Thursday, 3 May 2012

~Ibu~
















Ibu..
restumu amat aku perlu
doamu ibarat nafas hidupku
kaulah penggerak nadiku
tanpa jemu mendidik dan membimbingku
sukar untuk aku melafazkan..
tanpamu siapalah aku...

Ibu..
kasih dan sayangmu tulus dan suci
tutur katamu lembut dan berisi
amarahmu bukan beerti benci
walau sesekali hatimu terluka
namun senyumamu masih terhias di muka
beratnya tanggungan yang kau galas
tapi kau lakukan itu dengan penuh ikhlas

Ibu..
pernahku lihat wajahmu lesu
tapi kau sembunyikan tanpa ragu
pernahku lihat ada titis jernih mengalir
tapi kau sembunyikan dengan senyuman di bibir
pernah aku melihat ada jerih menanggung perit
tapi kau sembunyikan seolah tiada rasa sakit
hebatnya kau ibu..
demi membahagiakan anak-anakmu
kau redah segalanya tanpa kenal erti jemu

Ibu..
kaulah cinta pertamaku
kaulah guru di awal duniaku
kaulah sahabat terbaikku
kaulah wirawati yang bertahta di hatiku
tidak mungkin aku bertemu lagi insan sehebatmu ibu
walau aku kembara ke hujung dunia sekalipun
tidak mungkin akan aku temui wanita seagungmu

Ibu..
jasamu akan aku kenang sepanjang waktu
kasih sayangmu akan aku junjung
cintamu akan aku julang
tiada lagi percintaan didunia ini
tiada lagi kasih sayang di abad ini
seagung cinta dan kasih sayangmu
yang kau berikan buat anak-anakmu

Ibu..
aku berjanji seikhlas hati
akan aku balas jasamu pada diri ini
akan aku jaga dirimu seperti kamu menjaga aku
akan aku doakan untukmu selagi ada nafas ini
walau mungkin tidak mampu melakukan sepertimu dulu
tapi aku akan lakukan sedaya upayaku
kerana kau ibuku
kau jualah jantung hatiku

Ibu..
aku tahu..kasih sayangmu pada anak-anakmu
kasih sayangmu sampai hingga ke syurga
begitulah teguhnya kasih di hatimu
mana mungkin akan aku temui lagi
kasih sayang yang sehebat itu
percayalah ibu..
kau tak akan aku sia-siakan
maafkan segala dosaku
ampunkanlah aku ibu..
sejujurnya dari aku
insan yang bergelar anakmu
asal kau tahu...kaulah pujaan hatiku
kerana aku tahu..
kasihnya ibu kasih sejati..
redhanya ibu..redha dari ILAHI..










No comments:

Post a Comment