Saturday, 28 April 2012

~Aku tetap aku-nukilan buat sehabat~

Teman...
ini bukan sekadar puisi
tapi luahan jujur dari hati.
bukan sekadar bicara sepi..
tetapi ungkapan tulus dari sanubari
semoga kalian mengerti,juga memahami
akan satu ikatan suci,yang sungguh murni
tautan kasih sahabat sejati..
pautan sayang tersemat suci...

Teman..
wajahku tidak seindah bulan
tidak juga sesinar bintang..
bukan berseri bak mentari
bukan setelus cahaya pelangi
andai itu yang kalian cari..
andai itu yang kalian harapkan dalam diri ini
seikhlas hati aku katakan..
semua itu tiada padaku..
semua itu bukan diriku..
aku hanyalah aku..
yang di ciptakan TUHAN sebegitu..
namun aku bersyukur apa adanya padaku
kerana itu anugerah dari yang ESA..
siapalah aku untuk mengubah segala?

Teman..
yang ada padaku sejuta kejujuran..
seluas kasih sedalam sayang..
yang ada dalam diri ini seribu keihklasan
segenggam setia segunung harapan..
hanya mampu aku lontar ucapan dalam diam
aku SAYANAGKAN perhubungan
yang TERJALIN atas dasar kesucian
meskipun cuma di alam khayalan
tapi bagiku semua itu bukan halangan
untuk aku menjalin ukhwah persahabatan
walaupun jauh berbatu-batuan.

Teman..
andai selama kita  menjadi kenalan..
maafkan diri ini atas segala kekhilafan
buangkanlah segala kebencian dan dendam
pancarkanlah sinar mesranya senyuman
semoga dengan kasih sayang yang di hulurkan
akan damailah resah yang bersarang
akan terzahirlah bibit-bibit kenangan
yang kita harungi dalam tawa keriangan
moga ikatan ini akan berpanjangan
itulah kemahuan hati juga keinginan fikiran..

Teman...
aku mahu kalian tahu..kalian ku sayang
selagi nyawa di kandung badan
selagi hayat masih bertahan
terima kasih tak terhingga diucapkan
sudi hadir dalam dalam hidup ini..
asal kalian tahu dan mengerti
kalianlah penyeri hidupku tiap waktu
kalianlah tempat aku mengadu tika sendu
terima kasih tidak terhingga..
hanya itu mampu aku luahkan

Teman...
andai suatu masa nanti..
aku sudah tiada di sini
bersama kalian melewati hari-hari..
tiada lain yang aku minta.
agar aku kalian kenang dalam memori
ingatlah aku walau sedetik cuma
doakan aku dalam setiap solatmu..
hanya itu yang aku harapkan..
dan asal kalian tahu..
melupakan dirimu tiada mampu aku lakukan..
persahabatan ini akan aku bawa..
sehingga jasad dirku di semadikan.
TERIMA KASIH SAHABAT..
kalian sahabat terhebat....





~Renungan 2~

 


~Dengarlah nasihat walau hati tidak terbuka untuk menerimanya
  walau kata-katanya terkadang sakit untuk di terima
  walau kata-katanya membuat kita terasa
  kerana nasihat yang baik adalah hadiah yang bermakna
  mana tahu suatu hari nanti akan menjadi kunci
  terhadap persoalan yang di cari
  bersyukurlah ada yang sudi menasihati
  kerana belum tentu dia ada lagi saat kita memerlukan
  lebih baik kita di nasihati dari terus hidup dalam kesalahan~













~Renungan 1~

       
~Jangan dihitung daun-daun berguguran,
  tetapi hitunglah bunga-bunga indah yang mekar setiap pagi.
  Jangan jalani hari dengan menghitung dugaan yang kita alami,
  tetapi hiduplah  dengan tenang,
  dan anugerah yang sudah kita terima dari tuhan.
  Belajarlah bersyukur atas apa yang kita miliki sekarang~

Saturday, 21 April 2012

~Madah bicara 5~

~Usah lalaikan hati menagih cinta yang belum pasti,
  sedang kebahagiaan yang sejati sudah ada di dasar hati,
  labuhkan cintamu pada yang halal dan abadi
  agar cinta itu di rahmati dan di berkati.
  moga kasih yang bersemi akan bercambah dari sehari ke sehari
  kerana hidup bukan setakat memiliki,
  tetapi untuk menjaga ikatan yang telah terpatri.
  yang telah tertulis sejak di azali~












Friday, 20 April 2012

~Thinking of you~


















Jiwaku tak mampu berkata atau menutur
namun hanya mampu berbicara dengan luhur
mataku tak mampu menatapmu dengan jujur
tetapi diragaku ada wajahmu yang sentiasa menghibur
bukan kerana seksa yang buatku melara
tapi rinduku padamu yang sering bergelora
bukan  kerana sakit airmata ini menitis
tapi kerana gembira yang tak mampu untuku hakis
dalam setiap degup jantungku
hanya namamu yang ku seru
dalam setiap detik yang berlalu
hanya cintamu yang aku perlu
setiap waktu aku memikirkanmu
setiap hari aku mengenangkanmu
tiada sekalipun wujud rasa jemu
andai deritaku memberimu bahagia
aku rela sengsara melanda
andai tangisanku mampu mengukirkan senyuman
aku gembira melakukannya dengan senang
kerana bagiku yang terindah hanya untukmu
melupakanmu tiada dalam kamus hidupku
kerana aku dilahirkan untuk menyenangkanmu
ku persembahkan rasa cinta tanpa syarat
ku ukirkan rindu walau jauh berbatu
ku abadikan namamu dalam setiap langkahku
kerana kau penting bagiku
melupakanmu mustahil bagiku
untuk hari ini,esok dan selamanya
hanya itu yang perlu kau tahu..


Thursday, 19 April 2012

~Sesaat mata terpejam~














Aku pejamkan mataku
cuba membayangkan wajahmu
namun aku tersenyum sendiri
bila bintang terbit lagi
apakah wajahmu seindah bintang?
yang bertebaran di dada langit
tanpa jemu memancarkan sinar
menyuluh segenap jiwaku

Aku pejamkan lagi mataku
cuba membisikan rasa sayang
namun bulan muncul lagi
bersama cahayanya mengintai
benarkah kasih sayang ini secerah bulan?
yang gah memberikan sinar
tanpa ada letih dan lesu
menyinar segenap ruang hatiku

Aku semakin berusaha memejam lagi mata ini
cuba menyatakan ada rindu
namun aku semakin tertusuk
bila angin kian menderu dan laju
menghembus di setiap kamar jendela
apakah sehebat itu rindu ini?
sesejuk sang bayu menyapa pagi
sedingin lambaian angin membelai diri
aku tersenyum sendiri lagi
bila ku tahu,inilah rindu yang aku milikki
bukan sekadar ucapan di bibir
tapi seindah ucapan di hati..

Lalu aku merapatkan lagi mataku
cuba menzahirkan cinta ini..
aku lihat sinar mentari berseri..
namun aku cuba sembunyikan diri
disebalik celahan sinaran matahari
apakah kesudahannya cinta ini??
biar waktu memberikan jawapannya
aku tersenyum lagi..
bila aku dapati cinta ini
mewarnai kisah dalam mimpi
menerangi hari-hari yang ku lalui

Kini aku tahu..
bintang itu wajahmu
bulan itu kasih sayangku
angin itu rinduku yang tulus
mentari itu cintaku yang abadi
yang terbit dari mata hati bukan mata nafsu
lalu meresap kedalam jiwaku
akan aku jaga perasaan ini
sehingga nafasku terhenti..
sehingga berakhir detik hidup ini..

~Terima kasih TUHAN~



















Terima kasih TUHAN..
kerana menyanyangi aku
diberikan aku ujian dan dugaan
sebagai tanda aku masih di pandanganMU
sebagai tanda aku harus bersedia dalam segala rintangan
dalam berusaha mencari rahmatMU

Terima kasih TUHAN
di bekalkan aku dengan seribu kasih sayang
meskipun terkadang sakit mendatang
tapi aku percaya pada hukuman
bagi mematangkan fikiranku
bahawa hidup bukan milikku
mati  juga bukan hak ku..

Terima kasih TUHAN..
jadikan aku setabah dan sekuat ini
selalu ada saat ku sedih dan sepi
selalu setia mendengar rintihan hati
tanpa ada rasa jemu padaku

Terima kasih TUHAN..
kerana bukakan hatiku untuk menilai
luaskan mindaku untuk berfikir
lapangkan dadaku untuk menerima
segala yang engkau turunkan
penuh dengan nikmat yang tak terkata

Aku bersyukur dilahirkan begini
ada perasaan,ada semua yang kau beri
bimbinglah aku moga ada kekuatan diri
terus tabah dengan takdir ilahi
Anugerah dariMU akan aku pelihara
akan aku jaga selagi terdaya
tidak sesekali aku persia
moga aku seorang umatMU yang sejati
meskipun aku tahu, masih banyak kekurangan diri