Friday, 24 October 2014

~ Kerana Itu TakdirNya..~




















Kedinginan malam membaluti tubuh. Sedingin rasa yang membaluti hati dan jiwa.
Saat ini…pilu menggayuti tangkai hati apabila teringat-ingat segala peristiwa yang berlaku.
Disulami pula oleh kehadiran bait-bait kenangan. Datang satu persatu. Seakan sebuah episode yang menayangkan satu persatu cerita.

Cerita suka dan duka antara aku dan dia. Kemudian cerita itu pun berakhir. Menjadi sebuah kisah yang lengkap.Seperti cerita filem dan drama. Beratus-rastu episode pun, ia mesti berakhir. Samada pengakhirannya hepy ending or sad story, tetap akan berakhir.

Dan pengakhiran ceritaku dengannya berakhir dengan sebuah cerita syahdu…Dalam sendu dan tawa. Dalam gembira dan air mata. Allah telah melengkapkan cerita ini. Kisah aku dan dia. Abadi menjadi lipatan sejarah hidup.

Cerita yang Allah titipkan di pertengahan perjalanan dalam musafir yang panjang.Cerita menjadi takdir. Sebuah takdir yang DIA mereka ciptakan cerita, kemudian melengkapkan untuk kami.

“Setiap permulaan pastinya ada pengakhiran. Setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan. Itu sudah lumrah. Jika tidak mahu mengimaninya, terserah. Jika tidak dapat menerima hakikatnya, jangan sampai iman itu menjadi parah.”

Kata-kata itu bukan untuk sesiapa, tetapi ia untukku. Biar diri lama termenung, berfikir dan bermuhasabah panjang.

Kenangan datang lagi. Terbayang-bayang di mata. Sungguh… ia sangat sukar untuk dihapuskan.

Tidak... Ku tidak berhajat untuk memadamkannya. Biarkan kenangan itu terus bergulir kerana kini ku hanya punyai kenangan itu. Sekurang-kurangnya, ku masih ada kenangan itu bersamanya.Biarpun kini jasadnya sudah terpisah dengan jasadku, jauh dan kian jauh. Sepi dan kian sepi. Namun.kenangan tidak mungkin akan terpisah dari diari hidup kami.

Terkenang-kenang lagi. Saat indah bersamanya, mana mungkin akan ia luput? Berteman. Siapa yang tidak ingin berteman dengan sejati? Kekal abadi hingga jannah Ilahi.

Tuhan…mana mungkin layak untuk ke syurgaMu, dengan keadaan diri yang penuh hina dan dosa. Namun, apabila teringatkan janjiMu, orang yang saling berkasih sayang keranaMu antara golongan yang akan duduk di bawah arasyMu kelak. Siapa yang tidak mahu?

Dan itulah yang didamba. Berukhuwah hingga ke syurga. Namun, ia bukan semudah yang dikata. Sekali lagi ku baca dan renung sepatah ayat ini dalam-dalam.

“Berukhwah hingga ke syurga”

Saat membaca kembali kisah-kisah lama yang ku postkan mengenai ukhwah. Ya, coretan-coretan kata yang aku abadikan selama berukhwah dengannya. Semua bait-bait yang terlakar itu sebenarnya kisah antara aku dan dia.
Air mata merembes kian deras di saat ku buka kembali artikel yang bertajuk;

" ku ingin masuk syurga bersamamu.!”

Allahu…benar-benar  ku tulis tulisan itu dengan hatiku begitu kuat melekat padanya. Benar-benar inginku masuk syurga bersamanya. Bukan sekadar kata-kata kosong. Tetapi itulah yang lahir tulus dari hatiku.

Kemudian, kenangan itu terhenti tiba-tiba. Kembali tersedar.Kini impian itu cuma tinggal kenangan. Dan mungkin akan berkubur sepanjang zaman.

Tidak semua mampu membawa ukhwah hingga ke syurgaNya. Kerana pastilah ada seribu hadangan yang perlu dilalui. Cerita kami juga, punya ujianNya.Begitu lama kami menyulam ukhwah ini. Ku akui, sememangnya tidak pernah sepi dari dugaan melanda.

Insaf. Ujian itu tanda kasihNya. Penguat sebuah hubungan. Selama ini kami meniti, menitinya bersama dengan hati-hati.Namun, di akhir cerita, kami tidak mampu lagi. Dan akulah yang menjadi paling lemah. Terduduk diam sepi tanpa dapat berkata-kata lagi...

Sakitnya sebuah hakikat kebenaran, tidak terperi sakitnya jika dibandingkan dengan sakit jasmaniku. Mengoyak-goyak rasa hati.Menangis mengenangkan semuanya. Sakit di dada kian berdenyut-denyut, tapi tidak lagi diendahkan. Saat itu cuma ingin menangis semahunya.


Terasa hampa dan kecewa. Saat itu, terlalu kecewa,Hati menangis hiba. Berlagu kian pilu.

Tiada siapa yang bersalah. Ku ingin imani, semuanya telah Engkau takdirkan begini. Kerana kami pun tidak pernah minta seperti ini.

Walaupun setiap hari kami berdoa untuk dikekalkan ukhwah ini. Namun, kerana Engkau telah menghendaki kami berpisah, tetap akan berpisah jua...

Ku akur. Ku ingin pasrah di atas segalanya. Ku ingin maafkan dia seikhlas hatiku, semampu ku. Maafkan hamba kerana hamba juga cuma insan biasa. Yang punyai rasa kecewa dan hampa. Tetapi ku tidak ingin terus larut dan hanyut dalam perasaan itu.

Walau apapun yang telah berlaku, walau apapun yang telah terjadi antara kami, walau apapun Tuhan, ku ingin sentiasa memaafkannya. Sebesar apapun kesalahannya, walau bagaimana besar pun luka yang tertoreh, ku ingin memaafkannya dengan sepenuh hatiku. Seikhlas mungkin.

“Tuhan. Jika Engkau lagi Maha Pemaaf, pinjamkanlah daku sedikit kemaafaan itu. Agar dengan memaafkannya, bisa terampun segala dosa-dosaku. Kerana dia juga manusia yang tidak sempurna. Aku juga sama. Tiada yang sempurna melainkan Engkau Ya Khalik.

Ku ingin ikhlas. Ku ingin redha dengan segala yang berlaku. Berikanlah daku keikhlasan dan keredhaan itu Rabbi. Agar dengannya, dapat pula ku raih redha dan cintaMu.Ku tidak sesekali ingin membencinya setelah apa yang terjadi, jauh pula ingin bermusuhan. TIDAK. Tidak pernah hadir pun perasaan itu walaupun sedikit.Kerana…jauh di sudut hatiku…ketahuilah,, ku amat menyayangimu kerana ALLAH. Hanya Cuma kerana ALLAH.

Oleh kerana rasa itu ku sandarkan sejak dari dulu lagi keranaNya, maka ku akan tetap menyayangimu. Dahulu, kini dan selamanya. Ku letakkan ia senyap-senyap jauh di sudut hatiku.
Biarpun ungkapan itu tidak lagi dapat terungkap dengan lisan seperti dahulu, tetapi kini ku abadikan ungkapan itu dalam sujud doaku pada Tuhan.

Didiklah hati. Didiklah iman, didiklah ia menjadi bunga-bunga takwa, sehingga merimbun menjadi rimbunan redha.

Subhanallah…sukar…sangat sukar…terkadang, ku juga sama… kerana rasa tidak tertahan rasa pedih dan kecewa, diluahkan juga kepada manusia. Diadukan juga pada makhlukNya.Namun, kemudian kembali tersedar, DIA yang mentakdirkan segala-galanya. DIA yang membuatkan cerita kami menjadi sedemikian rupa.

Ku akui, untuk bertemu dengan kekasih sejati amat sukar sekali. Bukan mudah. Tidak semua orang bisa memiliki kekasih sejati. Tetapi, sekurang-kurangnya aku sudah pernah memilikinya. Pernah berteman sejati dengannya.

Alhamdulillah, aku bersyukur sebenarnya. Kerana dia pernah membahagiakan aku. Pernah
membuatkan aku berasa menjadi orang yang cukup bertuah punyai seseorang yang sangat menyayangi diri ini. Masa itu. Suatu ketika dahulu.

Bersyukur dan amat bersyukur sebenarnya di atas semua yang terjadi ini. Kerana sebenarnya Tuhan ingin mentarbiyah diri.Bermuhasabah kembali. Mungkin ada kelalaian dan kealpaan kami semasa berukhwah sehingga ALLAH menjadi cemburu.

Ya, mungkin ALLAH cemburu. Kerana kasih sayang seperti apapun di antara makhluk, jangan sesekali kita terlupa bahawa kasih sayang kepada Sang Pencipta harus sentiasa diletakkan yang paling utama. Paling teratas di antara apapun.Dan mungkin selama ini kami telah terlebih kasih sehingga diuji dengan perpisahan ini. Mungkin juga pernah menjadi terlalai seketika dariNya. Semuanya mungkin.

Tuhan, Ku ingin mengerti. Tidaklah Engkau menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia, melainkan pasti ada hikmah di sisiMu..Apa hikmahnya?? Meskipun hati tidak mampu menjawab, tetapi ku tahu suatu hari nanti KAU pasti akan singkapkan semuanya.

Pasti ada kebaikan. Meskipun ternampak buruk. Pasti ada kebaikan, meskipun di mata manusia ternampak cela. Kerana rahsia itu, hanya Engkau yang Maha Tahu, ku cuma hamba yang sangat terbatas pengetahuan tentangnya.

Tuhan.. kerana takdirMu kami berpisah. Dan ku pohon, moga dengan takdirMu jua kami bertemu dan bersama kembali. Bukan lagi di sini. Bukan lagi di dunia yang penuh kepura-puraan ini. Tetapi di sana. Di sana. Di syurga sana.

Moga di sana nanti, tiada lagi rasa hampa dan kecewa, tiada lagi duka dan nestapa, tiada lagi luka dan air mata, yang ada bahagia cuma.Semoga…semoga..dan semoga…ku cuma ingin doakan yang baik-baik sahaja kepadanya. Lantas ku aminkan ia dalam raup doaku di keheningan malam ini.

Dengan apa yang terjadi, lama mata terpejam bermuhasabah panjang… subhanallah…lama kelamaan, semakin terasa agungnya kuasaMu Tuhan…Berakhir kisah kami dengan sebaik-baik jalinan cerita dariNya. Meskipun mungkin ia boleh dikatakan ‘sad ending’…Dan buat yang terakhirnya;


“Maafkan daku. Kerana kita tidak mungkin lagi dapat bersama seperti dahulu. Maafkan daku.
Bukan ku tidak ingin memberimu peluang itu, tetapi sudah tiada lagi peluang itu buat kita.
Selama ini, DIA telah bagi kita banyak peluang sebenarnya. Dan ku telah bersyukur di atas peluang-peluang yang diberikan itu.Tapi kini, kita sememangnya harus berpisah. Jangan disoal lagi kenapa.?

Jawapanku,, Kerana itu takdirNya…” :’(

Kadang-kadang...Allah sengaja mentakdirkan kita berpisah setelah DIA menemukan kita...kerana di sebalik perpisahan itu ada erti kesabaran dan semakin bertambahnya simpulan kasih sayang dalam diam..meskipun tidak terzahir dengan mata, tetapi DIA Maha Mengetahui segalanya.Belajarlah untuk pasrah kepadaNya. Kerana jika iman menyakini, pasti akan ada yang terbaik masa depan nanti yang disediakan buat kita sebagai hambaNya...yakinilah...

semua manusia dlm alam ini hanyalah makhluk kepunyaa






Tuesday, 21 October 2014

~ Belajar Dari Cicak ~



















Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah begitu sukar bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap yang juga mampu terbang  bagi memburu mangsanya? Barulah adil.

Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, sungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapat rezkinya. Seolah-olah cicak tidak ‘mengeluh’ kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezeki. Secara mudah, bolehlah dikatakan cicak tidak fokus pada kekurangannya, sebaliknya berfokus pada kelebihannya. Hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya.

Anak-anak juga perlu belajar daripada kegigihan cicak ini. Sebagai manusia, kita juga ada kelebihan, dan kita juga ada kekurangan. Untuk berjaya kita perlu tumpukan pada kekuatan kita. Mungkin kita pelajar miskin, tapi itu bukan penghalang untuk berjaya. Tumpukan pada kerajinan kita. Mungkin fizikal kita agak lemah, tetapi pertajamkanlah fikiran kita. Mungkin kita anak yatim, tetapi kita masih boleh membina hubungan yang baik dengan ibu saudara, bapa saudara, guru-guru dan teman-teman kita. Tegasnya, jangan jadikan kekurangan sebagai satu alasan… tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!
  
Jadi bila anak-anak melihat cicak, jangan pandang begitu sahaja. Jangan hanya melayan imiginasi minta diberi sepasang kaki dan tangan seperti cicak… sedarlah kita lebih mulia daripada cicak. Sebaliknya pandang kelebihan yang ada pada kita manusia. Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan. Allah Maha Kaya, pasti ada kelebihan pada setiap manusia yang diciptakan-Nya termasuk diri kita. Ingatlah ungkapan yang berbunyi:

“Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. DIA hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”





~ Zaman Nabi Ibrahim: Kisah Burung Pipit ~

























Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yg zalim, seekor burung pipit berulang-alik drpd sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dgn membawa air kolam tadi dlm paruhnya yg kecil.

Kejadian ini dilihat oleh Malaikat Jibril a.s. & Jibril bertanya kpd sang pipit,

“Adakah air itu mampu utk memadamkan api yg menggila marak dan besar itu? “

Lalu sang pipit menjawab,

“Yg dia tahu bahawa air yg dibawa tidak terpadamkan api yg ganas itu. Namun, sekurang2nya saya telah menjalankan tanggungjawab dan tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.”

Iktibar dan pengajaran:

Sebagai seorang insan yg mengaku beragama Islam: Apakah usaha kita utk menegakkan syiar kebenaran Islam?

Adakah kita hanya berpeluk tubuh bila Islam dihina dan dicerca?

Usaha yg kecil namun dikerjakan secara berterusan lebih baik ertinya drpd usaha yg kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. Bagaimanapun, ia lebih baik drpd langsung tidak berbuat apa-apa.

Ada juga insan yg merasa takut utk menegur pemimpin krn beliau berfikir beliau hanyalah seorang insan kerdil yg tidak punyai pangkat atau jawatan.

Jadilah insan yg benar2 berjiwa merdeka. Apa makna merdeka? Maknanya kita bebas, tidak takut dan tidak memperhamba diri kpd manusia.

Jadilah insan berjiwa merdeka yg tauhidnya jelas iaitu berani menyatakan sesuatu yg benar tanpa rasa gementar dgn ancaman dan ugutan manusia.

Niat kita mesti betul dlm perjuangan, niat kita wajib diperbetulkan.

Kita berjuang krn Allah.
ALLAHU AKHBAR!!!

~ RINDU ~




















Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah

Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

-HIJJAZ-

Sunday, 12 October 2014

~ 'Pengorbanan' : Bukti Cinta Kita kepadaNya ~


























Setitik demi setitik.

Air mata itu gugur jua ke pipi.
Tuhanku... 

Betapa beratnya ku rasakan

Setiap pengorbanan yang dipersembahkan
Semoga Engkau sudi untuk memandang
Dan mengira setiap butir zarah amalan.

Meski demikian,
Banyaknya kecacatan dan kekurangan
Namun tetap ku berharap sepenuh harapan
Titipkan padaku sejuta keyakinan dan kepercayaan
Sematkan padaku sebuah kekuatan dan ketabahan
Dalam melayari setiap ujian dan dugaan kehidupan..."

Bismillah.
Di saat hati rasa terpuruk, jiwa rasa terjeruk.Di saat diri merasa lelah dengan pelbagai masalah, di saat diri merasa lemah dengan ujian yang tak sudah.Ketahuilah, dan sedarilah. Itu cuma hanya cebisan pengorbanan kita sebagai hamba Allah.Hidup ini sentiasa perlu berkorban. Antara suka atau tidak, antara mahu atau tidak, antara perlu memilih atau tidak.
Begitulah lumrah kehidupan di dunia. Kerana dunia adalah medan ujian. Medan kita menghamburkan seribu satu pengorbanan.Berkorban harta benda. Berkorban tenaga dan masa. Berkorban perasaan dan segala-galanya untuk membahagiakan orang yang tercinta.
Namun, setinggi-tinggi pengorbanan adalah pengorbanan kita pada yang Maha Esa.Kita merasakan, berkorban pelbagai harta, tenaga dan masa untuk orang yang kita cintai itu adalah pengorbanan yang cukup besar kita lakukan.Rupanya, ia terlalu kecil wahai diri. Cebisan tanda cinta kita pada manusia rupanya berada di aras yang terendah.Sedangkan pengorbanan yang paling tinggi adalah berkorban apa jua untuk DIA, Sang Pencipta kita.
Mengorbankan diri untuk jalan juang dan berkhidmat untuk agamaNya, itu lebih utama.

Saturday, 23 August 2014

~ Damai KasihMu ya Ilahi ~
















Hadirnya bak hembusan bayu,
Tenang jiwa bersama Yg Satu,
Itulah Iman penyeri kalbu..

Sentuhannya jauh mendalam,
Di jiwa yang dahulunya kelam,
Bersemi di kejauhan malam,
Mengharap kasih Tuhan semesta alam..
Untaian keampunan itu,
adakah kekuatan amalku mampu..?

Ya Tuhan..
Ampunilah dosa-dosaku..
Yg silamnya kaku dipenjara nafsu..
Ya ALLAH,
Akan kupatri janji padaMu,
Hingga hujung waktuku,
Walau di mana pun aku..
Kerana aku rindukan sentuhanMu,
Yg suatu masa dahulu pernah menyapaku..
Sungguh mendamaikan kalbu..

Namun,
Kealpaan menghanyutkan akal,
CintaMu menjadi taruhan,
Akhirnya karam bersama Iman..
Kini,
Kucari kembali,
Kasih yg mendamaikan hati,
Di lautan duniawi,
Demi cintaMu yg sejati,
Menuju syurga firdausi..
Ku mohon padaMu Ya Rabbi,
Andai ditakdirkan aku bernafas setakat ini,
Moga akhirku dgn husnul khatimah,
Dijauhi dari suu ul khatimah..

Nanti,sampaikan pada dia,
Ukhuwah terjalin tetap bersemadi,
Meskipun aku tiada nanti..
Rindu dan sayangku kpd dia,
Di bawah naungan cintaMu ya Ilahi..
Moga kan tetap diingati...

~ HaDirNya KeSeDiHaN ~

















Kesedihan!
Engkau datang tanpa diundang..
Pergimu menjelang tanpa ungkapan salam..
Engkau menertap masuk tanpa dijemput…
Hinggapmu lekat diberbagai sudut..
Dengan wajahmu yg basah kuyup..
Dengan lidah yang menempah gundah..
Dengan cara yang membawa lara..
Dengan bahasa yang menjelma duka..
Bagimu rupa yang bermacam warna..
Ada hitam ada juga putih..
Hingga aku lupa bezakan namamu..

Kesedihan!
Pada awal mengenalmu,..aku sungguh terkedu..
Menatap wajahmu nan suram..seakan2 hidup menjadi kelam..
Aku terdiam dan terbungkam…
Siang bagaikan malam..
Malam tanpa cahaya..
Cahaya bagaikan kelam..
Kau cuba hentam rasa takut dan kalut..
Sehinggah nafas menjadi semput dan susut..
Lantas kau rampas ceria hidup yang dihirup…
Dari aku yang dalam kegembiraan..

Kesedihan!
Tika ini, telah lama aku mengenalimu..
Apa tidak, sering kau lalu dan bertemu..
Entah berapa kian kali kau datang ke sini..
Entah berapa waktu ku kau ganggui..
Entah berapa medan yang kau tentang..
Entah berapa lama kita berkawan tanpa sayang..
Datang dan pulangmu sama sahaja..
Hadir dan pergi bagai angin..

Kesedihan!
Sejak dulu apa yang ku tahu..
Tentang dirimu yang selalu diburu..
Setiap kali kulihat rupa sayumu..
Acap kali ku panggil syahdu nama Tuhanku..
Setiap kali kudengari telapak kakimu bergerak..
Ku seru Tuhanku dengan sebak..
Setiap kali kurasa kau mula melangkah..
Jiwaku pasrah pada Allah kuberserah..

Kesedihan…
Ku tahu..
Kau kan terus datang.. Sukar dihalang..
Kau kan terus bertemu …sukar dijemu..
Kau kan terus bersama… sukar dilupakan..
Kau kan terus mengalir... sukar menahan sebak..

Namun..
Pabila kita berjumpa..
Kau kan hambat dengn air mata munajat..
Kau kan ku lontar dengan esakat istiqfar…
Kau kan ku siaga dengan tangisan doa…
Kau kan ku gempur dengan rasa syukur…

Kesedihan..
Hadirlah jika itu yang kau mahu..
Pada insan yang kau tahu..
Siapakan ia kalau bukan aku…
Moga jelmamu selalu membangunkan pilu dimalam syahdu..
Utuk kumembasahi pipi dengan meratapi :
“Ya Rabbi!!! Kasihanilah HambaMu ini!!!”
Aku ingin mencari ketenangan abadi dariMU.

P/S :  bersedihlah kita sebelom kita menangis..kerna takutkan ALLAH,air mata yang menangis itu akan memadam api neraka dihari nanti.

~ Gema SeruLing Senja ~























Gema Seruling Senja

Ketika gerimis turun mencurah

ku tuliskan sebuah puisi

ku sisipkan senyuman rindu

yang tiada retak membungai bicara syahdu

akukah si Perawan Desa..

pada setiap tidurku ..

berwajahkan hanya dikau

mempimpin tangan... meniti pelangi senja

kita melihat langit berlampukan bulan

dan kerlipan bintang bersemarak di jiwa



kemudian...

aku berlari di padang yang luas

lalu duduk menghirup udara di tasik

ingin membebaskan resah di angin senja

kau mula meniup seruling bambu

embun pun menetas di hujung mataku

bergayut di kelopak mawar

yang ada dalam genggaman tangan

ku letakkan setangkai mawar di depan mu

" Simpanlah ia... yang akan menyegarkan

setiap kenangan kita..."

dan seruling mu terus bergema disetiap senja..

Tuesday, 19 August 2014

~ SEMOGA SENTIASA QAWIE ~






















"Ya Samiul Alim...

Di saat tangan tidak mampu menyentuhnya.
Di saat diri tidak mampu berlari kepadanya.
Di saat mata tidak mampu menatapnya...

Maka ku pohon.

Dari segala rasa jiwaku,
dari segenap sudut hatiku.
Jagakan dia untukku.

Kerana Engkau sebaik-baik penjaga.
Kerana Engkau sebaik-baik pemelihara.
Kerana jauh lebih besar kasih sayangMu
pada dirinya berbanding kasih sayangku.

Jika dia sakit, sembuhkanlah.
Jika dia lemah, kuatkanlah.
Jika dia berduka, gembirakannya.
Jika dia bersedih, pujuk hatinya.
Jika dia hilang arah,
berikan petunjuk yang benar kepadanya.

Hanya kepada Engkau ku pinta.
Dalam sujudku ini, hanya untuk dirinya...

semoga sentiasa qawie (kuat)

~ DOAKU ~






















Jalan ke syurgawi,
bukan seindah yang dibayangi.
Jalan ke sana penuh dengan duri
yang menyakiti.

Kadang kita menapaki jalanNya dengan penuh tabah.
Terkadang juga kita jadi terpesong dan terjatuh dari jalan Allah.


Allahurabbi Ya Azim...

Tika saat buntu dan keliru,
pegang hati kami agar tetap selalu berada di atas jalan lurusMu.

Tika saat buntu dan keliru,
jangan Kau biarkan diri terbiar sendiri tanpa petunjuk daripadaMu.

Tika saat buntu dan keliru,
berikan kami jalan keluar pada setiap permasalahan kami.

Tiada apa yang kami pinta kecuali petunjuk dan hidayahMu.
Agar selalu menerangi setiap kehidupan kami menuju redhaMu...

Allahumma amin ya Rabb.

Sunday, 3 August 2014

~ Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia ~














RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.”

 (Hadis riwayat Muslim) 


Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

 “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”

 (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)


Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.”

(Surah al-Kahfi, ayat 28)


Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi:

 “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”


Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar
kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”

(Hadis riwayat Muslim).


Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.”

 (Hadis riwayat Bukhari). 

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama.Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” 

(Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)


Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Saturday, 19 July 2014

~Lailatul Qadar Kemuncak Pesta Ibadah ~
















Fasa ke3 Ramadhan Pembebasan dari Api Neraka
Alhamdulillah, kita telah memasuki fasa terakhir dalam bulan Ramadhan iaitu pembebasan dari api Neraka iaitu disepuluh terakhir. Apa yang kita sangat harapkan bertemu malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Apabila kita masuk saja fasa terakhir dalam bulan Ramadhan iaitu pembebasan dari api Neraka iaitu disepuluh terakhir. Apa yang kita sangat harapkan bertemu malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Di fasa ini kita di tuntut menggandakan amal ibadah, bertahajjud, berikhtikaf di masjid, membaca al-Qur'an, zikrullah, berdo'a, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t dari segala dosa dan kesalahan dan memohon untuk di bebaskan dari siksaan api Neraka!

Teruskanlah ibadah dengan bersungguh-sungguh, kurangkan berbicara dan sembang-sembang kosong, tinggalkan rutin harian seperti menonton t.v dan sebagainya, ikutilah amalan Nabi s.a.w yang merasa terlalu sibuk lebih dari masa-masa sebelumnya kerana fasa terakhir ini amat penting iaitu mendapat pembebasan dari siksaan api Neraka. Nabi s.a.w. masa 10 malam terakhir mengikat kain sarung baginda (tidak mendekati isteri-ister baginda) .Kita amat berharap belas kasihan Allah s.w.t. semoga Allah memberi pembebasan dan menyelamatkan kita dari siksaan api Neraka. Malaikat Jibril mengatakan celaka pada mereka yang berakhir Ramadhan tetapi namanya masih tercatat sebagai ahli Neraka.

Allah s.w.t. Maha Mendengar atas rintihan hamba-hamba-Nya yang mengaku atas dosa dan kesalahannya meminta rahmat dan rahim Allah s.w.t. dimalam yang penuh sahdu hingga menitiskan air mata penyesalan.

Alangkah bahagianya hidup kita apabila Allah s.w.t. mengampunkan segala dosa-dosa kita dan diredhai-Nya dan dipilih untuk memasuki Syurga-Nya seluas langit dan bumi.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa yang memohon Syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, maka Syurga itu berkata :'Ya Allah masukkanlah ia ke Syurga!' Dan barangsiapa yang memohon diselamatkan dari Neraka sebanyak tiga kali, maka Neraka itu berkata: 'Ya Allah! Selamatkanlah ia dari Neraka," (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sahabat yang dimuliakan,
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan do'a oleh Allah s.w.t. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97 Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu bulan"

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.maksudnya :
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan maksudnya :
"Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah maksudnya :
"Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27."

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadis daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi maksudnya :" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan do'a:

" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

"Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan Syurga, dan aku memohon perlindungan-Mu dan dari azab api Neraka."

Sahabat,
Walaupun malam Lailatul Qadar ada riwayat menyatakan 27 Ramadhan tetapi seelok-eloknya kita isi kesemua malam terakhir (10 malam) dengan amal ibadah dan beriktikaf di masjid kerana ganjaran Ramadhan adalah cukup besar berbanding bulan-bulan yang lain. Nabi sendiri menghidupkan 10 malam terakhir dengan berikhtikaf di masjid, beribadah, solat, zikir dan baca al-Qur'an dengan penuh kesungguhan. Mintalah ampun dengan penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah supaya kita dibebaskan dari siksaan api Neraka.
















Friday, 18 July 2014

~ Petua Imam Al Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar ~

















Maksud Lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan

Isnin - dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat - dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan
Khamis - dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan
Sabtu - dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam yang lain juga. Sebabnya Ibnu Kathir ada menulis dalam kitabnya; ada sebahagian ulama' berpendapat setiap malam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatul Qadar [tak kira ganjil tak ganjil] Jadi, lebih baik kita anggap setiap malam adalah malam Lailatul Qadar supaya boleh jadi perangsang kepada kita untuk tingkatkan ibadah secara istiqamah.. Jika ditakdirkan Allah tak memberi malam Lailatul Qadar pada kita, ibadah yang kita buat secara bersungguh sungguh tu tak sia sia bukan? malah Allah akan berikan ganjaran yang setanding dengan amalan yang kita lakukan tu.. Allah kan Maha Adil  dan Pemurah.. Nasihat berharga dari Almuhtaram Ustaz Muhadir bin Haji Joll bagi mereka yang ingin mencari malam lailatul Qadar... >> dipetik dari satu website ( tak ingat nama websitenya.. semoga Allah merahmati si penulis]:

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba. Itu sahaja dapat dikongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W.

Marilah kita menjadi umat yang memperolehi kelebihan daripada anugerah Allah ini

Monday, 14 July 2014

~ Doa Ramadhan ~






















Hari Pertama

“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”
Hari Kedua

“Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih”

Hari Ketiga

Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.


Hari Keempat

Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.

Hari Kelima

Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya..
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala Pengasih.

Hari Keenam

Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.

Hari Ketujuh

Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk
mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai
pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.

Hari Kelapan

Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak
yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan
kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.

Hari Kesembilan

Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu.
Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju
keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang
merindu.

Hari Kesepuluh

Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.

Hari Kesebelas

Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan
kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku
daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu
wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.

Hari Kedua Belas

Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri
ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan
keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang
aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.

Hari Ketiga Belas

Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah
kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan
kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan
Mu wahai pengharap orang yang miskin.

Hari Keempat Belas

Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan.
Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan
diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan
kaum Muslimin.

Hari Kelima Belas

Ya Allah, limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang
khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan
keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.

Hari Keenam Belas

Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan
seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang
melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam
akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.

Hari Ketujuh Belas

Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.

Hari Kelapan Belas

Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku
secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti
segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.

Hari Kesembilan Belas

Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku
menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman
kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.

Hari Kedua Puluh

Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku
pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat
suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.

Hari Kedua Puluh Satu

Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah
engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal
dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Dua

Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.

Hari Kedua Puluh Tiga

Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.

Hari Kedua Puluh Empat

Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.

Hari Kedua Puluh Lima

Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.

Hari Kedua Puluh Enam

Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.

Hari Kedua Puluh Tujuh

Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku,
ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan
hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada
hamba soleh.

Hari Kedua Puluh Lapan

Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan

Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.

Hari Ketiga Puluh

Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima
oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya
yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan
keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian
alam.

~ BERDOALAH DALAM TANGISAN DI RAMADHAN INI ~























Berdoalah kalian:
Ya Allah muliakanlah aku ketika menghadapi sakaratul maut.
Ya Allah muliakanlah aku untuk menghadapi masuk ke alam barzakh.
Ya Allah muliakanlah aku ketika berada di alam barzakh
Ya Allah muliakanlah aku ketika aku bangkit di Padang Mahsyar
Ya Allah muliakanlah aku ketika aku berada dihadapan mizan mu nanti.
Ya Allah berilah aku syafaat Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah muliakanlah aku ketika aku meniti Titian Siratulmustaqim
Ya Allah muliakanlah aku ketika aku berhimpun dengan orang-orang yang ku sayangi di syurga nanti.
Sahabat... Berdoalah dalam tangisan.... Mungkin juga Ramadhan ini ialah Ramadhan yg terakhir bagi kita...

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dia titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang difardhukan oleh Allah".
(Hadith riwayat at-Tarmizi).

Monday, 16 June 2014

~ Jauhkan Perasaan Ujub Dalam Kehidupan ~





















Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)


Ujub ini adalah penyakit yang melanda semua manusia. Kita terdedah dengan ujub pada setiap ketika. Semoga Allah bersihkan hati kita untuk menidakkan sifat ujub ini. Takutnya jika amalan kita yang sedikit ini habis ditelan oleh ujub.

Monday, 9 June 2014

~ KASIH SAYANG DAN RAHMAT ALLAH ~
















السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga kita semua didalam Rahmat Allah dan kasih sayangNya.

Manusia dimasukkan ke dalam Neraka kerana keadilan Allah. Tidak ada siapa pun yang dilemparkan ke dalam Neraka kerana terzalim. Mereka yang dilemparkan ke Neraka juga tidak terasa dizalimi. Penghuni Neraka itu sendiri akan merasakan patut dan layak mereka itu dicampakkan ke dalam Neraka dan semua mereka sedar akan punca dan sebab-sebabnya.

Namun demikian, keadaan ini tidak sama dengan Syurga. Hakikatnya adalah tidak adil kalau manusia itu dimasukkan ke Syurga. Tidak ada manusia yang layak untuk ke Syurga. Tidak ada kebaikan atau amalan soleh yang dibuat oleh manusia yang dengannya ia dapat membeli nikmat Syurga. Walau bagaimana banyak dan hebatnya amalan soleh seseorang manusia itu, ia tidak akan dapat menebus walaupun nikmat sebelah mata. Ini belum lagi nikmat-nikmat yang lain. Jauh sekalilah untuk membeli Syurga.

Allah SWT memasukkan manusia ke dalam Syurga hanya kerana kasih sayang dan rahmat-Nya. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Manusia tidak dimasukkan ke dalam Syurga kerana amalannya.” Maka Sahabat bertanya: “Tidakkah juga engkau ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Ya, tidak juga aku. Aku dimasukkan ke Syurga kerana rahmat Allah.”

Kalaulah kasih sayang dan rahmat Allah menjadi sebab kita ke Syurga, maka itulah perkaranya yang patut kita usahakan. Apa pun yang kita buat atau yang kita amalkan mestilah untuk menagih dan mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Dorongan bagi kita untuk beramal dan berjuang mestilah juga untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Dorongan bagi kita untuk menjauhkan maksiat dan kemungkaran mestilah kerana takut tersisih dan terlepas dari kasih sayang dan rahmat Allah dan takut Allah akan murka kepada kita.

Justeru itu, hendaklah kita banyak usahakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Di antaranya ialah:

* Banyak menyebut nama-nama orang soleh. Menyebut-nyebut nama orang-orang soleh itu rahmat.
* Makan bersama orang soleh kerana itu rahmat.
* Menerima tetamu. Kerana datangnya tetamu itu membawa rahmat dan perginya menghapuskan dosa.
* Banyakkan amalan-amalan sunat. Allah ada berfirman dalam sebuah hadis Qudsi: “Hendaklah kamu lakukan sebanyak-banyaknya amalan-amalan yang sunat sehingga Aku jatuh cinta dan sayang kepadamu.”

Di dalam konteks yang sama, beramal untuk mendapatkan sebanyak-banyak pahala dan fadhilat dari ibadah tidak ada erti apa-apa. Pahala dan fadhilat bukan menjadi sebab manusia
dimasukkan ke Syurga. Ia bukan matawang untuk kita beli Syurga. Syurga terlalu mahal untuk dibeli dengan pahala dan fadhilat.

Mereka yang beramal untuk mengumpulkan pahala dan fadhilat demi untuk mendapatkan Syurga seolah-olah telah mengkesampingkan Tuhan. Seolah-olah mereka telah menggantikan peranan Tuhan itu dengan pahala dan fadhilat dan seolah-olah pahala dan fadhilat itu menjadi penentu mereka dapat masuk ke Syurga. Mereka merasakan seolah-olah dengan memiliki banyak pahala itu akan terjamin kasih sayang Tuhan dan terjamin Allah tidak akan murka pada mereka.

Yang lebih berbahaya lagi ialah apabila pahala dan fadhilat menjadi matlamat amalan mereka dan bukan lagi Tuhan. Walaupun mulut mereka berkata: “Sahaja aku solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya kerana Allah”, tetapi hati mereka mentasdikkan untuk mendapat pahala dan fadhilat. Pahala dan fadhilat hanyalah apa yang Allah janjikan di atas amalan soleh yang kita buat dan ia adalah urusan Tuhan. Bukan kerananya kita beramal.

Mereka yang beramal untuk pahala dan fadhilat juga telah terjebak dengan cara dunia dan sekularisma. Kalau di dunia mereka mengumpulkan wang untuk membeli kesenangan maka mereka terbawa-bawa untuk mengumpulkan pahala dan fadhilat guna untuk membeli kesenangan di Akhirat.

Pahala dan fadhilat itu sebenarnya ibarat hadiah dari Tuhan. Adakah patut kita berlumba-lumba untuk mendapat dan mengumpulkan hadiah tetapi tidak mengendahkan dan tidak mempedulikan Tuhan yang memberikan hadiah itu. Apa dan siapa sebenarnya yang harus kita sanjung dan perbesarkan, hadiah atau yang memberi hadiah?

Kalaupun kita dapat mengumpulkan sebanyak-banyak pahala, apalah ertinya kalau kita tidak mendapat kasih sayang dan rahmat Tuhan. Tetapi kalau kita mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan, ertinya kita sebenarnya telah mendapat segala-galanya. Tidak ada apa lagi yang kita perlukan kalau kita sudah mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan.

Dengan kasih sayangNya, Dia menciptakan kita.

Dengan rahmatNya, Dia memberikan rezeki kepada kita.

Dengan rahmatNya, Dia memberikan kesihatan kepada kita.

Dengan rahmatNya, Dia memberikan makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal kepada kita.

Dengan rahmatNya, Dia menunjukkan kita kepada Islam dan Iman serta amal soleh.

Dengan rahmatNya, Dia mengajarkan kepada kita apa yang tidak kita ketahui.

Dengan rahmatNya, Dia memalingkan kejahatan musuh-musuh dari diri kita. Allah SWT berfirman, bermaksud, "Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.

Dengan rahmatNya, Dia menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Dengan rahmatNya, Dia memasukkan hamba-hambaNya yang beriman dan yang beramal soleh ke dalam syurga.

Dengan rahmatNya, Dia menyelamatkan mereka dari Neraka.

Wednesday, 2 April 2014

~ CAHAYA DI ATAS CAHAYA..SENTIASA KU DAMBA ~















Termangu.
Mencari sebuah jasad yang hilang.
Mencari hati yang pudar.

Iman.
Andai bisa ku lakarkan iman dengan sepenuh hatiku.
Andai iman itu bisa ditulis.
pasti kan ku tulis yang indah-indah.
Sesinar bintang yang bergemerlipan.

Orang kata, bintang di langit tidak semua berkelip.
rupanya ada yang suram dan malap.
akukah itu bintang yang tergelap?

Sudah puas mutiara jernih mengalir.
Hati, jernihlah seperti mutiara itu.
yang jatuh mengalir tulus.

Sendirian.
lalu ku temukan cuma setengah ketenangan.
nanar mencari setengah bahagiannya di mana tersimpan?

Allah.
Tiada daya melainkan dayaMu.
Tiada jalan melainkan taufiqMu.
Tiada rasa melainkan kerana kurniaanMu.
Izinkan ku tangkap setiap hikmahMu
Agar ku selalu menjadi pencari jalanMu...

"Ya Allah,
kurniakanlah cahaya dalam hatiku,
cahaya dalam pendengaranku,
cahaya dalam penglihatanku,
cahaya dalam ucapan lisanku,
cahaya pada sisi kananku,
cahaya pada sisi atasku,
cahaya pada diri dan keperibadianku,
dan perbesarkanlah kurnia cahaya-cahaya itu bagiku..."


Wednesday, 26 March 2014

~ SUJUDNYA HATI ~






















Bismillah.

Yang teragung dan termulia, untukMu Tuhanku. Pemilik hatiku selamanya.

“Tika rintik-rintik jernih ini mulai jatuh,tersendu sepi dalam sujud.
 Longlai dan lemah.Betapa Dia lagi berbisik, memujuk hati untuk kuat.

Hati, tidakkah engkau dengari?Hati, tidakkah engkau renungi?
Bait-bait kalamNya yang terselit.Membawa seribu erti untuk diteliti.

Justeru hati, kenapa masih ingin berdukacita lagi?”
Bila kesedihan mulai datang mengetuk pintu hati,
bila kesepian datang tanpa diundang, maka saya akan duduk lama-lama di laman ini.

Mengamati dan merenungi dalam-dalam.Untuk setiap baris kalam yang tersusun.
Pada setiap perkataan yang telah dilakarkan.Tulisan yang saya tinta tika iman tersangat ‘kritikal’
dan semasa iman sedang sihat.Ternyata, ada banyak bezanya.

Menulis, untuk saya luah setiap isi hati.Bukan sekadar luahan,
tetapi sebagai muhasabah ke arah kebaikan.
Mengetuk diri yang mungkin sedang kelalaian.
Memujuk hati yang lagi sedang keresahan.

Ya, ‘islah’ untuk diri sendiri terutamanya.

Dan ingin menyelitkan manfaat bersama untuk semua orang.
Meski sentiasa sedari, diri banyak kekurangan dan kelemahan.
Banyak…tak terhitung, malahan merasa tidak layak untuk semua pujian yang sering singgah senyap-senyap di inbox fb.

Allah…andai mereka mengetahui betapa rapuhnya diri ini…
andai mereka mengetahui betapa lemahnya diri ini,
pasti tidak akan ada yang sudi untuk singgah ke laman ini…

*serius mahu nangis*

Namun, di sisi tulisan inilah cuba untuk saya cari kekuatan yang mendalam.
Mencari kekuatan yang kadang-kadang hilang tika diri penasaran.
Mencari kembali kekuatan iman.Iman, yang sememangnya ia mempunyai sifat turun naik.
Nak kekalkan, harus istiqamah dengan amalan.Harus sentiasa rapatkan diri dengan Tuhan.

Nak jatuh? Mudah sekali dengan bisikan syaitan.

“Iblis berkata: ‘Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.’ Allah berfirman: ‘Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)’. Iblis menjawab: ‘Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.” (Shâd [38] : 79-83)



*Noted: kecuali hamba yang mukhlis, yang punyai hati yang bersih dan tulus.

Allahurabbi.

Tunduk kepala kerana teramat malu padaMu... Mukhliskah aku?
“Ikhlaskanlah, dengan keyakinan dan kepercayaan pada sudut qalbu yang paling dalam.”

Sujudnya hati.

Andai hati bisa 'bersujud', maka anggota tubuh yang lain juga pasti akan mudah untuk tunduk bersujud padaNya.Sujudnya hati, ibarat sang abid yang terus mendidik hatinya untuk terus akur, pasrah dan redha pada semua takdir Allah.Di saat hati merasa sunyi, cukuplah menghiburkan diri dengan kalam Allah.
Alunan zikrullah mampu mengubati lelah dan duka.

Di saat hati mulai merapuh, ingin pasakkan kembali keyakinan padaNya teguh-teguh.
Allahu allah…akui, bukan semudah kalam yang tertinta.
Hati yang sekecil itu, betapa ajaibnya ia dapat menampung pelbagai rasa.
Rasa yang kadang-kadang penat, lelah, letih pada dunia.
Rasa yang ingin cepat-cepat kembali pulang ke sisiNya.

Namun,
layakkah diri pulang dengan ‘tersenyum’ di sana?

Hati,
bersujudlah dahulu. Sepenuhnya.

“Bila kau letih dan hilang semangat,Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan mu, Allah sentiasa disisimu. Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada penyelesaiannya. Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya."

Sungguh-sungguh.Mahu redha untuk semua ujianNya.
Mahu redha untuk segala dugaanNya.
Redha itu buah dari kesabaran.
Ditempa dengan jalan mujahadah yang cukup perit.
Tetapi isi buah itu tersangat manis kelak.

Ya, suatu hari kelak.
Sentiasa ingin yakin pada janji Ilahi.
Setia menunggu jawapanNya untuk setiap sujud di dinihari.

Terus menanti.
Moga suatu hari nanti Allah sudi.
Menjawabnya dengan huluran penuh cinta.
Pada setiap bait-bait doa.
Allahumma amin....

*Hati tersangat rapuh saat ini, pohon ehsan kalian mendoakan penulis agar dithabatkan iman dalam ketenangan…barakallahulakum aidan*

ISHA

Friday, 7 March 2014

~ Ketenangan Itu Tidak Wujud Di mana-mana, Tapi Ia Berada Di Dalam Hati ~















Apabila kita melihat pemandangan-pemandangan yang indah dan damai tentu hati kita berdetik; alangkah bahagianya kalau dapat pergi atau tinggal di tempat-tempat tersebut. Di situlah ketenangan dapat diperolehi, di situlah kebahagiaan dapat dikecapi. Paling tidak pun, itulah yang lazim dirasakan oleh sebahagian besar manusia.

Maka menujulah manusia ke pantai-pantai yang permai mencari apa yang mereka namakan sebagai ketenangan. Menjelajahlah manusia ke hutan rimba, ke dataran hijau dan ke bukit serta gunung yang tinggi demi mendapatkan ketenangan yang mereka cari.

Begitulah hakikat fitrah kemanusiaan yang memerlukan hiburan ketenangan, setelah hidup mereka dipenuhi dengan seribu macam kesibukan. Tapi benarkah wujud ketenangan di tempat-tempat yang dikejarkan oleh mereka ini? Di situkah wujud kebahagiaan yang mereka dambakan saban waktu?

Kalau benarlah ketenangan itu berada di tempat-tempat yang indah dan permai, kenapa ada juga manusia yang memiliki ketenangan yang paling hakiki, walaupun kehidupannya hanya dikelilingi lautan pasir dan dipayungi terik mentari?

Siapakah manusia yang paling tenang hatinya kalau bukan Nabi Muhammad s.a.w.? Dan bukankah hayat baginda hanya berlegar di padang pasir. Tidak pernah baginda menyelam ke dasar lautan Pasifik melihat keindahan hidupannya. Tidak pernah baginda menjelajah hingga ke Eropah atau Asia Tengah; bumi yang penuh dengan flora dan fauna yang kita idam-idamkan peluang untuk ke sana.

Dalam keadaan hidup baginda yang di kelilingi padang pasir itu pun, ketenangan yang hakiki berjaya baginda dan para sahabat perolehi. Justeru, di manakah wujud ketenangan itu sebenarnya?

Kalau pun kita diberi peluang untuk ke tempat-tempat yang indah dan permai itu dan di sana kita merasai ketenangan yang kita harapkan, adakah berkekalan rasa tenang itu apabila kita meninggalkan tempat tersebut? Lazimnya tidak. Bahkan kalau memang kita ditakdirkan bermastautin di tempat itu, pastikah ketenangan itu akan berterusan? Jawapannya juga tidak. Buktinya?

Cuba perhatikan, sejak lahir, kita hidup di bumi Malaysia, yang akhirnya kita merasa bosan dengan suasana flora dan fauna negara sendiri, padahal ribuan pelancong dari tempat-tempat yang menjadi idaman kita itu memuji-muji keindahan negara ini. Mengapa mereka ke sini pula, padahal tempat merekalah yang kita rasakan lebih indah dan permai suasananya?

Fikirkan. Kenapa mereka mencari ketenangan di sini, sedangkan kita pula merasakan ketenangan itu berada di tempat mereka sendiri? Cuba halusi kembali. Di manakah sebenarnya ketenangan yang dicari-cari?

Ramai yang menyangka bahawa dengan berada di tempat-tempat seperti itulah ketenangan dapat diperolehi dan kebahagiaan dapat dikecapi. Namun hakikatnya ketenangan itu tidak wujud di mana-mana pun, tapi ia sebenarnya berada di dalam hati.

Walau di mana sekalipun kita berada, sebenarnya ketenangan itu sangat dekat dengan kita. Walau hidup kita di dalam gua yang tertutup tanpa cahaya atau hidup di kelilingi dengan hiruk pikuk kesibukan kotaraya, ketenangan itu tetap dapat kita perolehi. Kerana syarat untuk tenang itu bukannya ke pantai, ke bukit atau ke hutan. Tapi syarat ketenangan itu ialah mengingati Tuhan. Maksud firman Allah;

 “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itulah hati akan tenang.” (Surah Al-Ra'd 38)

Itulah rahsia ketenangan. Pintunya di hati. Dan kuncinya mengingati. Dan yang diingat itu ialah Tuhan Yang Maha Suci. Lihatlah apa sahaja di depan matamu dan kalau yang dilihat itu diperhati dan yang diperhati itu dihayati dan yang dihayati itu difahami akan hakikatnya, kemudian segalanya dapat membawa hati mengingati Allah, maka akan lahirlah ketenangan.

Melihat manusia yang berbagai rupa bangsa, kemudian mengkagumi kebijaksanaan Tuhan, maka hati akan tenang. Melihat kenderaan lalu-lalang, kemudian memuji kehebatan Tuhan atas ilmu yang Dia ilhamkan pada manusia untuk mencipta kenderaan itu, maka hati akan tenang.

Melihat kemusnahan dan pencemaran kotaraya, kemudian menginsafi ketentuan Tuhan terhadap kehancuran dunia (kiamat), maka hati akan tenang. Melihat manusia dengan segala macam ragam; ada yang kuat ibadatnya dan ada yang hebat maksiatnya, kemudian menangisi dan memohon keuzuran dari Tuhan atas kesilapan diri sendiri, maka hati akan tenang.

Begitulah yang disuruh oleh Tuhan. AlamNya terbentang luas bukan untuk dipandang, tapi diperhati. Bukan untuk dilihat, tapi dihayati. Bukan untuk direbut, tapi dimanfaati. Maksud firman Allah;

“Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan bumi, dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal.” (Surah Ali Imran 190)

Itulah tujuan alam dicipta. Tuhan lahirkan kita merata di seluruh dunia. Biarlah di mana pun kita berada. Kalau pun tempat kita ditakdirkan lahir itu adalah tempat yang dipenuhi dengan kehancuran akibat peperangan atau malapetaka alam, ketahuilah! Tuhan itu tetap adil.

DIA tidak menetapkan syarat ketenangan itu mesti berada di tempat yang indah permai, tapi yang DIA telah tentukan ialah; untuk tenang itu, hati mesti mengingati DiriNya. Itulah syarat ketenangan yang menjadi impian setiap insan. Yang pasti, tiada siapa yang hanya mahu ketenangan yang bersifat sementara. Justeru, ingatlah Tuhan, dan selama mana ini dilakukan, insyaAllah hati akan tenang.

Monday, 3 March 2014

~ Hatimu dlm cintaNYA ~






















Assalamualaikum...
apa khabar kamu yang bernama Hati?
Masihkah lagi sihat?
Atau mungkin kurang gembira akan dirimu?
Ku harap dirimu kan seceria mentari,
Yang sentiasa menyinari alam ini.

Duhai kau yang bernama Hati,
Jagalah dirimu sebaiknya,
Peliharalah tubuhmu dari berbagai anasir,
Yang cuba menggodamu.

Duhai kau yang bernama Hati..
Janganlah mudah kau percaya,
Akan dunia yang penuh racun berbisa,
Jangan mudah kau mengalah dan rebah,
dengan dunia yang berselirat kehitamannya..

Kuatkan dirimu... kentalkan jiwamu,
Perangilah nafsumu duhai Hati...
Jadikanlah zikrullah dan ayatullah..
Sebagai benteng dan perisai untukmu

Untuk dirimu yang bernama Hati,
Usah dibiarkan jiwamu,
Kosong... hambar... dan sunyi...
Tiadanya Iman dan taqwa mengiringi dirimu...
Penuhilah kekosongan dan kesunyian itu,
Dengan bertasbih memuji kebesaran Ilahi...
Moga sentiasa namaNYA dalam dirimu
.
Untuk dirimu yang bernama Hati,
Jangan cepat berundur dan mengalah,
Tatkala ujian datang menyergah,
Walau kadang dirimu ingin rebah,
Kadang terduduk menangis pilu,
Bangkitlah wahai hati..
Ingatlah bahawa DIA sedang mengujimu..
Itu tandanya dirimu masih disayangi olehNYA.

Duhai hati yang ku sayangi..
Tolong sentiasa ingatkan dirimu,
Usah terlalu mengejar cinta manusia,
Yang tiada bertepi..
Kerna ia hanya akan memberi luka di hati,
Usah kau menagih cinta manusia,
Jika ia hanya sekadar menyinggah menyapa..
Jangan terlalu mengejar cintanya..
Kerna belum tentu dia menjadi milikmu,
Cukup sekadar cintai dalam diam,
Cukup sekadar dari kejauhan,
Jika benar dia tercipta untukmu
Kau tetap akan bersatu.

Duhai hati yang ku sayangi,
Tetapkanlah dirimu,
Luruskanlah niatmu,
Jangan mudah kau tersungkur,
Dari cubaan yang seringkali ingin menyimpangkan dirimu,
Jitukan semangat jiwamu,
Tepislah segala anasir asing
yang cuba menghampiri menggodamu...


Pesanan untukmu wahai Hati...
Walau bagaimana berat sekalipun dirimu diuji..
Walau badai sentiasa menghampiri..
Walau apa pun kisah yang akan terlukis..
Jangan dibiarkan kelongsong jasadmu..
Sepi dan sunyi tanpa CINTANYA...
Semailah haruman kasihmu kepadaNYA...
Moga CINTANYA kan menghiasi  mewarnai..
dirimu yang bernama Hati.

Untukmu perhatian hati..
Terangilah dirimu
Dengan cahaya CINTA dariNYA..
Kejarlah kasih CINTA sejatiNYA
Raihlah CINTANYA abadi lagi hakiki.......
Untuk selamanya...

Thursday, 20 February 2014

~ SEGALA YG TERAHSIA ~

















Termenung sendiri.Mencari makna di balik semua ‘pentarbiyahan’ ujian yang DIA beri.Sungguh, untuk mentafsirkan sesuatu hal yang bernama ‘hikmah’, ianya sangat sulit.Sangat halus, dan sangat sukar untuk dimengertikan dengan kalam.Bahasa tubuh tidak akan pernah sama dengan bahasa jiwa.Bahasa tubuh mungkin bisa menipu, bibir tersenyum pahit, tetapi hati jujur menangis pilu.


Merenung sendiri.
Pada setiap kisah duka yang mengiringi.
Untuk semua hajat yang tidak kesampaian.
Untuk semua doa yang masih belum dimakbulkan.
Untuk semua rasa yang terpendam.
Untuk semua hal yang hilang.

Allah.                                                      
Terasa longlai langkah kaki.
Terasa berat untuk terus melangkah.
Terasa dunia ini sangat duka untukku.
Terasa dunia ini sangat sunyi untukku.
Terasa gelap seketika.

Lalu,
Terduduk bersimpuh di hadapanMu.
Sehingga jiwa hilang di sisi manusia.
Mungkin sahaja ia ‘terbang’ ke sana.
Terbang dengan segala khayalan dan keasyikan syurga.
Membuatkan diri tersenyum duka.

Melihat orang lain mengecapi bahagia,
Sesekali tertanya, adakah bahagia itu untukku?
Atau sahaja ia terus tersimpan dalam rahsiaMu?

Allah.
Bahagiaku ada dalam dakapanMu.
Dakaplah erat-erat hatiku,
Agar ku tidak pernah merasa kehilanganMu…


Merenungi di balik semua kejadian, bukan dengan emosi semata yang dibisikkan oleh syaitan, tetapi biarlah bisikan ketenangan yang diilhamkan oleh Tuhan.Perjalanan mencari cinta Ilahi pastinya banyak ujian yang akan terus diuji, kerana pada ujian itulah bukti cinta sejati seorang hamba kepada
Yang Maha Abadi

Diri harus sentiasa ‘sedar’ akan kenyataan itu.Ya, kenyataan yang seringkali ku pesankan pada diri.Bila Allah tidak memberi apa yang kita mahukan, apakah ia tanda Allah benci?Tidak sesekali duhai jiwa yang beriman pada Tuhan yang Maha Penyayang.Malah, itulah ungkapan kasih sayang Allah pada seseorang insan yang DIA sayang.DIA senang untuk mendengar luahan jiwa yang sentiasa berkomunikasi denganNya.DIA senang untuk sentiasa mendengar luahan syahdu dan air mata yang gugur dalam sujud kepadaNya.DIA senang sekali kita seperti itu.

Kenapa?Kerana tika itulah jiwa akan ‘dibersihkan’ dengan sinaran iman yang sangat bercahaya.Kerana tika itulah para malaikat akan senantiasa memayungi insan itu dengan jutaan rahmat.Dan yang paling agung, kerana tika itulah Allah akan memandang hamba itu dengan pandangan kasih sayang dan penuh keredhaan.

Tidakkah kita mahukan seperti itu?

Allahu Ya Rahman…


Sunday, 16 February 2014

~ LAKARAN HATI ~


















Senja ini mentari menyinar malu

Ku lihat langit
Terhampar luas kebiruan
Ku renung lagi
sehingga terlakar wajahmu di dada awan…

Ku terkenang kisah suka dan duka kita
Sepanjang mengikat tali persaudaraan
Terlalu banyak cubaan yang datang
Betapa Allah mengatur setiap takdiran
Dengan cukup teratur dan teliti
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri
Kecuali semuanya punya hikmah dari Ilahi…

Duhai angin,
Sampaikan padanya
agar sabar dan tabah menghadapi hidup
Kerana erti sebenar hidup ini
Dalam erti ‘memberi’ bukan menerima…

Pelangi,
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu
Namun ku sedari
Hujan jua adakalanya akan turun
Dan menghilangkan seri pelangi itu…

Oleh itu ku ingin jadi seperti bulan,
Bila muncul menyinarkan
Bila sembunyi tidak menghilang
Ia ada di balik awan
Cuma kadang2 tidak perasan
akan erti sebenar sebuah kehidupan…

Doaku cuma satu,
moga kita kan terus kuat
menghadapi gelombang ujian
kerana itulah sebenarya ukuran iman
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang…

salam ingatan penuh ketulusan buatmu insan tersayang



~ SEBUAH UKHWAH FILLAH..HANYA PADA-MU KU BERSERAH ~



















Angin malam terasa dingin menyapa…lidah menjadi kelu…membiarkan hati berbicara sendiri…Biarkanlah ia terus berbicara, kerana menyedari ada yang ingin mendengar bicara itu… yang sentiasa ingin mendengar bisikkan hati itu…

Sebak dan pilu...terus memenuhi ruangan jendela hati…mengetuk seribu rasa di sanubari..memecahkan segala rasa…menggamit segala duka…Hati besar menangis…manakala hati kecil berzikir hiba…
Mata dipejam rapat, namun air jernih tetap bergenang di tubir mata…setitis dan setitis ia mengalir perlahan, bagaikan embun menitis di kala pagi…mengharapkan kejernihan di hujung rasa...

Bila memori terlakar semula, ibarat sebuah skrin melayarkan cerita…satu persatu kesalahan terbentang di hadapan mata…semakin meragut sebuah rasa…Sepi….kian tenggelam dalam sebuah renungan…Ku amati semula kisah semalam…Betapa hebat badai melanda, menduga sebuah keteguhan dalam persaudaraan… betapa ku telah tersilap perkiraan, dalam kebingungan ku telah mengakibatkan kesilapan yang sangat sukar untuk dilupakan…

Masa itu ku fikir ia menjadi jalan penyelesaian, tidak tersangka pula ia melakarkan kedukaan yang mendalam…Rasa bersalah kian menyesakkan dada…menyempitkan fikiran dan membuatkan seakan dunia menjadi gelap seketika….Rasa hati tidak tertahan lagi…lantas mendambakan sujud…air jernih itu terus tumpah….tanpa sedar kian membasahi sejadah…lalu tangan diangkat, menadah sebuah ampun dan maghfirah…ku ingin bertafakkur…menyerahkan jiwaku seluruhnya padaMu…

Air mata kian lebat menuruni pipi… selebat hujan yang melanda taman ukhwah ini…Terus membiarkan ia mengalir tanpa henti… moga menjadi kaffarah pada semua dosa-dosa diri….Hati mula bermonolog sendiri… pertanyaan demi pertanyaan terus menyoal di benak fikiran…kenapa harus jadi begini? Sedangkan hati tidak pernah mengingini??

Ku ingin melakar pelangi,, namun tanpa sedar hujan turun lebat menghilangkan seri pelangi…Ya Allah…hambaMu ini telah melakukan kesalahan dan dosa…telah menggores luka yang sangat dalam di hatinya, masihkan ada ruang untuk ku ubati luka itu..??Ku bersimpuh di hadapanMu...dengan wajah yang tertunduk…Wahai yang Maha Mendengar dn Melihat semua rintihan hamba dan kerisauan hati ini…Biarlah malam ini hanya bersaksikanMu…

Kerana ku tidak termampu lagi untuk melakarkan kata-kata kepada dirinya…ternyata dia tersangat kecewa dengan diriku…Dan sungguh…aku teramat kecewa dengan diriku sendiri sehingga menata kata dusta yang tidak terniat untuk ku lakukan padanya…

Ya Allah…dengarilah rintihan hatiku ini…jangan biarkan ku sendiri…jangan biarkan ku terus lemah begini…sungguh hamba tidak kuat...izinkan hamba bersandar padaMu…bersandar pada secebis kudratMu...
Sungguh ku merasa kesal dan sangat menyesal dengan apa yang telah ku lakukan itu….sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya…Maha Mengetahui rasa yang bergelodak di dalam hati ini…Tidak terniat di hatiku…ku tidak ingin begini tetapi kami jadi juga seperti ini??

Pandangan kian redup, alis mata tertutup dengan kelebatan air mata yang kian menghujan…ku menangis minta ingin kuat Ya Rabb…kuatkanlah..sesungguhnya ku amat lemah…dakapilah aku dengan kasihMu..peluklah daku dengan cintaMu…Ku ingin singkirkan dosa ini…tolonglah hamba…jika kesilapan dengan insan tidak terampun,,sesungguhnya ku takut Kau akan singkirkan taubatku denganMu…kerana terhijab  dosa dengan sang manusia…

Diri cuba bermuhasabah…ku lakukan jua kesilapan tersebut meskipun hati tidak menginginkannya…kenapa??persoalan itu muncul kembali…Akhirnya ku temui jawapannya…kerana sesungguhnya ku cuma hambaNya yang doif dan lemah…punya banyak kekurangan dan kelemahan….Dia menakdirkan jua ku membuat dosa tersebut semata ingin membuktikan bahawa diri ini lemah...ya..teramat lemah…Mana mungkin manusia bisa merasa dirinya baik dan sempurna tanpa cacat dan cela sedangkan cuma DIA yang selayaknya…?Hanya DIA yang Maha Sempurna…

Namun…DIA jua tidak zalim..menuliskan takdir sedemikian rupa tetapi semuanya punya hikmah belaka…
Sesungguhnya DIA sentiasa ingin mendengar rintihan hamba-hambaNya…rintihan untuk kembali kepadaNya…meminta dan merayu hanya padaNya…

Ku terus didik hati…memenuhkan semula bateri iman yang kian susut…mujurlah DIA masih sudi memegang hati ini…dan moga lebih sudi untuk memaafkan diri…perlahan zikir dialunkan…hati yang rawan menjadi sedikit tenang.Kini hati akur, alah dan pasrah….ku yakini semua yang terjadi tidak mungkin sia-sia…pastinya punya pengajaran dan hikmah…

Ya Allah…ku tiada bukti lagi Wahai Tuhan…tiada bukti dan janji lagi untuk ku berikan padanya…cukuplah Engkau yang menjadi saksi segalanya…Saksikanlah malam ini ku merayu hanya padaMu…biarpun diri masih dibelit dosa tetapi masih ingin meminta…Khabarkanlah padanya Tuhan…bahawa ku amat menyayangi dirinya keranaMu…bersaksikan namaMu Ya Allah…Ku ingin ikhlaskan semuanya….ku ingin tuluskan segalanya…Sesungguhnya tiada yang ku harapkn dari ukhwwah ini, kecuali cuma REDHAMU Ya Rabb….peganglah hati kami agar semakin teguh, meskipun tika ini langkah kaki terasa tidak kukuh…hati merasa sangat rapuh…Ubatilah hatinya yang kecewa itu ya Allah...tidak termampu untuk hamba mengubati kecuali dengan sifatMu yang Maha Pengasih dan Penyayang...

Akhir bicara ku alunkan doa robitah..sesungguhnya doa itu adalah senjata…dan ku tidak ingin sesekali berputus asa terhadap rahmatNya…Ku meyakini..DIA ingin menguji rasa keikhlasan diri..meskipun rasa ikhlas itu telah tercalar dengan goresan badai yang melanda…Tetapi biarlah ku ingin menjahitnya kembali…ingin memulakan semuanya sekali lagi…ingin menjalin ukhuwwah ini dengan sulaman kasihMu Ilahi..
Bisikku pada yang Satu...Tuhan…Izinkan ku duduk bersama-samanya di bawah arasyMu kelak…mengikat kasih yang tidak kan pudar di Jannatul Firdausi… maafkanlah…untuk segalanya…Ketahuilah…cuma redhaMu ku damba Ya Rabb…Cuma redhaMu….

Salam sayang penuh ketulusan buatmu teman...

“ Pada hari itu sahabat-sahabat karib : Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persaudaraannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”