Monday, 26 March 2012

~Gubahan rinduku~

















Gubahan rinduku padamu, tiada pernah terpadam..
puisi yang aku alunkan,tiada mampu untuk ku tanam..
jauh di sudut hati,aku ingin pergi...
pergi jauh dari semua yang mendekatkan kita...
jauh dari bayangmu yang sentiasa mengekoriku...
jauh dari semua yang kita pernah lewati..
walau aku tahu,rindu ini tak akan berhenti..
walau aku tahu..kasih ini sukar di ganti..
walau aku tahu..cinta ini tetap bersemi....

Aku terseksa dalam kebahagiaan melingkar..
aku menangis akibat janji terikrar..
aku merindu dalam bayang semalam..
aku mengasihi dalam hati yang memendam...
aku memburu dalam kenangan abadi..
aku tersenyum dalam sakitnya hati..
aku berbicara tanpa siapa mendengar..
aku meraung tanpa siapa peduli...

Sesekali aku teringin..
mendengar lagi nyanyian rindumu..
mendengar lagi ucapan salam cinta darimu..
mendengar degup jantungmu dikala kasih kita bersatu..
merasai hembusan nafasmu,takkalan bibirmu membisik sesuatu..
merasai hangatnya genggaman tanganmu bila aku di sisimu...
merasai lembutnya belaianmu mengelus mesra rambutku...
menikmati indahnya renunganmu kedalam mataku..
menikmati mesranya pujukanmu bila aku merajuk pilu..
menikmati asyiknya saat aku dalam pelukanmu...

Masihkah kau ingat saat badai melanda..??
masihkah kau ingat saat terlerainya ikatan murni ini..???
masihkah kau ingat rauganku bergema..??
masihkah kau ingat saat aku kehilangan arah..???
masihkah kau ingat saat luka ini kian berdarah..???
masihkah kau ingat saat aku hampir rebah...???
airmataku ibarat hujan yang mengalir...
masihkah kau ingat apa ucapanku padamu saat itu????
masihkah kau ingat semuanya....???

aku tahu kau menahan rasa sedihmu..
aku tahu kau mengalirkan airmata lelakimu...
aku tahu kau juga menangis pilu..
aku tahu kau juga hilang ketenangan..
aku tahu kau juga hampir tersembam...
aku tahu kau juga terluka terkilan..
aku tahu kau juga tiada terdaya mengawal keadaan..
aku tahu kau juga rasa sakitnya seperti aku...
aku tahu kau juga rasa peritnya saat kehilanganku..
aku tahu kau juga hilang punca hidupmu...
percayalah....kau dan aku berkongsi rasa yang sama....

biarlah cinta kita menjadi kenangan..
biarlah rindu dan kasih kita tersemat kukuh...
biarlah memori semalam abadi suci..
biarlah hanya kita yang mengetahui..
biarkah takdir menentukan segalanya..
biarlah cerita kita  menjadi legenda...
biarlah kasih kita bersatu tanpa mampu bersama..
biarlah senyuman kita tercipta dalam kedukaan..
biarlah kita terluka dari melukakan hati insan lain...
kerana kita sama2 tahu...cinta kita masih bersemi..
abadi...suci...sejati....
cuma kita tiada jodoh bersama...
mungkin sudah tersurat ....
hajat kita tiada kesampaian...
sama-samalah kita simpan semuanya sebagai kenangan..... :'(





2 comments:

  1. fitrah insan mmerlukan cinta dan kasih syg..namun, cinta sesama insan itu andai ingin dimiliki kekal abadi bhgia d hati sgt sukar utk dperoleh kan..
    namun, yakinilah dgn jnji ilahi, andai cinta allah telah dimilki, maka cinta insan dan dniawi tdk lg mnjdi kekecewaan buat diri krn ia pasti akan turut dimilki...

    ~smoga allah stsa kasih dan cinta~ :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.syukran sudi membace at blog ini :)

    ReplyDelete