Maksud Lailatul Qadar
Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
Isnin - dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat - dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan
Khamis - dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan
Sabtu - dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam yang lain juga. Sebabnya Ibnu Kathir ada menulis dalam kitabnya; ada sebahagian ulama' berpendapat setiap malam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatul Qadar [tak kira ganjil tak ganjil] Jadi, lebih baik kita anggap setiap malam adalah malam Lailatul Qadar supaya boleh jadi perangsang kepada kita untuk tingkatkan ibadah secara istiqamah.. Jika ditakdirkan Allah tak memberi malam Lailatul Qadar pada kita, ibadah yang kita buat secara bersungguh sungguh tu tak sia sia bukan? malah Allah akan berikan ganjaran yang setanding dengan amalan yang kita lakukan tu.. Allah kan Maha Adil dan Pemurah.. Nasihat berharga dari Almuhtaram Ustaz Muhadir bin Haji Joll bagi mereka yang ingin mencari malam lailatul Qadar... >> dipetik dari satu website ( tak ingat nama websitenya.. semoga Allah merahmati si penulis]:
Tanda-tanda Lailatul Qadar
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba. Itu sahaja dapat dikongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W.
Marilah kita menjadi umat yang memperolehi kelebihan daripada anugerah Allah ini
No comments:
Post a Comment