Melangkah tanpa arah ,tanpa tujuan...
menggamit memori semalam yang di tinggalkan
terdampar aku di sudut sepi..
terlontar aku jauh sendiri...
Teganya hatimu menyeksa diriku
sampainya hatimu merobek jiwaku..
kau hancurkan sejuta impian
kau musnahkan segala kepercayaan...
kini aku kau tinggalakan terkapai sendirian
selagi aku dapat melangkah,akukan melangkah
meskipun tanpa siapa menemani..
biarlah aku terus begini...
dalam menghabiskan sisa hidup..
Sendiri..
benarlah seperti pepatah..
ada waktunya memberikan ketenangan..
kadang menyeksa hati yang lara..
namun dalam sendiri aku temui..
nikmatnya bila di sapa nyaman ..
namun dalam sendiri aku pelajari..
bahawa aku masih perlukan insan menemani..
andai sudah tersurat aku begini..
aku rela sendiri dan terus menyendiri..
andai hadirnya aku melukai...
biarlah aku membawa diri...
hingga ke titik yang aku tak pasti..
moga dengan sendiri...
hidupku lebih beerti..
kerana aku yakin...TUHAN akan selalu menemani...
No comments:
Post a Comment