Wednesday 9 May 2012

~Airmata wanita~














Wanita...
sesekali terluka selamanya terasa
sesekali di sakiti selamanya mengingati
tidak mampu meluahkan kata
hanya titisan airmata mampu bersuara
menahan gelora di jiwa..
sulit untuk di fahami
sukar untuk di tafsir
payah untuk di terjemahkan
senang untuk memaafkan
namun payah untuk melupakan
bukan bermakna ada dendam
bukan juga beerti kejam

Hati seorang wanita..
sabar di jiwanya jangan di cabar
kelembutan hatinya usah di salah tafsir
pasrah dalam sanubari tak perlu di ragu
airmata wanita mudah mengalir
tapi senyuman dibibir sentiasa terukir
itulah wanita yang hebat

Namun..
andai satu masa nanti
tiada lagi titisan airmata
tapi kelihatan bergenang di sudut mata
berhati dan beringatlah
kerana wanita itu sedang menjeruk rasa
memendam segala luka lara
wanita umpama kaca
sekali terjatuh retaklah ia
andai terhantuk pecahlah ia
walau dicantum sekalipun
kesan retak itu tetap ada...





No comments:

Post a Comment