~Kadangkala lepas hilang cinta manusia, kita jumpa CINTA ALLAH SWT.
Setelah dizalimi manusia, kita rasai adilnya ALLAH SWT.
Selepas sesat dalam gelap, kita hargai cahaya yang malap.
Takkala hati keresahan, kita hargai erti ketenangan.
Bila ditimpa musibah, kita tahu kesabaran itu indah.
Saat hidup dalam kekurangan, kita yakin kesyukuran itu mencukupkan.
Benarlah, setelah datang malam yang gelap gelita, baru terlihat bintang di mata.~
Selangit impian segunung harapan.. kasih tercipta rindu bertandang.. semarak cinta kian mendalam..
Saturday, 30 June 2012
~Rintihan jiwa 3~
~Dalam hidup terkadang perlu ada lakonan untuk kebaikkan insan di sekeliling kita.
Berikan senyuman walau senyuman itu tidak terhias di bibir,
berikan gurauan walau dalam hati tiada rasa girang.
Sebab dengan cara itu terkadang mampu melegakan hati yang sedang bergelora.
Mampu menyuntik semangat walau hanya sedikit.
Mampu menghentikan titisan airmata yang gugur tanpa di pinta.
Itulah lakonan pentas dunia.Tiada siapa yang tahu apa yang berada dalam hati dan jiwa kita.
Selagi mampu..sembunyikanlah ia..tak perlulah menagih simpati,
dan mengharap adanya insan lain merawat duka.~
Wednesday, 27 June 2012
~Rintihan jiwa 2~
~Makin kita mengenali seseorg itu,makin bertambah sayang kita kepadanya
dan amat sukar utk kita melepaskannya pergi.Persoalannya.. adakah kita memahami dirinya???
Mengenali dan memahami adalah 2 perkara yg berbeza.Dan kita perlu tahu membezakanya..
dan amat sukar utk kita melepaskannya pergi.Persoalannya.. adakah kita memahami dirinya???
Mengenali dan memahami adalah 2 perkara yg berbeza.Dan kita perlu tahu membezakanya..
~Rintihan jiwa 1~
~TUHAN ..telah ku harungi luasnya dunia,telah ku jejaki pelantar alam maya.
Kisah kasih,cerita memori ..telah aku tanam kukuh dalam ingatanku.
Meskipun airmata penglipur lara,namun aku berdoa dan mendekatkan diri padaMU.
TUHAN..aku lemah tanpa kasihMU,aku kalah tanpa redhaMU,
dan aku pasrah dalam madah cintaMU.Dan aku sedar,adanya duka ini adalah caraMU menyapaku,
kerana aku terlalu lena jauh dariMU.TUHAN...ampunilah aku..
jauhnya aku tersasar dari landasanMU~

~Sentuhan dari hati 8~
~Rindu itu unik,bila ia datang sukar untuk hindari.
Rindu itu pelik,hadir dari hati tanpa ada yang mengetahui.
Rindu itu pedih,bila yang dirindu langsung tak mengerti.
Rindu itu asyik,andai yang dirindu juga merindui.
Rindu adalah suatu perasaan aneh yang menjengah didasar hati.
Sekali rindu ini mengusik,selamanya tetap teguh menguasai.
Terkadang rindu membawa bahagia,terkadang membawa duka.
Alangkah sukar melafazkan dengan kata-kata bila rindu makin bergelora.
Hanya airmata mampu menjawab setiap persoalan,bila rindu melanda.
Aduhai angin..sebarkan pada seluruh dunia..bahawa rindu ini,
tak mampu untuk ku bendung lagi dengan berbagai segala jenis bicara~
Tuesday, 26 June 2012
~Sentuhan dari hati 7~
~Jika ingin lepaskan,lepaskanlah sepenuh hati.
Jangan dilepaskan separuh hati,dipegang separuh hati lagi,
kelak nanti menghambat hati dan menyeksa sanubari.
Lepaskan dia pergi,semoga ditemui kedamaian hakiki
walau bersendiri.Menunggu pelangi yang indah,
selepas ribut petir yang dialami.Terasa amat indah walau lebat
air yang menitis membasahi bumi~

~Pedoman 6~
~Bergunung manapun harta,bukanlah kaya jika miskin budi bahasa.
Segagah manapun diri kita,bukanlah pahlawan jika nafsu tak dapat dilawan.
Secantik manapun rupa,bukanlah ratu jika buruk tingkahlaku.
Setinggi manapun darjat,bukanlah mulia jika tiada iman di dada.
Melangit manapun ilmu,bukanlah bijaksana jika tidak diamal dan diguna.
Sealim manapun diri,bukanlah ulama jika takbir dan riak~

~Pedoman 5~
~Ujian bukan sebab untuk kita rasa kecewa dan bersedih sepanjang masa.
Kerana masalah kita matang menyelesaikannya.Dengan ujian kita tabah hadapinya.
Hidup ini tak lama,janganlah kita bazirkan airmata dengan bersedih atas apa yang
menimpa.Pandanglah sekeliling dan lihatnya betapa hebatnya keindahan alam sementara.
Nikmatilah saat-saat yang masih tersisa dengan merenung hebatnya ciptaan DIA.
Usah pertikai mengapa kita di beri dugaan dunia.Kerana kita hanya hambaNYA.
Jangan mendamba dan meminta berlebih-lebihan,jika tidak tahu bersyukur dan
berterima kasih atas pemberianNYA.~
~Pedoman 4~
~Kebahagiaan tak perlu di cari,kerana bahagia tiada punya alamat.
Tetapi ia perlu dirasai,dijiwai dan diamati perasaannya.Pejamkan
mata dan fikir bahawa sebenarnya kita sudah cukup bahagia hari ini
kerana diberi satu lagi kesempatan bernyawa untuk hidup
beribadat padaNYA.Percayalah akan ada sinar bahagia mrnyinari,
jika kita rasa ini bukan hanya untuk kepuasan diri,tapi untuk mendekatkan
diri pada ILAHI.Dan berbakti pada sesama insan di dunia sementara ini.~
~Sentuhan dari hati 6~
~Biarkan rindu itu berbisik,sesejuk hembusan bayu di pagi yg hening.
Biarkan cinta itu mengusik,menyatakan kasih penuh asyik.
Biarkan rasa sayang itu berlagu,umpama irama penuh syahdu.
Aduhai hati...terbitkan rasa ikhlas yang suci,
agar apa yang bermain bukan ingauan mimpi~

Monday, 25 June 2012
~Pedoman 3~
~Bunga akan sentiasa merekah dengan indahnya,jika kita tak membiarkannya layu.
Hargailah apa yang telah kita dapat,janganlah sesekali sia-siakan apa yg berada di genggaman.
Terlalu sukar untuk hubungan itu terus kekal,andai tiada kasih sayang dan kejujuran di hati insan.
Begitulah di ibaratkan sekuntum bunga yang mekar,andai tidak di sirami dengan titisan air,bunga itu
akan layu dan mungkin terus mati.Saat itu kita akan di terpa seribu kesalan.Tapi..berbaloikah lagi
kesalan itu saat semua sudah hilang dari pandangan?? tanyalah akal fikiran yang telah di kurniakan.~
Sunday, 24 June 2012
~Pedoman 2~
~Jika hati itu seputih awan,biarlah ia bergerak dengan keikhlasan.
Jika hati itu setenang lautan,mengalirlah ia dengan kejujuran
Jika hati itu seindah pelangi,warnakan ia dengan kebahagiaan.
Jika hati itu sehebat bulan,sinarkan ia dengan persahabatan
Jika hati di lukai,sembuhkanlah ia dengan kemaafan~
Saturday, 23 June 2012
~Pedoman 1~
~Hati adalah raja segala anggota badan,sebab dalam hatilah tumbuh segala jenis perasaan.
Dan pada hatilah tempat jatuhnya pandangan TUHAN.Meskipun hati itu di ciptakan ALLAH
hanya satu dan tidak berpasangan,tapi hati mampu memberi seribu macam kesan andai kita
tak mampu menjaganya dengan baik.Sikap kita juga bermula dari hati.Andai bersih hati itu,
kejernihan jelas terpancar di wajah seseorang.Andai kotor hati itu,segala perbuatan buruk kita
akan jelas di pandangan,walau sekuat mana pun kita mahu sembunyikan.Rawatlah hati selalu.
Siramilah hati kita dengan titis-titis iman.Bajailah hati dengan selautan kasih sayang.Jangan simpan
benci dan dendam kerana itu akan merosakkan keindahan hati~
Sunday, 17 June 2012
~Sentuhan dari hati 5~
~Fahamilah aku sebagaimana aku memahamimu
bicaralah denganku sebagaimana aku berbicara dgnmu
kasihinilah aku sebagaimana aku mengasihimu
lembutkan hatiku dan hatimu agar cinta kita bersatu~
bicaralah denganku sebagaimana aku berbicara dgnmu
kasihinilah aku sebagaimana aku mengasihimu
lembutkan hatiku dan hatimu agar cinta kita bersatu~
~Sentuhan dari hati 4~
~Sepi itu indah,walau terkadang berbalut resah
sunyi itu parah kadang mampu luka berdarah
sesekali menyerah pantang berpatah arah
sesekali bangkit agar impian kian berbukit~
sunyi itu parah kadang mampu luka berdarah
sesekali menyerah pantang berpatah arah
sesekali bangkit agar impian kian berbukit~
~Sentuhan dari hati 3~
~Semakin aku cuba mencipta bahagia,semakin hampir pula derita.
Semakin ku tabur benih rindu,semakin hati tertusuk sembilu
Dalam impian menyemai sayang,kasih pula terbang melayang
Senyumku bagaikan hilang seri,hatiku ibarat tercucuk duri.
Dalam pasrah,ku menyerah,agar damai dalam sanubari~

~Sentuhan dari hati 2~
~Bersemilah ikatan dua hati,saat janji sudah terpatri
meskipun ujian menggunung tinggi,rela meredah sehidup semati
cinta ini sukar di ganti,meskipun nyawa sebagai ganti.
selangkah berundur tak mungkin terjadi
ku baja subur dari hari ke hari.Inilah cinta sejati.~

~Sentuhan dari hati 1~
~Dekatkan hatiku dengan hatimu,
kau akan tahu di setiap degupan jantungku
ada tertulis namamu.
Rapatkan jiwaku dengan jiwamu
kau akan temui di setiap hembusan nafasku
terpahat cinta sesuci salju~
Subscribe to:
Posts (Atom)