segala kekuatan..tebarkan ketabahan demi kesabaran..jadikan aku insan pilihan yg berjaya menangangi iman..Semoga diri aku sentiasa dlm perhatianMu...aaammiiinn

Thursday 3 November 2016

bicaraku pada alam..

Andai dpt aku petik buah hikmah yg berjuntai dari setiap dahan peristiwa bergantungan..alangkah indahnya...tentu daun yg berguguran itu tidak akn berselerakkn..walau jauh berterbangan...ke bumi jua akn kecundang..Tapi..seteguh mana pun pepohonan berakar tunjang...pasti bergoncang di rempuh ribut taufan ...namun akarnya akan tetap kuat mencengkam .,di situlah tinggal kekal diam..diam...dan akn terus berdiam ..
Hidup bagai mengisi kotak2 teka silangkata... Satu huruf berubah,maka berubahlah perkataan lainnye. Soalan pembayang sering bertandang..namun jawapan tepat bukan pada kita. Andai semua jawapan tepat..apa pule hadiahnya???..Selain syurga dan bahagia.??..

Benar,,yang ku cari adalah redha dan syurgaNya biarpun jalannya tidak mudah namun aku akn cube berkerje keras...biarlah berpenat lelah..aku tak kesah..in sha Allah.,
Kalau kehadiran dianggap menyusahkan...
moga pemergian menghembuskan ketenangan...
Bila membenih subur kerana ukhwah..
biar jatuh gugur dalam mahabbah...
Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin..
Renungan utkmu..utkku juge...

Mengingati mati itu sangat penting utk menjalani kehidupan...Ia ibarat janakuasa yg menggerakkan amal bakti utk bekalan hidup sesudah mati...Hati yg ingat mati adalah hati yg hidup. Hati yg ingat mati akan menggerakkan seluruh pancaindera dan anggota untuk melakukan ketaatan dengan segera. Ia umpama “ deadline” yg menjadi peringatan utk menyiapkan tugasan..malah lebih daripada itu...

Hakikat bahawa mati itu datang secara tiba2 adalah satu gesaan, dorongan malah paksaan untuk kita melakukan ketaatan. Justeru..solatlah seolah-olah itu solat kita yang terakhir..

Cuba kenangkan, jika benarlah solat yang kita akan dirikan nanti adalah solat yang terakhir … tentulah kita akan bersegera, bersungguh-sungguh dan melakukannya dengan penuh rasa takut, harap, malu, cinta dan hina kepada Allah .. Mana mungkin kita menangguh-nangguhkan solat atau melaksanakannya sambil lewa jika kita merasakan itu solat kita yang terakhir...

Mungkin seorang pesalah yg akan dihukum gantung sampai mati sahaja yang boleh menceritakan rasa hatinya ketika mengerjakan solatnya yg terakhir!..
RENUNGAN BERSAME..

Dalam Kitab Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyala api yang sangat mengerunkan, semua umat menjadi berlutut menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud..

“Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)


Ketika mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kemarahan api neraka dengan nyala apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyala api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan...Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan,
“Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah),"..kecuali hanya seorang nabi saja yg akan berkata, “Umatku, umatku"...Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung menuju umat Nabi Muhammad, Rasulullah berusaha menghalanginya dengan berkata,“Wahai api! Demi hak orang2 dari umatku yang ahli solat, demi hak orang2 dari umatku yg ahli sedekah, demi hak orang2 dari umatku yang berpuasa... supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”.Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril . “Wahai Jibril, Air apakah itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang2 di kalangan umatmu yg menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Skrg..aku diperintahkan utk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api neraka itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Setelah itu bersabda Rasulullah S.A.W, ,,
" Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepadaMu, sebelum tidak ditemukannya air mata.”..

Allahuakbar..betape besarnya erti setitis airmata yg mengalir kerana takutkn Allah..kerana mengenangkan dosa2 yg telah di lakukn..Semoga airmata yg kita titiskn adelah kerana Allah...aaammiinnn..
memburu dunia dgn melupakan akhirat hanya meninggikan tempat jatuh. Semakin banyak kuantiti harta yg mereka dapat, semakin banyak banyak kualiti jiwa yg mereka hilang. Ketamakan, kerakusan, kekejaman dan kepura-puraan akan melanda hidup mereka. Mereka akan ‘diburu’ oleh apa yg mereka buru. Harta adalah hamba yg paling baik tetapi tuan yg sangat kejam!!!

Maksudnya..selagi dunia dijadikan alat utk mencapai matlamat..maksudnye..membuat kebaikan sebanyak2nya,, maka selagi itulah ia akan memberi manfaat. Sebaliknya, jika dunia sudah dijadikan matlamat… ia akan menipu dan menghancur pemburunya..

Firman Allah:

“Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan.”

Menikmati kesenangan dunia tanpa mencintai akhirat umpama minum air laut… Semakin diminum akan semakin haus. Manusia hakikatnya BUKAN warga DUNIA , manusia adalah WARGA AKHIRAT...

Kata hukama:

”Dunia diciptakan untuk manusia. Manusia diciptakan untuk akhirat.”

Dunia adalah alat, akhirat itulah matlamat. Tetapi manusia yg punya hati yang ‘rabun jauh’ hanya dapat melihat yg dekat dan singkat. Alangkah ruginya apabila umpan (dunia) lebih dipentingkan daripada ikannya (akhirat). Alangkah bodohnya membuat pondok di atas jembatan sedangkan villa di seberang sungai lebih cantik dan agam !!!..

Golongan rabun akhirat ini sangat berkira dan banyak alasan untuk tidak membuat kebaikan. Jika tidak mendapat ganjaran dan pujian mereka akan berhenti memberi. Mereka memberi hanya untuk menerima lebih banyak. Tidak ada istilah budi dan pahala lagi. Hanya ada laba dan dosa. Pantang ada peluang dan kesempatan, mereka akan melakukan kejahatan untuk mendapat keseronokan dan keuntungan. Mulut mengatakan akhirat itu ada… tetapi di hati, akhirat itu telah mati..
nauzubillahiminzaalik...
" jadikan Rasulullah dan para sahabat baginda serta serikandi islam dahulu sbg IDOLA"!!..

bunyinya spt senang.,sesenang jari yg menaip skrg..tapi utk jadikan serikandi islam itu sbg idola mmg susah.,teramat susah..sebab ape??..sebab kita hidup dlm zaman kejatuhan ummah..hiburan berleluasa..penyanyi dan pelakon di jadikan idol kononnya kena ikut trend semasa...Rasa bangga dpt tahu nama pelakon dalam dan luar negara..akulah insan terhebat!!!!...rasa megah mendabik dada..

Sahabat...
Kita islam..,lahir dalam islam..bertuahnya kita., Islam itu agama indah dan suci..knp tidak jadikan Rasulullah dan para sahabat sbg idola??..knp tidak jadikan serikandi dahulu sbg ikutan??..knp??..knp?

pernah tak terfikir tanpa mereka semua yg berkorban demi Islam, bagaimana nasib kita hari ini??..pernah tak??..cuba tanya hati..adekah aku bersyukur lahir dlm islam??.,tentunya mulut akn jawab "yess..aku bersyukur lahir dlm islam"..tapi ucapan itu sekadar di mulut..cube tanye IMAN..in sha Allah Iman pasti akan memberikan jawapan yg tepat nanti..ketike iman menjawab.,renunglah ke dlm diri..Islam kah aku???.,betulkah aku sayangkan Rasulullah.??..betulkah aku pejuang agama??.,betulkah aku mujahid yg sanggup syahid di jln Allah semata2 kerana Allah bukan kerana nama??,,betulkah aku wanita muslimah,mutaqqin dan mukminah???.,betulkah aku mujahidah solehah???...

sahabat.,.
Marilah berazam mulai skrg..,ubah siapa idola kita..Better late than never...kalau tak dapat tiru semue jgn tinggal semua..
Bicaraku pada bulan...

Aku kah itu...yg hanya tahu bermimpi..tapi tidak pandai utk merealisasi..biarkan terus bersembunyi.
Aku kah itu.. hanya tahu merasa..namun terpaksa berahsia..kerana hidup ini terkunci cahaya...

Akukah itu..hanya pandai berbisik dlm kesunyian.. kelu dalam keramaian..kerana aku tahu erti keterbatasan..

Akukah itu...terpaksa berperang sendirian...gagah melawan tanpa keperdulian,,..kdg terduduk dlm linangan.,.kerana aku sedar diri ini bukan tuan..

Akulah itu...yang sedar diri ini BERTUHAN..dan segala isi hati hanya padaNya mampu dibicarakan..
Bukan kerana aku tiada rasa...kerana aku takut terbinasa..Dan aku memilih berdiam sebelum terjunam...Diamku ini demi dirimu dan diriku.
monologku berbunyi sendu...

Duhai hati...tidak mudah bermujahadah...melawan keinginanmu..hingga terkadang retak seribu..walau harapan hanyalah palsu...sedarlah..dunia ini penipu..

Wahai jiwa...berbahagialah jangan kecewa..dunia ini sementara..berkorbanlah di sini...tunggulah bahagia di SANE..tidak mengapa berpedih hiba..senyumlah utk Tuhanmu..DIA sdg mengira setiap apa yg kau rasa...

Wahai jantung...jika kau letih..berehatlah..jangan berdegup lagi...tentu kau sgt penat..setiap hari berfungsi..jgn risau...penatmu itu bakalan terhenti..

Aku merenung bulan lagi...mencari wajah2 yg aku kasihi..,merenung hikmah Ilahi Robbi..mungkin bahagiaku bukan di sini...aku harus bersabar..aku harus redha..DIA amat menyanyangiku..jangan jadi buta kerana derita...derita itulah sebenarnya bahagia..

juz do the best...let God decide the rest.
Merenung langit...hati berkata.. mungkin tak lama lagi langit berubah atap..

memandang tanah...hati berbisik..mungkin sampai waktunya tanah berubah lantai..

tapi hati ku masih di sini...di bawah langit yg sama..di atas tanah serupa...
Ilmu akhirat wajib dipelajari..bekalan utk bertemu Illahi...Ilmu duniawi perlu dicari....panduan hidup utk berbakti...

Lemah dihadapan Allah akan menjadikan kita kuat untuk tawadhuk dan tidak takabur..tapi Lemah dihadapan manusia akan menjadikan kita semakin runtuh dan tidak bersyukur..

Lemah dalam berfikir negatif akan menjadikan kita kuat berfikir positif..Lemah dalam memikirkan maksiat akan membuat kita untuk kuat berbuat sesuai syariat...namun..Lemah dalam jasmani jgn menjadikan lemah hati atau tidak percaya pada diri.,

Lemah dalam ilmu jangan menjadikan kita lemah untuk terus mempelajari dan mencari.,Lemah dalam dunia jangan lemah untuk di negeri abadi.,

Sebab Allah senantiasa memberikan nikmat dibalik cubaanNya dan Allah senantiasa memberikan ujian sesuai dengan kemampuan makhlukNya..

Jangan Lemah ! Kerana Allah selalu bersama kita....

Wednesday 2 November 2016

~ YA ALLAH ~

Ya Allah,
Kuatkan jiwaku, kentalkan semangatku, kukuhkan nafsuku dalam menongkah arus jahiliah ini. Bantulah hamba ini dalam terus menegakkan yang hak dan menghilangkan yang batil. Kuatkanlah kami ya Allah. Teguhkan iman di dada kami. Ingatkan daku sewaktu diri ini lupa.

Ya Allah,
Ingin sekali aku mendampingiMu, mencintaiMu, mengasihiMu, merinduiMu..Tetapi kenapa kadang-kadang aku seolah-olah menjauhkan diriku padaMu?? Bantulah aku ya Allah. Aku sangat memerlukanMu. di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Penuhi jiwaku, fikiranku dan segala-galanya milikku dengan nama-namaMu yang Maha Indah. Hiasi bibirku dengan zikrullah dan selawat ke atas kekasihMu, Muhammad SAW.

Ya Allah,
Mampukah hambaMu yang diselaputi dengan lumpur-lumpur noda ini bertemu dan melihat wajahMu?? Alangkah ruginya diri ini andai tidak layak menjadi hamba-hambaMu yang bertuah yang bakal menatap wajahMu di hari kebangkitan nanti.

Ya Allah,
Rindunya aku padaMu..Sayu di hati ini bila tiba-tiba ENGKAU detikkan perasaan ini dalam jiwaku. Sedih kerana aku sedar betapa kasihnya ENGKAU pada diriku walaupun diri ini seringkali melakukan maksiat padaMu. Malunya aku padaMu . bila dikenang amal perbuatanku di waktu lalu. Betapa aku membazirkan waktu-waktu emas yang ENGKAU kurniakan padaku dengan  maksiat-maksiat yang bisa memasukkanku ke nerakaMu. Nauzubillahiminzaalik....

Ya Allah,
Janganlah ENGKAU jauhkan diriMu daripada diriku. Aku teramat ingin mendampingiMu. Setiap saat yang dikurniakanMu inginku isi dengan mengingatiMu selalu tetapi hamba yang lemah ini sentiasa alpa degan keseronokan duniawi yang tidak mendatangkan apa-apa keuntungan bahkan mungkin akan mendatangkan kerugian pada diri ini di akhirat kelak. Ingin sekali setiap yang aku lakukan setiap masa hanya keranaMu ya Allah. Lillahitaala. Bukanku harap pahala atau syurga dariMu. Aku harapkan keredhaan dan kasih sayang dariMu, Tuhan Yang Maha Esa.

Ya Allah,
Bila difikir-fikirkan kembali, aku sedar yang diri ini masih jauh. Perjalanan yang harus ditempuhi masih panjang. bagaimana harus kuharunginya ya Allah agar tidak lagi aku terpesong atau tersasar dari jalanMu. Pimpinlah dan bimbinglah aku sepertimana ENGKAU membimbing rasul-rasulMu, nabi-nabiMu, wali-waliMu dan orang-orang mukmin yang sentiasa bersamaMu. Tunjukilah aku jalan-jalanMU yang benar. Dekatkan diriku dengan amal ibadat padaMU. Dekatkan diri ini dengan Al-Quran. Dekatkan diri ini dengan para ulama'. Dekatkan diri ini dengan sahabat-sahabat yang cinta padaMu.

Ya Allah,
Susahnya menjadi remaja masa kini namun kutahu desebalik kesusahan itu KAU selitkan dengan seribu satu hikmah. Susahnya bagiku mengawal nafsuku sebagai seorang remaja yang inginkan segala-galanya. Lindungilah aku daripada menjadi hamba abdi kepada syaitan. Jauhilah aku daripada syirik kepadaMu. Andainya terjadinya syirik itu, samaada nyata atau tidak, dengan sedarku atau tanpa sedarku, ampunkanlah daku ...namun ku amat-amat berharap agar ENGKAU menjauhkan diriku dan orang-orang yang bersama-sama denganku daripada menyekutukan ENGKAU. Amin ya rabbal a'lamin..

~ KISAH SI PUTERI ~


Suatu masa dahulu...

Ada seorang puteri. Hidupnya sama seperti putera puteri yang lain. Terkadang happy, terkadang moody. Pendek kata, kehidupannya normal seperti manusia-manusia yang lain.

Sehinggalah tibanya suatu masa...

Si puteri termenung di kamarnya. Melihat tompokan-tompokan putih di langit yang membiru. Indah! Ya, indahnya hari itu tapi jiwa muda si puteri tidak merasakan keindahan itu.

Entah kenapa, si puteri sendiri tidak tahu. Puas di korek jiwanya mencari jawapan namun hampa..Aduh, kosong jiwa ini!!! Jerit batin si puteri.

Seketika, bagai di tarik suatu kuasa yang datangnya entah dari mana, mata si puteri tertangkap pada sebuah objek berwarna ungu. Kelihatannya seperti suatu kitab kecil. Lantas, tanpa di pinta, kaki si puteri bergerak menuju ke arah objek ungu itu. Tangannya laju menggapai objek ungu tersebut.

Tersentap jantung si puteri.

"Allah...." nama Tuhan si puteri meniti di bibir. Bagai di ambil segala kekuatan, si puteri terduduk lesu.

Roh bertanya pada jasad..."Bila kali terakhir kamu membaca objek ungu ini?"

Minda si puteri melayang..jauh..seminggu lepas? 2 minggu lepas? sebulan lepas? atau..atau..atau..adakah...setahun yang lepas?

Allah, si puteri sendiri tidak ingat bila kali terakhir dia membelek kitab ungu itu...

Hina...hina...hina...hina...hina...betapa hinanya diriku, bisik si puteri..



'Cukup! Cukup setakat ini sahaja wahai si puteri.'

'Jangan menghina dirimu. Jangan mencaci dirimu. Jangan kau katakan yang tidak elok untuk dirimu.'


Si puteri memegang erat objek ungu yang berada di tangannya. Matanya tunduk memandang objek itu. Hatinya melonjak2 menyuruhnya membelek dan membaca is kandungannya. Si puteri lantas bangun, meletakkan objek ungu itu di tempat yang paling tinggi. Si puteri melangkah laju menuju ke sungai mandiannya. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja kekuatan yang hilang sebentar tadi datang meresap ke dalam dirinya kembali. Di basuh muka, tangan, kepala dan kakinya.

Wah! Segar sungguh rasaya. Si puteri tersenyum gembira. Terasa dirinya bersih serta merta.

"Oh, aku tidak boleh lama di sini. Objek ungu sedang menunggu," kata si puteri lantas kakinya laju menuju ke arah objek ungu.

Kini, diri si puteri tertutup rapi. Indah bak bidadari kerana yg tertutup itu lebih indah. Tangannya mula membelek objek ungu...

"kejap..kejap..." kata si puteri kpd tangannya...

Si puteri memejamkan mata...

"Wahai Tuhan yang memiliki jiwaku, aku serahkan diriku padaMU mulai saat ini. Kau bimbinglah jiwaku agar ia tidak terjatuh ke lorong gelap lagi. Kau peganglah hatiku agar ia tetap melekat padaMU semata-mata..Wahai Tuhan Yang Maha melihat segala perbuatanku, aku pohon Kau berikanlah aku sepotong kalam cintaMu, sebagai azimat buat diriku yang sentiasa lupa padaMU..."


Si puteri membuka mata...

Si puteri tekad..Bila happy, objek ungu ini akan di bukanya..Bila sedih, objek ini juga yang akan menjadi penemannya. Pendek dan panjang kata, si puteri mahu menjadikan objek ungu ini sebagia temannya, di dunia dan akhirat...

Objek ungu di buka secara rambang. Terpampang tulisan yang indah. Si puteri melantunkan suara. Allah, terasa terisi kekosongan-kekosongan tadi satu persatu.

Habis satu muka. Kini, giliran tafsir pula. Mata si puteri berkaca-kaca..Tiba di ayat terakhir di muka surat itu, kaca-kaca di hujung mata si puteri bertukar menjadi air terjun yang tidak henti-henti turun..

'Allah..cepat sungguh Engkau makbulkan doaku..Cepat sungguh Engkau hadiahkan kalamMU untuk menjadi 'Prince Charming' diriku..'

Sekali lagi mata si puteri menatap ayat tersebut. Ayat yang diberi Allah buat dirinya yang sedang tercari-cari punca kekosongan di jiwa..Bibirnya bergerak perlahan mengalunkan ayat tersebut.......

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya AKU DEKAT ( Fa'inni qarib). Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKU) dan beriman kepadaKU, agar mereka beroleh kebenaran"


[Al-Quranul Karim: Surah Al-baqarah: Ayat 186]