Saturday, 28 September 2013

~ DIA SELALU MENDENGAR ~

















~ ALLAH Maha Mendengar hatta sehalus bisikan hati.
   Bisiklah pada DIA dengan setulus hatimu,
  dengan sehalus bicaramu..
  Percayalah..airmata yg mengalir dari keluhan yang lesu,
  akan terasa penuh kenikmatan tanpa ada jemu ~

~ KEBAHAGIAN DAN KETENANGAN ~













~ kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai.
  Jika kita tanyakan, bahagiakah kita?
  Ertinya, kita tanyakan tentang ketenangan kita.
  Dan jika kita tanyakan tentang ketenangan kita…
  kita sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA – Tuhan kita.
 Tanpa Tuhan,tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.~




~ SUKARNYA MENTAFSIR BAHASA CINTA ~













~ Bila SAYANG itu tidak dimaksudkan CINTA,
   mungkin SUKA itu hanya sekadar KATA,
   bila MINAT bergabung rasa, perasaan KAGUM mula bersuara,
   yang pasti CINTA begini hanyalah dusta, berani pada khayalan,
   bersembunyi dari bayangan, mencari sesuatu yang tak pasti,
   akhirnya melukakan hati sendiri, kerana CINTA itu kekal CINTA,
   yg berputik pada rasa, yg jujur pada kata, yg ikhlas memahami makna CINTA..
   kerana cinta yg suci ikhlas menyayangi sekalipun tidak memiliki
   dan mendoakan agar kebahagian sama dirasai.. itulah cinta dari kemurnian HATI ~

--ana---

~ INDAHNYA CINTA KERANA DIA ~


















~ Bila cinta itu anugerah dariNYA, menerima cinta bukan semudah menyebut perkataan CINTA,
   kerana cinta yang hadir itu tidak boleh di tolak sewenang-wenangnya,
   juga tidak boleh dipaksa menerima andai tiada sentuhan pada jiwa,
   terimalah andai cinta itu masih punya batasan rasa,
   sambutlah andai cinta itu masih berkiblatkan cinta kepada DIA,
   berbahagialah andai cinta itu berpaksikan keredhaanNYA
   dan jadikanlah cinta itu sebagai jambatan penghubung bagi mendekatkan diri kepadaNYA.
   Moga ada rahmat ALLAH mengiringi kehidupan hamba2NYA. InsyaAllah ~

--- ana----

























Thursday, 26 September 2013

~ PUISI JIWA ~













Ada masa kau terasa ingin mengalah
Kerana banyaknya cabaran yang menguji
Tetapi jangan pernah sekali undur diri
Bersabarlah nescaya kau jadi yang tertinggi.

Ada masanya engkau terasa lelah
memautlah pada tebing Ilahi
Agar kau tetap gagah membawa diri

Bergerak dan merapatlah
Agar kau terinspirasi untuk berprestasi
Tika berjuang menuju syurgawi.

~ ERTI BUDI ~


















   sepasang kaki melangkah meniti usia...
   hari yg berlalu pergi tak kan kembali..
   seiring dgn masa aku dewasa..
   dan kini ku fahami ertinya budi.
   kusedar kau sejak dulu menatangiku..
   tak pernah diriku ini,engkau kasari..
   terisi tiap waktu permintaaanku..
   diriku kebanjiran kasih dan sayang....

 walau tak ku ucapkan..
 walau tak ku pamerkan..
 di hatiku selalu menghargaimu..
 tunggulah tiba waktu..
 di saat tika perlu..
 ku pasti akan berada di sampingmu..
 akulah embun..akulah hujan..
 pada ketika kau hangat kegersangan..

semakin ku mengenali ertinya budi..
semakin kau ku sanjungi di dalam hati..
sedaya upayakun akan ku cuba..
membahagiakanmu setiap masa...

~ KITA HANYA HAMBA ~















~Jika kita tahu siapa diri kita hidup kan lebih indah,
  jika kita tahu tujuan hidup kita hidup kan lebih mudah,
  kita hanya seorang hamba yang seharusnya menghamba,
  kita hanyalah seorang abdi...
  yang seharusnya mengabdi kepada sang pemilik jiwa,
  kepada sang pemilik hidup iaitu ALLAH SWT.~

Friday, 20 September 2013

~ KASIH SEWANGI SETANGGI ~















~ Adakala rindu boleh dibendung,adakala rindu tidak tertanggung.
   Bila berpaut kasih pd yg MAHA AGUNG,..
   tentu segalanya tidak menjadi bingung..
  Andai kasih menggunung tinggi,andai sayang sewangi setanggi..
  Jika berpaksikan kasih ILAHI...pasti bersatu dlm SYURGAWI..~

~ MAWAR MERAH ~













Sekuntum mawar merah
laksana cinta indah
berputik di alam syurga
cinta pertama Adam dan Hawa

Kembara bersama ke alam dunia
kembang mekar mewangi
rindu asmara kasih mesra
diragut durinya meskipun berbisa

Piagam cinta mawar merah
idaman raja mahupun hamba
berseri di pondok usang
semerbak di mahligai kayangan

Berbahagialah berjuta insan
Ibrahim - Hajar di gurun cinta
Yusof - Zulaikha di istana cinta
Muhammad- Khadijah di wadi cinta

Juga aku bersama dia
mendaki gunung menuruni lembah
memetik mawar merah
damailah dunia sudahnya

~ ERTI KEHIDUPAN ~















~ kebaikkan itu mudah bila ada kekuatan,
   kesabaran itu indah bila tiada rungutan,
   kecantikkan itu terserlah bila ada tautan,
   kehidupan itu payah bila tiada ketaatan ~

Thursday, 19 September 2013

~ BICARA KEHIDUPAN~















~ Dlm kehidupan kita,mungkin cita2 kita akan menjadi kenyataan,
   alhamdulillah..bersyukurlah...Mungkin juga kita tewas ditengah jalan,
   tidak mengapa..bersabarlah.Namun yakinlah,setiap usaha anda tidak ALLAH persiakn.
   Tiba2 anugerah ALLAH menjelma dlm bentuk lain yg mengagumkan...
   akurlah..kita hamba..DIA tuhan.Tetapi,sekiranya kita telah berusaha,
   apapun pencapaian kita..kita tetap berjaya,
   kerana kejayaan itu diukur berdasarkan kegigihan sepanjang perjuangan.
   Jangan sesekali-kali menjadi lalang yg tidak berdaya menahan..
   walaupun dengan hembusan bayu yg lembut.~






~ KELALAIAN ~













Mengapa sukar melafazkan syukur,
sedangkan nikmat tidak terbilang?
Mengapa dosa tidak diukur,
sedangkan maut pasti menjelang?
Mengapa lena penuh dengkur,
sedangkan taubat asyik menghilang?
Mengapa sesal bila tersungkur,
sedangkan kesempatan tidak dijulang?

Kesedihan tidak membebankan,
jika hati dekat ILAHI...
Kesusahan tidak merisaukan,
jika lidah berzikir setiap hari.
Kesepian tidak merimaskan,
jika Al Quran pendamping diri

Ya ALLAH...damaikanlah hati ini
biarlah resah menarik sepi,
biarlah kecewa meratap pergi,
biarlah kasih mengikat diri,
kepadaMU aku memegang janji,
agar hidup sentiasa diberkati..

~ TELUS TERUKIR ~














~ Seindah bisikan kata,sesejuk hati mendengar..
   secantik budi bahasa,seikhlas nur terpancar.....
   Sesuci sabarnya jiwa,setinggi hikmah terdampar,
   sekuat ibadah dibawa,selaut iman terpagar...
   Sesejuk hati yg redha,setenang rahmat membugar,
   sebening taubat nasuha,sedamai syurga terhampar~