Selangit impian segunung harapan.. kasih tercipta rindu bertandang.. semarak cinta kian mendalam..
Wednesday, 21 March 2012
~Sesekali~
Sesekali aku mengharap ada rindu di hatimu buatku
seperti mana ku merinduimu...
Sesekali terdetik di kalbu agar aku di sayangimu..
seperti mana aku menyanyangimu..
Sesekali aku inginkan ungkapan cinta darimu..
seperti mana aku sering melafazkn cinta padamu..
Sesekali aku ingin kau membisik padaku..bahawa akulah gadismu..
seperti mana aku menganggapmu teruna impianku...
Sesekali aku ingin kau menangis keranaku..
seperti mana aku sering menangis keranamu...
Sesekali aku mahu di perhatikan olehmu..
seperti mana aku memerhatimu..
Sesekali aku mahu di pujuk olehmu...
seperti aku selalu memujukmu...
Sesekali aku mahu kau di sampingku...
seperti mana aku selalu di sampingmu...
Sesekali aku mahu kau mengenggam tanganku
sepetimana aku mengenggam tanganmu kala resah bertamu..
Sesekali aku mahu kau membelai rambutku..
seperti mana aku membelaimu kala ada sendu..
Sesekali aku mahu kau tersenyum mesra padaku..
seperti mana aku sering tersenyum meskipun hati retak seribu..
Sesekali aku mahu kau menatap mataku..
seperti mana aku menatap matamu kala ada air jernih menurun laju...
Sesekali aku ingin kau memahami situasiku..
seperti mana aku memahami situasimu....
Dan.......aku benar-benar berharap semua keinginanku itu berlaku..
semua yang aku mahu benar-benar terjadi..
sebelum segalanya terlambat..
sebelum segalanya belum terlewat...
kerana aku bimbang.....
saat kau lakukan apa mahuku itu...
saat kau ingin tunaikan perminntaan itu..
hati aku telah membatu....
hati aku bukan lagi seperti dulu...
hati aku sudah berubah mencari yang baru........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment