Selangit impian segunung harapan.. kasih tercipta rindu bertandang.. semarak cinta kian mendalam..
Saturday, 23 November 2013
~KENAPA KEMENANGAN UMAT ISLAM LAMBAT ~
Seorang utusan Sayyidina Umar bin Khattab telah datang melaporkan berita gembira di atas kemenangan tentera Islam di dalam sebuah peperangan di zaman itu.
Sayyidina Umar bertanya: Bilakah bermulanya peperangan tersebut?
Tentera Islam menjawab: Sebelum waktu Dhuha.
Sayyidina Umar bertanya lagi: Bilakah pula kalian meraih kemenangan?
Tentera Islam memberitahu: Sebelum Maghrib.
Tiba² Sayyidina Umar menangis sehingga basah janggutnya.
Mereka kehairanan lantas bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kami membawa berita gembira buatmu; berita kemenangan, namun kenapa Tuan menangis?
Sayyidina Umar pun berkata: Demi Allah, sesungguhnya kebatilan tidak akan dapat bertahan apabila berhadapan dengan kebenaran di sepanjang zaman kecuali (ia akan mampu menentang kebenaran) disebabkan dosa yang dilakukan oleh kalian atau dosa yang dilakukan oleh aku.
Beliau menyambung bicaranya:
Kita adalah umat yang tidak akan menang disebabkan kerana bilangan (yang ramai) & peralatan perang yang lengkap. Akan tetapi kita adalah umat yang akan menang dengan sedikitnya dosa yang kita lakukan & banyaknya dosa yang musuh lakukan.
Jika sekiranya dosa di antara kita & musuh sama banyak, maka merekalah yang akan memperoleh kemenangan disebabkan bilangan mereka yang ramai & kelengkapan perang mereka yang canggih.
يا رب تُب علينا. . . يا رب العالمين
Wahai Tuhan, ampunilah kami...wahai Tuhan sekalian alam.
Diterjemahkan dari status bahasa arab (di ruang komen).
kredit Syarifah Fatimah Nur'asyiqin Al-Yahya
- ISHA -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment