Thursday 28 April 2016

~ Bicara Cinta ~















Cinta. Apakah itu cinta ? ..

Cinta tidak dapat didefinisikan dengan betul lagi tepat kerana cinta merupakan rasa dan perasaan yang tersimpan kemas dan jauh di lubuk hati kita. Kita sendiri gagal untuk mendefinasikannya kerana apabila rasa dan perasaan cinta itu timbul, barulah kita akan menyedari serta menghargainya.

Sudahkah kita muhasabah cinta kita? Muhasabah cinta kita dengan DIA yang Maha Segala2nya.??

Subhaanallah...Sesungguhnya sayang dan cinta Si DIA kepada hambanya berkali ganda lebih hebat daripada cinta kita kepadaNya. Manakan tidak kita dapat mengecap semua nikmat di muka bumi ini.

Allahuakbar. Tidak malukah kita denganNya yang begitu mengasihi kita namun kita masih tetap mengingkari perintah wajib dan masih bermalas-malasan mengerjakan perintah sunatNya. Muhasabahlah cinta kita dengan Yang Maha Menyayangi bukan sibuk dengan cinta manusia yang fana semata-mata dan mempunyai rasa sayang yang sekejap cuma.

Alhamdulillah. Bersyukurlah kita dengan rasa dan perasaan fitrah ini kerana tanpanya kita tidak mungkin akan merasai bahagia dan nikmat hidup itu. Maka, jadilah kita ibarat sepohon pokok yang rimbun malah cantik daunnya tetapi malangnya tidak berbuah lebat. Begitulah kita sekiranya tidak mempunyai rasa dan perasaan cinta. Kita merasakan kita sudah mengecap bahagia tetapi sebenarnya bahagia belum lagi bersama dan menaungi hidup kita.

Jadi, ucaplah kata kebesaran, takbir serta syukur padaNya.
Subhaanallah. Allahuakbar. Alhamdulillah.


✿✿ Satu Rasa Dua Hati ✿✿


Rasa cinta tidak tumbuh mekar jika tidak dicintai kembali. Bagaimana kita boleh tahu sudahkah diri kita ini disayangi dan dicintai Sang Pencipta ? Mudah sahaja jawapannya. Hati yang sentiasa mengingati Azza Wajalla akan berasa tenang dan tenteram kerana Allah berfirman dalam kitabNya yang mulia :

"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang."

(Al-Ahzab 41-42) 

"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."

(Surah ar-Ra'd, ayat 28) 

Ironinya, semakin banyak kita mengingati Allah, fikiran kita akan terbuka, hati menjadi tenteram, jiwa bahagia malah nurani dan rohani menjadi damai dan sentosa. Begitu hebatkan Allah menjadikan kita sedemikian rupa apabila kita mengingati, menyayangi dan mencintaiNya ?

Hal ini demikian kerana mengingati Allah terkandung nilai-nilai ketawakkalan yang tinggi kepadaNya, keyakinan penuh, sifat kebergantungan hanya padaNya, pengharapan, kepasrahan serta sifat berbaik sangka yang jitu hanya pada Allah yang Maha Esa.

Dia akan sentiasa dekat dengan hambaNya yang sentiasa berdoa, meminta dan merintih hanya padaNya. Maka, rendahkan dan tunduklah diri di hadapanNya tanpa rasa segan silu sekiranya kita benar-benar ingin mencari mardhatillah dan ketenangan diri. Sebut dan serulah namaNya yang indah dan penuh barakah secara berulang-ulang dengan lidah kita sebagai doa, permohonan, pujian, ketauhidan serta permintaan taubat kita kepadaNya.

In sha Allah. Dengan demikian, nescaya kita disayangi dan dicintaiNya kembali. Itulah yang sangat kita harapkan di dalam hidup kita.
"Ya Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu yang melimpah. Apabila aku dicintaiMu, maka jadikanlah aku dari kalangan orang yang beriman dan bertaqwa kerana itulah pengharapanku agar aku layak ke jannahMu."
Ammmiin Ya Rabbal Aalamin.

No comments:

Post a Comment