Selangit impian segunung harapan.. kasih tercipta rindu bertandang.. semarak cinta kian mendalam..
Friday, 20 April 2012
~Thinking of you~
Jiwaku tak mampu berkata atau menutur
namun hanya mampu berbicara dengan luhur
mataku tak mampu menatapmu dengan jujur
tetapi diragaku ada wajahmu yang sentiasa menghibur
bukan kerana seksa yang buatku melara
tapi rinduku padamu yang sering bergelora
bukan kerana sakit airmata ini menitis
tapi kerana gembira yang tak mampu untuku hakis
dalam setiap degup jantungku
hanya namamu yang ku seru
dalam setiap detik yang berlalu
hanya cintamu yang aku perlu
setiap waktu aku memikirkanmu
setiap hari aku mengenangkanmu
tiada sekalipun wujud rasa jemu
andai deritaku memberimu bahagia
aku rela sengsara melanda
andai tangisanku mampu mengukirkan senyuman
aku gembira melakukannya dengan senang
kerana bagiku yang terindah hanya untukmu
melupakanmu tiada dalam kamus hidupku
kerana aku dilahirkan untuk menyenangkanmu
ku persembahkan rasa cinta tanpa syarat
ku ukirkan rindu walau jauh berbatu
ku abadikan namamu dalam setiap langkahku
kerana kau penting bagiku
melupakanmu mustahil bagiku
untuk hari ini,esok dan selamanya
hanya itu yang perlu kau tahu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment