Tuesday, 15 November 2016

BUAT CALON ZAUJKU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assolatuwassalam, selawat dan Assalamualaikum wbt buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa. Assalamualaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,” 

Aku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, in sha Allah.

Calon zaujku,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” 

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah mama  dan arwah papa. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21) 

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah mama dan papa telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

 ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160) 

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa.

Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih) 

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) 

Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34) 

Membenarkan seperti apa yang telah DIA katakan dalam kalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga ..in sha Allah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Ketahuilah,aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Kalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini kalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya... bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, in sha Allah.

Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::. ~tulang rusuk kirimu~ "bila 2 diri mencintai ILAHI..bergabunglah jiwa, bersatulah hati..2 jiwa, 1 cinta, 2 jasad, 1 matlamat..bila rindunya kerana Yang Esa, bertemu pasti tak jemu, berpisah tidak gelisah...ukhwah itu indah, jika bertemu dan berpisah kerana Allah"
Dalam mengejar impian, halangan dan cabaran datang menerpa bak singa lapar..rakus menerkam mangsa..tika ini ketabahan dan kesabaran perlu ada pada diri..agar dapat bertahan dari dibaham dek kerakusan halangan dan cabaran itu..

Tika jiwa gundah gulana dilanda ombak dugaan, tiba2 angin ketenangan hadir bersama bisikan azimat kalam..

"jangan bersedih hai pejuang..setiap kesukaran,kepahitan dan kesakitan yang kau rasai ini pasti akan diganti dengan kemanisan dan kejayaan..ingatlah bahawa perjuangan itu memerlukan pengorbanan.." 

bicara kata itu terus menusuk kalbu dan serasa meresap ke segenap urat nadi..memberi satu kekuatan baru pada diri..dikala sepi menggamit suasana..diri berkata:

"ya allah..akan ku tabahkan diri ini untuk menggapai cintaMu..akan ku gagahkan jiwa ini agar dapat ku berteduh di bawah rendang pohon kasihMu..ku pohon redhaMu..agar daku mampu untuk mengorak langkah menuju jalanMu".. 

Aku masih merenung jalan yang terbentang..ke manakah penghujungnya?? ..aku masih keliru dengan haluan yang sedang ku lalui kini..betulkah ini jalannya??..sungguh aku tak pasti apa yang bakal ku temui dan hadapi di sepanjang perjalananku nanti..apakah di sana ada cahaya yang akan menyinari lorong suram kelam itu..lantas menunjukkan aku jalan yang sebetulnya.???..kadangkala aku punya keberanian menyusuri jalan yang berliku penuh dengan onak dan duri...namun ketika lainnya serasa diri ini tidak mampu mengorak langkah walaupun jalan itu berdiri lurus terpana di depanku..

Pada ketika lainnya,aku tak dapat meneka bilakah hujan dan panas..firasatku tak upaya untuk mengetahuinya..pernah aku kebasahan tika ditimpa hujan dalam perjalanan..dan aku juga pernah mengharungi perjalanan dalam keadaan dahaga di bawah panas bahang mentari yang amat memeritkan..apabila tiba di persimpangan jalan..aku buntu memilih jalan..

Aku cuba meneliti dan menilai..menggunakan anugerah aKal sebaiknya..agar aku tak tersalah pilihan..aku teruskan lagi perjalanan...rupanya jauh sudah aku berjalan..tapi perjalanan ini sebenarnya lebih panjang..entah di mana penghujungnya..aku tidak tahu..cuma aku akan teruskan perjalanan hingga sampai destinasi yang terakhir..Aku mengharap pada Yang Maha Mengetahui..agar DIA membimbingku menuju jalanNya..jalan orang2 yang diberi nikmat dan redhaNya...

Monday, 14 November 2016

Saya mahu jadi setabah Zinnirah serikandi islam dahulu kala..,mampukah saya??..Ketabahan itu perlu dipupuk,inilah masanya,jangan bertangguh2.Akan datang,pasti dugaan lebih hebat lagi.Hidup ini untuk memberi.Allah melihat pada usaha,bukan pada hasilnya.

Saya tak patut bersedih,...Air mata,kalau awk mengalir lagi pada waktu yg salah,saya tak nak kawan awak!!!..boley tak ckp mcm tu??

Saya suka kata2 zinnirah:

" Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agamaMu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagunganMu Tuhan. Panahan cinta dariMu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa sahaja. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini."

see.hebatkan Zinnirah..akhirnya doanya terkabul...org yg menyeksa akhirnya memeluk islam..subhanallah... :)
Diriwayatkan drpd Abu Hurairah r.a katanya:Nabi SAW telah bersabda:

"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba,selagi doa itu tidak mengandungi(perkara2) dosa,(perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya ianya cepat2 diperkenankan"

Lalu baginda ditanya oleh seseorang:"Apa maksudnya meminta dicepatkan?"

Jawab baginda:

"Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:'Aku telah berdoa,aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan.Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa'."

Renung2 kan hadis ini..Berdoalah,In sha Allah akan diperkenankan.Mungkin kalau belum diperkenankan,Allah mahu anugerahkan kita dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yg kita doakan tu.

Assalamualaikum wbt....

Redha adelah satu perkataan yang mudah untuk diungkapkan,tetapi sukar untuk dilaksanakan.Bagi diri yang menulis ni pun,kadang kala,apabila diuji,tewas juga dalam 'desakan' emosi.Sedangkan,sebagai seorang 'mukmin',kita perlulah bersedia menghadapi segala ujian dari Allah,menerima dengan hati yang redha dan berikhtiar untuk memperbaiki situasi.Anda mungkin seorang muslim,tetapi,belum tentu untuk mencapai level mukmin.kenapa???kerana kita percaya rukun islam dan rukun iman,tetapi sejauh mana tahap penghayatan kita pada rukun iman yang ke-6,percaya kepada qada' dan qadar.

Percaya dan yakin sahaja belum cukup untuk membuktikan keimanan kita kepada Allah.Dalam konsep tauhid sendiri,3 komponan penting yang perlu dipenuhi ialah mengakui dengan hati,ikrarkan dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan.

Sebelum diuji mudah kita melafazkan kata,:"aku yakin dengan takdir ilahi,apa yang terjadi,insyaAllah,itu yang terbaik."...Tetapi semasa mendapat musibah,adakah kita akan:
:"In sha Allah,aku yakin dapat menghadapi ujian ini.Aku redha Ya Allah dengan apa yang berlaku.Sesungguhnya,ada hikmah disebaliknya."
Atau
:"Kenapa mesti aku yang ditimpa musibah ni??Ya Allah,aku dah cuba jadi hambaMu yang terbaik,tapi kenapa kau uji aku dengan ujian yang maha berat ni??"

Hidup ini 1 pilihan,tepuk dada,tanya iman.Setiap dari kita,pasti akan diuji oleh Allah,bersiap sedialah,latih diri kita untuk menerima segala suratan ilahi tanpa ada sedikit pun keluhan,kerana perancangan Allah adalah yang terbaik.

Apa itu redha??

Redha itu hati menerima kenyataan,otak dan tubuh ikhtiar perbaiki keadaan.Redha ni tak sama dengan pasrah.Kalau pasrah,kita menerima suratan takdir,tapi,mungkin tiada usaha ke arah memperbaiki keadaan..Redha adalah solusi terbaik dlm mghadapi segala ujian.Prinsipnya,sama ada kita redha,atau tidak,perkara itu tetap akan terjadi.Macam mane kita mengeluh sekali pun,ia tidak dapat menghilangkan atau mengurangkan musibah tersebut.Alangkah beruntungnya andai kata kita berjaya 'lulus dgn cemerlang'semasa menghadapi ujian Allah.Klu nya,hanya satu,REDHA..Mampukah kita???In sha Allah,sama2 latih diri ,mulai dari hal yang kecil.

Sahabat yang dikasihi sekalian....
Hidup ini sangat bosan jika monotone,tiada dugaan,sentisa senang sepanjang masa.Ujian itulah yang akan menjadikan kita lebih dewasa,mnjadi rencah kehidupan.Sesungguhnya,'penderitaan' kita bukan kerana kenyataan,tetapi ketidak siapan kita untuk menerima kenyataan.Jadi,marilah kita sama2 mempersiapkan diri kita,membina tembok keimanan yang kukuh,untuk menghadapi ujian yang pasti akan tiba.

Akhir kata,mari kita sama2 merujuk ayat(29:2):
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan"kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji?

Sunday, 6 November 2016

Merenung ke luar jendela..hiba,sayu menerjah jiwa...aku sedar dia sdh tiada..terhijab di pandangan mata..bukan kerana dia menghilang..tapi kerana dia sdh di jemput kembali kpd Penciptanya..hanya kenangan berlegar,sdgkan jasadnya sudah bersemadi di SANE..dan aku masih di sini..di dunia yg penuh dgn kepuraan ini...Takdirku sdh tertulis begini..aku harus syukuri walau sesekali aku terpakse memakan diri...

Sungguh!!!!..bkn mudah menghadapi realiti..kehilangan demi kehilangan org yg aku kasihi..sdgkan aku terus di uji..ujian demi ujian..asakkan demi asakkn..kalau bukan keyakinan ku pada janji Tuhan...sdh pasti aku tidak mampu bertahan..Tapi aku pasti..DIA tidak menguji tanpe memberikan hikmah..ya..aku harus mencari apakah hikmah yg tersembunyi itu..aku harus yakini diri..ujian ini dugaan..dugaan ini hadir utk menguji keimanan..supaye aku tahu erti rasa berTuhan..rasa berIman..

Aku alihkan pandanganku ke langit...mendung..mungkin awan juga akan menangis kerana sarat dengan beban..sdh tentu awan akan lepaskn segala bebanan ke bumi..itulah aturan alam..dalam awan berarak kelabu...pasti matahari menyelitkan sinarnye dgn malu2..Begitulah aku di ibaratkan...hanya airmata yg akan berbicara kala mulut tak mampu lagi bersuara..lumrah kehidupan..airmata tentu mampu meringakan bila sesak di dade berkecamukan..Ahhh!!!!!!,,aku tak boley lemah..aku harus kuat..setelah titis jernih itu mencurah di kelopak mata..aku harus bangkit demi DIA..DIA bukan kejam kerana memberikan derita demi derita,sengsara demi sengsara..aku harus sedar..aku di uji dgn sedikit cuma berbanding dgn nikmat yg DIA berikan..

Tuhan...pinjamkan aku segala kekuatan..tebarkan ketabahan demi kesabaran..jadikan aku insan pilihan yg berjaya menangangi iman..Semoga diri aku sentiasa dlm perhatianMu...aaammiiinn

Thursday, 3 November 2016

bicaraku pada alam..

Andai dpt aku petik buah hikmah yg berjuntai dari setiap dahan peristiwa bergantungan..alangkah indahnya...tentu daun yg berguguran itu tidak akn berselerakkn..walau jauh berterbangan...ke bumi jua akn kecundang..Tapi..seteguh mana pun pepohonan berakar tunjang...pasti bergoncang di rempuh ribut taufan ...namun akarnya akan tetap kuat mencengkam .,di situlah tinggal kekal diam..diam...dan akn terus berdiam ..
Hidup bagai mengisi kotak2 teka silangkata... Satu huruf berubah,maka berubahlah perkataan lainnye. Soalan pembayang sering bertandang..namun jawapan tepat bukan pada kita. Andai semua jawapan tepat..apa pule hadiahnya???..Selain syurga dan bahagia.??..

Benar,,yang ku cari adalah redha dan syurgaNya biarpun jalannya tidak mudah namun aku akn cube berkerje keras...biarlah berpenat lelah..aku tak kesah..in sha Allah.,
Kalau kehadiran dianggap menyusahkan...
moga pemergian menghembuskan ketenangan...
Bila membenih subur kerana ukhwah..
biar jatuh gugur dalam mahabbah...
Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin..
Renungan utkmu..utkku juge...

Mengingati mati itu sangat penting utk menjalani kehidupan...Ia ibarat janakuasa yg menggerakkan amal bakti utk bekalan hidup sesudah mati...Hati yg ingat mati adalah hati yg hidup. Hati yg ingat mati akan menggerakkan seluruh pancaindera dan anggota untuk melakukan ketaatan dengan segera. Ia umpama “ deadline” yg menjadi peringatan utk menyiapkan tugasan..malah lebih daripada itu...

Hakikat bahawa mati itu datang secara tiba2 adalah satu gesaan, dorongan malah paksaan untuk kita melakukan ketaatan. Justeru..solatlah seolah-olah itu solat kita yang terakhir..

Cuba kenangkan, jika benarlah solat yang kita akan dirikan nanti adalah solat yang terakhir … tentulah kita akan bersegera, bersungguh-sungguh dan melakukannya dengan penuh rasa takut, harap, malu, cinta dan hina kepada Allah .. Mana mungkin kita menangguh-nangguhkan solat atau melaksanakannya sambil lewa jika kita merasakan itu solat kita yang terakhir...

Mungkin seorang pesalah yg akan dihukum gantung sampai mati sahaja yang boleh menceritakan rasa hatinya ketika mengerjakan solatnya yg terakhir!..
RENUNGAN BERSAME..

Dalam Kitab Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyala api yang sangat mengerunkan, semua umat menjadi berlutut menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud..

“Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)


Ketika mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kemarahan api neraka dengan nyala apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyala api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan...Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan,
“Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah),"..kecuali hanya seorang nabi saja yg akan berkata, “Umatku, umatku"...Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung menuju umat Nabi Muhammad, Rasulullah berusaha menghalanginya dengan berkata,“Wahai api! Demi hak orang2 dari umatku yang ahli solat, demi hak orang2 dari umatku yg ahli sedekah, demi hak orang2 dari umatku yang berpuasa... supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”.Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril . “Wahai Jibril, Air apakah itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang2 di kalangan umatmu yg menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Skrg..aku diperintahkan utk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api neraka itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Setelah itu bersabda Rasulullah S.A.W, ,,
" Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepadaMu, sebelum tidak ditemukannya air mata.”..

Allahuakbar..betape besarnya erti setitis airmata yg mengalir kerana takutkn Allah..kerana mengenangkan dosa2 yg telah di lakukn..Semoga airmata yg kita titiskn adelah kerana Allah...aaammiinnn..
memburu dunia dgn melupakan akhirat hanya meninggikan tempat jatuh. Semakin banyak kuantiti harta yg mereka dapat, semakin banyak banyak kualiti jiwa yg mereka hilang. Ketamakan, kerakusan, kekejaman dan kepura-puraan akan melanda hidup mereka. Mereka akan ‘diburu’ oleh apa yg mereka buru. Harta adalah hamba yg paling baik tetapi tuan yg sangat kejam!!!

Maksudnya..selagi dunia dijadikan alat utk mencapai matlamat..maksudnye..membuat kebaikan sebanyak2nya,, maka selagi itulah ia akan memberi manfaat. Sebaliknya, jika dunia sudah dijadikan matlamat… ia akan menipu dan menghancur pemburunya..

Firman Allah:

“Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan.”

Menikmati kesenangan dunia tanpa mencintai akhirat umpama minum air laut… Semakin diminum akan semakin haus. Manusia hakikatnya BUKAN warga DUNIA , manusia adalah WARGA AKHIRAT...

Kata hukama:

”Dunia diciptakan untuk manusia. Manusia diciptakan untuk akhirat.”

Dunia adalah alat, akhirat itulah matlamat. Tetapi manusia yg punya hati yang ‘rabun jauh’ hanya dapat melihat yg dekat dan singkat. Alangkah ruginya apabila umpan (dunia) lebih dipentingkan daripada ikannya (akhirat). Alangkah bodohnya membuat pondok di atas jembatan sedangkan villa di seberang sungai lebih cantik dan agam !!!..

Golongan rabun akhirat ini sangat berkira dan banyak alasan untuk tidak membuat kebaikan. Jika tidak mendapat ganjaran dan pujian mereka akan berhenti memberi. Mereka memberi hanya untuk menerima lebih banyak. Tidak ada istilah budi dan pahala lagi. Hanya ada laba dan dosa. Pantang ada peluang dan kesempatan, mereka akan melakukan kejahatan untuk mendapat keseronokan dan keuntungan. Mulut mengatakan akhirat itu ada… tetapi di hati, akhirat itu telah mati..
nauzubillahiminzaalik...
" jadikan Rasulullah dan para sahabat baginda serta serikandi islam dahulu sbg IDOLA"!!..

bunyinya spt senang.,sesenang jari yg menaip skrg..tapi utk jadikan serikandi islam itu sbg idola mmg susah.,teramat susah..sebab ape??..sebab kita hidup dlm zaman kejatuhan ummah..hiburan berleluasa..penyanyi dan pelakon di jadikan idol kononnya kena ikut trend semasa...Rasa bangga dpt tahu nama pelakon dalam dan luar negara..akulah insan terhebat!!!!...rasa megah mendabik dada..

Sahabat...
Kita islam..,lahir dalam islam..bertuahnya kita., Islam itu agama indah dan suci..knp tidak jadikan Rasulullah dan para sahabat sbg idola??..knp tidak jadikan serikandi dahulu sbg ikutan??..knp??..knp?

pernah tak terfikir tanpa mereka semua yg berkorban demi Islam, bagaimana nasib kita hari ini??..pernah tak??..cuba tanya hati..adekah aku bersyukur lahir dlm islam??.,tentunya mulut akn jawab "yess..aku bersyukur lahir dlm islam"..tapi ucapan itu sekadar di mulut..cube tanye IMAN..in sha Allah Iman pasti akan memberikan jawapan yg tepat nanti..ketike iman menjawab.,renunglah ke dlm diri..Islam kah aku???.,betulkah aku sayangkan Rasulullah.??..betulkah aku pejuang agama??.,betulkah aku mujahid yg sanggup syahid di jln Allah semata2 kerana Allah bukan kerana nama??,,betulkah aku wanita muslimah,mutaqqin dan mukminah???.,betulkah aku mujahidah solehah???...

sahabat.,.
Marilah berazam mulai skrg..,ubah siapa idola kita..Better late than never...kalau tak dapat tiru semue jgn tinggal semua..
Bicaraku pada bulan...

Aku kah itu...yg hanya tahu bermimpi..tapi tidak pandai utk merealisasi..biarkan terus bersembunyi.
Aku kah itu.. hanya tahu merasa..namun terpaksa berahsia..kerana hidup ini terkunci cahaya...

Akukah itu..hanya pandai berbisik dlm kesunyian.. kelu dalam keramaian..kerana aku tahu erti keterbatasan..

Akukah itu...terpaksa berperang sendirian...gagah melawan tanpa keperdulian,,..kdg terduduk dlm linangan.,.kerana aku sedar diri ini bukan tuan..

Akulah itu...yang sedar diri ini BERTUHAN..dan segala isi hati hanya padaNya mampu dibicarakan..
Bukan kerana aku tiada rasa...kerana aku takut terbinasa..Dan aku memilih berdiam sebelum terjunam...Diamku ini demi dirimu dan diriku.
monologku berbunyi sendu...

Duhai hati...tidak mudah bermujahadah...melawan keinginanmu..hingga terkadang retak seribu..walau harapan hanyalah palsu...sedarlah..dunia ini penipu..

Wahai jiwa...berbahagialah jangan kecewa..dunia ini sementara..berkorbanlah di sini...tunggulah bahagia di SANE..tidak mengapa berpedih hiba..senyumlah utk Tuhanmu..DIA sdg mengira setiap apa yg kau rasa...

Wahai jantung...jika kau letih..berehatlah..jangan berdegup lagi...tentu kau sgt penat..setiap hari berfungsi..jgn risau...penatmu itu bakalan terhenti..

Aku merenung bulan lagi...mencari wajah2 yg aku kasihi..,merenung hikmah Ilahi Robbi..mungkin bahagiaku bukan di sini...aku harus bersabar..aku harus redha..DIA amat menyanyangiku..jangan jadi buta kerana derita...derita itulah sebenarnya bahagia..

juz do the best...let God decide the rest.
Merenung langit...hati berkata.. mungkin tak lama lagi langit berubah atap..

memandang tanah...hati berbisik..mungkin sampai waktunya tanah berubah lantai..

tapi hati ku masih di sini...di bawah langit yg sama..di atas tanah serupa...
Ilmu akhirat wajib dipelajari..bekalan utk bertemu Illahi...Ilmu duniawi perlu dicari....panduan hidup utk berbakti...

Lemah dihadapan Allah akan menjadikan kita kuat untuk tawadhuk dan tidak takabur..tapi Lemah dihadapan manusia akan menjadikan kita semakin runtuh dan tidak bersyukur..

Lemah dalam berfikir negatif akan menjadikan kita kuat berfikir positif..Lemah dalam memikirkan maksiat akan membuat kita untuk kuat berbuat sesuai syariat...namun..Lemah dalam jasmani jgn menjadikan lemah hati atau tidak percaya pada diri.,

Lemah dalam ilmu jangan menjadikan kita lemah untuk terus mempelajari dan mencari.,Lemah dalam dunia jangan lemah untuk di negeri abadi.,

Sebab Allah senantiasa memberikan nikmat dibalik cubaanNya dan Allah senantiasa memberikan ujian sesuai dengan kemampuan makhlukNya..

Jangan Lemah ! Kerana Allah selalu bersama kita....

Wednesday, 2 November 2016

~ YA ALLAH ~

Ya Allah,
Kuatkan jiwaku, kentalkan semangatku, kukuhkan nafsuku dalam menongkah arus jahiliah ini. Bantulah hamba ini dalam terus menegakkan yang hak dan menghilangkan yang batil. Kuatkanlah kami ya Allah. Teguhkan iman di dada kami. Ingatkan daku sewaktu diri ini lupa.

Ya Allah,
Ingin sekali aku mendampingiMu, mencintaiMu, mengasihiMu, merinduiMu..Tetapi kenapa kadang-kadang aku seolah-olah menjauhkan diriku padaMu?? Bantulah aku ya Allah. Aku sangat memerlukanMu. di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Penuhi jiwaku, fikiranku dan segala-galanya milikku dengan nama-namaMu yang Maha Indah. Hiasi bibirku dengan zikrullah dan selawat ke atas kekasihMu, Muhammad SAW.

Ya Allah,
Mampukah hambaMu yang diselaputi dengan lumpur-lumpur noda ini bertemu dan melihat wajahMu?? Alangkah ruginya diri ini andai tidak layak menjadi hamba-hambaMu yang bertuah yang bakal menatap wajahMu di hari kebangkitan nanti.

Ya Allah,
Rindunya aku padaMu..Sayu di hati ini bila tiba-tiba ENGKAU detikkan perasaan ini dalam jiwaku. Sedih kerana aku sedar betapa kasihnya ENGKAU pada diriku walaupun diri ini seringkali melakukan maksiat padaMu. Malunya aku padaMu . bila dikenang amal perbuatanku di waktu lalu. Betapa aku membazirkan waktu-waktu emas yang ENGKAU kurniakan padaku dengan  maksiat-maksiat yang bisa memasukkanku ke nerakaMu. Nauzubillahiminzaalik....

Ya Allah,
Janganlah ENGKAU jauhkan diriMu daripada diriku. Aku teramat ingin mendampingiMu. Setiap saat yang dikurniakanMu inginku isi dengan mengingatiMu selalu tetapi hamba yang lemah ini sentiasa alpa degan keseronokan duniawi yang tidak mendatangkan apa-apa keuntungan bahkan mungkin akan mendatangkan kerugian pada diri ini di akhirat kelak. Ingin sekali setiap yang aku lakukan setiap masa hanya keranaMu ya Allah. Lillahitaala. Bukanku harap pahala atau syurga dariMu. Aku harapkan keredhaan dan kasih sayang dariMu, Tuhan Yang Maha Esa.

Ya Allah,
Bila difikir-fikirkan kembali, aku sedar yang diri ini masih jauh. Perjalanan yang harus ditempuhi masih panjang. bagaimana harus kuharunginya ya Allah agar tidak lagi aku terpesong atau tersasar dari jalanMu. Pimpinlah dan bimbinglah aku sepertimana ENGKAU membimbing rasul-rasulMu, nabi-nabiMu, wali-waliMu dan orang-orang mukmin yang sentiasa bersamaMu. Tunjukilah aku jalan-jalanMU yang benar. Dekatkan diriku dengan amal ibadat padaMU. Dekatkan diri ini dengan Al-Quran. Dekatkan diri ini dengan para ulama'. Dekatkan diri ini dengan sahabat-sahabat yang cinta padaMu.

Ya Allah,
Susahnya menjadi remaja masa kini namun kutahu desebalik kesusahan itu KAU selitkan dengan seribu satu hikmah. Susahnya bagiku mengawal nafsuku sebagai seorang remaja yang inginkan segala-galanya. Lindungilah aku daripada menjadi hamba abdi kepada syaitan. Jauhilah aku daripada syirik kepadaMu. Andainya terjadinya syirik itu, samaada nyata atau tidak, dengan sedarku atau tanpa sedarku, ampunkanlah daku ...namun ku amat-amat berharap agar ENGKAU menjauhkan diriku dan orang-orang yang bersama-sama denganku daripada menyekutukan ENGKAU. Amin ya rabbal a'lamin..

~ KISAH SI PUTERI ~


Suatu masa dahulu...

Ada seorang puteri. Hidupnya sama seperti putera puteri yang lain. Terkadang happy, terkadang moody. Pendek kata, kehidupannya normal seperti manusia-manusia yang lain.

Sehinggalah tibanya suatu masa...

Si puteri termenung di kamarnya. Melihat tompokan-tompokan putih di langit yang membiru. Indah! Ya, indahnya hari itu tapi jiwa muda si puteri tidak merasakan keindahan itu.

Entah kenapa, si puteri sendiri tidak tahu. Puas di korek jiwanya mencari jawapan namun hampa..Aduh, kosong jiwa ini!!! Jerit batin si puteri.

Seketika, bagai di tarik suatu kuasa yang datangnya entah dari mana, mata si puteri tertangkap pada sebuah objek berwarna ungu. Kelihatannya seperti suatu kitab kecil. Lantas, tanpa di pinta, kaki si puteri bergerak menuju ke arah objek ungu itu. Tangannya laju menggapai objek ungu tersebut.

Tersentap jantung si puteri.

"Allah...." nama Tuhan si puteri meniti di bibir. Bagai di ambil segala kekuatan, si puteri terduduk lesu.

Roh bertanya pada jasad..."Bila kali terakhir kamu membaca objek ungu ini?"

Minda si puteri melayang..jauh..seminggu lepas? 2 minggu lepas? sebulan lepas? atau..atau..atau..adakah...setahun yang lepas?

Allah, si puteri sendiri tidak ingat bila kali terakhir dia membelek kitab ungu itu...

Hina...hina...hina...hina...hina...betapa hinanya diriku, bisik si puteri..



'Cukup! Cukup setakat ini sahaja wahai si puteri.'

'Jangan menghina dirimu. Jangan mencaci dirimu. Jangan kau katakan yang tidak elok untuk dirimu.'


Si puteri memegang erat objek ungu yang berada di tangannya. Matanya tunduk memandang objek itu. Hatinya melonjak2 menyuruhnya membelek dan membaca is kandungannya. Si puteri lantas bangun, meletakkan objek ungu itu di tempat yang paling tinggi. Si puteri melangkah laju menuju ke sungai mandiannya. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja kekuatan yang hilang sebentar tadi datang meresap ke dalam dirinya kembali. Di basuh muka, tangan, kepala dan kakinya.

Wah! Segar sungguh rasaya. Si puteri tersenyum gembira. Terasa dirinya bersih serta merta.

"Oh, aku tidak boleh lama di sini. Objek ungu sedang menunggu," kata si puteri lantas kakinya laju menuju ke arah objek ungu.

Kini, diri si puteri tertutup rapi. Indah bak bidadari kerana yg tertutup itu lebih indah. Tangannya mula membelek objek ungu...

"kejap..kejap..." kata si puteri kpd tangannya...

Si puteri memejamkan mata...

"Wahai Tuhan yang memiliki jiwaku, aku serahkan diriku padaMU mulai saat ini. Kau bimbinglah jiwaku agar ia tidak terjatuh ke lorong gelap lagi. Kau peganglah hatiku agar ia tetap melekat padaMU semata-mata..Wahai Tuhan Yang Maha melihat segala perbuatanku, aku pohon Kau berikanlah aku sepotong kalam cintaMu, sebagai azimat buat diriku yang sentiasa lupa padaMU..."


Si puteri membuka mata...

Si puteri tekad..Bila happy, objek ungu ini akan di bukanya..Bila sedih, objek ini juga yang akan menjadi penemannya. Pendek dan panjang kata, si puteri mahu menjadikan objek ungu ini sebagia temannya, di dunia dan akhirat...

Objek ungu di buka secara rambang. Terpampang tulisan yang indah. Si puteri melantunkan suara. Allah, terasa terisi kekosongan-kekosongan tadi satu persatu.

Habis satu muka. Kini, giliran tafsir pula. Mata si puteri berkaca-kaca..Tiba di ayat terakhir di muka surat itu, kaca-kaca di hujung mata si puteri bertukar menjadi air terjun yang tidak henti-henti turun..

'Allah..cepat sungguh Engkau makbulkan doaku..Cepat sungguh Engkau hadiahkan kalamMU untuk menjadi 'Prince Charming' diriku..'

Sekali lagi mata si puteri menatap ayat tersebut. Ayat yang diberi Allah buat dirinya yang sedang tercari-cari punca kekosongan di jiwa..Bibirnya bergerak perlahan mengalunkan ayat tersebut.......

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya AKU DEKAT ( Fa'inni qarib). Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKU) dan beriman kepadaKU, agar mereka beroleh kebenaran"


[Al-Quranul Karim: Surah Al-baqarah: Ayat 186]

Monday, 31 October 2016

~ CORAT CORET HIDUP INI ~

Cuaca hari ini sgt redup..spt redupnya hati ini skrg..bahkan mungkin hujan di tubir mata menitis perlahan,tapi badai amukan dlm dada tiada siapa yg menduga..Ternyata..aku insan lemah..lemah segalenya..Dimata manusia akulah insan paling kuat..tapi..hanya bila aku bersama DIA baru aku sedar aku tidak sekuat yg di sangka...Selama 7thn aku di beri ujian demi ujian..sesekali aku sangke aku akan pergi dari dunia ini.tapi Allah blom menghendaki semua itu berlaku..

Bila aku mengeluh...bukan aku pasrah dan menyerah..aku mengeluh kerana aku ada naluri...ada jiwa.sebab aku insan biasa..Dan bile aku menangis pula..bukan bererti aku tidak redha..aku menangis sebab aku hanyalah hamba..yg DIA kurnia airmata utk melepaskan sesak di dada..Aku harap airmata yg mengalir ini bukan sia2..bkn lagi kerana manusia..melainkan kerana yg Maha Esa.

Detik dan saat ini...aku lemah...sebutir nasi pun tidak masuk lagi ke perut ku ini..bukan sebab aku sengaje mendera diri sendiri...tapi sebab seleraku hilang..apa yg aku paksa telan akan muntah kembali...Allah..tinggikan kesabaranku...bekalkan aku kekuatan dan ketabahan yg teguh..genggamlah hati ini seeratnya...jgn lepaskan hati ini..risau hati yg sering berbolak balik ini berpaling tadah padaMu..sungguh...aku tak mahu itu berlaku...biar hilang cinta manusia,namun aku harap cintaMu tak hilang selagi nafas ada...

Tuhan..aku insan pilihanMu...oleh itu,jadikan aku hambaMu yg taat padaMu..jgn kerana ujianMu yg sedikit aku lupa pada nikmatMu yg byk..bahkan menggunung tinggi dan melimpah ruah.hidupkan erti syukur dalam diriku..semoge aku dpt merasa nikmat bahagia dlm dugaanMU...


Tuesday, 26 July 2016














Sesekali terdetik hati ini bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan selama ini sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat sana? Sekalipun cukup, apakah timbangan amal kebajikan itu dapat mengatasi amalan kejahatan? Bagaimana hendak disembahkan amalan-amalan ini kepada Dia…. Apakah Dia sudi menerimanya…?

Astaghfirullahal ‘aziim…, kecilnya diri insan bila menyedari bahawa kita hanya seorang hamba. Sekalipun di angkat darjat sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini dan dikurniakan akal fikiran, hakikatnya kita tetap kerdil di sisiNya jika kita tidak beriman. Apalah gunanya pangkat dan nama, jika kita sering menzalimi diri sendiri? Bagaimana ingin dipulangkan kembali segala apa yang dipinjamkanNya di dunia ini dalam keadaan sempurna? Malunya untuk berhadapan denganNya dengan keadaan yang penuh dengan dosa ini…..

Tangan ini dikurniakan untuk beramal bakti, tolong-menolong untuk kebajikan, memohon doa kepadaNya, kaki ini diberikan untuk melangkah ke tempat-tempat mulia yang dapat menuju ke SyurgaNya, mata pula dikurniakan untuk melihat dan menghayati segala ciptaanNya dan kemudian menginsafi akan kelemahan diri sendiri. Bibir ini dicipta untuk menyebut asma-asmaNya.Tetapi apakah semua ini digunakan tepat pada jalanNya? Jika benar, mengapa terlalu sukar untuk kita mengalirkan air mata bila melihat kebesaranNya? Mengapa pula sukar untuk tinggalkan kemaksiatan? Apakah kerana terlalu sedikit keikhlasan yang diberikan…atau mungkinkah kita terlalu ego? Mengapa kita membiarkan diri kita terus berada dalam dosa sedangkan kita tahu bahawa segala yang dijanjikanNya adalah benar yakni nikmat dan azabNya itu adalah benar?

Kita tahu akan dosa dan pahala, tetapi sering tidak mengendahkannya. Kita sedar akan adanya kematian, tetapi sering melupakannya. Kita juga sedar dunia ini hanya sementara tetapi hidup seolah-olah untuk selamanya. Bila mendapat kejayaan dan nikmat, jarang sekali mgucapkan syukur kepadaNya seolah-olah kita perolehnya dengan usaha kita sendiri semata-mata. Kita mengaku adanya Tuhan, tetapi sedikit sekali yang beriman.

Bukankah kita terlalu angkuh kepadaNya…..mengapa kita jadi sebegini jahil sedangkan kita ini lemah… tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganNya. Sedarlah insan, tiada apa yang membahagiakan di dunia ini melainkan hanya penderitaan semata-mata jika kita tidak beriman kepadaNya. Dekatkanlah diri kita denganNya…..rendahkanlah diri dihadapanNya dalam beribadah, basahilah pipi ini dengan air mata taubat yang sebenar-benar taubat, sinarkanlah wajah ini dengan siraman air wudhuk, bersihkan dan sucikan hati yang selama ini dikotori dosa-dosa dengan wangian keikhlasan dalam segala amal kebaikan dan…pagarilah diri ini dengan benteng keimanan yang utuh dan kukuh dengan keyakinan yang kuat bahawa Allah sentiasa bersama kita biarpun dalam suka mahupun duka.

Bagiku, dunia ini ibarat sebuah neraka kerana di dalamnya dipenuhi banyak orang yang melakukan maksiat, terlalu banyak kerosakan yang berpunca dari manusia sendiri, terlalu banyak fatamorgana yang melalaikan manusia. Tidakkah kita semua menyedarinya? Dan…berada disamping orang-orang yang beriman dan beramal soleh, baik para alim ulama atau insan yang baru hendak mendekatkan diri kepadaNya, asalkan dihatinya ada keinsafan untuk mencari jalan yang dapat menuju ke syurgaNya, hanya itulah yang dapat membahagiakan dan mententeramkan jiwaku. Mudah-mudahan aku juga dapat menjadi seperti mereka dan dapat menjadi seorang ‘Abid di sisiNya suatu masa nanti, InsyaAllah.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah petunjuk kami, maka tunjukilah kami ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati, bimbinglah kami dalam meniti perjalanan yang penuh dengan onak dan duri ini, janganlah Engkau membiarkan kami tersungkur tanpa pertolonganMu, jangan Engkau biarkan kami sesat dan terus hilang dari petunjukMu, sesungguhnya kami insan yang lemah lagi hina, tiada tempat untuk kami mengadu melainkan kepadaMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, tunjukkanlah kami pilihan yang tepat dalam setiap tindakan dan keputusan kami dalam menegakkan agamaMu di muka bumi ini, sesungguhnya kami sedar akan kelemahan kami. Maka tetapkanlah hati kami, hati orang-orang yang beriman supaya tidak berpaling dari agamaMu dan tidak pula membiarkan orang-orang munafiq dan orang-orang yang kufur mempermainkan agamaMu.

Ya Allah Ya Razzaq, setiap nafas kami, hanya milikMu…kerna kami tahu bila-bila masa sahaja jika Engkau berkehendakkan kami kembali kepadaMu, pasti tiada apa yang dapat menghalangMu, Cuma kami memohon…..terimalah kami kembali kepadaMu dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah kami lakukan di dunia ini, sesungguhnya kami sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor, kami juga malu atas dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu Ya Allah, lindungilah kami dengan perisai keimanan di hati dan seluruh anggota tubuh badan kami. Jangan Kau relakan kaki kami melangkah ke tempat-tempat maksiat, jangan kau biarkan kedua tangan kami saling membantu ke arah maksiat dan kejahatan dan jangan pula Engkau dekatkan kemaksiatan itu mengahmpiri kami, sebaliknya pimpinlah kami ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan kami kepadaMu sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu. Sesungguhnya kami serik akan duniaMu ini, kami serik untuk berjauhan denganMu kerana kami sedar tiada ertinya hidup ini tanpa Engkau di sisi kami.

Ya Allah, dengarlah rintihan kami ini, kami merayu padamu Ya Allah, makbulkan doa kami…..kami ingin mencintai maka kurniakanlah kami perasaan cinta kepadaMu, kami juga ingin dicintai maka cintailah kami sepertimana Engkau mencintai kekasihMu yang juga Nabi utusanMu kepada kami yakni Rasulullah saw, kurniakanlah kami kemanisan iman itu, yakni nikmat dalam beribadah kepadaMu…..sesungguhnya kami pasrah akan ketentuanMu kerana kami tahu bahawa Engkau Maha Arif akan apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu, kami pusatkan segala amal kami semata-mata keranaMu, terimalah segala amal kami dan kurniakanlah kami darjat yang tinggi di sisimu, layakkan kami memiliki singgahsana syurgaMu….Amiin”

“Ya Allah Ya Muhaimin, jadikanlah aku seorang insan yang bergelar ‘Abid di sisiMu, yang ikhlas ibadatnya kepadaMu, sesungguhnya aku sedar betapa manisnya beribadat kepadamu itu dan aku tidak ingin sekali untuk hilang dari merasai betapa lazatnya berdua-duaan bersamaMu di dunia ini apalagi di akhiratMu yakni di syurgaMu…..jangan Kau relakan aku terus mengkhinati segala kurniaan dan nikmatMu di dunia ini, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah dosa-dosaku, terimalah taubatku….Amiin Ya Rabbal ‘Alamin”


Wednesday, 8 June 2016

~ Keajaiban Rasulullah SWT yg buta huruf ~

RASULULLAH SAW UMMI (BUTA HURUF)

Masyarakat Arab tidak dapat menerima  Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul kerana beliau dilahirkan sebagai  seorang insan yang ummi (buta huruf). Bagaimana seorang yang buta huruf dapat memimpin sebuah masyarakat yang sudah berpecah belah dan suka berperang ! sedangkan para nabi dan rasul terdahulu terdiri daripada orang-orang yang terpengaruh spt raja dan sebagainya. Mereka merasa teramat malu..... malah mereka merasakan pembesar-pembesar Quraisylah yang paling layak kerana mereka berpengaruh, ramai pengikut, bijak berpolitik, banyak harta dan ramai tentera. Mereka boleh menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia dengan pengaruh, kekayaan dan kekuatan tentera mereka....

Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui......

Allah SWT telah melantik Rasulullah SAW sebagai Rasul dikalangan orang biasa kerana Allah mahu Islam berkembang melalui kekuatan iman dan keikhlasan. Allah tidak mahu Islam berkembang disebabkan pengaruh atau kekayaan seseorang kerana ia menunjukkan Islam itu lemah kerana mengharapkan ihsan pengaruh dan kekayaan seseorang.

Islam bermula daripada orang-orang miskin dan hamba.....lemah, tiada kekuatan tentera dan pengaruh politik. Jadi kebangkitan Islam itu adalah kebangkitan sejati. Mereka hanya ada kesatuan dan kekuatan aqidah serta keikhlasan hati yang tidak perlu dipertikaikan. Jadi kekuatan aqidah dan keikhlasan hati boleh menjadikan seseorang atau masyarakat itu menjadi terlalu kuat sehingga mampu mengegarkan dunia. Ringkasnya, orang  atau masyarakat yang lemah boleh mengoncang dunia sekiranya mendapat pertolongan daripada Allah SWT.

Sesungguhnya keadaan buta huruf yang dialami oleh Rasulullah SAW bukanlah satu keaiban dan kecacatan sepertimana yang didakwa oleh masyarakat Quraisy dan musuh-musuh Islam sehingga ke hari ini.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa pada zaman kelahiran Islam, penulisan tidak berapa penting kerana  masyarakat Arab merupakan masyarakat yang kuat daya ingatnnya. Mereka mampu menghafal apa saja sehinggakan salsilah keturunan mereka turut dihafal. Lagipun pada  masa itu alat penulisan belum banyak dicipta. Jadi semuanya dihafal spt perjanjian, syair-syair dan sebagainya.... maka tidak memerlukan seseorang itu celik huruf..apa yang perlu ialah sekadar mendengar, kemudian hafalkan. Jadi kelahiran Rasulullah SAW yang ummi sesuai di zamannya....Bukanlah keaiban... tetapi sesuai dengan keadaan semasa masyarakat ketika itu..Cuma diperbesarkan oleh musuh-musuh Islam yang tidak faham keadaan zaman tersebut....tentu ada agenda yang lain.

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (2)

"Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata". Surah al-Jummuah.

Sesungguhnya keadaan buta huruf yang dialami oleh Rasulullah SAW telah membawa rahmat kepada umat Islam.

Pertama : Masyarakat Musyrik Quraisy tidak boleh mendakwa bahawa Islam adalah agama ciptaan Muhammad. Bagaimana Rasulullah SAW dapat mencipta sebuah agama sedangkan beliau sendiri tidak tahu membaca dan menulis.

Kedua  :  Orang Quraisy juga tidak dapat mendakwa bahawa al-Quran itu ciptaan Rasulullah SAW kerana mustahil seorang yang buta huruf dapat mencipta atau mengarang sebuah kitab yang amat hebat dan tiada tolok bandingnya dalam sejarah peradaban umat manusia. 


وَمَا كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ مِنْ كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ إِذًا لَارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ (48)

Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu). Surah al-Ankabut.

Monday, 6 June 2016

~ Aduhai Iman ~

















Damai sungguh dengar kicauan burung sedang zikrullah. Terasa tenangnya menusuk kalbu.

All Praises to ALLAH 'ala kulli hal.

Hari-hari, senantiasa zikir fikir.Rasa takutnya nak kembali nanti. Hati tidak sabar-sabar lagi ingin pulang kepadaNya, tapi jiwa resah, amal perlu ditingkatkan, ditambah lagi.Terlalu sedikit rasanya. Diri terlalu risau dengan dunia yang serba mencabar ini. Risau juga dengan taklifan yang ALLAH beri. Yang dinamakan amanah itu suatu yang berat. Amanah ada pada diri sendiri, pada keluarga, ibu bapa,, teman-teman, masyarkat, negara, agama dan juga of course pada PENCIPTA.

Lihat sahaja Allah menciptakan makhluknya dengan pelbagai hikmah, juga wazifah tersendiri. Bukan saja-saja malah jauh dari sia-sia. Allah ciptakan pokok ada tujuannya, binatang, tumbuh-tumbuhan yang lain serta pelbagai lagi makhluk yang Allah ciptakan. Di alam ghaib pula terdapat, malaikat , jin dan syaitan.Mereka juga punyai tugas tertentu.

Dan wujudnya kita sebagai manusia sudah pasti tidak terlepas dari tugas tertentu juga. Apa tugas kita? Tidak lain tidak bukan untuk terus beribadah kepada ALLAH, Rabb yang menciptakan sekalian makhluk yang ada di 'alam ini. Manusia itu ciptaan istimewa, bersamanya ALLAH ciptakan aqal untuk membezakan dari makhluk lain. Bersamanya ALLAH ciptakan peluang keemasan, ada gandaan pahala dan juga sebaliknya.

Manusia juga punyai taklifan dan amanah yang sangat berat. Amanah yang mana sedang makhluk lain tidak mampu memikulnya, tapi manusia itu dengan yakinnya berkata, aku mampu memikul amanah itu. Siapa manusia itu? Ia adalah kita.

Firman Allah SWT maksudnya:

Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (Surah Al-Hasyr, 59:21)

ALLAH, sungguh berani manusia itu.

Imanku, 
Bangkitlah dikau, Level mu ku tahu, bertambah dan berkurang, Kadang-kadang hati boleh jadi down,
jiwa resah gelisah,Fikir tentang duniaku,Apakah telah ku gunakan ia sebagai medan terbaik untuk pulang ke kampungku, yakni kampung akhirat, yang kekal abadie.

Tapi sepertimana pesan sahibah,..jua ia adalah bicara dari Rabb "Lihatlah dunia dari jendela akhirat" 
Allah...Rasa terlalu kerdil dah haqir,Dunia itu hanya tempat singgah sahaja,Kautlah banyak bekalnya, Agar boleh diguna,Di akhirat sana.


Sama-sama kita doa:
Ya Allah , Tuhanku yang menciptakan ku ,jua seluruhnya, Ku pohon , ku hajat letakkan dunia itu ditanganku, bukan dihatiku, agar aku tidak teracun, sakit dek penangan dunia, tapi biar menderita kalbuku kerana fikirkan akhiratMU.Aamin ya Rabbal 'alamin.

Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini). (20)


~ Gadis itu mujahidah itu ~


Rahsia cintanya
Hanya Tuhan yang tahu
KepadaNya berdoa selalu
Hingga dikatakan jual mahal
Melukainya meresahkan kesal
Sedangkan api cinta marak bahangnya
Pada Allah tersimpan rahsianya

Di luaran dia tenang
Di hati iman ditentang
Antara dua cinta yang saling berebut
Cinta Allah selalu mengunggul
Hari demi hari masa berlalu
Kepada nafsu dipesan selalu

Dikatakan orang diam saja
Sedangkan dia masih remaja
Kata orang mengapa tak punya rasa
Sedangkan dia tetap ceria
Kata orang mengapa dia bahagia
Sedangkan dia tak punya cinta
Kata orang mengapa mantap hatinya
Tapi tiada rijal penguatnya

Rabiatul Adawiyah itulah idolanya
Sumayyah itulah obornya
Khawlah itulah kecemburuannya
Atikah itulah kekagumannya
Nusaybah itulah pahlawannya
Fatimah itulah teladannya
Aishah itulah buktinya
Khadijah itulah kebanggaannya

Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!
Itu mimpinya di malam hari
Itu angannya di siang hari
Itu bicaranya sehari-hari
Menjadi isteri sentiasa berbakti
Kepada suami bakal berbudi
Pilihan Allah akan terbukti
Ia janji yang sudah pasti!


Ya, Gadis itu!
Tidak takut kehilangan cinta
Biar pelbagai ujian melanda
Lelaki itu perlukan masa
Buat keputusan terbaik
Pilihan terbaik
Calon ibu buat zuriatnya!
Penyeri dunia itulah temannya!
Di Syurga itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya
Menyedar mereka memainkan peranan
Bahawa wanita bukan mainan
Tetapi mutiara itulah nilaian
Ya, mujahidah itu..
menghitung diri
memuhasabah langkahnya
katanya dia, masih banyak kurangnya!

Mujahidah itu..
Hanya menggeleng..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja
Sentiasa mantap bicara imannya
Tunduk saja itu pandangannya..
Rijal kekasih Allah itulah harapannya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!

Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah kelat
Tatkala ummat Muhammad disiat
Hatinya calar-balar
Tatkala jasad saudaranya dikelar
Hati itu ditumbuk lumat
Tatkala kemaluan adik seakidah disumbat-sumbat
Dirogol, dibunuh tanpa ihsan
Mana hati itu tak terkesan
Tak punya masa berkasih-kasihan
Sedangkan runtuhnya moral sudah berzaman
Menjulang Islam bukannya berangan

Mujahidah itu..
Membara semangatnya mantap ukhuwahnya
Bersinar wajahnya terang hatinya..
Pada insan mantap bicaranya
Kepada Allah mengadu hinanya
Di sisi malaikat didoakan bahagia
Tidak dia rasa kekurangan
Sedangkan cukup adanya Tuhan
Tidak dia sepi sendirian
Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar dibezakan
Dialah wanita harapan Tuhan
Kebanggaan umat zaman berzaman

Menjadi gadis sudah fitrahnya
Menjadi pilihan bukan pintanya
Sebagai penyeri itulah hakikatnya
Menjadi khalifah itulah tugasnya

Membuat silap bukan sekali
Namun mengalah tidak sekali
Menjadi seorang mukminat sejati
Itulah usahanya tiap hari

Mujahidahku..
Tetaplah dirimu teguh di medan
Menjadi bidadari sudah impian
Tetap menjejak penuh harapan
Cinta Allah dalam keredhaan
Moga beroleh Syurga idaman
Aamiin.

~ terkadang memaksa itu perlu ~

Usrah bukan segala-galanya ,
tapi segala-galanya bermula dengan Usrah..
Same goes with..
Tarbiyah bukan segala-galanya ,
tapi segala-galanya bermula dengan Tarbiyah...
terkadang keterpaksaan itulah permulaan sebuah hijrah :)

~ Mati Menanti ~

setiap kali hadirnye hari jumaat..hati ini tentu berlagu sayu.. merintih hibe bile mengenang insan yg melahirkan dan membesarkan aku "pergi" utk selamenye...hari jumaat..arwah papa dan mama tinggalkan aku melawan penyakit yg setia bersameku...dan aku..masih lagi di dunie ini..lalu..Ku bicarakan luahanku ....

Mati menanti..apa tunggu lagi ??..Allahu..bergetar seluruh jiwaku menyesali segala dosa2ku..Ku mengharap keampunan dariNya....aku takut akan bagaimana pengakhiran hidupku..Taubat ahli maksiat,kerana maksiatnya.Taubat ahli ibadat, kerana lalainya.. :'( astaghfirullahalazim.....

Apakah aku sdh benar2 suci dari dosa ???..apakah aku benar2 beriman kepadaNya ???..apakah aku sudah terjamin untuk menjadi ahli Syurga atau apakah aku akan dicampakkan ke nereka buat selamanya ??..Allah..Allah..Allah...

Aku sedar..bukan permulaan dan pertengahan yang harus dilihat..tapi bagaimana pengakhirannya nanti ?? Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) atau Su'ul Khatimah (pengakhiran yang buruk) ?? Allahurabbi.... :'(

Namun, USAHA di permulaan dan di pertengahan atau lebih tepat lagi di sepanjang perjalanan kehidupan itu lah yang akan menjadi penyumbang utama untuk peroleh pengakhiran yang baik..InsyaAllah..Dulu, kini dan selamanya takkan sama !..Fitrah manusia inginkan kebaikan..people can change ! Peluang sentiasa ada, bukan dari manusia tapi dari DIA yang sentiasa menerima taubat hambaNya..

Aku selalu bercakap dengan diri sendiri , bercakap berserta suara supaya aku dengar dengan jelas dan lebih memberi kesan kepada diriku..
" Jangan mengharap diberi peluang dan penghargaan oleh manusia, ambillah peluang yang sentiasa terbuka buat diri yang penuh dosa dan hargai segala yang diberikan Sang Pencipta.."
Back to FITRAH ! ISLAM itu INDAH ! :)

~ 'Pertelingkahan' Mengeratkan..~

Maaf - tak mengapa, di maafkan.. :)

Hukum lah ! - hukuman bukan jalan penyelesaian.. :)

Kenapa tak marah? - tak mahu berpanjangan, cukuplah dgn teguran.. :)

Dah banyak kali lukakan perasaan - Semua orang buat silap..harap tidak diulang lagi kesilapan.. :)

Malu ! - tak perlu..jadikanlah ia sebagai pengajaran.. :)

Nak tebus kesalahan - Belajarlah untuk menjaga hati dan perasaan.. :)

Tak tenang, rasa nak pergi - Pergilah..cari Tuhan..hanya DIA kan beri segala ketenangan.. :)

Terharu - Inilah nilai sebuah PERSAHABATAN.. :)

Berhati-hati dengan kemarahan orang yang sedang bersabar..Dalam diamnya, marahnya ditahan..Dalam senyumnya, tersembunyi kelukaan..Tapi dia sedar, SABAR itu separuh dari IMAN..Dan dia tak mahu hatinya dipenuhi KEMARAHAN..Yang dimahukan hanya sebuah KETENANGAN dalam KEBAHAGIAAN..semuanya demi mencari redha Tuhan..

~ hidup ini umpama roda ~

terpaku melihat keindahan sang bulan...bulan memberiku sejuta inspirasi...bile bulan muncul...terlakarlah bicare sepi....

Kenangan Mengusik Jiwa...Dalam usaha meneruskan perjalanan ke hadapan... kadang2 akan datang perasaan ingin menoleh ke belakang walau sekejap..

MUNGKIN..
Jika dulu di saat itu kita bahagia...sedangkan mereka menderita..Kini kita pula menangis kecewa..mereka pula sdg ketawa gembira..atau mungkin sebaliknya..Sentiasa ingatkan pada diri bahawa hidup ini sememangnya umpama RODA!!!.. Tak selalunya kita di atas, tak juga selalu di bawah..Apa yang kita ada hari ini tak mungkin kan kekal menjadi milik kita selamanya..(sememangnya semua tidak akan kekal, kerana hidup ini hanya SEMENTARA)

Hidup kita sememangnya di luar jangkaan..Selalunya, apa yang tidak terduga itulah yang akan berlaku pada kita tanpa kita bersedia..Boleh jadi ia datang tanpa di duga, dan boleh jadi pula ia hilang tanpa di sangka..Perancangan Allah mengatasi segalanya..Semua orang tak lari dari kesilapan.. yes ! itu adalah common words !..tapi tak semua orang mahu belajar dari kesilapan itu..

KESILAPAN ITU BIASA, YANG TAK MAHU BELAJAR DARI KESILAPAN ITU YANG TAK FAHAM BAHASA !!..Tanpa PENGALAMAN, tiadalah PENGAJARAN..I learn from dat !!!
Alhamdulillah..Thanks to Allah 4 give me dat chance...

Terima kasih pada insan2 yang pernah hadir dalam hidup ini..walau hanya persinggahan yg sementara,dan kehadiran itu seketika cuma..namun ia cukup memberi kesan yang sangat bermakna..sungguh !..aku menghargai semua itu. Semoga diriku, dirimu dan mereka semua mengecapi kebahagiaan yang diredhai Ilahi...Aamiin...
Barakallah..Barakallah..Barakallah..

~ kalau benar cinta ~

Kalau benar cinta, bawa aku ke 'sana'...

Ungkapan 'selama-lamanya' sering kita dengar malah diri sendiri juga sering lafazkan. Itu belum lagi ungkapan dalam Arabnya, 'abadan abada'..atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'forever'..Ramai yang mengikat janji setia untuk bersama 'selama-lamanya'.. Tapi setiap kita tahu, dunia ini akan berakhir. Maka, bagaimana mahu 'bersama selama-lamanya'??..Kita tahu, akhirat itu tak berpenghujung.. Justeru, di sanalah tempat untuk terus memegang janji, In sha Allah..

Cumanya, di akhirat kelak ada dua persimpangan.. Samada berpimpin tangan di taman syurga bersama, atau bersama memasuki gerbang tempat yang tiada siapa sempat ambil peduli hal insan lain kerana terlampau berat menanggung seksa..Kita pilih destinasi kita di mana. Mahu terus bersama? Maka pastikan pimpin insan itu ke syurga, dalam masa yang sama kita sendiri berusaha ke sana. Supaya janji setia terus dipegang erat, 'bersama selama-lamanya'.Di akhirat kelak, kita akan bersama dengan siapa yang kita cintai..

~ ketenangan dlm kebahagiaan ~

Mungkin semua yang telah berlaku tak mudah utk aku hadapi...kerana aku perlu laluinya dgn bersusah payah..mungkin sehingga perlu berpenat lelah..Tapi aku perlu REDHA..sungguh!!.aku redha..bukan mahu berkeluh kesah..apatah lagi untuk terus menjadi lemah..walau ada masa perasaan yang bercampur baur menjengah hati dan jiwa dan mengganggu ketenteramannya lalu menerbitkan kegusaran dan kesakitan..sedangkan yang ku inginkan adalah KETENANGAN DALAM KEBAHAGIAAN ..

Aku berusaha!!..,ya!!!..akan aku berusaha untuk menahan diri dan melawan perasaan ku ini..jika tidak, sampai bila2 pun aku kan terus begini., meratapi kekecewaan yang di alami..Sungguh..aku tak mahu..aku juga ingin kan BAHAGIA..Kerana aku tahu..bahawa semua orang di dunia ini di uji..
Ada orang di uji dengan CINTA,KELUARGA ,KERJA HARTA ,AGAMA dan SAKIT..

Betapa perlu aku bersyukur selagi mana diri ku masih di uji , kerana itu tandanya Allah masih PEDULI , dan DIA masih mengasihi.. Mungkin ujian itu datang sebagai peringatan buat hambaNya yg selalu lupa diri ini dan mungkin juga untuk meneguh kan IMAN di dalam hati..Allahurabbi.......
Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalazim..

~ wahai hati ~

Mahu baik Susah..mahu istiqamah tidak mudah..

Susah kan kita nak buat baik?..bila kita nak buat baik mesti orang akan perlekehkan kita..mesti orang akan kaitkan benda yang tak baik bila kita buat baik..post status islamik kat fb pun kena perlekeh..pakai tutup aurat pun kena kutuk..jaga batas pergaulan mereka kata kita berlagak alim..tak sporting,,susah kan??? jadi baik pun kena kutuk..hurmmm..

pernah tak dengar kisah Rasulullah S.A.W. waktu Baginda nak sebarkan kalimah La ilaha Illallah dulu?? :) kena baling batu sampai berdarah2 Rasulullah waktu tu..tak cukup baling batu Rasulullah siap kena lempar najis lagi..belum kira kena jerut leher..caci maki memang dah jadi kebiasaan..kesian Rasulullah kan?..tapi Rasulullah tetap senyum..Baginda tetap melayan mereka dengan baik..bayangkan hati keras masyarakat jahiliah yang memusuhi Rasulullah boleh dicairkan dengan sikap mulia Kekasih Allah bernama MUHAMMAD..

Baginda dicemuh tapi tetap istiqamah,,Hebat bukan Kekasih Allah ini?..Baginda S.A.W mampu menarik hati yang memusuhi Islam hanya kerana perwatakan Baginda sahaja..Hati yang pada mulanya gelap tanpa cahaya telah dipaut sehingga mereka mampu menyinari dunia dengan membawa agama yang benar..Saidina Umar Al-Khattab,Khalid alWalid,,Hindun Binti 'Utbah
benar wahai hati,istiqamah tidak mudah,iman umpama tayar.. kadang di bawah kadang di atas,,ditambah dgn persekitaran yang bisa mematahkan semangat,,nak istiqamah memang payah,,tak hairanlah seorang yang baru berubah ke arah kebaikan kembali semula ke pangkuan kebinasaan..andai diri

tak mampu mengawal iman dalam diri hancur luluhlah segala kebaikan yang diusahakan..
wahai hati..tabahlah..usah hiraukan apa org sekelilingmu katakan,,mereka tidak dapat menilaimu,,hanya Pemilikmu sahaja yang mampu meneliti niat hatimu,,bersabarlah seperti kekasih kita, Baginda S.A.W,,berkat kesabaran, ketabahan, kecekalan Bagindalah yang membetulkan arah tujuan manusia menuju ke keredhaan Ilahi,,

wahai hati..engkau akan jadi seperti apa yg engkau fikirkn..andai mahmudah yang engkau fikirkan maka baiklah diri,,andai mazmumah yang berada di benak fikiranmu maka kearah itulah engkau..berubahlah engkau kerana Ilahi,..andai niatmu untuk mengejar keredhaanNya...maka apa yang mereka katakan dapat kau hiraukan,,tak mustahil mereka juga akn tertarik dengan keikhlasanmu wahai hati,,banyakkn berdoa,,tingkatkan dan perelokkan amalan,,agar dikau diberikan ketetapan hati..di pertingkatkan iman,,teruskn usahamu dalam menjadikan dunia sebagai kebun untukmu meraih hasil diakhirat..

Thursday, 2 June 2016

~ Dakwah ini milik siape? ~

Dahulu....ketika Muhammad mendapatnya..terus diberi kepada beribu-ribu manusia....
ketika Abu Bakar mendapatnya..terus diberi kepada enam manusia yang kebanyakannya dijamin syurga...
ketika Bilal mendapatnya....terus dibebaskanjiwanya walau tubuh dibaham belati...
ketika Sumaiyyah mendapatnya...terus dikorbankan nyawanya tanpa ada rasa ragu....
ketika Umar mendapatnya..kasar jiwanya terus dihalusi oleh ayat2 Yang Maha Esa.....

Itu dahulu.
Sekarang?

Kita mendapatnya..lantas kita biarkan ia tersimpan kemas tidak ke mana-mana...kita enggan semua orang merasai apa yang kita rasa....kita halang mereka memberi pada yang sepatutnya.Kita merasa tidak layak, padahal kita sebenarnya dibebani tanggungjawab sejak dari langkah bermula.......Bila pula mula merasa layak... kita melakukannya pula demi segugus nama.

Pedang yang tidak tajam harus diasah...Pedang yang tajam bukan untuk menikam saudara...Musuh kita al bathil,Musuh kita bukan sesiapa yang melangkah dalam saff yang sama...
Tawadhuklah...Berusahalah....Buatlah kerana mardhatillah...Bukan kerana diri sendiri...

~ warkah dan nukilanku ~

Waktu ini..ketika ini...Aku merenung bulan yang indah nun jauh di atas sana.Terang bercahaya..tetap indah walaupun dalam kegelapan.Aku juga ingin menjadi seperti bulan.Sukar digapai tetapi tetap indah menghiasi alam...persis perhiasan duniawi...Mengindahi taman2 syurga......Tapi layakkah aku menjadi seperti itu?? Jika dihitung dosa2 kelmarin..bagaikan pepasir di pantai..terasa diriku hina kerana penuh dengan dosa.Tertanya2 di dalam diri adakah masih ada waktu dan ruang untukku?? Mampukah segala amalanku selama ini menghapuskan dosa2 kelmarin?? Layakkah aku menjadi wanita solehah??

Ya Allah...
Saat dan tika ini aku benar2 ingin menjadi hambaMu.Hamba yang sentiasa mendambakan kasihMu....Hamba yang mencintaiMu melebihi segalanya....Hamba yang sentiasa bersyukur kepadaMu....Hamba yang solehah dunia dan akhirat..
Ya Allah
Jika aku tersilap langkah..Luruskanlah kembali perjalanan hidupku...Jika aku alpa..peringatkanlah tujuan sebenar hidupku...Jika aku menangis kerana kesedihan..gembirakan aku dengan kasih sayangMu..

Ya Allah..
Jika aku kehilangan..gantikanlah yg lebih baik untukku..Agar aku redha dengan ketentuanMu...Agar aku sedar ada rancanganMu untukku...Agar aku tahu dialah hadiah yang terbaik untukku..
Aku tidak minta diberikan emas dan berlian..Aku tidak minta dijanjikan mahligai indah...Aku tidak mengimpikan insan sehebat Rasulullah S.A.W...Kerana aku bukanlah sebaik Siti Khadijah...Tapi temukanlah aku dengan insan yang mampu membahagiakan aku...Temukanlah aku dengan insan yang berjuang ke jalanMu...Menyambut kembali tanganku andai terlepas dari genggaman..Temukanlah aku dengan insan yang melabuhkan cintanya kepadaMu......Supaya aku mampu menyintainya kerana cintanya padaMu...Supaya aku mampu meraih keredhaanMu kerana bimbingannya...Yang dapat menjadikan aku persis Mawar Berduri..Bunga Mawar yang mampu mengeluarkan haruman di taman2..menghiasi taman2 syurga..

Ya Allah..
Berikan aku nur hidayahMu..Kukuhkan aku dengan kekuatan jiwaku untuk mencari sinarMu...Jangan biarkan aku tewas dengan nafsuku sendiri...Bantulah aku yang serba kekurangan ini....Aku tidak minta disanjung tinggi..Aku tidak minta dipuji melambung tinggi...Kerana aku hanyalah insan biasa..yang ingin menjadi persis Mawar Berduri...Wanita solehah hiasan duniawi...
aammiiinn...

~ ukuran Takwa ~

Jika hanya harta menjadi ukuran kemuliaan,maka Qarun adalah lebih kaya dan dibenamkan di dalam bumi. Surah al-Qasos (28:81)

Jika hanya kekuasaan penanda aras kemuliaan.... maka lihatlah apa yang berlaku pada Firaun. Mati denga hina dan tenggelam dalam lautan.Jika hanya keturunan sebagai tanda kemuliaan... ada satu surah berkenaan bapa saudara Nabi Muhammad saw iaitu surah al-Lahab.Jika hanya berpandu kepada kekuatan, akal dan daya ilmiah, maka kaum2 nabi sebelumnya yang gagah perkasa dimusnahkan.Apa pula pandangan kita kepada bangsa Yahudi yang terkenal dengan kebijaksanaannya...tetapi merekalah kaum yang hina disisi Allah !

Bukanlah harta, pangkat, keturunan dan kebijaksanaan itu menjadi kayu ukur kepada kemuliaan disisi Allah tetapi Org yg akan dimuliakan disisi Allah adalah org2 yg bertakwa .
Cemburunya aku dgn org2 beriman. Mereka mulia disisi Allah. Aku hanya penuh dosa.Tidak ada yang lebih membahagiakan apabila kita melakukan segalanya kerana Allah Taala.Ya Allah sungguh lain perasaan tu..

~ Nikmat Nyawa~

Nyawa itu nikmat Allah Taala yg sangat berharga. Dengan nyawa yang ada, kite dapat lakukan apa sahaja. Beruntung pada yg mengikuti suruhanNya dan mungkin rugi atau teramat rugi pada yg mengingkari suruhanNya. Adakah hidup ini hak mutlak kita?. Tidak, Ada kuasa yg lebih berhak ke ats diri kita. adakah kita dapat jamin hidup selamanya dan sampai bila - bila? Mati itu pasti, tidak awal dan lewat walau sesaat.

Ape yg berlaku, bakal berlaku..sama sekali kite tak dapat teka teka, duga duga, agak agak. Sedia atau tidak yg berlaku tetap berlaku, usaha atau tidak, semua dalam pengetahuanNya.
Untungnya jika nyawa yg ada dapat meneguhkan demi Allah dan Islam. Untungnya jika nyawa ini dapat berikan kebaikan utk seluruh umat manusia yg ada disekeliling kita. Dan untungnya jika diri ini sentiasa mengingati mati dan mati dalam mengingati Allah dan hati tidak lalai dari suruhanNya.
Namun kite entiasa sibuk dengan duniaNya sahaja. Sentiasa leka dengan masalah dikepala kite sahaja, penat dengan urusan dunia yg tidak berkesudahan. Layakkah kita menjejakkan kaki ke syurga?.

Gerabak utk menuju ke Syurga bakal meninggalkan kita jika tidak ada masa memikirkan bekalan akhirat sana. Gerabak menuju Syurga Firdausi akan meninggalkan kita jika kita menangguh nanguhkan utk memikirkan amalan diakhirat sana. Allah sdh menyelamatkan kita berkali kali selepas kite jatuh dan berada dalam bahaya. Tapi kita masih lupakan pertemuan dengannNya.
Islam itu bukan sekadar tanda di kad pengenalan, bukan hanya solat dan puasa..tapi lebih indah daripada itu.

Kadang2 kite sengaje cari alasan utk tidak faham dan mencintai agama yg ada. Bebas lakukan apa saje...tidak kisah langgar apa yang Allah larang. Bayangkan jika mati dalam keadaan melakukan dosa terhadapNya. Nauzubillahimin zaalik..
Hidup adalah peluang. Menjadi yang Allah suka atau sebaliknya. Semua org mahu mati dalam keadaan yg baik dan tidak aib..tapi mana usahanya??.. Mati tidak boleh tunggu bile kite sedia..bile2 sahaja.

Setiap hari yg masih hidup..bukan bermakna kite layak utk hidup tapi peluang utk kite kembali dan bertaubat.bersyukur kepada Tuhan yg menciptakan kita.
Ya Allah..terima kasih atas peluang utk memiliki nyawa ini. Moga kita semua dikalangan hamba yg mencintai Tuhan.. .Rasul... Agama.. iaitu Islam dan jalan dakwahMu. Aamin.

~ keluhanku ~

Mate sayu menatap bulan di langit... subhanallah.. indahnye ciptaanMu itu..meskipun beribu bintang memberi bercahaya.. namun.. bulan yg satu juge memukau mate.. aneh.. tapi itulah realitinye.. bicara hati pun bermula.. hanya aku yg tahu...

Ya Allah..susahnya untuk menjaga sekeping hati.. puas aku bermujahadah utk menjaga kesucianye.. aku tahu hati tempat jatuhnya pandangan Allah.. kerana itu aku berusaha semampu mungkin untuk mejaganya..

Setiap kali hati terpecik mazmumah..aku mengeji diri sendiri..jahatnya aku..lemahnya iman..kenapa hatiku tidak seperti dulu..Kdg aku kuat..kadang aku lemah..aku membenci diri sendiri..hidup terhimpit dengan mazmumah yang semakin melekat di hati...

Y a Allah... beriku jalan..beriku penawar untuk membersih hatiku ini...aku mahu... ' Mafi Qalbi Ghairullah... ' bantulah aku ya Allah...aku mahu sendiri..aku mahu muhasabah nafsi..
"Mafi Qalbi Ghairullah...Mafi Qalbi Ghairullah..."

perkenankan Ya Allah...jadikanlah harapanku hanya padaMu..bukan pada yang lain...jadikanlah pergantunganku hanya padaMu..bukan pada yang lain...

"Ilahi..Anta maqsudi..wa ridhaKa Mathlubi....."
Ya Allah dengarlah rintihan hambaMu ini..dekatkan aku dengan cintaMu....Ya Rabbi seandainya Engkau melihatku semakin menjauh dariMu, maka Engkau kembalilah aku kepadaMu dengan pengembalian yang indah.."..Ya Rabbi Engkau campakkanlah ke dlm hatiku rasa cinta padaMu dan RasulMu melebihi kecintaanku kepada yang lain...aammiiinnn

~ Hati berbicara~

kadang2...aku punya cita..punya rasa jua jiwa..rasa apa?..jiwa bagaimana?.,,entah.....terkadang sesat juga aku dlm pencarian dalam menuju cinta Tuhan.. tak sesenang yang dibayangkan..

kadang2..rasa itu aku simpan..cukup hanya aku,hati dan Tuhan...tertanya juga..sampai bila aku akan bersedia bertemu ArRahman?...andai yang dibawa hanya sedikit bekalan..diterimakah selama ini amalan?..atau aku hanya letih badan..kerana entah ke mana ikhlas dalam perasaan..di mana dunie??.. dalam hati atau dalam genggaman tangan?? AllahuRabbi....

~ keluhan seorg gadis di sepertiga malam..~

Kerap kali aku mengeluh...mengeluh dan terus mengeluh...namun tetap juga bertasbih mengingatiNya... Tangan diusap di dada...cuba menenangkan hati dan jiwa yang gelora... Meransang semangat untuk bangun semula lantaran ujian yang menimpa...

Namun.,aku lupa bertahmid memujiNya... Saat sesuatu itu dirasakan berat sekali...jarang kedengaran lafaz "Alhamdulillah"..yang ada, "bersabarlah.. DIA ada".

Sejauh mana kah keyakinanku utk menerima semua itu dugaannya???...Apakah mungkin juga ia satu bentuk kasih dariNya??... Tapi aku merasakan ia ujian yg berat kerana jauh di sudut hati aku tak mengharapkan ia terjadi...

Jika aku memandang ia dari sudut sang hamba yg cetek pemikirannya..sudah tentu keluhan sahaja yg berantai di bibir.Jika aku memandang dari sudut seorang hamba yang memerhatikan kebesaranNya...lafaz tasbih pasti meniti di bibir setiap saat dan masa..jika aku memandang dari sudut seorg hamba yang cintakan Tuhannya. semua itu diterima dengan hati terbuka, kerana yakin itu tanda kasihNya..Persoalannya, aku di mana???..Allahurobbi..malunya aku..di manakah nilai iman yg aku ada???

~ Surat Cinta utk diriku ~

Nota Cinta Buat Encik Hati, Cik Puan Emosi dan Kekanda Akal..

Tuhan...izinkan isha berbicare seketika dgn hati, emosi dan akal ini yg selalu lupa, bahawa kalian terlalu besar melebihi segalanya...

ENCIK HATI,...aku sayang sangat dgn encik..jadi boley tak tolong ingatkan aku selalu, setiap degupan jantung aku itu, jauh di sudut hati aku HARUS tahu yang Allah itu bersama - sama dengan aku.. Bukankah Encik selalu pesan pada aku.., Encik itu umpama raja..makakala..telinga, mata, tangan dan kaki umpama tentera. Kalau Encik baik, maka arahan yang baik daripada Encik akan diterima oleh tentera Encik. Aku ini hanya kapal, Enciklah nakhoda yang melayarkan aku. Tolonglah aku Encik Hati, bisikkan selalu pada hati dan jiwa aku supaya berbuat benda2 yg baik. Jeritkan pada aku bilamana ada niat jahat yang melintasi Encik Hati yek...Aku tidak tahu siapa lagi yang boley membantu diri ini.. jadi aku AMAT perlukan bantuan Encik Hati. Apabila Encik rasa tidak tenang, paksalah aku untuk membaca quran selalu yek.. Sebab aku tahu, Encik berpegang pada sabda Tuhan, "Hanya dengan mengingati Tuhan, jiwa akan menjadi tenang".

CIK PUAN EMOSI,...aku sangat gembira kerana Tuhan hadirkan cik puan dalam hidup ini... Kerana cik puan hidup ini jadi berwarna warni..kekadang cik puan lontarkan nota kasih sedih..kekadang cik puan hadiahkan rasa gembira..terima kasih untuk cinta cik puan pada aku...Tetapi, sekarang aku perlu bantuan cik puan..aku tidak tahu sama ada esok ataupun sebentar lagi..aku akan berkesempatan untuk menaip ataupun tidak. Aku bimbang tak punya kesempatan itu... jadi sementara Tuhan izinkan ini..aku mohon ruang dan peluang untuk cik puan mendengar bicara ku... Mereka selalu bilang, wanita itu penuh dengan emosi, tindakan mereka adalah emosi, kata2 mereka adalah emosi.aku sangat marah (eh..eh.. adakah sekarang aku juga beremosi? hik3)..Kami bukan beremosi, cuma kekadang, kami perlu waktu untuk mengendalikan emosi kami, Cik puan lebih memahami bukan? Untuk itu, sekarang aku biar Encik Hati menjadi saksi...aku mohon bantuan cik puan untuk membantuku mengendalikan perasaan yg terkadang tak mampu dikawal ku. Lorongkan aku ke arah emosi yang baik, yang positif dan yang membantu ke arah kebaikan. Tolong yek!!

KEKANDA AKAL yg aku hormati..syukran kerana banyak membantuku dalam kehidupan ini. Membantu aku merasionalisasikan hujah2 yang aku terima dalam hidupku... Boleh kanda bantu aku?? ..Bantu apa???.. Bantu aku agar memikirkan hujah2 yang lebih bernas..bantu aku.mengeluarkan dalil untuk Islam. Apabila ada yang menyerang, maka bantu aku untuk mempertahankan... Bolehkan???

Apabila diri ini malas, Encik Hati tolonglah ketuk pintu hati...kejutkan diri supaya rajinkan diri untuk islam..Cik puan Emosi tolonglah semarakkan semangat aku..untuk membantu ummah, dan Kanda Akal, tolonglah bimbing aku ke arah logika yang baik.

Apabila aku tidak bersyukur, Encik Hati tolonglah marahkan aku, ingatkan aku hati aku sudah terlalu hitam sampai tidak nampak nikmat yang Tuhan beri....Cik puan Emosi tolonglah terjah jiwa aku, berikan peringatan betapa aku ini sungguh tidak mengenang budi Tuhan, dan Kanda akal tolonglah pasakkan dalam minda aku. lebih banyak aku bersyukur, lebih banyak yang Tuhan akan beri...

hurmmn...aku sudah penat berbicara, izinkan aku kembali untuk sedar bahawa, aku boleh minta tolong daripada mereka, tetapi, HANYA AKU YANG BOLEH TOLONG DIRI SENDIRI. MEREKA MENGINGAT TETAPI DIRI AKU YANG MEMBUAT PILIHAN!!!!...

Duhai diri, hiduplah untuk Tuhan...Tuhan pencipta semesta alam...

~ Magisnya kasih Tuhan~

Magisnya Kasih Tuhan..

Kekadang dalam kehidupan kita, apabila sudah terlajak kita melukakan hati seseorang, pastinya sukar untuk dia memaafkan kita. Tetapi tidak sama sekali bagi Tuhan. DIA itu terlalu sempurna. Seribu kali kita sakiti, belum tentu sekali akan dibalasNya. Selangkah gerakan yang kita buat untuk meninggalkanNya, seribu langkah DIA akan mendekati kita. Manusia mana didunia ini yang sanggup berbuat sedemikian rupa???  Tidak ada bukan??? .. Ya, kerana tidak ada itulah yang membezakan DIA dengan selainnya.

Ujian bukan untuk menjarakkan, tetapi sebagai penambat kasih. KasihNya pada kita...Duka bukan untuk memenjarakan kita dalam gua kesedihan, tetapi sebagai pintu untuk kita lebih mengenaliNya,
Sakit bukan untuk menjauhkan, tetapi untuk dirawat dengan rindu padaNya.

Hakikatnya, itulah kasih Tuhan. terlalu magis hingga tidak mampu dilihat dengan pandangan mata. Ayuh bersama, kita bukakan hati, besarkan jiwa, sama-sama kita kembali padaNya. Terlajak masih boleh berpatah semula. DIA sudah bersedia untuk memeluk kita dengan RahmatNya. Tinggal lagi, hanya pada diri kita. Andai masih mahu mendapatkanNya, ayuh, kita lari mendakapi cintaNya. DIA ada di sana takkan jemu-jemu menanti kita. Ayuh, siap sedia, satu... Dua... Tiga, lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dapatkanNya segera!!!! :)

~ sebuah kisah ku ~


Slps subuh yg indah pagi tadi...aku terbuai dgn kalamuallah.aku terjumpa satu terjemahan petikan ayat al-Quran yang berbunyi:

" Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambah kebaikan untuknya dengan menggandakan kebaikannya itu..."...(Surah as-Syura ayat 23)

Subhanallah!....Indah bukan agama ini..hanye dgn sedikit kebaikan, Allah sudah jamin utk mengandakn balasan kebaikan utk hambaNya...

Persoalannya, baik itu bagaimana???...Adakah semata-mata dgn ibadah????Adakah semata-mata dgn akhlak???...

Maka jawapannya.. sudah tentu TIDAK... Kebaikan itu terlalu luas..contohnya...anda yg sebentar tadi BERTOLAK ANSUR dgn memberi laluan kepada kereta yang bertembung dengan anda adalah KEBAIKKN... Anda yg MEMBANTU mengutip sampah dijalanan adalah KEBAIKKAN... Anda yg RINGAN TULANG menutup pili air yang tidak tertutup adalah KEBAIKKN... Anda yang memilih untuk MENYEBARKN PERINGANTANN kepada orang lain adalah KEBAIKKN... SENYUM kepada orang juga adalah KEBAIKKN..,,. Maka apalagi yang menghalang kita daripada berbuat kebaikan? Tidak ada bukan???

~ keluh kesah insan berjiwa hamba~


Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Tidak ku temu mana pintuMu
Untukku seru rasa rinduku.
.
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..

Sedang KAU dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa
Sedang KAU dekat di dlm rasa

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....
Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukMu
Hidup matiku hanya untukMu..

- insan berjiwa hamba-

Tuesday, 17 May 2016

~ Menangislah ~

Bismillah..

Assalamualaikum wbt

Menangis adalah suatu terapi syari'e.

Dalam menghadapi kehidupan, begitu banyak dugaan yang perlu diatasi. Dengan iman dan taqwa, kita menjadi manusia yang terselamat. Peningkatan usia seiring dengan perubahan tahap kehidupan kita,mungkin pada suatu masa dahulu kita agak selesa dengan keadaan hidup yang damai dan aman dari sebarang kekacauan. Secara tiba-tiba ujian demi ujian menghimpit, meninggalkan ruang sempit untuk kita bersenang-senang, sehinggakan hati sentiasa gundah memikirkan jalan keluar. Perasaannya adalah umpama saat kita sedang leka bermandi manda dalam suasana air yang tenang namun berombak ganas secara tiba2. Cemas, risau, berdebar, takut datang bercampur baur.

Dugaan tetap akan datang menguji setiap insan yang mengaku beriman kepada Nya. Hikmahnya untuk mengekalkan kita supaya sentiasa mengingati Nya. Bagaimana kita berusaha menepati kehendak syariatnya. Walau terkadang ujian yang tiba benar2 menggugah perasaan hati, membuatkan kita keletihan mencari jalan keluar, mengumbul kekuatan untuk tabah menghadapinya.

dan Menangislah...
merintih keampunan dan pengharapan kepada Nya. Mengadu segala kelemahan yang ada. Memuji dengan takzim atas segala sifat Kebesaran Nya. Merayulah dengan hatimu, berdoalah dengan ikhlas supaya hati damai setelah bermanja dengan Nya. Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.

Allah merindukan suara kita, yang bermunajat, mendamba untuk bercinta dengan Nya. Siapakah kita tanpa izin kekuatan dari Nya? Hatta mata yang berkelip pun adalah dengan izin Nya. dan hanya kepada-Nya lah sebaik-baik tempat kembali.

~Rintihan Seorang Hamba~


Langkah ku semakin lemah
penglihatanku semakin kabur
Kepala ku terasa semakin berat
Ya Allah,..
berat rasanya azab sakit ini.

Ya Allah..
berikan aku kesempatan
untuk mengenal dan dikenal
untuk mencintai dan dicinta
padaMu, Ya Allah
hanya padaMu, ya Robbi.

Ya Allah, ampunilah daku
kerna terleka dalam buaian dunia
terlalai dari mengingatiMu,
dari mencariMu..

Ya Allah,
suburkan hati ini..
sungguh..dalam kesempatan usiaku
ingin sekali aku mengenalMu
ingin sekali aku makrifat padaMu

Ya Allah...
zahirkan alam barzakh dalam hatiku
wujudkanlah alam akhirat dalam jiwaku
semaikanlah benih syurga dalam impianku.

agar hidup dan penghabisanku
menyembah sujud dalam redha Mu

aammiinnnn...

Saturday, 7 May 2016

~ Hinanya nilai seorang hamba~
















Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin Allah s.w.t. Lihatlah, betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar. Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq! Maha Suci Allah yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia!

Apakah itu amal yang sia-sia? 


Itulah amal yang didasari rasa 'ujub, riak dan takabbur. Bilamana landasan keikhlasan sudah mulai robek, diri lantas mendabik dada! Amal ibadah yang sepatutnya dilaksanakan berteraskan ketaatan kepada Ar-Rahman, mula mengintai pengiktirafan manusia lain. Harapan kepada pujian ramai mula berbunga-bunga. Saat ada pula yang lebih berjaya, hasad dengki mula mengambil tempatnya! Saat ada yang tersungkur, dia bersyukur! Betapa, manusia ini hamba yang hina dina. Waras akalnya tidak bersatu dengan kata hati, lalu pantas sahaja mendabik dada tanpa sedikit pun rasa malu. Betapa, dia hampir sahaja terlupa bahawa setiap denyut nadinya itu berada di bawah pengawalan Tuhan Yang Satu.

Pernahkah kita berfikir, sebaik sahaja usai solat fardhu yang kita lakukan; Adakah solatku ini diterima? Masih wujudkah lagi pandangan kasih Allah kepadaku? - Jika ya, teruskanlah istiqamah dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini.

" Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri di dalam solatnya. Para sahabat bertanya, siapakah orang itu? Maka Rasulullah s.a.w menjawab; orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya" -H.R Ahmad. 

Mengapa penulis mengaitkan soal hina hamba dengan solat? Kerana, solat adalah asas dan merupakan tiang kepada agama seseorang muslim. Malah, amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak juga merupakan solat fardhu seseorang hamba itu. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya. Justeru, marilah kita kembali menilai khabar iman dan amal kita. Adakah solat kita mampu mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar seperti apa yang terkandung dalam kalamullah itu? Ikhlaskah kita dalam menunaikan solat, atau hanya atas dasar tidak tahan mendengar leteran ibu ayah? Atau hanya atas alasan amalan ikut-ikutan sahaja? Tanpa sekelumit pun rasa untuk berusaha mengkaji hikmah sebenar solat terhadap diri manusia? Barangkali juga ada di antara kita yang bersolat hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk. Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penerima taubat, ampunkanlah dosa kami dan terimalah taubat kami..

Kasih sayang Allah s.w.t meliputi seluruh kerajaan lagit dan bumiNya. Kerana itulah setiap makhluk yang bernyawa mendapat bahagian rezeki mereka masing-masing. Betapa hebatnya rencana Al-Manan dan betapa hinanya nilai seorang hamba! Masakan dengan sedikit tempias nikmat Allah itu dia bisa merasakan diri cukup sempurna? Mengaku diri dengan kemuliaan, mengangkat diri dengan ilmu pengetahuan yang masih cetek pada hakikatnya, memanjangkan mata pada keindahan dunia, dan menghambakan diri kepada nafsu yang menggila, semua ini sifat tercela yang harus dibuang jauh-jauh dengan hanya satu cara. Yakni penyucian nurani hati dengan hiasan sifat tawaddhuk dan semaikanlah rasa jiwa kehambaan kerana sesungguhnya manusia itu tiada daya dalam melawan kekuasaan Allah s.w.t.

Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia;

" Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? " Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran"-(H.R Baihaqy) 


Pertolongan yang tidak disangka-sangka 


Tanpa kita ketahui, sebenarnya pertolongan Allah itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya, saat pertolongan dan bantuan Allah itu lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan. Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan kasih Ar-Rahman. Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan. Keimanannya bahawa dengan mengingati Allah dikala senang, pasti mendapat perhatian Allah di kala susah semakin menebal. Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman!

 Bagi jiwa yang sakit, pasti pertolongan yang hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda rasul, Muhammad s.a.w yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan. Begitu juga dengan konteks pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Masih wujud sebilangan besar pelajar yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan.

Justeru, bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan Allah s.w.t kepada mereka. Sesungguhnya karunia Allah sangat luas. Masakan Allah tidak mengetahui penat lelah hamba-hambanYa yang soleh? Sehinggakan dunia dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Yang menanti pasti singgahsana nan indah di syurga kelak. Jangan pernah membiarkan penyakit ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi.

Tiada satu makhluk pun yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Pasti, bagi mereka yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan masalah menebal di benak fikiran. Barangkali pernah juga terlintas " Benarkah apa yang aku lakukan ini? Jika Allah meredhai apa yang aku lakukan, masakan aku diuji sebegini rupa?" Ingatlah, berjuang memang pahit! Kerana syurga itu manis. Masakan, jalanan perjuangan dihampar permaidani merah? Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa kesenangan itu sememangnya lebih payah.

Jiwa Hamba 

Semaikanlah jiwa hamba dan hindarkanlah diri dari mendabik dada dengan kemuliaan dan harta benda. Sucikanlah hati dengan memperbanyak amalan zikir dan bacaan Al-Quran kerana Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kita; di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ibnu Abbas;

" Seseorang yang tidak ada sedikitpun Al-Quran di dalam hatinya adalah seperti rumah yang kosong," (H.R Tarmizi) 


Nauzubillahi minzaalik. Bagi mereka yang sedang merawat hati, jangan pernah khuatir dengan persoalan berupa " Mengapa semakin aku cuba merawat hati, semakin aku menemui kebuntuan, semakin aku menyedari kekotoran yang berlumut-lumut?" Inilah tanda bahawa hati itu sedang dirawat.

Demikian jualah yang berlaku kepada tubuh badan kita saat para doktor menjalankan diagnosis. Jasad yang dirasakan sihat rupa-rupanya menghidap pelbagai penyakit-penyakit merbahaya. Oleh itu, nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita.. Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin.. Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..

**sumber dari: iluvislam.com...by cahayatermasyhur.

~ Jagalah Allah..Allah akan menjagamu~

Dari Ibnu 'Abbas r.a, ia berkata,

"Suatu hari aku pernah (membonceng) di belakang nabi saw, kemudian beliau bersabda, "Nak, aku akan ajarkan kepadamu beberapa kalimat: 'Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu; Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapatiNya di depanmu.   Jika kamu meminta, maka mintalah kepada Allah dan jika kamu memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan kepada Allah.  Ketahuilah bahawa seandainya umat ini berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepadamu kecuali manfaat yang sudah ditetapkan Allah untukmu. Sebaliknya, jika mereka berkumpul untuk memberikan bahaya kepadamu, maka mereka pun tidak sanggup memberi bahaya kepadamu kecuali bahaya yang telah ditetapkan menimpamu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.."
[HR tirmidzi, hasan sahih]

Kalimat yang paling saya suka dan sangat bermakna bagi saya dalam hadis ini ialah, "Ihfazillah, Yahfazka" yang bermaksud, "Jagalah Allah, nescaya DIA akan menjagamu". Kalimat yang ringkas tapi sangat bermakma. Inilah kalimat yang Rasulullah ajarkan pada Ibnu Abbas.Maksud 'Jagalah Allah' adalah menjaga batasan2 dan syariatNya dengan cara mengamalkan perintah2Nya dan menjauhi larangan2Nya yang berhubung dengan agama, keluarga, harta dan jiwa. Orang yang tidak menjaga Allah, tidak berhak mendapat penjagaan dari Allah. Siapa yang mengabaikan Allah (mengabaikan agama Allah), akan diabaikan dan tidak dijaga oleh Allah.

Mudah untuk difahami.namun, untuk mengamalnya, sangat susah dan berat. Semakin dunia ini maju, semakin banyak juga penyakit yang menyerang keimanan umat Islam kini. Senjata untuk persiapan menghadapi penyakit ini adalah sentiasa perbaharui dan tingkatkan kualiti ketaqwaan.

Tidak hairanlah ada banyak manusia yang sering mengeluh kesah tentang hidupnya, sedangkan hak Allah masih tidak terjaga, bagaimana Allah mahu menjaga haknya? Contoh terbaik telah ada, rasulullah saw. Tidak ada insan yang paling mencintai dan mengenali Allah melainkan Rasulullah saw. Maka, itulah seharusnya kita. Harus mengenali dan mencintai Allah sebagaimana rasulullah. Sebab apa? sebab Allah selalu memenuhi keperluan dan permohonan rasulullah. Allah melindungi rasulullah ketika susah. Rasulullah dimuliakan Allah dunia mahupun akhirat. Sehingga A'isyah r.a, isteri rasulullah pernah berkata kepada rasul, "Aku tidak melihat Rabb mu melainkan DIA tampak dalam kehendakmu" Maksudnya, kerana setiap apa yang rasulullah doakan dan inginkan terjadi,semua dimakbulkan Allah.

Dekatnya Allah dengan Rasulullah.. Abu Talib, ayah saudara nabi juga pernah berkata, "Wahai anak saudaraku, aku tidak melihat Rabb mu melainkan selalu patuh kepadamu" Dan nabi menjawab, "Dan begitu juga padamu wahai ayah saudaraku, andaikan patuh kepadaNya, DIA pun akan patuh kepadamu" [HR Ibnu hajar]

Pernah Allah berfirman pada nabi Musa a.s, "Wahai Musa, jadilah kamu seperti apa yang Aku kehendaki, nescaya Aku menjadi apa yang kamu kehendaki" Itulah yang dikatakan Mukmin. Orang beriman akan mengutamakan Allah di hadapannya, walau manusia menghina, menjatuhkan atau meminggirnya. Mencintai apa yang dicintai Allah dan yang membawa kepada kecintaan kepada Allah. Begitu juga dalam membenci.

Kesimpulan:
Bagaimana Allah dalam hatimu, begitulah dirimu di sisiNya.Jika kita ingin tahu bagaimana kedudukan kita di sisi Allah, maka lihatlah bagaimana kedudukan Allah dalam hatimu?? Sejauh mana kita mencintaiNya, seberapa besar kita sanggup berkorban untukNya dan sejauh mana kita menyesuaikan hawa nafsu kita dengan apa yang Allah mahu dan kehendaki? Jangan sampai kita mengatakan 'Allahu Akbar' (Allah Maha Besar) setiap kali dan berkali-kali dalam solat kita, namun di dalam hati kita masih ada sesuatu yang lebih besar dariNya dan mengagungkan sesuatu selain Allah sepanjang waktu.

 Al-Husin b. Yazdaniyar pernah menasihatkan, "Janganlah mengharap dekat dengan Allah jika Engkau masih lebih mengutamakan manusia. Janganlah mengharapkan cinta Allah jika Engkau masih suka kemewahan. Janganlah mengharapkan kedudukan dari Allah jika engkau masih suka kedudukan di sisi manusia"

Muhasabah bersama:
Tidak mahukah kita diberi perlindungan dan dihindari azabNya di dunia mahupun di akhirat? Maka, Jagalah Allah ..Bila selalu ingat dan ikut, DIA juga akan selalu. Bila sekali-kali, Allah juga sekali-kali. You choose. Wallahua'lam