Friday, 6 April 2012

~Pelangi~


















Indahnya pelangi di awan sana..
mempesonakan hati yang gundah gulana..
menggetarkan dada yang sering alpa..
terpegun aku seketika...
menikmati indahnya suasana..
memandang warnamu yang berona..
yang tiada jemu menyapaku..
memaksaku berfikir dengan aman..
bila mataku pejam..
aku temui sebuah jawapan...

Jika wajah pelangi terlukis bahagia...
di beri segala rasa..
izinkan aku terbang kesana..
melewati segenap sudutmu..
agar aku jumpa erti bahagia yang sesungguhnya..
agar aku temui sinar cahaya..
yang akan menyuluhku dalam gelita..
menyinariku dalam dalam gelapnya angkasa..
akan aku bingkai,,
semua serpihan rasa..

Aku berharap kilau pelangi sentiasa ceria..
megah berkilau di atas sana..
memberi kedamaian pada semua mata..
bila memerhati jalurmu yang pelbagai warna..
kau menyebar di segenap dunia..
tanpa memilih sesiapa..
tanpa menyoal kenapa dan mengapa..

Pelangi...hebatnya DIA menggubahmu..
tiada kuasa mampu tandingiNYA..
berbahagialah pada manusia yang berfikir..
betapa keindahanmu tiada taranya...
kerana PENCIPTAmu hebat tak terkata..


No comments:

Post a Comment