Selangit impian segunung harapan.. kasih tercipta rindu bertandang.. semarak cinta kian mendalam..
Friday, 18 January 2013
~ Senyum seindah suria.~
~ Senyuman sebagai sedekah tanda keikhlasan.Senyuman yang diberikan,
menggambarkan perasaan atau jiwa.Senyum bagai terapi kesihatan kerana
mereka yang sihat akan sentiasa tersenyum.Senyuman lahir suci tanpa tenaga.
Senyuman adalah mukadimah yang hebat,menarik perhatian sesiapa jua disekeliling
kita.Senyuman lambang kejayaan,kerana orang yang banyak tersenyum adalah
orang yang berjaya.Senyuman adalah tanda hubungan mereka dekat dengan ALLAH,
dan banyak bersyukur.Senyuman memberi pengertian tiada dendam dalam jiwa seseorang.
Senyuman yang paling berkesan,adalah yang dapat dirasai di hati sanubari~
Tuesday, 15 January 2013
~ Bicara Kalbuku 3 ~
~ Aku hanya seorang wanita biasa,yang mencari kekuatan merentasi pentas dunia.
Yang mencari keredhaan ILAHI melitupi sebutir hati.Yang mencari kebahagiaan
di anjung perjalanan duka tawa,yang mencari senyuman untuk menwarnai hidup
yang penuh titis lara,yang mencari tangisan untuk menghilangkan racun yang bernanah
di hati.Yang mencari ketenangan untuk memadam noda keresahan lara.Tapi aku tahu,
DIA ada bersamaku dan aku berusaha membimbing peribadi sesuai dengan yang DIA
kehendaki.Moga aku tidak tersesat lagi dalam menuju haluan dunia,yang indahnya hanya sementara ~
~ Bicara Kalbuku 2 ~
~Dan kadangkala,akan ada duka yang tidak akan mampu kita kongsi,
walau ada seribu telinga yang mahu mendengar,walau ada seribu mulut yang bertanya,
hatta.. walau ada begitu banyak bahu yang mahu kita sandarkan untuk menangis..
akan ada duka yang masih terbungkam tersimpan.Disimpan rapi dalam hati..
Tersembunyi dalam senyum dan tawa..~
Saturday, 12 January 2013
~ Bicara kalbu ~
~ Jauh itu ada ruang yang memisah.Jauh itu ada dua hati yang terpisah.
Apabila jauh itu ada rasa resah,apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah,
apabila jauh,ada rindu yang tak sudah-sudah.Rindu yang sering menguasai keluh kesah.
Yang sering membuat hati ini menjadi lelah.~
Friday, 11 January 2013
~ Mutiara kata 2 ~
~ Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,diam ketika emosi dan bersabar dalam setiap ujian..
Jadikan kami orang selembut Abu Bakar Ash-Siddiq,sebijaksana Umar bin Khatab,
sedermawan Ustman bin Affan,sesederhana Bilal bin Rabah dan setegar Khalid bin Walid ~
Friday, 4 January 2013
~Sahabat selamanya ~
Ya ALLAH
Sahabat buat hatiku gembira
mesra kami penawar duka
Rindu kami menambah rasa
Rajuk kami membuah ceria
Ya ALLAH
Rahmati kami meniti usia
Terpisah kami di alam nyata
Temukan kami di taman syurga
Bermusuh kami nauzubillah
Berpisah mati insyaallah
Pengubat hati doa rabithah
Silaturahim kami ukhwahfillah
Andai bunga indah kerna warnanya
Andai bulan indah kerna sinarnya
Andai laut indah kerna keikhlasannya
Maka ukhwah kita kerana keikhlasannya
Sahabat..
Andai Hasan Albanna kisah perjuangan
Andai Umar Abdul Aziz kisah pemerintahan
Andai Bilal bin Rabah kisah kehambaan
Maka persahabatan kita kisah persaudaraan
Maka kehambaan kita kepada ALLAH
Indah kerna iman dan taqwa kepadaNYA
~ Mutiara Kata 1 ~
~ Ketika waktu berjalan tanpa orang2 disekeliling kita,
terasa diri seperti rerama terbang dengan sebelah sayapnya,
lelah tak berdaya mengharung desiran angin.Hingga kini sedaya
upaya bangkit dan mampu terbang kembali dengan sayap berbalut
luka yang patah nyaris rebah,terus luncur ke hujung tiap pepohon
sarat merimbun.Subhanallah,aku percaya..DIA yang menguatkan aku.
Kini aku sedar,bahawa saat aku jatuh dan bangunnya aku,DIA setia di sisi.
Manusia..hebatnya cuma berkata2.terima kasih ya ALLAH..kini aku mampu
menyedari hakikat sebenar kehidupan~
~ Buatmu sahabat~
Teman..
Mungkinkah engkau yang ku cari
Tidak sengaja dipertemukan di sini
Dan menjadi teman realiti
Saat diri ini di lukai
Engkau datang merawat hati
Senyumanmu menawan hati
Gaya dan caramu mencuit hati
Tetapi bukan itu yang ku cari
keikhlasan dan kejujuran hati ingin ku miliki
Kerana rupa tidak pernah kekal
Namun ketetapan tulusnya hati
yang akan terus kekal abadi
~ Aku wanita biasa~
Aku bukan wanita yang berparas jelita
aku bukanlah wanita yang kaya harta
bukan pula wanita bertahta
aku apa adanya
Aku hanya wanita yang menginginkan kesederhanaan cinta
Aku tidak menilai rupa
Tidak menilai harta dan tahta
Cukuplah cinta yang berlandaskan keredhaanNYA
Cinta yang mengharapkan syurga dariNYA
Cinta yang membawa keberkahan hidup
ku berharap satu waktu ALLAH mengirimkan
Insan yang mencintaiNYA untukku
maka akan menerimaku apa adanya
seorang yang selalu berpaut padaMU
Insan yang senantiasa meneladani rasulMU
Seorang yanag berpedoman pada kitabMU
Dia yang akan membimbing hidupku
menemani hari-hariku
Aku akan mencintainya dengan segala kesederhanaan
Tanpa membebankan
Cinta yang tak pernah melukainya
tak ingin cintaku menyusahkannya
Biarlah cinta tertinggiku untuk ROBBUku
Dan yang ku nanti bukanlah lamaran intan permata
cukuplah janji SETIA
Subscribe to:
Posts (Atom)