Wednesday, 7 March 2012

~Hati~


HATI....
letaknya jauh tersembunyi...
terlindung dari pandangan duniawi...
detakmu tiada yg ketahui...
tangismu tersimpan rapi..
gembiramu terlipat dialam yang paling jauh..
alam yang tiada siapa akan fahami..

kecuali hanya pemilikmu yang sejati...

HATI...
bicaramu sering di anggap sepi..
luahanmu sering tiada yg mendengari...
hanya yang bisa mengerti...
adalah pemilikmu yang sejati..

kerana ungkapan hati sunyi..
kerana keluhan hati berbeza sekali..

HATI...
indahnya ciptaan yang di kurniakn...

di situlah rahsia tersimpan...
di situlah letaknya segala beban...
tiada siapa yang ketahuan bahasa hati...
banyak cerita tersembunyi..

banyak derita menuruti.
namun ..tiada siapa yang akan peduli..
tiada siapa yang akan mengerti..

HATI..
andai mampu mengungkap kata...
andai mampu menyusun bahasa...
pasti dunia akan huru-hara..
pasti dunia banyak sengketa...
lantaran itulah bibir di anugerahkan...
kerana hati tak mampu mengungkapkn...
suara hati berbisik sendirian...
bibir pula memainkan peranan...
Jagalah hati...
kerana di situlah jatuhnya pandangan ilahi...
di situlah iman di semai...
kerana di situlah permulaan diri..
berbahagialah hati yang suci...

meranalah hati yang penuh hasad dengki...nukilan rasa ~Angah Suria~

No comments:

Post a Comment