Friday, 18 May 2012

~Aku di uji lagi-bicara piluku~



















Keresahan ini benar-benar menganggu ketenangan
dalam benakku berlegar mencari jawapan
hati pula bergetar mahukan kepastian
merenung kembali apa yang aku lalui
segala suka dan duka kita tempuhi
bertanyalah pada diri sendiri
di manakah lagi kurangnya kasih sayangku ini
telah aku curahkan seikhlas hati
menyanyangimu seperti saudara sendiri..

Semakin aku mengalah walau tidak bersalah
semakin aku di uji dengan sakit sekali
aku cuba pertahankan pertalian ukhwah
tapi egomu mengatasi saat-saat indah
aku simpulkan kemas tali persaudaraan
tapi sekelip mata kau bukakan ikatan kasih sayang
aku cuba bertahan lagi dengan perasaan rindu
tapi kau sirami dengan tuduhan melulu
aku terkedu dalam termanggu
hati ini bagai di guris sembilu

Kau buat aku seperti tiada hati
mencerca diriku dengan penuh benci
kesabaran hatiku kian menipis
tapi aku cuba lagi agar mampu menepis
aku hulurkan tangan demi kedamaian
terkedu aku, bila huluran tak di pedulikan
kau menolak mentah semua ajakkan
aku tunduk mengalah kerana keadaan

Jauh di sudut hati aku menangis
tapi aku berusaha membuang segala tangis
bertanya-tanya dalam keseduan
tidak layakkah aku berteman
dalam hatiku yang paling dalam
aku menharap akan ada kedamaian
duhai sahabatku
meskipun aku kau lemparkan jauh
aku akan berusaha membuang yang keruh
walaupun aku kau keji
tapi aku akan cuba perkuatkan diri
semoga kau temui ketenangan
dalam semua yang telah kau lakukan
aku pasrah namun bukan bererti aku kalah







No comments:

Post a Comment