Selangit impian segunung harapan.. kasih tercipta rindu bertandang.. semarak cinta kian mendalam..
Thursday, 29 March 2012
~Dalam diam ku menyintaimu~
Mengenalimu saat terindah dalam memoriku
memerhatikan setiap gerak gerimu menjadi kewajipanku
aku bahagia tika melihat kehadiranmu..
terbit rasa kecewa andai sehari aku tidak menatapmu..
walau kita tidak pernah bertemu ..
hati ini berbunga rindu dalam anganku...
kerana aku tahu..hanya aku yang merasai semua itu...
kerana aku tahu..aku tidak pernah di perhatikan olehmu..
tapi aku bangga memiliki perasaan ini..
namun..untuk aku menyatakannya tidak sesekali...
biarlah hanya aku sahaja yang tahu tentang perasaan ini..
walau terkadang tidak mampu menahan gelora di jiwa...
walau terkadang sukar mentafsir maksud di hati...
perasaan ini terlalu ISTIMEWA.....
kerana hadirnya tanpa sedarku..
sejak bila ia bertunas aku sendiri tidak tahu...
sejak bila ia bertapak di hati ini...sukar untuk aku pastikan..
sejak bila ia menguasai jiwa ini..susah untuk aku jelaskan...
saat aku sedar semua itu, ada malu meresapi diri...
seoalah aku terjaga dari lena,yang membuai diri...
lalu...terbitlah satu rasa yang membuat aku tersipu sendiri..
malu.. kerana menyintaimu dalam diamku..
malu.. kerana menyanjungimu dan sering merinduimu..
peliknya perasaanku yang satu ini......
Indah...asyik...membara...
itulah yang mampu aku nyatakan...
setiap kali bertembung denganmu dalam mimpiku..
setiap kali menatap apa yang kau coretkan dalam lamanmu..
tanpa sedarmu,aku jadi pengikutmu...
aneh sungguh rasa yang ada dalam hati ini..
senyumku bersulamkan rindu...
aduh...aku semakin di hanyut dalam kasih ini..
semakin leka bermain dengan keinginan hati...
Biarlah...aku pasrah andai aku di ketepikan..
sebab aku tahu..semua ini ilusiku..
kehadiranku langsung tidak kau sedari..
malah...mungkin bagimu,aku langsung tidak wujud dalam hidupmu..
tetapi aku tidak menyalahkan dirimu..
biarlah aku menikmati cintaku padamu sendiri..
biarlah aku merindui dan menyanyangimu dari kejauhan ini..
biarlah....aku bahagia begini....
aku tidak tahu selama manakah perasaan ini bertahan..
aku serahkan padamu TUHAN..
dan aku berharap,agar suatu hari nanti...
kau dapat rasakan cintaku ada untukmu..
Wednesday, 28 March 2012
Monday, 26 March 2012
~Gubahan rinduku~
Gubahan rinduku padamu, tiada pernah terpadam..
puisi yang aku alunkan,tiada mampu untuk ku tanam..
jauh di sudut hati,aku ingin pergi...
pergi jauh dari semua yang mendekatkan kita...
jauh dari bayangmu yang sentiasa mengekoriku...
jauh dari semua yang kita pernah lewati..
walau aku tahu,rindu ini tak akan berhenti..
walau aku tahu..kasih ini sukar di ganti..
walau aku tahu..cinta ini tetap bersemi....
Aku terseksa dalam kebahagiaan melingkar..
aku menangis akibat janji terikrar..
aku merindu dalam bayang semalam..
aku mengasihi dalam hati yang memendam...
aku memburu dalam kenangan abadi..
aku tersenyum dalam sakitnya hati..
aku berbicara tanpa siapa mendengar..
aku meraung tanpa siapa peduli...
Sesekali aku teringin..
mendengar lagi nyanyian rindumu..
mendengar lagi ucapan salam cinta darimu..
mendengar degup jantungmu dikala kasih kita bersatu..
merasai hembusan nafasmu,takkalan bibirmu membisik sesuatu..
merasai hangatnya genggaman tanganmu bila aku di sisimu...
merasai lembutnya belaianmu mengelus mesra rambutku...
menikmati indahnya renunganmu kedalam mataku..
menikmati mesranya pujukanmu bila aku merajuk pilu..
menikmati asyiknya saat aku dalam pelukanmu...
Masihkah kau ingat saat badai melanda..??
masihkah kau ingat saat terlerainya ikatan murni ini..???
masihkah kau ingat rauganku bergema..??
masihkah kau ingat saat aku kehilangan arah..???
masihkah kau ingat saat luka ini kian berdarah..???
masihkah kau ingat saat aku hampir rebah...???
airmataku ibarat hujan yang mengalir...
masihkah kau ingat apa ucapanku padamu saat itu????
masihkah kau ingat semuanya....???
aku tahu kau menahan rasa sedihmu..
aku tahu kau mengalirkan airmata lelakimu...
aku tahu kau juga menangis pilu..
aku tahu kau juga hilang ketenangan..
aku tahu kau juga hampir tersembam...
aku tahu kau juga terluka terkilan..
aku tahu kau juga tiada terdaya mengawal keadaan..
aku tahu kau juga rasa sakitnya seperti aku...
aku tahu kau juga rasa peritnya saat kehilanganku..
aku tahu kau juga hilang punca hidupmu...
percayalah....kau dan aku berkongsi rasa yang sama....
biarlah cinta kita menjadi kenangan..
biarlah rindu dan kasih kita tersemat kukuh...
biarlah memori semalam abadi suci..
biarlah hanya kita yang mengetahui..
biarkah takdir menentukan segalanya..
biarlah cerita kita menjadi legenda...
biarlah kasih kita bersatu tanpa mampu bersama..
biarlah senyuman kita tercipta dalam kedukaan..
biarlah kita terluka dari melukakan hati insan lain...
kerana kita sama2 tahu...cinta kita masih bersemi..
abadi...suci...sejati....
cuma kita tiada jodoh bersama...
mungkin sudah tersurat ....
hajat kita tiada kesampaian...
sama-samalah kita simpan semuanya sebagai kenangan..... :'(
Saturday, 24 March 2012
~Sesalan~
Ku renung di dada langit..
ku ratah di segenap angkasa..
ku lontarkan pandanganku pada seisi alam..
dalam beningnya pandanganku...
aku di amuk persoalan yang menghantui benak fikiran
aku di buru pertanyaan dalam kesedihan..
pada sebuah persoalan yang tiada jawapan..
aku di bayangi dosa silam yang tiada kesudahan
yang pernah aku lakukan tandanya kurangnya iman..
dalam beningnya pandanganku...
aku di amuk persoalan yang menghantui benak fikiran
aku di buru pertanyaan dalam kesedihan..
pada sebuah persoalan yang tiada jawapan..
aku di bayangi dosa silam yang tiada kesudahan
yang pernah aku lakukan tandanya kurangnya iman..
bertanyalah hati terdetiklah naluri..
masihkan adakah keampunan buat diri??
dengan segala kekhilafan yang aku aku lakukan...
masih adakah jalan kemaafan???
untuk aku memohon dengan seribu sesalan
lalu bergenanglah airmata keinsafan..
Seandainya TUHAN mengizinkan..
KAUlah jua pemilikku yang sejati
aku akan basahkan wajahku dengan air suciMU..
akan aku mengadapMU dengan penuh rasa terharu..
moga segala amalanku di terima olehMU..
moga kesayuanku menyentuh hatiMU
Dan...aku seringkali berdoa..
moga penyesalanku bukan hanya hari ini..
tapi selagi nafas mendesah..selagi nadi berdenyut..
selagi di kurnaikan akal untuk menilai..
selagi di kurniakan kasih sayang yang suci..
aku ingin seperti bayi yang masih tidak mengerti..
bersih tanpa noda,halus bagai sutera,suci bagai air di kali..
walau itu mustahil bagiku..kerana sudah hukum alam..
selagi kita bernama manusia,bergelar insan..
tiada terlepas dari silap dan dosa dilakukan...
dan aku beryukur...kerana terbit rasa keinsafan dalam ketenangan...
duhai pemilikku yang abadi...
duhai pemilikku yang hakiki..
padaMU ku serahkan segala raga ini...
terima kasih seikhlas hati,..lalu bergenanglah airmata keinsafan..
lalu berbicaralah rasa tanpa suara...
tanpa aku perhatikan,jauhnya aku di hanyut masa...
lalu berbisiklah hati di denai sepi..
betapa selama ini aku alpa ....
terlalu kusyuk dengan rentak dunia..
terlalu asyik bersuka ria..tanpa aku perhatikan,jauhnya aku di hanyut masa...
Aku sedari, diri sudah jauh di landasan ..
lupa dengan tujuan hidup di dunia..
lupa pada arah sebenar kemahuan..
lupa di berikan akal dan fikiran..
terlalu leka dengan kemahuan duniawi..
lupa di berikan akal dan fikiran..
terlalu leka dengan kemahuan duniawi..
terlalu asyik dengan nikmat sementara..
terlalu leka merasai kebahagian yg hanya sebentar..
yang aku sendiri tahu...
semua ini akan hilang juga..
semua ini akan lenyap dalam sekelip mata..
terfikir olehku...
berapa jauh lagikah kakiku mampu melangkah??
berapa lama lagikah aku mampu merasai nikmat??
sedang aku tahu..detik itu akan tetap pergi..
walau bukan hari ini,tapi satu ketika nanti..
apa yang aku perjuangkan sebenarnya...????
Seandainya TUHAN mengizinkan..
seandainya aku di beri pilihan...
andai dapat ku putar kembali alam..
andai mampu ku undurkan kembali masa..
aku inginkan agar aku bersih dari dosa..
aku akan selalu bersujud padaNYA..
aku akan selalu menyanyikan alunan zikir ..
tanda memuji kebesaranNYA...
aku akan iramakan diri aku dengan lagu-lagu cinta..
cinta seorang hamba pada penciptaNYA..
tanpa ada rasa ragu lagi..
bahawa KAUlah pemilikku sejak azali..
tanpa ada rasa ragu lagi..
bahawa KAUlah pemilikku sejak azali..
aku akan basahkan wajahku dengan air suciMU..
akan aku mengadapMU dengan penuh rasa terharu..
moga segala amalanku di terima olehMU..
moga kesayuanku menyentuh hatiMU
Dan...aku seringkali berdoa..
moga penyesalanku bukan hanya hari ini..
tapi selagi nafas mendesah..selagi nadi berdenyut..
selagi di kurnaikan akal untuk menilai..
selagi di kurniakan kasih sayang yang suci..
aku ingin seperti bayi yang masih tidak mengerti..
bersih tanpa noda,halus bagai sutera,suci bagai air di kali..
walau itu mustahil bagiku..kerana sudah hukum alam..
selagi kita bernama manusia,bergelar insan..
tiada terlepas dari silap dan dosa dilakukan...
dan aku beryukur...kerana terbit rasa keinsafan dalam ketenangan...
duhai pemilikku yang abadi...
duhai pemilikku yang hakiki..
padaMU ku serahkan segala raga ini...
kerana di beri kesempatan untuk berubah..
sebelum terlena selamanya,
sebelum di jemput pulang,ke alam SANA.......
Wednesday, 21 March 2012
~Sesekali~
Sesekali aku mengharap ada rindu di hatimu buatku
seperti mana ku merinduimu...
Sesekali terdetik di kalbu agar aku di sayangimu..
seperti mana aku menyanyangimu..
Sesekali aku inginkan ungkapan cinta darimu..
seperti mana aku sering melafazkn cinta padamu..
Sesekali aku ingin kau membisik padaku..bahawa akulah gadismu..
seperti mana aku menganggapmu teruna impianku...
Sesekali aku ingin kau menangis keranaku..
seperti mana aku sering menangis keranamu...
Sesekali aku mahu di perhatikan olehmu..
seperti mana aku memerhatimu..
Sesekali aku mahu di pujuk olehmu...
seperti aku selalu memujukmu...
Sesekali aku mahu kau di sampingku...
seperti mana aku selalu di sampingmu...
Sesekali aku mahu kau mengenggam tanganku
sepetimana aku mengenggam tanganmu kala resah bertamu..
Sesekali aku mahu kau membelai rambutku..
seperti mana aku membelaimu kala ada sendu..
Sesekali aku mahu kau tersenyum mesra padaku..
seperti mana aku sering tersenyum meskipun hati retak seribu..
Sesekali aku mahu kau menatap mataku..
seperti mana aku menatap matamu kala ada air jernih menurun laju...
Sesekali aku ingin kau memahami situasiku..
seperti mana aku memahami situasimu....
Dan.......aku benar-benar berharap semua keinginanku itu berlaku..
semua yang aku mahu benar-benar terjadi..
sebelum segalanya terlambat..
sebelum segalanya belum terlewat...
kerana aku bimbang.....
saat kau lakukan apa mahuku itu...
saat kau ingin tunaikan perminntaan itu..
hati aku telah membatu....
hati aku bukan lagi seperti dulu...
hati aku sudah berubah mencari yang baru........
Tuesday, 20 March 2012
~Doa sang kekasih~
seandainya telah KAU catatkan dia miliku.
tercipta untuk membahagiakan aku...
dilahirkan untuk melindugi diriku...
maka aku pohon...aku minta...
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kasih sayang di antara kami...
Ya Allah..aku merayu...
andai apa yang telah KAU tentukan dalam hidup ini..
aku berharap agar dia adalah yang terbaik buatku..
kerana hanya ENGKAU yang tahu segala isi hatiku..
kerana hanya ENGKAU yang tahu segala yang terbuku di hati dia....
peliharailah daku dari kemurkaanmu..
Ya Allah...yang maha Pemurah...
sandarkanlah aku kekuatan dan jua harapan..
untuk aku membina diri dari jiwa yang lesu..
membina keyakinan yang seakan tidak bermaya..
semaikanlah rasa setulus kasih di hati ini.....
agar aku dapat curahkan pada si pemiliku nanti..
Ku pasrah kepadaMU tuhan...
berikanlah aku pasangan yang beriman..
supaya aku dan dia dapat bertahan..
dapat segala kekuatan.. dalam melayar bahtera...
ke muara cinta yang ENGKAU redhai...
Ya tuhanku ..yang Maha Pengasih..
ENGKAU sajalah yang dapat memeliharaku..
ENGKAU jua yang dapat menilaiku..
dengarkanlah rintihan hambamu ini..
janganlah ENGKAU biarkan ku sendiri..
dalam meniti arus kehidupan...
bantulah hambaMU yang serba kekurangan....
Doaku pohon..agar disampingku nanti..
ada seorang insan yang ENGKAU berikan..
agar dia dapat menjadi iman dalam solatku..
agar dapat membimbingku mencari kebenaran..
agar dia selalu mengingatkanku tentang DIRIMU...
mengajar aku dalam mencari redha-MU...
tercipta untuk membahagiakan aku...
dilahirkan untuk melindugi diriku...
maka aku pohon...aku minta...
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kasih sayang di antara kami...
Ya Allah..aku merayu...
andai apa yang telah KAU tentukan dalam hidup ini..
aku berharap agar dia adalah yang terbaik buatku..
kerana hanya ENGKAU yang tahu segala isi hatiku..
kerana hanya ENGKAU yang tahu segala yang terbuku di hati dia....
peliharailah daku dari kemurkaanmu..
Ya Allah...yang maha Pemurah...
sandarkanlah aku kekuatan dan jua harapan..
untuk aku membina diri dari jiwa yang lesu..
membina keyakinan yang seakan tidak bermaya..
semaikanlah rasa setulus kasih di hati ini.....
agar aku dapat curahkan pada si pemiliku nanti..
Ku pasrah kepadaMU tuhan...
berikanlah aku pasangan yang beriman..
supaya aku dan dia dapat bertahan..
dapat segala kekuatan.. dalam melayar bahtera...
ke muara cinta yang ENGKAU redhai...
Ya tuhanku ..yang Maha Pengasih..
ENGKAU sajalah yang dapat memeliharaku..
ENGKAU jua yang dapat menilaiku..
dengarkanlah rintihan hambamu ini..
janganlah ENGKAU biarkan ku sendiri..
dalam meniti arus kehidupan...
bantulah hambaMU yang serba kekurangan....
Doaku pohon..agar disampingku nanti..
ada seorang insan yang ENGKAU berikan..
agar dia dapat menjadi iman dalam solatku..
agar dapat membimbingku mencari kebenaran..
agar dia selalu mengingatkanku tentang DIRIMU...
mengajar aku dalam mencari redha-MU...
~Cinta~
Takkala ini aku harus jujur..
kepada angin yang bisa sampaikan rinduku
kepada awan yang bearak penuh di hatiku
kepada angin yang berhembus dihatimudan biarkan segalanya berlaku
demi cintaku dan cintamu..
jika aku menjadi sebahagiaan dari jiwamu
bisakah aku menghapus rahsiamu
atau akukah yang selama ini menjadi rahsiamu???
inginku jadikan nafasmu adalah nafasku
tanpa ada ragu..tiada rahsia hatiku demi cintaku...
bisakah aku menghapus rahsiamu
atau akukah yang selama ini menjadi rahsiamu???
inginku jadikan nafasmu adalah nafasku
tanpa ada ragu..tiada rahsia hatiku demi cintaku...
hidup denganmu bukan mainan perasaan
yang kadang kalah dengan telahan..
yang kadang menang dalam tangisan
yang kadang teruji oleh kesabaran..
bagiku hidup denganmu adalah keindahan
harapanku moga impian tidak hanya harapan...
berdoalah dengan penuh kesungguhan
moga akan terjalin ikatan..
walau masih samar dari kejauhan....
Sunday, 18 March 2012
~Saling memerlukan~
~KITA DILAHIRKAN UNTUK DICINTAI DAN MENCINTAI~
~TIDAK HANYA MENGYANYANGI TAPI JUA MENGASIHI~
~TIDAK SALING MENGHARAP KETIDAKSEMPURNAAN
TETAPI SALING MENYEMPURNAKAN.~
~TIDAK UNTUK MENCARI PERBEZAAN
TETAPI UNTUK MENCIPTA PERSAMAAN~
~TIDAK UNTUK MEMBINA JURANG..
TETAPI UNTUK MEMBERI RUANG~
~UNTUK SEBUAH KEKUATAN DALAM KETERBATASAN~
~Rindu------>ku ada kamu~
Dalam dakapan rindu di hatiku
aku angankan dapat memelukmu
agar hilang segala resah
yang membuat hatiku kelam.
sehari senyummu tidak ku bayangkan..
Dari kejauhan ini
bisakah kau rasakan nafas ini..
yang kemarau dalam kasihmu
yang tenggelam dalam rindumu
walau cinta ini tiada menyentuh
meskipun rasa ini tak pernah runtuh
agar suatu ketika nanti kau dapat ku sentuh
Kasihmu berpijak dalam nadiku
mampukah aku menahan rindu..
walau terkadang amat terasa pilu
keindahan itu memberi inspirasiku
agar terus menunggumu.
Daku menanti saat itu tiba
tanpa letih tiada jemu terasa
agar kerinduan ini bertukar jua
biar hilang segala resah di jiwa
Setiap pandanganku ada kamu
setiap nafasku wujud kasihmu
teruslah menjadi nada cintaku
biarpun cubaan tak pernah jemu
cuba tenggelamkan cintaku padamu
akan aku pertahankan selagi mampu
agar kebahagian bukan khayalan hidupku..
kerana ku tahu....
KU ADA KAMU...
Saturday, 17 March 2012
~Ketika aku merinduimu~
ku hapuskan semua ketidaksempurnaamu
ku yakinkan hati sesungguhnya kita adalah satu
Ketika aku merinduimu...
ku sedari betapa lemahnya diriku tanpamu
ku cuba bayangkan rindumu jua milikku
ku pejam mata agar mimpikanmu..
agar takdir menyebelahiku...
Ketika aku merinduimu..
aku selalu berdoa agar kau sihat selalu
menharap agar dapat ku lihat dirimu..
dan mendengar lagi suara romatis mu..
terlena dalam bicara cintamu..
tulus dan suci kala itu
hingga aku terbuai di angin lalu..
Ketika aku merindumu...
ingin aku khabarkan pada seluruh dunia
ingiku nyatakan putih dan halusnya cintaku..
agar kau mengerti kesetiaan ini hanya buatmu..
agar kau memahami hanya kau ku rindu..
agar kau megerti hanya kau ku tunggu...
Friday, 16 March 2012
~Sendiri~
Melangkah tanpa arah ,tanpa tujuan...
menggamit memori semalam yang di tinggalkan
terdampar aku di sudut sepi..
terlontar aku jauh sendiri...
Teganya hatimu menyeksa diriku
sampainya hatimu merobek jiwaku..
kau hancurkan sejuta impian
kau musnahkan segala kepercayaan...
kini aku kau tinggalakan terkapai sendirian
selagi aku dapat melangkah,akukan melangkah
meskipun tanpa siapa menemani..
biarlah aku terus begini...
dalam menghabiskan sisa hidup..
Sendiri..
benarlah seperti pepatah..
ada waktunya memberikan ketenangan..
kadang menyeksa hati yang lara..
namun dalam sendiri aku temui..
nikmatnya bila di sapa nyaman ..
namun dalam sendiri aku pelajari..
bahawa aku masih perlukan insan menemani..
andai sudah tersurat aku begini..
aku rela sendiri dan terus menyendiri..
andai hadirnya aku melukai...
biarlah aku membawa diri...
hingga ke titik yang aku tak pasti..
moga dengan sendiri...
hidupku lebih beerti..
kerana aku yakin...TUHAN akan selalu menemani...
Thursday, 15 March 2012
~Alasan~
Tiada alasan dalam percintaan...
Tiada alasan dalam kasih sayang..
Tiada alasan dalam kerinduan..
Tiada alasan dalam semua perhubungan...
Kerana....bila adanya alasan...
Hubungan yang terbina akan terpadam
Hubungan yang terjalin akan tidak keruan..
Hubungan yang indah akan menjadi suram...
Kerana... bila ada alasan...
Akan terciptalah jurang...
Akan terdetiklah keraguan..
Akan terjadilah perpisahan..
Akan terpalitlah kesusahan...
Akan tertitislah airmata kesedihan..
Akan terjaraklah hubungan...
Akan tergurislah perasaan..
Usahlah wujudkan ALASAN dalam ikatan..
Usahlah wujudkan kekeliruan dengan alasan..
Alasanlah punca retaknya hubungan...
Oleh itu...jangan selalu beri alasan pada insan tersayang..
Kerana dengan adanya alasan...
Semua hubungan jadi berantakkan....
Wednesday, 14 March 2012
~Senja semalam~
Disenja yang suram ini,aku termenung sendiri..
mengimbas hangatnya kenangan lalu...saat bersama denganmu.
Indahnya diwaktu kita bersama..menyusuri denai senja..
melafaz janji seia sekata..bercinta sampai kehujung nyawa..
Aku ingin selalu mengulangi,detik penuh indah ..dikala janji terungkap
diwaktu matamu dan mataku menjadi satu..
di saat kau dan aku sering berganding bahu...
Masih terdengar bisikanmu...bahawa akulah wanitamu
Masih terasa getar suaramu..berbisik bahawalah akulah ratu dihatimu..
lalu aku pun meluahkan rasa..
Padamu ku ungkapkan bahawa kaulah pahlawan ...
Padamu ku nyatakan..bahawa kaulah pujaan..
lantas kita sama-sama tersenyum saat semua itu terpatri..
dan senja indah inilah menjadi saksi....
~Sekeping Hati~
~Kita diberi sepasang mata..tapi tak selalu kita dapat melihat orang
dicinta,mungkin kerana jarak dan masa..
~Kita diberi sepasang tangan tapi tak selalu dapat memegang orang
tersayang..mungkin kerana berjauhan...
~Kita diberi sepasang telinga.tapi tak selalu dapat mendengar bicara
merindu..mungkin kerana tertunggu-tunggu..
TAPI...
~Kita diberi sekeping hati..agar selalu dapat berdoa pada ILAHI
untuk orang yang kita kasihi,rindui dan cintai..
Milikilah hati yang suci....agar selalu memuji...
Milikilah hati yang murni..agar selalu dapat berbakti..
Milikilah hati yang cinta pada semua makhluk ciptaan allah..
Dengan hati yang bersih...dengan naluri yang putih..
Insyaallah..kita akan dilimpahi rahmat seperti banyaknya buih....
~Kita diberi sepasang tangan tapi tak selalu dapat memegang orang
tersayang..mungkin kerana berjauhan...
~Kita diberi sepasang telinga.tapi tak selalu dapat mendengar bicara
merindu..mungkin kerana tertunggu-tunggu..
TAPI...
~Kita diberi sekeping hati..agar selalu dapat berdoa pada ILAHI
untuk orang yang kita kasihi,rindui dan cintai..
Milikilah hati yang suci....agar selalu memuji...
Milikilah hati yang murni..agar selalu dapat berbakti..
Milikilah hati yang cinta pada semua makhluk ciptaan allah..
Dengan hati yang bersih...dengan naluri yang putih..
Insyaallah..kita akan dilimpahi rahmat seperti banyaknya buih....
Tuesday, 13 March 2012
~Senyumlah~
Ukirlah senyuman walau dalam kepayahan
Berilah senyuman walau dalam kensengsaraan
Hiasilah senyuman walau hati menangis
Hadiahkanlah senyuman walau jiwa terhiris..
Senyumlah seindah suria di pagi hari
Senyumlah seindah luhurnya hati..
Senymlah seindah mentari di garis pelangi..\
Kerana dengan senyuman hari kita akan berseri..
Senyumlah seikhlas dari hati
senyumlah walau sering di salah erti..
Senyumlah agar wajah manis berseri..
Moga senyuman yang tulus sejati
Terpancar indah diwajah yang suci..
Andai senyuman bisa merubah duka..
Andai senyuman bisa meleraikan kecewa..
Andai senyuman bisa membunuh lara..
Maka..senyumalah....agar terusik hati yang melihatnya..
Kala senyuman yang diberi mampu mengubat luka..
Kala senyuman yang diisi mampu mengubah suasana
Kala senyuman dihulur ada insan yang gembira..
Maka senyumlah...agar terdetik hati manusia ...
Percayalah...dengan senyuman terbinanya ukhwah..
Percayalah dengan senyuman terbinanya sahsiah. .
Percayalah..dengan senyuman terselindung banyak faedah..
Dengan senyumanlah terbangkit jiwa yang telah rebah..
Marilah sahabat marilah teman...
Sama-samalah kita lemparkan senyuman..
Agar ikatan teguh berpanjangan..
Agar kasih dan sayang menusuk didalam..
Moga dengan senyuman yang diberi akan ada yang menghargai...
Sunday, 11 March 2012
Thursday, 8 March 2012
~Hati Kaca~
~hatiku ibarat kaca...
jagailah...
peliharailah...
semaikanlah....
jangan sesekali biarkan ia retak...
kerana pabila ia retak...
susah untuk bercantum kembali..
meskipun dapat di cantum...
segalaanya pasti sudah tidak sama seperti dulu lagi...
kesan retakkan itu tetap kekal .....
Wednesday, 7 March 2012
~Rintihan Hati Buat Sahabat~
~PUISI RINDU-NURIN JASZLIANA~
PUISI RINDU
Perkenalan kita hanya di muka buku...
hadirmu cukup mewarnai hidupku...
keikhlasanmu mengusik di kalbu...
sungguh...kau istimewa bagiku....
PUISI RINDU
bagaimana inginku nyatakn...
kasihku padamu tak pernah padam...
kenangan kita meski cuma seketika...
tapi cukup berkesan...
berbekas dihatiku yang paling dalam...
PUISI RINDU
masih aku terasa...
bermesra denganmu sentiasa..
kau jadikan aku cukup berharga...
hingga aku rasa sangat bahagia...
meskipun kita cuma di alam maya...
gurauan dan kemesraanmu,..aku rindu...
perhatian dan kasih sayangmu...aku tunggu...
bersamamu....tidak pernah wujud rasa jemu....
PUISI RINDU
pergimu tiada ganti...
hilangmu melenyapkan seri...
tawaku seakan mati....
hidupku terasa kosong dan sunyi...
andai kau tahu...
ingatanku padamu tetap jitu..
tiada sehari aku tidak mengenangmu...
aku ingin kau kembali seperti dulu...
menyanyangiku dengan caramu...
PUISI RINDU...
menatap fotomu sudah jadi kewajipanku...
sesekali gugur airmata pilu...
sesekali ada irama sendu...
sesekali terdengar rintihan syahdu...
sungguh...kau terlalu istimewa bagiku..
biarlah kenangan ini aku simpan...
sebagai bukti,kau pernah hadir dalam hidupku..
nukilan rasa ~Angah Suria
PUISI RINDU
Perkenalan kita hanya di muka buku...
hadirmu cukup mewarnai hidupku...
keikhlasanmu mengusik di kalbu...
sungguh...kau istimewa bagiku....
PUISI RINDU
bagaimana inginku nyatakn...
kasihku padamu tak pernah padam...
kenangan kita meski cuma seketika...
tapi cukup berkesan...
berbekas dihatiku yang paling dalam...
PUISI RINDU
masih aku terasa...
bermesra denganmu sentiasa..
kau jadikan aku cukup berharga...
hingga aku rasa sangat bahagia...
meskipun kita cuma di alam maya...
gurauan dan kemesraanmu,..aku rindu...
perhatian dan kasih sayangmu...aku tunggu...
bersamamu....tidak pernah wujud rasa jemu....
PUISI RINDU
pergimu tiada ganti...
hilangmu melenyapkan seri...
tawaku seakan mati....
hidupku terasa kosong dan sunyi...
andai kau tahu...
ingatanku padamu tetap jitu..
tiada sehari aku tidak mengenangmu...
aku ingin kau kembali seperti dulu...
menyanyangiku dengan caramu...
PUISI RINDU...
menatap fotomu sudah jadi kewajipanku...
sesekali gugur airmata pilu...
sesekali ada irama sendu...
sesekali terdengar rintihan syahdu...
sungguh...kau terlalu istimewa bagiku..
biarlah kenangan ini aku simpan...
sebagai bukti,kau pernah hadir dalam hidupku..
nukilan rasa ~Angah Suria
Subscribe to:
Posts (Atom)