Friday, 19 July 2013

~ Apabila tiba saat diuji, jangan lari tetapi hadapi.
   Walau pedih, sedih dan tersisih, jangan mengelak.
   Bersedia dan hadapi. Terima hakikat,
   jika hidup sudah terhenyak ke dasar yang paling bawah,
   jangan berpura-pura lagi. Jangan terus bermuka-muka.
   Namun, terimalah hakikat supaya mampu bangun kembali dengan cepat.
   Sering dikatakan oleh ahli kebijaksanaan,
 “jangan dipinta diringankan ujian,
   tetapi pintalah dikuatkan hati untuk menghadapinya~

Wednesday, 17 July 2013

~ Memang sukar tapi tetap berpegang dengan nawaitu,
   kita menegur kerana sayang, bukan kerana mahu membetulkan orang lain..
  Jika menegur kerana mahu membetulkan orang lain,
  maka kita akan dihinggap penyakit, "ana khairun minku",
  maksudnya "aku lebih baik daripada dia. ~
~ Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam ,
   tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
  dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung
  atau sekadar canang yang gemerincing.~
~ Apabila segalanya dirasakan tidak berdaya...
   bisikan pada hati, ALLAH itu ada!
   Kadangkala apa yang kita ingat hanyalah kita telah lupa.
   Namun syukurlah...kerana itulah yang menghalang kita
   daripada terus lupa yang kita telah lupa.~

~ tidak mengapa jika kakimu yang sakit, asalkan hatimu sihat.
   Dengan kaki yang sakit, kita mungkin tidak boleh berjalan.
   Tetapi, dengan hati yang sakit, kita akan kehilangan tujuan dan harapan.
   Betapa ramai orang yang mempunyai fizikal yang sihat,
   tetapi apabila hatinya sakit, hidupnya melarat.
   Dia menjadi insan yang miskin dalam limpahan kekayaan.
   Hidup derita walaupun dikelilingi keseronokan.~