Assalamualaikum wbt....
Redha adelah satu perkataan yang mudah untuk diungkapkan,tetapi sukar untuk dilaksanakan.Bagi diri yang menulis ni pun,kadang kala,apabila diuji,tewas juga dalam 'desakan' emosi.Sedangkan,sebagai seorang 'mukmin',kita perlulah bersedia menghadapi segala ujian dari Allah,menerima dengan hati yang redha dan berikhtiar untuk memperbaiki situasi.Anda mungkin seorang muslim,tetapi,belum tentu untuk mencapai level mukmin.kenapa???kerana kita percaya rukun islam dan rukun iman,tetapi sejauh mana tahap penghayatan kita pada rukun iman yang ke-6,percaya kepada qada' dan qadar.
Percaya dan yakin sahaja belum cukup untuk membuktikan keimanan kita kepada Allah.Dalam konsep tauhid sendiri,3 komponan penting yang perlu dipenuhi ialah mengakui dengan hati,ikrarkan dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan.
Sebelum diuji mudah kita melafazkan kata,:"aku yakin dengan takdir ilahi,apa yang terjadi,insyaAllah,itu yang terbaik."...Tetapi semasa mendapat musibah,adakah kita akan:
:"In sha Allah,aku yakin dapat menghadapi ujian ini.Aku redha Ya Allah dengan apa yang berlaku.Sesungguhnya,ada hikmah disebaliknya."
Atau
:"Kenapa mesti aku yang ditimpa musibah ni??Ya Allah,aku dah cuba jadi hambaMu yang terbaik,tapi kenapa kau uji aku dengan ujian yang maha berat ni??"
Hidup ini 1 pilihan,tepuk dada,tanya iman.Setiap dari kita,pasti akan diuji oleh Allah,bersiap sedialah,latih diri kita untuk menerima segala suratan ilahi tanpa ada sedikit pun keluhan,kerana perancangan Allah adalah yang terbaik.
Apa itu redha??
Redha itu hati menerima kenyataan,otak dan tubuh ikhtiar perbaiki keadaan.Redha ni tak sama dengan pasrah.Kalau pasrah,kita menerima suratan takdir,tapi,mungkin tiada usaha ke arah memperbaiki keadaan..Redha adalah solusi terbaik dlm mghadapi segala ujian.Prinsipnya,sama ada kita redha,atau tidak,perkara itu tetap akan terjadi.Macam mane kita mengeluh sekali pun,ia tidak dapat menghilangkan atau mengurangkan musibah tersebut.Alangkah beruntungnya andai kata kita berjaya 'lulus dgn cemerlang'semasa menghadapi ujian Allah.Klu nya,hanya satu,REDHA..Mampukah kita???In sha Allah,sama2 latih diri ,mulai dari hal yang kecil.Sahabat yang dikasihi sekalian....
Hidup ini sangat bosan jika monotone,tiada dugaan,sentisa senang sepanjang masa.Ujian itulah yang akan menjadikan kita lebih dewasa,mnjadi rencah kehidupan.Sesungguhnya,'penderitaan' kita bukan kerana kenyataan,tetapi ketidak siapan kita untuk menerima kenyataan.Jadi,marilah kita sama2 mempersiapkan diri kita,membina tembok keimanan yang kukuh,untuk menghadapi ujian yang pasti akan tiba.
Akhir kata,mari kita sama2 merujuk ayat(29:2):
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan"kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji?
No comments:
Post a Comment