Siapa aku depan Tuhanku??
Subuhnya...
di mana aku berada ..
masih enak dalam kelambu rindu..
sambil berpoya-poya dengan waktu...
masa bagaikan menderu...
langkah tiada arah tuju..f
ikiran terus bercelaru...
terlupa aku semakin dihujung waktu...
siapa aku di depan Tuhan ku.????
Zuhurnya...
aku lebih memikirkan kelaparan...
kehausan dan rehatku..
aku lebih mementingkan tuntutan kerjaku..
aku bertolak ansur dengan waktu...
aku gembira membilang untungku..
aku terlupa betapa besar kerugian...
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan..
siapa aku di depan Tuhan ku.???
Asarnya..
aku lupa warna masa...
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak..
aku masih terleka..
terlupa panas tidak dihujung kepala...
aku masih bercerita..
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka...
siapa aku di depan Tuhan ku???
Maghribnya...
aku melihat warna malam..
tetapi aku masih berligar
di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan..
tidak terasa ruang masa yang singkat..
jalan yang bertongkat-tongkat...
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku???
Isyaknya...
kerana masanya yang panjang..
aku membiarkan penat menghimpit dadaku.....
aku membiarkan kelesuan mengangguku...
aku rela terlena sambil menarik selimut biru...
bercumbu-cumbu dengan waktuku..
siapa aku di depan Tuhan ku.???
kini aku menjadi tertanya tanya...
sampai bila aku akan melambatkan sujudku.......
apabila azan berkumandang lagi..
aku tidak akan membiarkan
Masjid dan rumahku menjadi sepi..
kerana di hujung hidup ada mati..
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang..
jika ruangku dibiarkan kosong..
jika wajahku menjadi asing..
pada mentari dan juga bintang dan juga bulan...
Siapa aku di depan Tuhanku???
No comments:
Post a Comment