Saturday, 28 April 2012

~Aku tetap aku-nukilan buat sehabat~

Teman...
ini bukan sekadar puisi
tapi luahan jujur dari hati.
bukan sekadar bicara sepi..
tetapi ungkapan tulus dari sanubari
semoga kalian mengerti,juga memahami
akan satu ikatan suci,yang sungguh murni
tautan kasih sahabat sejati..
pautan sayang tersemat suci...

Teman..
wajahku tidak seindah bulan
tidak juga sesinar bintang..
bukan berseri bak mentari
bukan setelus cahaya pelangi
andai itu yang kalian cari..
andai itu yang kalian harapkan dalam diri ini
seikhlas hati aku katakan..
semua itu tiada padaku..
semua itu bukan diriku..
aku hanyalah aku..
yang di ciptakan TUHAN sebegitu..
namun aku bersyukur apa adanya padaku
kerana itu anugerah dari yang ESA..
siapalah aku untuk mengubah segala?

Teman..
yang ada padaku sejuta kejujuran..
seluas kasih sedalam sayang..
yang ada dalam diri ini seribu keihklasan
segenggam setia segunung harapan..
hanya mampu aku lontar ucapan dalam diam
aku SAYANAGKAN perhubungan
yang TERJALIN atas dasar kesucian
meskipun cuma di alam khayalan
tapi bagiku semua itu bukan halangan
untuk aku menjalin ukhwah persahabatan
walaupun jauh berbatu-batuan.

Teman..
andai selama kita  menjadi kenalan..
maafkan diri ini atas segala kekhilafan
buangkanlah segala kebencian dan dendam
pancarkanlah sinar mesranya senyuman
semoga dengan kasih sayang yang di hulurkan
akan damailah resah yang bersarang
akan terzahirlah bibit-bibit kenangan
yang kita harungi dalam tawa keriangan
moga ikatan ini akan berpanjangan
itulah kemahuan hati juga keinginan fikiran..

Teman...
aku mahu kalian tahu..kalian ku sayang
selagi nyawa di kandung badan
selagi hayat masih bertahan
terima kasih tak terhingga diucapkan
sudi hadir dalam dalam hidup ini..
asal kalian tahu dan mengerti
kalianlah penyeri hidupku tiap waktu
kalianlah tempat aku mengadu tika sendu
terima kasih tidak terhingga..
hanya itu mampu aku luahkan

Teman...
andai suatu masa nanti..
aku sudah tiada di sini
bersama kalian melewati hari-hari..
tiada lain yang aku minta.
agar aku kalian kenang dalam memori
ingatlah aku walau sedetik cuma
doakan aku dalam setiap solatmu..
hanya itu yang aku harapkan..
dan asal kalian tahu..
melupakan dirimu tiada mampu aku lakukan..
persahabatan ini akan aku bawa..
sehingga jasad dirku di semadikan.
TERIMA KASIH SAHABAT..
kalian sahabat terhebat....





~Renungan 2~

 


~Dengarlah nasihat walau hati tidak terbuka untuk menerimanya
  walau kata-katanya terkadang sakit untuk di terima
  walau kata-katanya membuat kita terasa
  kerana nasihat yang baik adalah hadiah yang bermakna
  mana tahu suatu hari nanti akan menjadi kunci
  terhadap persoalan yang di cari
  bersyukurlah ada yang sudi menasihati
  kerana belum tentu dia ada lagi saat kita memerlukan
  lebih baik kita di nasihati dari terus hidup dalam kesalahan~













~Renungan 1~

       
~Jangan dihitung daun-daun berguguran,
  tetapi hitunglah bunga-bunga indah yang mekar setiap pagi.
  Jangan jalani hari dengan menghitung dugaan yang kita alami,
  tetapi hiduplah  dengan tenang,
  dan anugerah yang sudah kita terima dari tuhan.
  Belajarlah bersyukur atas apa yang kita miliki sekarang~

Saturday, 21 April 2012

~Madah bicara 5~

~Usah lalaikan hati menagih cinta yang belum pasti,
  sedang kebahagiaan yang sejati sudah ada di dasar hati,
  labuhkan cintamu pada yang halal dan abadi
  agar cinta itu di rahmati dan di berkati.
  moga kasih yang bersemi akan bercambah dari sehari ke sehari
  kerana hidup bukan setakat memiliki,
  tetapi untuk menjaga ikatan yang telah terpatri.
  yang telah tertulis sejak di azali~












Friday, 20 April 2012

~Thinking of you~


















Jiwaku tak mampu berkata atau menutur
namun hanya mampu berbicara dengan luhur
mataku tak mampu menatapmu dengan jujur
tetapi diragaku ada wajahmu yang sentiasa menghibur
bukan kerana seksa yang buatku melara
tapi rinduku padamu yang sering bergelora
bukan  kerana sakit airmata ini menitis
tapi kerana gembira yang tak mampu untuku hakis
dalam setiap degup jantungku
hanya namamu yang ku seru
dalam setiap detik yang berlalu
hanya cintamu yang aku perlu
setiap waktu aku memikirkanmu
setiap hari aku mengenangkanmu
tiada sekalipun wujud rasa jemu
andai deritaku memberimu bahagia
aku rela sengsara melanda
andai tangisanku mampu mengukirkan senyuman
aku gembira melakukannya dengan senang
kerana bagiku yang terindah hanya untukmu
melupakanmu tiada dalam kamus hidupku
kerana aku dilahirkan untuk menyenangkanmu
ku persembahkan rasa cinta tanpa syarat
ku ukirkan rindu walau jauh berbatu
ku abadikan namamu dalam setiap langkahku
kerana kau penting bagiku
melupakanmu mustahil bagiku
untuk hari ini,esok dan selamanya
hanya itu yang perlu kau tahu..


Thursday, 19 April 2012

~Sesaat mata terpejam~














Aku pejamkan mataku
cuba membayangkan wajahmu
namun aku tersenyum sendiri
bila bintang terbit lagi
apakah wajahmu seindah bintang?
yang bertebaran di dada langit
tanpa jemu memancarkan sinar
menyuluh segenap jiwaku

Aku pejamkan lagi mataku
cuba membisikan rasa sayang
namun bulan muncul lagi
bersama cahayanya mengintai
benarkah kasih sayang ini secerah bulan?
yang gah memberikan sinar
tanpa ada letih dan lesu
menyinar segenap ruang hatiku

Aku semakin berusaha memejam lagi mata ini
cuba menyatakan ada rindu
namun aku semakin tertusuk
bila angin kian menderu dan laju
menghembus di setiap kamar jendela
apakah sehebat itu rindu ini?
sesejuk sang bayu menyapa pagi
sedingin lambaian angin membelai diri
aku tersenyum sendiri lagi
bila ku tahu,inilah rindu yang aku milikki
bukan sekadar ucapan di bibir
tapi seindah ucapan di hati..

Lalu aku merapatkan lagi mataku
cuba menzahirkan cinta ini..
aku lihat sinar mentari berseri..
namun aku cuba sembunyikan diri
disebalik celahan sinaran matahari
apakah kesudahannya cinta ini??
biar waktu memberikan jawapannya
aku tersenyum lagi..
bila aku dapati cinta ini
mewarnai kisah dalam mimpi
menerangi hari-hari yang ku lalui

Kini aku tahu..
bintang itu wajahmu
bulan itu kasih sayangku
angin itu rinduku yang tulus
mentari itu cintaku yang abadi
yang terbit dari mata hati bukan mata nafsu
lalu meresap kedalam jiwaku
akan aku jaga perasaan ini
sehingga nafasku terhenti..
sehingga berakhir detik hidup ini..

~Terima kasih TUHAN~



















Terima kasih TUHAN..
kerana menyanyangi aku
diberikan aku ujian dan dugaan
sebagai tanda aku masih di pandanganMU
sebagai tanda aku harus bersedia dalam segala rintangan
dalam berusaha mencari rahmatMU

Terima kasih TUHAN
di bekalkan aku dengan seribu kasih sayang
meskipun terkadang sakit mendatang
tapi aku percaya pada hukuman
bagi mematangkan fikiranku
bahawa hidup bukan milikku
mati  juga bukan hak ku..

Terima kasih TUHAN..
jadikan aku setabah dan sekuat ini
selalu ada saat ku sedih dan sepi
selalu setia mendengar rintihan hati
tanpa ada rasa jemu padaku

Terima kasih TUHAN..
kerana bukakan hatiku untuk menilai
luaskan mindaku untuk berfikir
lapangkan dadaku untuk menerima
segala yang engkau turunkan
penuh dengan nikmat yang tak terkata

Aku bersyukur dilahirkan begini
ada perasaan,ada semua yang kau beri
bimbinglah aku moga ada kekuatan diri
terus tabah dengan takdir ilahi
Anugerah dariMU akan aku pelihara
akan aku jaga selagi terdaya
tidak sesekali aku persia
moga aku seorang umatMU yang sejati
meskipun aku tahu, masih banyak kekurangan diri





Monday, 9 April 2012

~Lelaki itu~
















Dalam meniti hari-hari sepiku..
melewati batas-batas rindu tanpa jemu..
mencipta cinta ,mencari imamku..
mengharap kasih dengan penuh jitu..
aku sering bertanya pada hati..
siapakah pendampingku nanti..
di manakah gerangannya kini...
seperti apakah pasanganku ini??

Kucuba menilai kemahuan sendiri..
agar tenang melingkari hidup..
aku bayangkan kau di sisi..
setia bersama sampai akhirnya..
agar cinta yg kita bina..
mendapat seribu rahmat dari yang esa...
akan aku abadikan cinta ini hanya untukmu..
akan aku setia pada cinta yang satu..
demi syurga cinta kita...
agar ikatan suci mewarna..
dalam satu lafaz penuh syahdu..
aku sah menjadi milikmu..

Akan aku tunggu detik itu menjelma..
akan memintal buih-buih cinta..
akan aku menusuk jarum rindu..
akan aku serahkan semua hak milikku..
kepadamu lelaki itu..
lelaki yang akan melengkap hidupku..
lelaki yang akan membimbingku..
lelaki yang akan mengimankan setiap solatku...
lelaki yang akan menjadi bapa kepada anakku...
lelaki itu adalah insan yang bakal bergelar suami kepadaku nanti..







~Anehnya cinta~


















Anehnya cinta..
tidak dapat dilihat tapi mampu merasa..
tidak dapat disentuh tapi mampu menyentuh..
tidak dapat bersuara tapi mampu berbicara..
sukar digapai tapi mampu membelai..
sukar difahami tapi mampu menjeruk jiwa..
terkadang semua itu diluar batas kita sebagai insan..
tapi itulah kehebatan cinta...

Anehnya cinta..
boleh membayangkan tanpa mengenal..
boleh mengasihi tanpa sedar..
boleh tersenyum secara tiba-tiba..
boleh mengintai dari khayalan..
boleh menangis kala merindu..
meskipun yang dikasihi tidak pernah tahu...

Anehnya cinta....
terkadang menyakitkan hati..
tapi boleh menyanyangi...
terkadang terhiris kalbu..
tapi mampu memaafkan..
terkadang hati bagai tertusuk sembilu..
tapi mampu diubati
itulah penangan cinta..
rela menerima segalanya..

tapi beringatlah wahai taulan..
berpesanlah pada diri dan juga teman..
beringatlah pada hati juga akal fikiran..
cinta kita sesama insan hanya persinggahan..
tetapi cinta kita kepada Allah perlu di dahulukan
hati-hatilah dalam memberi dan menerima cinta manusia..
jangan sampai melebihi cinta kita kepada TUHAN...

Sunday, 8 April 2012

~Ditelan pahit,dibuang sayang~

Aku yakin kau tak tahu, saat ini aku kesakitan..
melawan perasaanku padamu..
Mengertikah kau aku di kelilingi penderitaan??
saat cintaku padamu ingin ku buang..
Fahamikah dikau apa yang aku pendam?
rasa gelora dijiwa yang menguasai fikiran
aku derita sejak mengenalimu..
aku sengsara seorang diri..
aku merana..kerana menyimpan perasaan ini...

Sejak kau hadir di sisi..
perasaan ini sering terganggu..
aku di temani airmata saban hari,..
aku di selimuti resah sepamjang waktu...
aku di buru bayangan dosa..
dosa kerana menyintaimu..
andai kau tahu sesulit apakah yang aku lalui kini..
aku yakin,kau akan mencemuhku..
kau akan membenciku..
tapi aku tak mampu menerima semua itu...

Gelodak apakah yang kini bersarang...
sukar ku luah..tak mungkin untukku telan..
aku ingin menjauh tapi terasa dekat..
aku ingin membenci tapi ada cinta suci..
keinginan hatiku tidak seiring dengan kemahuan fikiranku..
aku tak mengerti..apa yang aku alami kini..
apa sebenarnya yang telah terjadi pada diri ini???

Cinta kita cinta terlarang..
kerana itu tidak mungkin aku luahkan..
biarlah perasaan ini aku tahan..
cuma satu ku ingin kau tahu...
cinta ini ku bawa hingga akhir hayatku....
Maafkan aku dengan semua yang berlaku..
bukan pintaku bukan jua mahumu..
namamu kekal bersemadi di hatiku.
BUAT SELAMANYA.







~Luahan rasaku 6~

~Terdetiklah pada akal,bertanyalah pada naluri..
  hakikat hidup tidak sama seperti mimpi..
  berbicaralah pada rasa,berbisiklah pada hati..
  moga kerinduan ini dapat kau fahami...
  bersemilah satu jiwa,berbungalah ikatan murni.
  agar cinta yang kuberi,akan kekal di sudut yang suci~





















~Luahan rasaku 5~

~Usah kau ragui cintaku seputih salju...
  kasihku selangit biru..
  kesetiaanku tidak mengenal waktu..
  aku tahu kau juga sama sepertiku..
  ada kasih yang kau simpan...
  ada rindu yang sering mengundang..
  percayalah sayang..
  mengenalimu satu anugerah tuhan..
  menyintaimu bukan mainan perasaan..
  jujur dan ikhlas jadi pegangan...
  ketahuilah...kasihku ini..
  ku bawa sampai ke mati~











Friday, 6 April 2012

~Pelangi~


















Indahnya pelangi di awan sana..
mempesonakan hati yang gundah gulana..
menggetarkan dada yang sering alpa..
terpegun aku seketika...
menikmati indahnya suasana..
memandang warnamu yang berona..
yang tiada jemu menyapaku..
memaksaku berfikir dengan aman..
bila mataku pejam..
aku temui sebuah jawapan...

Jika wajah pelangi terlukis bahagia...
di beri segala rasa..
izinkan aku terbang kesana..
melewati segenap sudutmu..
agar aku jumpa erti bahagia yang sesungguhnya..
agar aku temui sinar cahaya..
yang akan menyuluhku dalam gelita..
menyinariku dalam dalam gelapnya angkasa..
akan aku bingkai,,
semua serpihan rasa..

Aku berharap kilau pelangi sentiasa ceria..
megah berkilau di atas sana..
memberi kedamaian pada semua mata..
bila memerhati jalurmu yang pelbagai warna..
kau menyebar di segenap dunia..
tanpa memilih sesiapa..
tanpa menyoal kenapa dan mengapa..

Pelangi...hebatnya DIA menggubahmu..
tiada kuasa mampu tandingiNYA..
berbahagialah pada manusia yang berfikir..
betapa keindahanmu tiada taranya...
kerana PENCIPTAmu hebat tak terkata..


Tuesday, 3 April 2012

~Madah bicara 4~


~Itulah fitrah manusia,tiada sunyi dari silap dan dosa..
  Manusia sering di uji dengan pelbagai cara..
  tapi perlu kita sedar,hadirnya ujian untuk menyingkap rahsia kita terhadap tuhan..
  sebab dengan ujianlah kita akan mengerti apa itu keimanan..
  Tanpa ujian hidup kita akan sepi dan jiwa kita akan buta..
  jadi..terimalah dugaan yang diturunkan dengan penuh keinsafan
  dengan dugaan jua kita akan tahu di mana kelemahan diri..
  dan di situlah kita akan pelajari..
  bahawa hidup  ini tak lepas dari godaan..
  itulah yang d namakan kehidupan.~






~Madah bicara 3~


~Adakah benar,saat kita kehilangan..??
  adakah benar waktu kita di lukakan..??
  adakah benar tika kita merindu...??
  adalakah benar saat kita memerlukan..??
  barulah kita mengerti.....
  barulah kita menyedari.....
  barulah kita memahami....
  erti 'seseorang' buat kita....
  tapi itu semua mungkin sudah tiada makna lagi~

~Luahan rasaku 4~

~Kasih yang terpendam..tidak mungkin akan terpadam..
  sayang yang hadir..tidak pernah mungkir..
  rindu yang bertamu..tidak kenal erti jemu...
  cinta yang bertandang..kian berbunga kembang..
  tapi.....
  saat kasih terasa dipermainkan..
  tika sayang ibarat dipersiakan..
  kala rindu seperti di awangan..
  maka cinta yang sedaang mekar seolah jauh..
  walau cuba ku gapai,cuba ku sentuh..
  tetap cinta itu pergi..membawa diri  yang sepi~

 








Monday, 2 April 2012

~Madah bicara 2~

~Orang yang bahagia itu selalu menyediakan waktu untuk membaca,
  kerana membaca itu sumber hikmah..
  menyediakan waktu itu tertawa..
  kerana tertawa itu muziknya jiwa..
  menyediakan waktu untuk berfikir..
  kerana berfikir itu pokok kemajuan..
  menyediakan waktu untuk beramal..
  kerana beramal itu pangkal kejayaan..
  menyediakan waktu untuk bersenda..
  kerana bersenda itu akan membuat kita muda..
  menyediakan waktu untuk beribadat..
  kerana ibadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa~


~Madah bicara 1~

 ~Menjadi pendengar itu merupakan tindakan bijaksana..
   namun mendengar tanpa meneliti adalah sia-sia..
   lebih baik kita cuba memahami apa yang di dengar..
   kerana memahami dengan setulus hati sangat bermakna~















~Maafkan aku~



















Melangkau sejarah silam..
aku diburu kekesalan yang berpanjangan..
betapa teganya hatiku menyakitimu..
betapa asyiknya aku mempermainkan perasaanmu..
tanpa aku sedar..hatimu kian terluka..
dengan sikapku terhadapmu...
sungguh..aku lalai memerhatikamu..
hadirmu hanya persinggahan bagiku..
tempat aku melepaskan rindu dendamku ..
pada cintaku yang dulu..
cintaku yang hancur di tengah jalan...

Mengingati ketabahanmu...
ada resah bermain dihati...
jujur aku akui..kau insan istimewa..
sanggup membiarkan aku menyakitimu..
hanya kerana rasa kasihmu padaku..
tapi apa balasanku padamu??
apa yang telah aku lakukan??
demi tuhan...walau semua itu telah berlalu..
dan kau telah memaafkan aku..
tapi hatiku langsung tak tenteram
hatiku diburu rasa yang sangat bersalah..
maafkan aku untuk kesekian kalinya..

Aku menjadi rindu saat kau telah pergi..
aku menjadi sayu bila melihatmu tiada lagi....
aku mencarimu walau aku tahu semua itu mimpi..
aku mengharapkan lagi hadirmu..
walau aku tahu semua itu tak mungkin terjadi...
kau pergi dalam sekelip mata..
kau hilang dengan tiba-tiba..
aku kembara dalam kelana..
membawa hatiku yang kian terseksa..

Andai aku tahu hayatmu tak panjang..
tak mungkin aku mempersiakanmu..
tak mungkin aku mempermainkanmu..
tak mungkin aku menyakitimu...
tapi sesalanku sudah terlambat..
saat ku sedar kau akan pergi dari dunia ini..
kau sudah kaku di sisiku..
hanya tuhan yang tahu jiwaku saat itu..

Masih ku terasa ucapanmu dalam kepayahan..
aku kau maafkan demi rasa sayang..
bagimu akulah insan istimewa..
bagimu akulah insan berharga...
jelas terukir senyumanmu yang tulus..
walau dalam kesakitan..masih mampu kau merenungku..
katamu...mahu melihat wajahku buat kali terakhir..
aku sudah tidak mampu melawan perasaan...
menangis..meratap ..merayu agar aku tidak kau tinggalkan..
tapi katamu,terimalah dengan penuh keikhlasan..
kerana setiap insan akan dijemput  TUHAN..

Ya allah...???
inikah balasan atas dosa yang telah aku lakukan??
KAU menjemputnya,di saat hatiku mula terbit rasa sayang..
KAU mengambilnya di waktu cintaku padanya mula bebunga..
KAU menhilangkannya,takkala aku ingin dia didepan mata..
andai ini hukumanMU..
aku rela menerimanya dengan penuh syahdu..

PadaMU aku selalu berdoa..
agar KAU tempatkan dia di syurgaMU....
bayu.............nyatakan pada dia bahawa dia selalu diingatan..
kasihku padanya tiada pernah berkurang..
cintaku padanya tidak pernah padam..
aku menangis mengenangkan kekhilafanku....




Sunday, 1 April 2012

~Luahan rasaku 3~

~Menangislah ketika diri di uji..
  merintihlah andai itu dapat menenangkan jiwa..
  dan meraunglah andai itu dapat melapangkan dada..
  tapi...ingatlah...jangan kita lupa..
  ujian itu datang  dari yang maha KUASA...
  sentiasalah berpesan pada diri...
  agar tidak terlalu mengikut kata hati...
  insyaallah...
  selepas itu kita akan tersenyum lega..
  dan dapat merasa nikmat dariNYA~....Luahan rasa-Angah Suria-

       











~Luahan rasaku 2~

~Alangkah indahnya andai cinta kita berbalas..
  alangkah asyiknya andai rindu kita bersambut.
  alangkah bahagianya andai kasih kita diperhatikan...
  tapi mungkin tuhan masih ingin lagi menguji kita..
  seteguh manakah rasa syukur kita dengan semua  yang ada..
  dengan semua yang diturunkan buat kita sebagai umatNYA~

     







~Luahan rasaku 1~

~Ada waktunya aku ingin berlalu pergi..
 tapi tidak tahu mana tempat nak ku tuju,...
 adakalanya aku ingin menyepi..
 tetapi aku tidak mampu...
 ada ketikanya aku ingin kembali ke zaman silam silamku..
 tetapi semua itu telah berlalu....
 ada masanya aku ingin kau di sisi..
 tapi aku tahu..itu semua mustahil bagiku~.....luahan rasa..-Angah Suria-

~Bicara di sudut hatiku~
















Sepanjang hidup ini..
segalanya aku serahkan pada ilahi..
aku yakin ada hikmat  yang tersembunyi....
Sering aku terdengar bicara sinis dari mulut manusia...
yang hanya menilai aku dari luaran sahaja..
aku tak peduli lagi dengan semua itu..
apa yg penting bagiku adalah pandangan dari yang SATU..
hanya DIA yang tahu siapa sebenarnya aku..
Walau pandangan manusia sering mengguris hati,...
biarlah...aku pasrah...aku menyerah...
Aku sering mengalah..demi sayangkan hubungan...
Aku sering di katakan tiada maruah,
hanya kerana sayangkan ukhwah yang terbina..
Aku pohon...berhentilah mengata andai tidak nampak di mata,
berhentilah mengeji andai tidak tahu kisah dari umbi..
cukup-cukuplah memperli andai diri sendiri tidak pasti...
Cukuplah aku katakan...
bahawa hati aku bukan terhasil dari batu..
bukan juga di perbuat dari besi...
Hati aku sama dengan hati kalian...
Cuma rasa yang membezakan hati kita...
dan hanya kita dengan SANG PENCIPTAnya yang mengerti
yang mengetahui hakikat yang tersembunyi.. 
Berilah ruang untukku bernafas walau seakan payah...
Berilah ruang untuk aku mencari ketenangan walau ada bermacam halangan...
Usahlah di duga lagi kesabaran kerana aku juga insan..
Sekuat manapun cuba ku tahan,
sedalam manapun cuba ku pendam..
setinggi manapun aku sembunyikan,..
aku tahu akan ada masanya aku akan rebah..
ada waktunya aku akan tewas...
ada ketikanya jiwaku lemah..
Jadi berhentilah menyalah...
jika tidak tahu siapa yang salah.....
moga kalian mengerti..memahami..
aku juga ingin merasai nikmat hidup di dunia ini....