Ada masa kau terasa ingin mengalah
Kerana banyaknya cabaran yang menguji
Tetapi jangan pernah sekali undur diri
Bersabarlah nescaya kau jadi yang tertinggi.
Ada masanya engkau terasa lelah
memautlah pada tebing Ilahi
Agar kau tetap gagah membawa diri
Bergerak dan merapatlah
Agar kau terinspirasi untuk berprestasi
Tika berjuang menuju syurgawi.
No comments:
Post a Comment